"Wahai orang-orang beriman, masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhan"
Kisah 1
Beberapa orang pelajar berasaskan kesihatan berbincang tentang tarbiyyah dan ukhwah. Dalam masalah tarbiyyah, kewangan juga perlu dijanakan bagi menjanakan dan membiyayai program-program tarbiyyah (usrah, seminar, tamrin, kertas kerja, program umumi etc). Lantas salah seseorang mencadangkan agar cuba melabur dalam pelaburan Islam. Apabila difikirkan kebaikan dan keburukan, jelas kebaikan itu lebih serlah. Malah, jika dibandingkan kita dan gerakan dakyah lain, mereka punya sumber kewangan yang sangat kukuh. Lihat sahaja bagaimana laknatullah Yahudi bergerak, mereka punya sumber kewangan yang cukup kukuh. Sebut sahaja mana-mana rangkaian pasaraya, hotel 7 bintang, rangkaian barangan mewah berjenama, tentu sahaja mereka tersenarai. Benarlah Islam itu bukan sekadar tarbiyyah dan ukhwah. Masuklah kamu ke dalam Islam secara keseluruhannya.
Kisah 2
A : Ko mesti mengundi hijau kan?
B : Undi rahsia ;)
A : Aku yakin ko undi hijau
B : terpulang pada aku. Yang penting insya Allah aku tahu kenapa aku pilih hijau, ungu, putih, biru atau kelabu asap sekalipun.
A : Ko yakin hijau boleh menang?
B : Kelabu asap pun boleh menang jika benar caranya dan Allah izinkan
A : Aku tak sangka orang macam ko cakap pasal politik. Politik tu kotor, rasulullah saw tak pernah bagi dalil untuk berparti pun.
B : Aku tak cakap pasal politik pun. Kau tanya aku jawab je..hehehe ;)..Sebab zaman rasulullah di bawah satu kepimpinan rasulullah. Zaman sahabat di bawah satu kepimpinan khalifah. Sehingga jatuhnya Islam hingga terpecah-pecah kepada negara setelah kejatuhan Turki.
A : Sudahlah, tak kan ko nak berpegang dengan dalil begitu je untuk menghalalkan politik atau pilihanraya?
B : Jadi bagaimana untuk menegakkan Islam terutama di negara kita ini?
A : Kita sendiri, keluarga kita, masyarakat kita, seterusnya daulah kita.
B : Jadi sudah bermulakah dengan diri?
A : Entahlah...hehe. Tapi aku, tak yakin dengan hijau
B : Aku yakin dengan kemenangan Islam.
A : Kau ni berbelit-belit. Tak faham aku. Hijau ke apa kau ni?Kau tengok sendiri, hijau memimpin negeri Kota Besar, tapi maksiat menjadi-jadi. Kau lihat di jalan Tok Hamzah sendiri, berapa ramai pelacur. Kau lihat sendiri mat rempit di jalan ke Lapangan Terbang Pengkalan Cengkih. Ko lihat sendiri couple berlambak. Kau lihat sendiri kadar perceraian yang banyak. Kau lihat sendiri kemiskinan yang melarat
B : Aku kan manusia. Aku tak hijau. Orang warna hijau tu ogre.hehehe ;)..Bukan Kota Besar sahaja yang ada perkara-perkara ini. Kau lihat sahaja di Kuala Liat, sama sahaja apa yang kau lihat di Kota Besar kan? Apa kau melihat Islam itu sekadar itu sahaja? Apa kau tidak memandang kebajikan yang Islam bawa? Apa kau tidak lihat ekonomi yang Islam bawa? Apa kau tidak lihat kepada pendidikan yang Islam bawa? Apa kau tidak lihat pada peningkatan martabat wanita yang Islam bawa? Apa kau tidak melihat kepada keadilan yang Islam bawa?
A : Loyar buruk pulak yer..Buktikan hijau membawa sedemikian
B : Aku tidak katakan hijau 100% boleh membawa sebegitu. Tapi lihat sahaja perubahan yang hijau bawa di Kota Besar. Cuti bersalin kepada wanita 60 hari, hijau pioneer. Bantuan untuk warga emas. Kewajipan menutup aurat dalam iklan. Pembahagian lelaki dan perempuan di kaunter membeli belah. Kemudahan melaksanakan perniagaan kepada bumiputra. Koridoraya depu. Ceramah-ceramah agama yang terlalu mudah dilaksanakan. Kebajikan rakyat non-Muslim yang terjaga. Pemimpin yang tidak punya rumah mewah kerana memikirkan kebajikan rakyat. Sambutan dan penghargaan kepada ilmu yang tidak kunjung malap. Malah akhiran ini, pelajar-pelajar terbaik SPM, atau STPM ramai dari warga negara Kota Besar ini. Kau lihat sahajar, betapa penekanan dalam bidang ekonomi sangat ditekankan. Kau lihat sahaja, bagaimana pemimpin hijau turun padang setiap minggu untuk berkongsi ilmu dan nasihat. Apa lagi?
A : Hmm..Tapi kemenangan itu tidak datang bergolek.
B : Islam bukan sekadar politik kawan. Islam itu agama kebajikan. Islam itu agama ilmu. Islam itu agama memartabatkan wanita. Islam itu menaikkan ekonomi. Islam itu membantu yang susah. Islam itu segalanya
Kisah 3
Dia membuka emel. Dia tertarik dengan satu emel "Hukum hudud ke atas budak mencuri roti di ...". Dia gumam melihat gambar itu. Ini bukan cara Islam. Dia membentak keras. Islam tidak menghukum hudud dengan sewenang-wenangnya. Islam ada syarat ketat untuk menjatuhkan hukum hudud. Rakyat sekitar perlu ditanya kenapa budak itu mencuri. Andai ada yang kaya raya, dia perlu dipersoalkan kenapa tidak dibantu budak itu. Baitul mal akan disalurkan kepada yang berhak. Dan akhirnya, budak itu akan didapati tidak bersalah, Yang bersalah, persekitarannya yang tidak membantunya. Tapi sekiranya tangan pencuri itu digelek oleh lori atas kerana hudud, itu bukan Islam namanya. Itu membalas DENDAM! Itu tidak berperikemanusiaan sedangkan Islam itu agama yang sangat berperikemanusiaan.
Islam itu bukan sekadar sewenang-wenangnya menjatuhkan hukuman tanpa bukti yang sahih. Sedangkan rasulullah saw ketika seorang sahabat mengaku telah berzina, rasulullah meminta kepastiannya sehingga tiga kali. Sehingga rasulullah saw meminta untuk dibawa saksi yang sahih. Jadi begitu teliti Islam dalam menjatuhkan hukuman.
Islam itu agama kemanusiaan. Masuklah kamu ke dalam Islam keseluruhannya
Kisah 4
Pesakit : Doktor, saya sakit gigi kanan bawah sekali. Tak tahu kat mane
Doktor : Bagaimana sakit tu ya? Berapa laam bla...bla..bla
Pesakit : Lama sangat sakitnya. Kadang-kadang malam terbangun sebab sakit.
Doktor : (Bertanya lagi..kali ini tentang masalah kesihatan secara keseluruhan)
Pesakit : Doktor tak faham ke? Saya sakit gigi bukan sakit jantung! Boleh tak cabut je gigi saya ni?
Doktor : Maaf ya, kesihatan keseluruhan menentukan kesihatan oral, dan kesihatan keseluruhan juga menentukan rawatan terhadap pesakit
Pesakit : Takpelah..saya nak cabut gigi kat doktor lain. Banyak songeh!
Lalu pesakit itu pun berjumpa doktor lain..
Doktor lain pun mencabut gigi pesakit tersebut. Malang tidak berbau, pendarahan berlaku dengan sangat bayak. Rupa-rupanya pesakit ada malalah hemofilia. Tanpa rawatan yang baik, pesakit akhirnya meninggal kerana kekurangan darah yang sangat banyak...
Masuklah kamu ke dalam agama kamu secara keseluruhan. Jika doktor itu nampak pesakit itu pesakit gigi, maka gigilah sahaja yang dia nampak. Tetapi doktor perlu nampak pesakit itu secara keseluruhan, yang punya emosi, yang punya akal, yang punya keinginan, yang punya masalah dan sebagainya.
Jika Islam dilihat sebagai agam politik, itu sahajalah yang kita nampak. Jika Islam dilihat sebagai agama ekonomi, itu sahajalah yang nampak. Jika Islam itu dilihat agama menindas itu sahajalah yang ternampak. Oleh itu masuklah kamu ke dalam agama kamu secara keseluruhan
..............................................................
Allahu 'alam.. Selamat beramal :)
No comments:
Post a Comment