March 11, 2008

Allahu Akbar

Allahu Akbar!

Hampir sahaja mata saya mengalirkan air mata ketika melihat perubahan baru dalam kepimpinan Malaysia.

Sudah tentu air mata ini air mata kemenangan, namun sudah pasti juga air mata ini bukan atas dasar fanatik pada parti politik yang saya undi



Allahu Akbar!

"Takutnya sekiranya kita tidak lagi mendengar bacaan al quran berkumandang selepas ini"

Hampir sahaja menitik air mata tatkala terdengan keluhan sahabiah itu. Namun kukuatkan hati agar air mata itu tidak terus mengalir kerana takut air mata itu menganggu pemanduan saya.

Allahu Akbar!
"Tahniah ukhti, bagi pihak ayah ukhti! Allahu akbar!"
"Terima kasih sahabat. Baba memang cukup risau menjelang pilihan raya ni. Turun sangat berat badan baba. Penat tengok baba. Baba tak cukup tidur, bukan sekadar untuk berkempen, tapi melaksanakan sebagai hambaNya. Baba nak kemenagan Islam"
Seri muka wajah sahabiah itu. Buat sekelian kalinya, tahniah kepada baba ukhti, dan juga pimpinan yang berusaha dala PRU ini..

Allahu akbar!
Kali ini air mata tidak dapat dibendung lagi. Membeli surat khabar, dan terlihat program Qiamulail di Stadium Kota Bharu, menjadikan hati ini cukup sayu. Apabila melihat wajah pemimpin-pemimpin atasan menangis, lagi sayu jadi hati ini. Ya Rahman, menangkanlah yang hak! Menangkanlah Islam di Malaysia ini. Ya Allah tidak ingin kami dizalimi lagi. Bantulah kami membantu yang zalim agar mereka tidak terus zalim di Malaysia. Ya Allah mudahkanlah urusan kami. KepadaMu kami mohon pertolongan dan kepadaMu jualah sebaik-baik sandaran dan penolong...



Allahu Akbar!

Kelantan dan Kedah di bawah PAS. Selangor di bawah PKR. Pulau Pinang dan Perak di bawah DAP. Satu gelombang baru dalam penstrukturan kerajaan Malaysia. Kiranya saya, kita dan semua sudah tahu apa yang kita mahu.



Kita mahukan perubahan dalam kerajaan, bukan kerana kita anti kerajaan. Tapi kerana kita inginkan keadilan dalam hak rakyat. Kita mahukan kemajuan, namun kemajuan itu terlandas di bawah syari'e. Kita mahukan kebajikan yang terjaga. Kita mahukan kita bersama mengejar redhaNya. Kita mahukan Islam menguasai namun hak non-Muslim masih terjaga



Ingatkah kalian, ketika mana Rasulullah saw, membina kerajaan di Madinah, Rasulullah saw mempersaudarakan dua golongan yang telah disebut dalam al Quran, golongan yang terlalu mengasihi sahabat kerana Allah.

Ingatkah kalian, ketika kerajaan Islam di Madinah, kebajikan hak orang-orang Non Muslim sungguh-sungguh terjaga, lantaran telah berpesan oleh kekasih Allah itu, jangan menzalimi kafir zimmi

Ingatkah kalian, ketika itu, ekonomi di Madinah masih berkembang pesat, dan kekayaan itu disalurkan seadilnya kepada semua?



Subhanallah

Ingatkah kalian, betapa amanahnya Saidina Umar al Khattab, sehingga sanggup menyamar untuk mengetahui perit payah rakyatnya sendiri

Ingatkah kalian, betapa rendah dirinya Saidina Abu Bakar ketika dilantik menjadi khalifah pertama, katanya " Aku bukanlah yang terbaik di antara kalian. Sekiranya aku betul, maka ikutilah aku, Tetapi sekiranya aku suda menderhakai ALlah, maka jangan diikuti aku"

Ingatkah kalian, betapa Khalifah Umar Abdul Aziz, memadam lampu kerajaan hanya kerana takut menggunakan yang bukan hak dalam berbincang perkara peribadi

Ingatkah kalian ketika mana pemerintahan Khalifah-khalifah islam, perkembangan ilmu, tamadun, ekonomi, kebudayaan, kesusasteraan, politik berada di puncak?



Allahu AKbar!

Tidak tergambar bahawa hati ini meyakini kemenangan Islam

Tidak tergambar bahawa hati ini meyakini kemenangan yang hak



Selamat tinggal yang batil

Dan selamat datang yang hak!

5 comments:

anonymous said...

alhamdulillah, syukur dgn rezeki yg Allah beri, semoga kita manfaatkan peluang yg ada sebaik2nya.. kembalikan yg hak..

mmg betul sgt2, kita bukan anti kerajaan.. tp kita menyokong kerajaan yg adil, yg amanah... kita mahu kebajikan rakyat terjaga..

takbir!!!
allahu akbar..

Anonymous said...

yang hak tetap hak yang batil tetap batil. semoga ALLAH meyatukan kembali umat sebagai mana tertegaknya daulah islamiah kalifah...

sama2 kita berdoa agar pemimpin kerajaan baru di 5 negeri dpt mjlnkan amanah yg diberikan seperti 4 pemimpin islam yg teragung AMIN.

Ummu Yazid said...

and kita juga masih bnyk tgjwb...
allahu akbar!

Yin Areesa said...

Assalamua'laikum.
Moga kegemilangan ISLAM terus bersinar laksana zaman keindahan ISLAM semasa NABI mentadbir Madinah. Cukup sempurna dengan Piagam madinah. Moga kita mampu menteladaninya.

Ummu Yazid said...

insya allah
saya yakin..
cuma kita kena start dgn islamisasi diri kita dulu :)