February 01, 2008

Apakah kesudahannya nanti


Assalamualaikum wbt

Makcik : 10 tahun lagi umur makcik 43 tahun. Anak pula berumur 33 tahun
Anak : Ya (sambil memikir panjang)
Makcik : Hidup ni sekejap sangat.. Makcik kenal anak waktu anak berusia 1 hari, tapi sekarang lihatlah, anak akan bekerja, berkahwin, mempunyai anak.. Cepatnya masa berlalu
Anak : Hmm ya makcik.. (masih dalam menung yang panjang)
Makcik : Makcik tak tahu apa yang makcik dah dapat dalam umur 43 tahun ni. Makcik dah ada 5 orang anak. Suami yang penyayang. Rumah yang selesa. Kenderaan yang selesa. Bagi orang cukuplah keadaan akak. Tapi makcik tak tahu hidup makcik sekadar untuk kepuasan diri makcik, keluarga makcik dan anak-anak makcik ke?
Anak : Hmm
Makcik : Apa akan jadi sekiranya makcik pergi dulu? Anak-anak makcik mampukah membawa bahagia makcik di alam sana? Suami makcik mampukah bertemu di syurga sana? Entahlah anak..Makcik rasa, sudah tiba masa makcik untuk membuat persiapan yang sebenar. Makcik belum lagi menunaikan haji. Badan dah mula rasa sakit-sakit. Allah.. (bergenang air mata makcik)
Anak : (menyeka air mata makcik itu). Tak mengapa makcik, Allah itu Ar Rahman. Allah itu Ar Rahim. Dia masih sayangkan makcik lantaran itu DIA masih lagi memberi ruang kepada makcik untuk merapati denganNya. Gunakanlah peluang ini makcik
Makcik : Terima kasih anak.. (Sambil mendakap erat anak muda itu)

Semalam, ada sesi tazkirah bersama sahabat-sahabat yang cukup ana rindui. Alhamdulillah, akhirnya rindu ini sedikit terubat. Pada awalnya agak liat untuk menghadiri majlis ilmu, namun mengingati pesan rasulullah saw, majlis ilmu adalah salah satu taman di syurga, lalu kukuatkan semangat juga.

Dalam sesi tazkirah itu, sahabat bertanya : "Ke mana kita selepas graduasi ini?"
Walau diri telah mempunyai perancangan, untuk menyambung kepakaran dalam bidang pergigian kanak-kanak, ingin menjadi pensyarah pergigian, ingin menunaikan haji ketika umur yang masih muda, namun sekadar itu sahajakah perancangan diri? Bagaimana dengan umat?

Teringat surah al asr :

"By the late Afternoon (Asr), truly man is in loss (khus)–
Except for those who have Iman (faith) and do righteous actions (Amal e soleh)
And urge, enjoin, (tawasau) each other to the truth (bil Haqq) and
urge, enjoin (tawasau) each other to steadfastness, fortitude (sabr). "

Berpesan-pesanlah dengan kebenaran. Dan berpesan-pesanlah dengan kesabaran? Ketika diri menjawat jawatan penting, dengan gaji yang agak 'handsome', rumah yang cukup selesa, dan keluarga yang bahagia, cukupkah itu? Bagaimana umat yang makin melarat? Bagaimana generasi muda akan datang andai diri tidak menyampaikan risalah nubuwwah yang sebenar?

Lantas diri teringat lagi pesan rasulullah saw " Sampaikanlah walau satu ayat"
As Syahid Imam Hassan Al Banna telah mula menggerakkan mujahidin untuk bertempur dengan tentera Israel ketika seusia 21 tahun lagi. Sahabat rasulullah saw, Zaid b Harithah, ketika usianya 13 tahun, telah meminta izin daripada rasulullah saw untuk menyertai peperangan, Imam Al Ghazali ketika usianya masih belia sudah menulis terlalu banyak karangan dan buku-buku ilmiah..

Ketika dalam masih program, perkara ini tidak langsung terlintas dalam fikiran. Namun setelah pulang ke bilik, mengambil buku "Tanggungjawab generasi muda Muslim masa kini" karangan Dr Yusoff Qardhawi, lalu diri tertunduk. Apakah sumbangan ku kepada umat ketika usia sudah hampir masuk 24 tahun?

Astaghfirullah al adzheem
wakai rakan-rakanku, ayuh kita teguhkan janji yang pernah kita ikrarkan dulu.
Wahai hati, tunduklah dengan sebenar-benar ketundukan bahawa " I am a Moslem"

No comments: