Assalamualaikum wbt
Part one
Saya minta maaf sekiranya saya tidak membalas sebarang msg di chatbox saya. Chatbox saya telah di 'block'. Oleh itu saya tidak dapat membalas msg kalian
Part two:
"Seronok ke jadi doktor gigi?"
Saya hampir tergelak dengan soalan seorang teman alam maya. Terus terang saya katakan, saya terlalu bersyukur diberi peluang ini oleh Allah, untuk mendalami ilmu ini. Saya masih lagi bergelar pelajar, dan tidaklah layak saya diberi gelaran doktor buat masa ini, insya allah in the future (Ya Allah please ease everything)
Saya terlalu bersyukur kerana melalui bidang ini, satu demi satu kebesaran Allah telah dinampakkan kepada saya. Ketika bergelar pelajar separa perubatan-pergigian saya melihat kebesaran Allah dalam badan manusia. Kami perlu belajar perubatan sebagaimana sahabat-sahabat perubatan kami belajar. Kami menduduki peperiksaan yang sama dengan mereka, kami bersama-sama memikirkan diagnosis pesakit-pesakit 'medical', kami sama-sama membuat pemeriksaan fizikal ke atas pesakit-pesakit kami (dental student check tulang kaki, hehehe), kami sama-sama berbincang tentang ubat yang sesuai untuk pesakit-pesakit kami. Alhamdulillah, satu peluang yang sangat saya syukuri
Bayangkan sahaja, terluka sedikit di tangan, maka dengan sendirinya sistem pertahanan badan akan menghantar doktor-doktor dan assistant untuk merawat luka tersebut. Bayangkan sistem saraf kita mampu menggerakkan otot-otot tangan kita dengan sendiri tanpa perlu menerima arahan daripada mulut kita sendiri. Bayangkan mata boleh melihat alam dengan cantiknya sedangkan mata kita menerima sesuatu objek dengan terbalik, namun kerana indahnya sistem badan kita, kita melihat objek dengan keadaan yang sebenar. Subhanallah
Apabila telah masuk ke dalam sesi klinikal sepenuhnya dalam bidang pergigian, makin bertambah syukur saya diberi peluang untuk mendalami ilmu ini. Bayangkan sahaja, walaupun mulut itu kecil, tetapi 13 kepakaran atau cabang ilmu perlu dikuasai untuk merawat pesakit yang ada penyakit dalam mulut. Prosthodontic, berkaitan menambah gigi yang hilang, orthodontic, berkaitan dengan membetulkan oklusi, paedodontic, pergigian kanak-kanak, oral surgery, berkaitan dengan pembedahan mulut dan muka, merawat penyakit kanser oral dan sebagainya, restorative, berkaitan dengan merawat gigi yang berpenyait (caries dsb).
Subhanallah..subhanallah.
Benarlah ilmu Allah terlalu luas. Ilmunya di dunia ini ibarat setitis air lautan berbanding dengan lautan yang terlalu luas. Allahu akbar. Bayangkan sahaja gigi-gigi anda di dalam mulut anda, berfungsi besar : mengunyah makanan, membantu dalam percakapan, membantu membentuk struktur muka, membantu untuk mendapatkan keyakinan, membantu untuk mengukir senyum yang cantik, dsb. Subhanallah
Ketahuilah,
Apabila anda berjumpa dengan doktor gigi, dia akan cuba untuk memberi rawatan yang terbaik. Namun, tampalan gigi tidak sama dengan gigi sebenar. Apabila tiba masanya, tampalan tersebut akan tercabut atau rosak. Ketahuilah sehebat mana teknologi terkini yang mahal harganya (Implant : RM 1000 per unit, crown : RM500 per unit, rawatan akar : RM 700, rawatan ortodontik : RM5000) tidakkan sama nilainya dengan gigi asal kerana keseluruhan rawatan itu masih ada 'date due' masing-masing. Saya tidak menafikan ada rawatan yang tahan sehingga berpuluh-puluh tahun, namun ciptaan manusia tidakkan sama dengan ciptaan Allah
Ketahuilah
Gigi yang dicabut terlalu awal, akan menyebabkan oklusi yang tidak betul dan ada beberapa kes yang menyebabkan rahangnya tidak berfungsi dengan optimum hanya kerana cabutan yang terlalu awal.
The message for today
Rasulullah sendiri bersabda " Sekiranya tidak menyusahkan umatku, sudah pasti aku wajibkan umatku untuk bersugi sebelum solat fardhu"
Ketahuilah, rasulullah saw tidak pernah mengadu sakit gigi. Gigi depannya hanya patah ketika dalam satu peperangan.
Ketahuilah, kayu siwak yang digunakan rasulullah saw mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh gusi dan gigi : kalsium, fluoride dan fosforus.
Ketahuilah
Gigi yang berlubang boleh menybabkan anda kesesakan nafas kerana bengkak di bahagian dagu yang menghalang salur pernafasan anda!
Ur dentist can provide the treatment, but the prevention is still in your hand
PS: actually tengah frust. Got an educated patient who denied dental treatment because he said that dental pain will never cause death!!!Ahaks..Ludwig angina camne plak?
No comments:
Post a Comment