January 03, 2008

Bila hati sudah rindu

Assalamualaikum wbt

Saya terlalu merindui sahabah-sahabah saya. Saya rindukan pandangan mata mahabbah mereka. Saya rindukan kata-kata menggetar jiwa saya. Saya rindukan nasihat-nasihat dari jiwa seorang dai'e. Saya rindukan gurauan yang masih terbatas dalam syarie yang sebenar. Saya rindukan suapan-suapan kasih rakan-rakan saya. Saya rindukan genggaman erat dan pelukan penuh mesra saya.Saya cukup rindu. Cukup rindu

Semalam, saya memulangkan buku di library. Dah lama tak ke library. Ketika tahun pertama hingga tahun ketiga, ketika bergelar pelajar pergigian + perubatan. Ketika di jalan-jalan itu, saya mengharapkan agar bertemu salah seorang sahabat perubatan yang saya rindukan. Di library menjengah-jengah andai ada yang dirindui sedang berjihad ilmu di sana. Tiada seorang pun yang saya nampak.

Sengaja mendatangkan diri ke cafe di hadapan dewan kuliah, dengan harapan agar ada pertemuan. Allah, hilangkan gelisah ini ya Allah. Bantulah aku untuk mencintai sahabat-sahabat aku keranaMu. Bertemu keranaMU, berpisah jua keranaMu.

Rindu ini masih belum terubat..
moga kan ada kesempatan

Ya akhawat apa khabar antunna semua?
Ya akhawat masihkah antunna terus tsabat dalam perjuangan ini?
Ya akhawat apakah ana yang sendirian kecundang dengan dunianya sendiri?
Ya akhawat, izinkan ana meluahkan yang terbuku dalam hati
Uhibbukunna lillahi ta'ala
dan ana memang-memang benar2 rinduuuuuuuuuu..... :'(

........................

Apa dah nak jadi dengan pimpinan Malaysia? Off topic about which party that you'll vote this coming election. Ati'ullah wati'urrasul waulul amri minkum. Taatlah kepada Allah, taatlah kepada rasul, dan taatlah kepada pemimpin kamu.
Bagaimana harus dita'ati pemimpin yang terang-terangan mengaku dialah orangnya dalam video itu.
Dan bagaimanakah harus saya berdepan dengan masyarakat dengan title pelajar pergigian, atau professional kesihatan dan ketuanya sendiri melakukan perkara yang membawa mudharat kepada kesihatan?

Answer me YB Dato' Dr..
Answer us YB Dato'...

SAYONARA JAHILIYYAH
SAYONARA CINTA JAHILIYYAH

3 comments:

Anonymous said...

assalamualaikum.

Rindu itu kadang2 hadir taktla kesunyian & kerisauwan.
cinta sejati hanya pada ALLAH. rindu pada mahluknya hnya semate2 kerana ALLAH,jika tidak bertemua di dunia biarlah ketemmui di Syurga ALLAH.
semoga ALLAH beri anti kekuatan dlm menyeru kepada kebaikan mencegah kemungkaran.hambaAllah.

Dr Ummu Sulaim, Hospital Raja Perempuan Zainab II said...

Buat shabatku dunia & akhirat...

Kita dipateri kukuh dengan jalinan keimanan,
tiada ikatah seutuh itu di dunia yang penuh dengan kerahsiaan ini,
andai kita sentiasa berpegang teguh pada tuan empunya tali yang mengikat ini,nescaya tiada sutu kuasa di dunia yang mampu menggoncangkannya...
ketahuilah sahabat,rindumu adalah jua rinduku,kerana hakikatnya jasad kita 'plural',namun kerana akidah ia bersatu menjadi 'singular'...
Ana uhibbuki fillah abadan ila yaumil Qiyamah,Allah jua ana bertawakkal.

Ummu Yazid said...

buat ukhti perindu cinta ilahi rindumu adalah rinduku jua kerana rindu ini adalah kerana tautan hati keranaNya...
moga kan terus tsabat ya ukhti..barakallahu feek :)

diyana to hamba allah
jazakillah.