January 16, 2008

al ahkam.net ditutup

assalamualaikum wbt

setiap kali saya melayari internet, 6 laman web utama yang akan saya kunjungi :Saiful Islam.com, Zaharuddin.net,Al-ahkam.net, Palestin Kini.info, Ustaz Maszlee Malik, Harakah Daily

Alhamdulillah daripada ketiga-tiga website, ilmu yang dicurakan daripada ketiga-tiganya adalah meluas. Saiful Islam.com pakar dengan akhlak dan perjuangan mahasiswa Islam, Zaharuddin.net dengan fiqh kewangan, al-ahkam.net dengan pentajdidan ilmu yang berasaskan al quran dan as sunnah dan palestinkini.info dengan urusan saudara-saudara seaqidah di Palestin.

Terus terang saya katakan ramai sahabat-sahabat maya saya bertanya tentang fikrah saya, PAS, SALAFI,JIM atau sebagainya.Saya hanya tersenyum, dan mengatakan saya seorang Muslim (kerana saya malas menjadikan isu ini sebagai perdebatan). Saya tahu saya di dalam fikrah mana, dan 'bahtera' yang saya sertai sekarang adalah hanya sebagai satu wasilah. Selagi mana website itu tidak membawa kepada unsur kekafiran dan kesyirikan kepada saya, maka pada saya, saya perlu berlapang dada.

Dua hari lepas saya berkunjung ke al-ahkam.net, seperti kebiasaan, tapi saya agak bersedih apabila iklan di website tersebut mengatakan webiste itu ditutup. Sedih kerana di situ saya mudah mendownload audio ceramah dan sebagainya. Sedih kerana di situ perbincangan isu semasa banyak dibincangkan (walaupun most of the time, i was there as a reader and listener only). Saya tidak tahu punca utama kenapa al-ahkam.net ditutup.

Ketika saya berkunjung ke Saiful Islam.com, ustaz Hasrizal menyatakan tentang masalah akhlak. Saya tidak berani memberi komentar panjang kerana saya di sana hanya sebagai 'tukang download' kuliah sahaja.

Saya sedang membaca buku "kebangkitan generasi solahudin dan kembalinya jerussalem ke palestin". Buku yang agak berat pengisiannya. Berkisar tentang ciri-ciri masyarakat Islam dari segi ilmu, politik, sosial, aqidah, kepimpinan dalam masyarakat Islam sebelum kejatuhan Jurussalem ke tangan tentera Salib. Salah satu dinyatakan adalah sikap berlebihan dalam mengikut mazhab sehingga menjadikan masyarakat ketika itu bermusuhan. Barangsiapa yang tidak mengikuti mazhab kami, maka kau bukanlah saudara kami.

Hmm, mungkinkah keadaan ini berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Keta'asuban kepada sesuatu aliran atau individu menjadikan kita semakin bermusuh. Yang minat individu ini bermati-matian membenarkan hujah dan yang lain pula akan menghentam sesuka hati. Mungkinkah?

Pernah saya ditanya oleh seorang sahabat, enti baca buku-buku Kapten Hafiz Firdausdan Dr MAZA? Bukankah dia berlainan arah dari kita. Saya hanya mengatakan, "saya mebaca atas dasar ilmu. Dan saya berlapang dada. Saya tidak boleh terlalu tertutup hanya dengan ceramah-ceramah wakil 'bahtera' kita." Kepada yang berkenaan, maaf ya ini bukan masalah wala' tetapi masalah keterbukaan kepada saudara seaqidah kita.

Allahu 'alam..Frankly speaking, memang sedih dgn penutupan al-ahkam.net.


...........

Off topic sekejap ya.
Lately saya rasa kecil hati sangat dengan rakan-rakan saya. Saya hanya menolong seorang pakcik untuk memajukan perniagaannya, tapi sampai kepada saya cakap-cakap belakang saya mengambil komisyen daripada bantuan saya kepada pakcik itu, sedangkan saya tidak ambil satu sen pun daripada pakcik tersebut. Ganjaran yang saya terima hanyalah beberapa hadiah percuma daripada pakcik tersebut dan isterinya. Saya masih boleh bersabar. Kepada yang menyebarkan fitnah tersebut, harap-harap dapat berbuat sesuatu. Akak tak dapat satu sen pun adik. Kalau akak dapat komisyen banyak, tak delah akak kena merayu kat mak ayah akak tambah duit poket akak sekarang ni...

Sesungguhnya orang mu'min itu bersaudara dan damaikanlah di antara keduanya. Atas dasar itu, saya cuba mendamaikan 2 orang yang tengah pening kepala dengan masing-masing. Tapi, sampai juga cakap-cakap belakang yang menyatakan saya buat-buat baik kepada keduanya kerana saya ada hajat kepada salah seorang. Dan yang seorang lagi terpaksa bersemuka dengan saya " Betul ke apa yang akak dengar?" Astaghfirullah, telinga saya merah menahan cakap-cakap belakang, tapi saya cuba tersenyum " Akak, saya sayang korang, dan saya tak nak korang bergaduh. Prioritize the priority kak. Akak kenal saya macam mana, abaikan cakap-cakap orang".

Benarlah, hati manusia Allah yang pegang. Walau macam mana saya cuba untuk menyatukan atau membuatkan orang berpuas hati kepada saya, tak kan berlaku andai DIA tidak mengizinkan. Kepada penyebar-penyebar fitnah, jagalah mulutmu. Jangan terlalu mudah mengandaikan andai tidak tahu yang sebenar.

Hai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.” – (Surah al-Hujuraat, ayat 12)

"Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, karena sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang kejelekan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara" (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563

2 comments:

Anonymous said...

Alhamdulillah tak kisah kita berada dimana sekalipun, kita tetap saudara seaqidah.. Tolak yang lain, kita adalah sama dalam matlamat menuju Allah swt..

Ada satu buku untuk dicadangkan. Buku "Let Us Be Muslim" by Abu'l A'la Al Mawdudi.. Sangat best bagaikan makan KFC or McD utk akal.. Huhu, ana sendiri tak baca habis lagi..baru masuk chapter 2..

Kata nak pinjam buku? Jadi ke..

Ummu Yazid said...

erm, ari tu ana gi blog enta..ana baca some of ur suggestion
bleh gak ana nk pnjm..iA raya cina ni ana blk..boleh ana pnjm buku perang badr tu x?