Kes allahyarhamah nurin memang menyayat hati. Takziah kepada keluarga allahyarhamah. Sesungguhnya ujian Allah hanya untuk yang layak menanggungnya. Semoga dikurniakan kesabaran dan kekuatan oleh Allah kepada keluarga allahyarhamah.
Dulu, saya pernah menyalahkan kaum muslimin dalam kes-kes sebegini. Kes rogol, zina dan sebagainya. Saya menyalahkan mereka kerana tidak menundukkan pandangan sebagaimana yang telah difirmankan Allah dalam surah an nuur. Kemudian saya menyalahkan mereka kerana sebagai 'ar rijaalu qawwamu 'ala nisa', lelaki sebagai pemimpin kaum wanita, kerana tidak mampu melindungi seorang wanita. Saya juga menyalahkan lelaki kerana tidak berjaya menggunakan aqal yang sembilan untuk melawan nafsu yang satu. Saya juga menyalahkan kaum lelaki kerana terlalu SUKA menonton cerita lucah. Saya juga menyalahkan kaum lelaki terutama pereka fesyen yang kebanyakannya lelaki yang menyediakan design baju yang jarang dan ketat, semata-mata untuk kepuasan mereka.
Tapi alhamdulillah, saya mula tidak bias sekarang. Saya mula nampak juga kesalahan kaum saya. Tidak salah sekiranya saya katakan semuanya kerana seorang wanita.Kesalahan zina, rogol, juga disebabkan oleh wanita. Peratusan kesalahan wanita lebih banyak. Apa ni? Wanita jadi mangsa nafsu lelaki, saya membela lelaki? Maaf, saya tidak bermaksud untuk membela yang salah, yang salah tetap salah. Saya juga seorang feminisme seperti kalian (maaf, bukan seperti sister in islam).Tapi, saya sedar sebagai seorang feminist, saya perlu menegur, supaya keadaan makin terkawal.
Saya seorang wanita. Kecenderungan untuk bergaya sangat tinggi. Memang fitrah. Namun, sebagai seorang muslim, antara kecenderungan diri dan perintah Allah, perintah ALlah perlu dilaksanakan. Sememangnya surah an nuur, meminta kaum lelaki untuk menundukkan pandangan. Dan dalah surah yang sama juga meminta agar wanita turut menundukkan pandangan. Malah, dalam surah itu juga meminta agar melabuhkan tudung sehingga menutupi paras dada.
Tapi, sekarang, tudung sangat jarang. Kemudian diselempangkan naik ke atas paras dada. Kemudian, baju betul-betul ikut saiz badan. Lepas tu seluar pulak sendat. Muka di 'make up' .Gincu merah, mascara, blusher etc. Perhiasan mana yang tidak akan dilihat orang? Bukankah setiap wanita itu hiasan?
Cuba tanya diri sendiri, sekiranya satu rantai bertakhta mutiara dan berlian ditayangkan, sudah tentu diri sebagai seorang perempuan kan memandang. Bukan sekali, malah dua kali, kemudian tiga kali, sehingga benar-benar ingin memiliki. Bagi yang tidak mampu memiliki, telan air liur je laa, kempunan tak dapat memiliki rantai tersebut. Tapi, bagi yang memiliki, sudah pasti kan terus membeli. Bagi yang tidak mampu, sama ada dia berusaha untuk menyimpan duit atau dia cuba dengan cara yang salah, mencuri ke merompak. Nau'dzubillah min dzalik.
Suara, jelingan seorang wanita semuanya panahan syaitan kepada seorang wanita. Usah menyalahkan mereka (kaum lelaki) seratus peratus andai diri tidak mampu dikawal. Perhiasan yang dipamerkan sememangnya kan dipandang. Perhiasan yang mahal, tidak dipamerkan ke pameran umum. Biasanya dibuat dalam pameran tertutup.
http://senikehidupan.com
Doa Dari Hadis Sohih : Khusus Elak
Di Rogol & Cabul
Oleh
Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
Terdapat beberapa pertanyaan tentang doa yang khusus bagi kaum wanita samada dewasa dan kanak-kanak untuk mengelakkan mereka dari terperangkap dalam situasi yang boleh membawa kepada rogol, pencabulan dan lebih dahsyat lagi deraan seks yang diakhiri dengan pembunuhan.
Maka di sini, selain doa dari hadis sohih pelindung setiap kali keluar rumah yang telah saya paparkan di artikel berkenaan Al-Marhumah Nurin Jazlin sebelum ini. Iaitu :-
رَسُولَ اللَّهِ يقول من قال بِسْمِ اللَّهِ الذي لَا يَضُرُّ مع اسْمِهِ شَيْءٌ في الأرض ولا في السَّمَاءِ وهو السَّمِيعُ الْعَلِيمُ ثَلَاثَ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُصْبِحَ وَمَنْ قَالَهَا حين يُصْبِحُ ثَلَاثُ مَرَّاتٍ لم تُصِبْهُ فَجْأَةُ بَلَاءٍ حتى يُمْسِيَ
DALAM sebutan rumi : BISMILLAH ALLAZI LA YADURRU MA'ASMIHI SYAIUN FIL ARDI WA LA FIS SAMAIE , WAHUWAS SAMI'UL 'ALIM
Ertinya : Rasulullah s.a.w didengari berkata sesiapa yang berdoa : "Dengan nama Allah yang tiada dimudaratkan sesuatu apapun dengan namaNya samada di bumi dan di langit, dan Dialah maha mendengar dan maha mengetahui" sebanyak 3 kali, maka ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehinggalah subuh esoknya, dan barangsiapa membacanya ketika subuh 3 kali, ia tidak ditimpa kesusahan bala dan musibah sehingga petangnya" ( Riwayat Abu Daud, 4/323 ; At-Tirmidizi, 5/465 dan Ahmad ; Tirmizi : Hasan - Teks doa berwarna Merah Syeikh Syuaib ; Hasan)
Ingin saya utarakan satu lagi doa sohih yang dibaca oleh isteri Nabi Ibrahim a.s (iaitu Siti Sarah) yang menyebabkan para lelaki zalim termasuk rajanya melarikan diri, saya sertakan sekali sumber rujukannya dari hadis Nabi s.a.w.
اللّهُمَّ اِنْ كُنْتَ تَعْلَمُ اني آمَنْتُ بِكَ وَبِرَسُولِكَ وَأَحْصَنْتُ فرجي إِلاَّ على زوجي فَلاَ تُسَلِّطْ عَلَىَّ الْكَافِرَ
DALAM SEBUTAN RUMI : ALLAHUMMA IN KUNTA TA'LAMU INNI AAMANTU BIKA, WA BIRASULIKA WA AHSONTU FARJI ILLA 'ALA ZAWJI FALA TUSALLIT 'ALAYYA AL-KAFIR WA AZ-ZALIM
Ertinya : Ya Allah, jika engkau mengetahui bahawa aku beriman kepada Mu dan Rasul Mu, dan aku menjaga kehormatanku hanya untuk suamiku, maka lindungilah aku daripada dikuasai oleh orang-orang kafir dan zalim" ( Riwayat Al-Bukhari, no 2104, 2/722 ; Sunan Al-Baihaqi, 5/97; Musnad ahmad, 2/403 ; Fath Al-Bari, 6/393; Umdat Al-Qari, 12/30 ; Sohih )
Semoga ia dapat dihafaz dan di amalkan oleh semua wanita Muslimah, Cuma jangan lupa bahawa doa ini bersoifat tawassul dengan amal soleh anda, iaitu apabila diikat dengan imannya dengan Allah s.w.t dan RasulNya dan telah dijaga kehormatannya dan sudah tentu auratnya.
Justeru, seolah-olah kemaqbulan doa ini juga diikat tentang kewajiban untuk beriman dengan Allah dan rasulNya dan menutup aurat anda. Tanpanya, doa ini masih amat digalakkan untuk dilakukan, cuma jaminan seolah-olah lebih pasti bagi yang apa yang dikatanya (dalam doa ini) menepati apa yang sebenarnya penampilan fizikal anda.
Justeru, jika berbaju kebaya terbelah, baju sendat menampakkan susuk tubuh, berpakaian nipis seolah telanjang, bersolek canggih seperti artis bukan Islam..sudah tentu doa ini sahaja belum cukup mampu menjaga anda. Bukan kerana Allah s.w.t tidak mampu, tetapi Allah s.w.t tidak anggap wanita itu layak dek kerana kedegilannya sendiri.
Fikirkanlah.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman
http://www.zaharuddin.net/
12 Ramadhan 1428 H
24 September 2008
P/S ; DIBENARKAN SEMUA PIHAK UNTUK MENGEDARKAN TULISAN INI. SAYA MEMBERIKAN KEIZINAN MALAH GALAKKAN.