February 26, 2006

The Medicine

Bismillahirrahmnirrahim..

Assalamualaikum..

Ada yang bertanya "bagaimana dikatakan dengan zikrullah menenangkan hati?"
Saya berdehem. memikirkan jawapan..Bila sahabat menceritakan masalah, saya kata bersabar, banyakkan ingat Allah, Allah akan mempermudahkan urusan. Itu jawapan yang sama.

tapi kali ini, persoalannya berbeza.. "Tak de beza pun? Sama je? x rasa tenang pun?"
Saya berdehem. Memikirkan jawapan lagi.. Terlalu payah rasanya memberi nasihat. Pesan Imam Al Ghazali di dlaam bukunya 'ayyuhal walad' (Wahai anakku tercinta), risaulah kamu andai kamu suka memberi nasihat, kerana ditakuti nasihatmu itu tidak sama dengan amalanmu.. Hmm..payah tu.Tu pesan ulama' terkemuka..

memang diakui, satu masa dahulu, saya ada masalah, org pertama yg akan saya cari, sahabat karib saya. tetapi alhamdulillah, daripada pesanan seorang sahabat yang cukup mencintai Allah, saya cuba menjadikan Allah pertama dalam hidup saya. Pesannya: Allah sebaik2 pemberi nasihat.

Memandangkan yang bertanya punya latar belakang ilmu perubatan,saya cuba mengaplikasi.
D:Kalau demam, kita buat apa?
X:Jumpa Doktor.
D:Then what is the dioagnosis?
X:Fever.
D:then what did he prescribe to u?
XAntipyretic (ubat hilang demam) and antibiotic.
D: what was his advise?
X:To be complement with those drugs.
D:Then what did u do?
X: I'll be compliance as prescribed by that MD.
D:Then, what is ur hope?
X:To cure as soon as possible.
D:Are you confindent enough that those drug can cure ur fever?
X: Sure enough.
D: Why?
X: Becoz i know the moa (Mode of action)
D: Hmm...
X: Are those question relevant in history taking?
D: yup... becoz i'm a dental student who hv basic knowledge bout how a medicine works..
so do u..
X: I dont understand..

itu sekadar analogi. Apabila kita demam, kita batuk, kita selsema, kita sakit perut, atau apa jua sign and symptom yang ada pada kita, kita berjumpa Dr.Dan apabila diberi ubat, kita pun dengan rela hatinya (atau paksa dalam rela) menghabiskan ubat. Contohnya antobiotik, Dr kata habiskan. So kita kena habiskan sebabnya antibiotik tu untuk membunuh bakteria. Walaupun kita dah rasakan kita dah sihat, tp tu tak bermakna semua bakteria tu dah habis dibunuh, sbbnya ia hidden..

dalam kes doa sebagai ubat..kita lihat dari aspek..
pertamanya dari segi kepatuhan, dan keimanan kepada ayat Allah
"hanya dengan mengingati Allah hati kan jadi tenang"?
Sekadar tahu, tapi tidak mengamalkan?

Bila ada masalah, di mana kita letakkan Allah pada waktu tu, adakah Allah yg pertama, atau Allah yg kedua, ketiaga, atau tiada langsung? Yalah, kalau kita demam pun, yg pertama alert, kwn dulu, bila dah nasihat baru jumpe Dr, ya tak? Tp masalahnya, ubat tu ada pada Dr, nape nak bg tau kwn dulu? So, dlm hal ni, Allah ada ubatnya, tp kenapa tak cari Dia dulu?

X: takkan x boleh nak cerita kat orang?
D: tak salah sahabat,tp jgn sesekali dilupakan Allah..

kedua dari perspektif keyakinan bahawa ubat tu akan mujarab...

kalo kita yakin dengan ubat2 tu..sebab kita tahu MOA dia, tapi dengan berdoa kepada Allah kita kurang yakin. Ya, kita berdoa..doa..doa..Tapi satu, yang perlu diambil kira, doa kita sekadar lafaz, atau memang dari hati kita? Salah satu teori, mengapa ubat tu berkesan, sbb akal kita menguasai, bahawa ubat tu berkesan. Tp bila berdoa, akal kita tak kata :doa adalah penawar paling mujarab, jadi natijahnya.....jadilah orang yg tak compliant (tak patuh kepada ubat)....


ketiga..
dari segi compliant (kepatuhan) erhadap ubat..


Dr kata, habiskan.. kalo tak ada banyak komplikasi.. Kita pun habiskan.. Tapi doa..kita tak pernah compliant..sekejap doa, kejap tak...petang kang doa balik..lepas isya' tak doa dah.. Tak compliant..camner nak heal/cure sepenuhnya?

Hmm, sekadar itu yang termampu untuk diluahkan.
saya tidak punya ilmu yang banyak untuk mengeluarkan hadis, ayat alquran. Tapi pesan imam Al Ghazali dalam bukunya "Ayuhal Walad" (Wahai Anakku tercinta) beramallah dengan ilmu yang engkau ada. janganlah engkau beramal dengan sesuatu yang kau tiada ilmu.
Saya punya sedikit asas pengetahuan dalam perubatan, jadi saya cuba mengaplikasi ilmu tersebut..

Dr yang terbaik : Allah.
Ubatan yang terbaik: Zikrullah
Cara terbaik nak sembuh: Cari Allah yang pertama, compliant dengan ubat yang diberi, yakin bahawa ubat itu akan bertindak.

Insya Allah, dirimu kan diberi kesihatan, dalaman yang cukup indah.
Allahu'alam..

RALAT

assalamualaikum..

pertama-tama saya mohon keampunan dari Allah atas kelemahan diri yang serba alpa ni.
Dlam posting wallpaper untuk mujahid, ada satu wallpaper warna coklat yang ada kalimah Allah, sepatutnya surah al an'am ayat 153 bukan ayat 135. Harap bagi sesiapa yang dah save as wallpaper tersebut harap dapat edit gambar tu semula.

Maafkan saya

February 22, 2006

kasih Allah..


bismillahirrahmanirrahim


Ku Merayu
Album : AlamiMunsyid : Alarm Mehttp://liriknasyid.com
Dalam sayu ini
Ku masih merayu
Kiranya kau hulur sisa simpati
Untuk hatiku yang masih mengharap
Tuhan ku pinta segala terlerai

Walaupun aku tidak pasti
Apakah masih membara dosaku
Di lautan derhaka ku terus berombak
Menghempas taubatku yang kian retak
Oh Tuhan ampunilah daku
Sudi kiranya kau hujani kembali
Jiwaku yang masih kelayuan ini

Tuhan sambunglah cintaku yang terputus
Dengan cinta-Mu Yang Maha Kuasa
Dalam sayu ku masih merayu
Agar kasih-Mu hadir di hatiku
Dalam pilu ku masih merayu
Biarlah dosa-dosa nan lalu
Terkubur di lipatan kenangan

Ku merayu hanya pada-Mu
Ku merayu dan terus merayu
Ku memohon petunjuk dari-Mu
Buatku menuju jalan-Mu yang satu
Hidup matiku hanya untuk-Mu

********************************

Buat diri,buat teman,buat semua...

Yakinlah kasih sayang Allah melebihi kasih sayang seorang ibu..

Kau lakukan dosa yang banyak..

namun, Dia tidak mengazabmu ketika itu juga..

Dia masih lagi buka keampunan seluasnya

walau dosamu tak terhitung..

Kau menjauhkan diri..

Dia masih di sisimu..

Kau menyalahkannya..

Dia masih memberi ...

Apakah masih tidakinsaf lagi???

Astaghfirullah aladzeemmm..

February 20, 2006

The Madagascar

Bismillahirrahmanirrahim.

Assalamualaikum.

Semalam saya menonton kartun The Madagascar. Pada hemat saya, mestilah cerita tersebut berkisarkan tentang kehidupan haiwan; Mr Alex (singa), Marty (Zebra). Gloria (badak sumbu), satu lagi saya x ingat nama dia (zirafah), penguin, and beberapa monyet.Tapi.....

Kesimpulan yg sy dapat, cukup simbolik kartun tersebut<--- New Yorkers manusia terbaik di dunia. (OOoooooo, ye ke?)

bermula dengan kehidupan di zoo new york, yang penuh dgn kemewahan, kegemilangan, kesenangan.tapi ada satu musibah menimpa mereka. Dalam kemalangan tersebut, mereka terdampar di satu pulau. di sana,ketua monyet membuat satu rancangan, agar New Yorkers giant (istilah dlm citer tu) menjadi sahabat mereka, dan seterusnya menjamin keamanan kepada mereka daripada serigala-serigala yang membawa kesusahan kepada mereka. aYAT RAJA TERSEBUT "oH, Mr Alex, thank you for bringing the peace for us"..
(Ne York Giant<--polis paling berkuasa lah kan?Aha!!ni bukan simbolik lagi dah..jelas nyata!!)

Lepas tu those 'new yorkers giant' mengalami beberapa musibah. teringat dialog si badak sumbu, gloria "Hey common, we'r New Yorkers rite? We'r greedy, we'r tough, we can't lay down like the marty's butt!!"

(sememangnya,ner workers tough, tengok jelah askar dia kat iraq, camne dorang wat kat tahanan penjara abu gharib, we'r greedy <----memang pun,kalo bley sume nak kebas, pantang ada negara kaya sket, sume nak kebas)

Hm, itulah sahaja.. dalam citer spiderman pun, last sekali, dia tunjuk spider man tu hinggap kat tiang bendera US..Begitu simboliknya mereka!!

Kesimpulannya, tak payahlah mengagungkan mereka.. Mereka hanya merosakkan aqidah kita sedikit demi sedikit.. Dan kita, sebagai seorang yg telah mengucapkan syahadah, sewajarnya berusaha utk menegakkan islam kita. menguasai segala ilmu untuk menyebarkan islam di bumi ini.Bukan sekadar ilmu pergigian,perubatan, kejuruteraan, atau apa jua pun,tapi ilmu agama, ilmu teknologi, ilmu ekonomi perlu juga dipelajari...Tidak perlulah mengikut gaya mereka, hedonisme, etc...

Allahu 'alam.
Islam akan menang. insya Allah, itu janji Allah..
bersabarlah!

February 16, 2006

valentine day atau aqidah?

Valentine day atau aqidah- Yang mana jadi pilhan.

Teringat dalam satu paparan berita di TV3, apakah maksud Hirah, rata-rata muda-mudi agak kurang kefahaman tentang hijrah,namun apabila ditanya, 14 Februari, kanak-kanak pun sudah menangkap maksudnya. Paling tidak, tergambar di fikiran, jualan kad-kad cinta, bunga-bunga ros, kek berbentuk hati,dan sebagainya. Bagi yg sudah dewasa, hari ni ditunggu untuk meluahkan rasa cinta kepada sang kekasih.

Malangnya, dengan program media massa yang membuat gerak gempur khas apabila musim ‘bercinta’ ini kembali. Dengan kencangan cerita-cerita cinta, puisi-puisi romantis jadi hujan yang mencurah-curah. Pada masa yang sama, pelbagai fatwa telah dikeluarkan, ulama’ mula bersuara sudah berkurun lama, namun, hakikatnya, embun kebenaran hanya sebentar cuma.

Mungkin sudah lumat di ingatan kita susur galur kisah valentine day. Terdapat 3 versi yang popular, pertama: tentang kisah sang paderi yg bernama St Valentine yang mengahwinkan tentera romawi secara senyap-senyap Ketika itu Kaisar Claudius II menganggap tentera muda bujangan lebih tabah dan kuat dlm perjuangan dari orang yg sudah erkahwin. Lalu, dijatuhkan hukuman mati ke atas St Valentine pada 14 Februari. Dan akhirnya, demi mengangkat martabat seorang paderi yang berjuang demi cinta, hari valentine disambut. Naudzubillah min dzalik…

Lantaran, antara aqidah dan valentine yang mana jadi pilihan? Kita punya ilmu susur galur valentine day, yang tiada langsung kaitannya dengan islam, dan langsung kita tidak tahu kepentingannya utk islam. namun kita masih memujanya. Perbuatan seumpama itu bercanggah dengan ilmu yang ada. “Wahai orang-orang yg beriman! Mengapakah kamu mengatakan sesuatu yg tidak kamu lakukan? Sungguh besar kemurkaan Allah jika kamu mengatakan apa yg tidak kamu lakukan” As Soff: 2-3

“Dan janganlah kamu mengikuti apa yg tidak kamu ketahui tentangnya. Sesungguhnya pendengaran, penglihatan dan hati, semuanya akan diminta pertanggungjwabkan” Al Isra’: 36

Sesungguhnya Islam adalah agama yg fitrah, yang sentiasa meraikan kasih sayang antara sesama manusia. Sungguh perasaan itu adalah fitrah yang suci.” Dan cinta yang meluap sering kali menjadikan mukmin itu lebih mendahulukan saudaranya daripada dirinya sendiri, sekalipun mereka berada dalam kesusahan” (Al Hasyr: 9)

Lantaran itu, sudah terang lagi bersuluh, kita merayakan satu perayaan yg tiada kepentingannya dalam Islam.Dalam Islam, setiap hari adalah hari utk kita menunjukkan kasih sayang. Hadis nabi yang mafhumnya “ Barangsiapa yang tidak memberi belas kasih sayang, maka Allah tidak akan mengasihinya”

Sudah terang lagi bersuluh cahaya yg cukup menyilaukan, ia berkaitan dengan aqidah kita. Tahukah kalian, andai kita mencontohi perbuatan sesuatu kaum, kita sudah pun berada dalam golongan tersebut! “ barangsiapa menyerupai sesuatu kaum, maka dia termasuk dari golongan mereka” HR Abu Daud dan Imam Ahmad dari Ibnu Umar

“Tidak termasuk golonganku orang-orang yg menyerupai selain golongan umatku (umat Islam)” HR Tirmdzi dari Amru bin Syuaib dari ayahnya dari datuknya.

“Janganlah kalian menyerupai orang-orang Yahudi da Nasrani” HR Tirmidzi.

Tidakkah ada rasa sesuatu apabila Nabi kekasih Allah tidak lagi mengaku kita umatnya? Bagaimana nanti di hari kiamat kelak, tiada syafaat darinya untuk membantu kita di hari kiamat kelak?

Jadi, saudaraku seaqidah sekalian, tidak perlu berpaling kepada upacara gilang gemilang ini. Kerana, Islam telah menggantikannya dengan sesuatu yg lebih baik. SETIAP HARI adalah hari kekasih. Apabila setiap hari, kita tidak perlu berbelanja beratus-ratus utk menyatakan rasa kasih, tetapi ciuman kepada ayah ibu, pelukan kasih sayang adik-adik, untaian berjebat tangan penuh erat dengan sahabat, itu lebih bermakna. Dan semestinya segala-gala bentuk kasih sayang itu adalah kepada kekasih yg agung-Allah. Berkasih mesra itu adalah salah satu cabang dari sifat penyayang Allah itu..Namun segalanya mestilah di bawah acuan Islam itu juga.

Akhirul kalam, muhasabahlah. Setiap hari dalam solat, kita berjanji Sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, matiku adalah utk Tuhan Sekalian Alam..Di mana janji kita??

Yakinlah dengan janji Kekasih tercinta
Katakanlah: Jika kamu cintakan kepada Allah, maka ikutilah ajaran aku, nescaya Allah akan menyintai kamu dan mengampunkan dosa kamu. Dan Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.(Ali imran: 31)

February 13, 2006

tentang dia

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..

kisah yang akan saya bawakan ini bukanlah satu kisah rekaan, tetapi sebaliknya adalah kisah yg terjadi kepada diri saya sendiri.

Dia, punya perwatakan menarik. Punya ilmu agama yg cukup tinggi, bacaan al qurannya berlagu, dan terlalu banyak surah yg dihafaz. Dia, cukup ceria orangnya, namun cukup teliti mebuat perancangan. Dia punya banyak ilmu agama, yang sering dikongsi dalam ta'alim selepas solat jemaah maghrib. Dia senang berbicara dengan sesiapa sahaja.

Dia punya kredibiliti, senior menghormatinya. Sentiasa istiqamah. Dia cukup ceria. Namun tegas dalam perjuangan agamanya. Pernah saya bertanya " akak, saya nk balik.ada meeting keluarga" Dia jwb penuh hikmah, "diyana, dlm hal agama, agama yg pertama, tetapi keluarga bukan yg kedua. Diyana, fikirkanlah, adakah benar kita diperlukan dlm meeting keluarga?"

Dia, senior pertama menegur saya ketika hari pendaftaran. "Assalamualaikum, erm akak kak ......., akak dental thn 2. Akak bilik sebelah ni je.Kalo ada pape, datang lah ya?"Jarang benar ada senior yg begitu ambil berat juniornya.Sewaktu tahun pertama,memang keadaan cukup getir.Pada saya ketika itu, lulus professional 1, segala2nya. Da sentiasa berada di sisi. terlalu banyak curahan tazkirah dari hari ke hari. paling penting, dia selalu mengajak saya solat berjemaah.

Paling penting, mengenalinya adalah satu nikmat tidak terhingga. Dia cukup mengambil berat setiap adik2, rakan2 dan senior2nya. Mungkin aura ukhuwah fillah dah ada dlm dirinya.
Subhanallah.

Saya masih teringat, 2 minggu kebelakangan ini, kerja saya bertimbun, 3kali ganda dari biasa. Masa study, makin kurang, stress menjelang professional 2 yg hanya tinggal 93 hari lagi, menyebabkan saya mula menyalahkan tugas2 agama. Astaghfirullah al azheem. Saya mula mengabaikan kelas2 agama, sy mula kurang bercakap. pada saya masa yg ada inilah sahaja perlu saya gunakan utk bersedia utk ke professional 2. Dia perasan.

Dalam saya bersendiri, dia menghantar sms. "Tetiba akak teringat kat diyana. Diyana jgnlah risau. Ditaklifkan memegang jwtn adalah salah satu rahmat Allah. Kami ada untuk membantu dyana. Allah ada. U've done a great job for the 1st task. Congratulations. Yakinlah dgn Allah adik".

Saya terharu.Terdiam. tergamam.Ya Allah, rahmatilah kakakku ini, rahmatilah dirinya.
Ketika saya bersendirian, ketika saya mula menjauhkan diri, Allah utuskan dia utk mengingatkan saya. Betapa terlalu agung kashNya Allah. Tidak pernah Dia tutup pintu rahmatNya walaupun saya mula menjauhkan diri dari Allah. Allah telah tautkan ikatan ukhuwah atas dasar aqdah di hati kakak itu. Subhanallah..

Lantas, sy terus menutup buku. terus ambil wudhu', dan saya terus menunaikan solat dhuha. Pd sy, itulah shbt sbenar. Usia bukanlah satu pemisahan, dia seorang senior, sleayaknya, seorang senior (kalo yg dulu2) takkan concern langsung pd seorang adik. namun dia, rasa kasihnya kepada sesiapa adalah kerana Allah, lantas, dia tidak membezakan orang..

Seorang shbt sebenar, apabila kita melihatnya, kamu akan teringat Allah, apabila mendengar kata2nya,berambah ilmumu,dan apabila kamu melihatnya kamu teringat dunia akhirat.

Ya ALlah, rahmatlah dirinya. Golongkan dirinya dlm golongan yg Engkau kasihi.
Dia punya ciri shbt solehah, dan golongkan dirnya dalam golongan yg bertaqwa,
golongkan dirinya dalam bidadari syurgamu......

Buat dirinya, syukran jazlan ukhti.
I adore you since the 1st day we met..

Buat ikhwah/akhawat rahimatullah..
Ana uhibbukum lillahi taala.
Ya Allah, kekanlah kemsraan antara hati kami...

February 12, 2006

peringatan awal











Say NO to VALENTINE DAY!
We MOSLEM don't celebrate VALENTINE DAY!!
No Valentine day!

(karya unit penyiaran)

hari sambutan wanita vs hari sambutan assyura

bismillahirrahmanirrahim.

assalamualaikum..

Shbt x: apalah dorang ni, dah tau ada hari sambutan wanita (HSW) nk wat gak hari assyura.
Diyana: kebetulan, x salahkan?
Shbt x: Argh, rasa cam ada prog boycott memboycott je.
Diyana: knapa kata cm tu plak?
Shbt x: kenapa tetiba ada prog maal hijrah? kemain hebat lagi promotion,wallpaper, flyers..
Diyana: apa kurang HSW? last2 ada tiket free lagi tu.Hari assyura buat flyers dr bilik ke bilik, HSW pun buat..
Shbat x: x nak ar pergi dua-dua.
Diyana: kalo gi HSW kita dpt ilmu, kalo gi assyura pun dpt ilmu
Shbat x: malas ar.Memang ada pakatan dlm kampus ni
Diyana: apa plak, Hari assyura bwh Pusat Islam, HSW bwh HEP. secara kebetulan
Shbat x: kalo diyana jd sy, diyana gi mana?
Diyana: pdua ada ilmu.Tp sy suka gi program assyura. Leh kenal senior, junior bila kita tlg sediakan bhn mentah sama2. Potong bwg,serai, ubi keledek, sumenye sama2.kan best..
Shbt x: tp, HSW ada ladies nite, bestnye, nk bergaya apapun bley, x de org muslimin pun..
Diyana: sekali setahun je nak gi makan bubur assyura ni..Rugi besar. Ceramah pun best.Jom lah...

########
Hujung minggu lepas memang terlalu meriah suasana USMKK.Yg sana buat HSW, yg sini buat hari assyura. Saya memilih utk ke assyura, bukan kerana makan free, tp kerana ilmu agama yg jarang dapat peluang.

(Surah Al-Mujaadalah ayat 11)
Bermaksud : " Allah Swt telah mengangkat orang-orang yang beriman di antara kamu, begitu juga orang-orang yang dikurniakan ilmu pengetahuan ( dari kalangan kamu) beberapa darjat ".


- Dari Abu ad-Darda' r.a., bahawa Rasulullah s.a.w., bersabda: "Sesungguhnya Malaikat-malaikat sentiasa menurunkan sayapnya (sebagai memuliakan dan menghormati) penuntut ilmu agama, kerana mereka suka dan bersetuju dengan apa yang penuntut itu lakukan."
(Tirmizi dan Abu Daud)

February 09, 2006

10 Muharram

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum.
Segala puji bagi Allah Tuhan Sekalian alam. Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..

10Muharram, atau hari assyura.

Maksudnya : "Daripada Abdullah bin Sa`id bin Jubair daripada ayahnya daripada Ibnu `Abbas Radhiallahu `anhuma katanya : "Nabi Sallallahu `alaihi wasallam datang di Madinah lalu melihat kaum Yahudi berpuasa pada hari `Asyûrâ. Baginda Sallallahu `alaihi wasallam kemudian bertanya : "Apakah ini ?" Mereka menjawab : "Hari ini adalah hari baik. Inilah hari yang pada saat dahulu Allah telah menyelamatkan Bani Isra'il (umat Yahudi) daripada musuh mereka. Oleh sebab itu Nabi Musa `alaihissalam berpuasa pada hari ini. Nabi Sallallahu `alaihi wasallam bersabda : "Aku adalah lebih berhak untuk menghormati Nabi Musa `Alaihissalam daripada anda sekalian. Selanjutnya Baginda Sallallahu `alaihi wasallam berpuasa pada hari Âsyûrâ itu dan menyuruh para sahabatnya agar mereka juga berpuasa pada hari tersebut."
(Hadis riwayat Bukhari)


Kita digalakkan untuk berpuasa kerana kita merasakan, sebagai umat terbaik, adalah selayaknya kita meraikan hari assyura atau 10 Muharram ini. Kita boleh berbangga dengan bermacam hari sambutan ,valentine day, national day., tp jarang benar kita berbangga dgn hari kebesaran islam. Jadi andai benar kita mengakur sbagai seorang islam, adakan kita benar2 telah meraikan hari2 kebesaran islam.

Kesempatan ini, yg masih lagi dlm bulan Muharram, sama2 kita jejaki sirah rasul.
Dalam keadaan kepayahan utk menggerakkan islam, ditindas utk melakukan amal ibadah secara terang-terangan, lantaran itu, ALlah telah memberi perintah kepada rasul tercinta agar, berhijrah. Dan semestinya hijrah itu bukanlah perkara mudah, di bawah terik mentari yg membakar, di kawasan padang pasir yg cukup gersang, dengan keadaan haus yg teramat, dan tanpa kenderaan melainkan unta, beramai-ramai para sahabat utk ke kota madinah, menyebarkan Islam yg satu, mencari hakikat cinta Allah yg sebenar..Masya ALlah cukup yakin mereka dgn janji ALlah.

Bayangkan sahaja perjalanan kita ke kampung, mudah.Ada pengangkutan awam, berhawa dingin lagi, kita hanya perlu beli tiket, bayar tiket, naik bas, dan kroh..kroh..kroh.. dah sampai. Terlau mudah..

Betapa hijrah rasul terlalu penting kepada kita, jika tidak, masakan mampu kita masih lagi di bawah ramat ALlah, masih lagi diberi kesempatan aku bersaksi tiada tuhan yg disembah melainkan Allah, dan nabi Muhammad pesuruh ALlah. Subhanallah

Dan masih diberi kesempatan utk menyambut hari Assyura.
Hari dimana kemenangan diberi kepada Nabi Musa ke atas Firaun..
Labtaran itu, sememangnya lah ita, layak merayakan hari As SYURA...

mari teman, kita hayati sirah nabi..
Kita contohi akhlahnya...

Allahu 'alm..

February 06, 2006

apa tindakan kita?

bismillahirrahmanirrahim..

assalamualaikum..
izinkan saya sahabat utk membahasakan diri ana dalam posting yg akan datang. sebelum ni, ana menggunakan ganti nama diri saya, agar, tidak timbul rasa jurang dalam diri ana dan sahabat sekalian. Sesungguhnya setiap org mu'min adalah bersaudara.

Ana sekadar ingin highlight beberapa isu semasa yg sewajarnya diambil perhatian, terutama kepada kita sebagai umat Islam.
1. Kes Allahyarham Moorthy, Mahkamah syariah terpaksa bertelagah dengan mahkamah sivil utk menentukan Allahyarham sepatutnya dikebumikan secara Islam atau Hindu..
2. Kes Nyonya bt Tahir, kekeliruan identiti, adakah dia seorang Muslim atau non-muslim?
3. Akta 121a (pindaan terhadap kuasa di bawah mahkamah syariah, perlu disamaratakan dengan mahkamah sivil, anak yg dilahirkan Islam, tidak semestinya automatik jadi Islam)
4. Tindakan 10 orang menteri menyokong usul tersebut..

Pada masa yg sama
Umat Islam di malaysia..
paling ramai kandas dalam akademik
paling ramai berdansa di disko
paling ramai jadi 'Dr" tak bertauliah..
makin ramai murtad...

Pada masa yg sama..
Di negara luar,
kartun Nabi Muhammad saw sbagai terrorist diedarkan,
Umat Islam di iraq masih lagi mencari, adakah polis antarabangsa menyelamatkan mereka, atau memusnahkan mereka..
Umat Islam di selatan Thai masih dalam ketakutan.

Di sini peranan seorang Islam, yg amat berbangga dengan agamanya, yg marah apabila dituduh murtad tak tentu pasal? Jadi apa tindakan kita? Pada ana, kalau Rasul saw dilukis sbagai terrorist, kita counter back balik. Kita sebarkan risalah akhlak rasul kita, kita buktikan peperangan yg dilakukan bukan kerna hendak mebunuh, tp kerana kita ditindas, kita buktikan bahawa rasul kita manusia paling berpengaruh. Buatlah apa sahaja sekalipun, sekadar becakap dengan teman. Menulislah. Broad casting kan islam sebenar. Ramai di kalangan kita yg punya kelebihan menulis, kelebihan dlm multimedia dan it, kelebihan merancang dan menganjurkan program, apa lagi? counter back lah.. Selamatkanlah maruah Islam kita..Selamatkanlah maruah Rasul kita...

berusahalah teman..Islam makin ditindas..tolonglah kembalilah kepada Islam sebenar. Bantulah mereka2 yg benar ingin menegakkan agama Allah.. janganlah dibantu mereka yg hanya tahu mementang islam, wlaau di kalangan islam sendiri..

Aduh teman, entahlah..
Ana terlalu takut, tsunami yg dihantar, JE yg dihantar, selsema burung yg dihantar, adalah semuanya dari Allah, sbagai 'pengganti' kepada org Islam semua, kerana org Islam semua terlupa/tak cukup berusaha/tak buat kerja langsung utk tegakkan agama Allah ni, lantas dia menghantar 'tentera lain' utk menggantikan tentera yg tidur....Naudzubillah mindzalik....

February 02, 2006

Salam Maal Hijrah

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum..
Salam maal hijrah buat semua. Bagaimana tahun ini? Sudahkah ditanam azam baru utk meningkatkan amalan, agar sang hati bisa bergegar apabila disebut nama ALlah?

"Keunggulan ilmu teras pembangunan ilmu".
Motto maal hijrah tahun ini agak biasa diperkatakan, namun ianya terlalu penting utk dibicarakan, utk diamalkan dan utk dihayati. Firman Allah dlm ayat pertamanya "Bacalah!Dengan nama TuhanMu".

Begitu pentingnya ilmu ini, sehingga itulah perkara pertama yg diturunkan. Hanya kerana ilmu, kita sebagai makhluknya, sebagai hambanya kan bisa tunduk tawadhuk mengesakan Tuhan sekalian alam.
“Contoh-contoh itu Kami buat untuk menusia dan tidak
ada yang mengerti kecuali orang-orang yang berilmu.”
- Al Ankabut: 43


Lantaran itu, ALlah meniggikan darjat org yg berilmu kepada beberapa darjat, agar dgn itu, manusia berlumba-lumba utk mencari sedikit ilmu,“Di angkat oleh Allah orang-orang yang berilmu
daripada kamu dan orang-orang yang diberi ilmu dengan
beberapa tingkat.” - Al Mujadalah: 11

Malah Ar Rasul tercinta juga pernah berkata "ulama' pewaris nabi".

Jadi, muslimin muslimat,saya menasihati diri juga ikhwah akahwat rahiatullah, bersamalah, kembalikanlah kegemilangan islam suatu ketika dahulu, dgn kemantapan ilmu. Apa jua bidang yg kalian ceburi sekarang, doktor, doktor gigi, cikgu, ustaz, ustazah, kejuruteraan kimia, elketrik, penulisan dan penyuratan, geologi, mikrobiologi, kejururawatan, akauntan, bisnes and mangement dan apa jua course yg antum ceburi sekarang, akuilah, kit di jalan ALlah utk menuntut ilmuNya, agar dgn ilmuNya kita mampu mengembalikan kegemilangan ummah Islam.

Jangan lah berkeluh kesah, assignment tak siap, final year project tak terbuat, continous assignmentn yg tak habis2, kelas dental yg menyusahkan dan memenatkan, clinical yg asik kena marah dgn Dr, report yg tak terbuat, segala2nya...jgnlah berkeluh kesah.Kerana kita tahu, dgn keluh kesah, ia takkan bawa ke mana. kerja takkan siap..

Bersiaplah, berjuanglah di dalam jln ilmu ALlah.

Di manakan kucari ganti?
Ibnu Sina, AL khwarizme, AL Jabir etc..
Siapa lagi kalau bukan kita generasi Islam yg baru..
Insya Allah

Semoga MMaal hijrah kali ini mebawa seribu penghijrahan buat semua.
Hijrah bukan sekadar perpindahan Rasulullah SAW dr kota mekah ke madinah, tapi juga satu pengorbanan, perjuangan persaudaraan.
Bangkitlah teman, kta tak punya masa. Ilmu yg kita ada sekrang setitis cuma dari lautan yg begitu luas.

Akhirul kalam "Org yg berhijrah itu yg sebenarnya adalah org yg berhijrah dari kejahatan & seorang pahlawan itu adalah seorang yg berjaya menguasai nafsuny" Hadis nabi..

Tepuk dada, tanya "wahai iman, aakah engkau telah ertahta di hati?""

Allahu 'alam..