February 27, 2007

Bersama Saudara Seaqidah di Kg Sg Rual Jeli

Bismillahirrahmanirrahim
Dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Penyayang
Segala puji bagiNya Rabb sekalian alam, dariNya jua hambaNya datang dan kepadaNya jualah kita kembali. Segala pujian bagiMu Rabb sekalian alam,Engkaulah pencipta kami, Engkaulah Pengatur urusan kami, Engkaulah sahaja yang kami serahkan sepenuh ketaatan dan kecintaan.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw, para isteri baginda, keluarga baginda, sahabat-sahabat baginda, para tabi' tabiin

Assalamualaikum wbt
alhamdulillah ana berkesempatan utk mengikuti program kebajikan di perkampungan orang Asli, di Kg Sungai Rual Jeli.Bertemu dengan saudara seaqidah, bertemu dengan saudara seagama satu nikmat besar dari Allah buat ana. Alhamdulillah, Segala Puji bagiMu, Ya Rabb


Program anjuran Medical Student Relef Team (MERIT), Pusat Pengajian Sains Perubatan, dgn kerjasama Pusat Islam, Pusat Pengajian Sains Pergigian,dan Islamic Outreach Abim. Seala puji bagiMu Ya Allah kerana telah memberi ilham kepada sahabat-sahabat kesayanganku untuk menganjurkan program dakwah. Ya Allah, kau berkatilah usaha sahabat-sahabatkesayanganku yang aku kasihi dan cintai hanya keranaMu.

bermula dari 16 hingga 18hb februari 2007. Antara program di sana yang kami anjurkan, ialah pendidikan wudhu', solat, menutup aurat, dan khidmat kesihatan. Subhanallah, sambutan di luar jangkaan. Alhamdulillah juga, segalaNya berjalan dengan lancar. Terima kasih Ya Allah, atas bantuanMu yang tidak putus-putus

Mereka alhamdulillah telah mengenal agama Islam, telah bersyahadah, bersaksi tiada Tuhan selain Allah, dan Nabi Muhamaad saw pesuruh Allah. Apabila berkesempatan berbual, 'siapa Tuhan kita?" kata mereka : "Allah yang satu". Syukur kepadaMu ya Rabb. Lapangkanlah dada mereka menerima hidayahMu. Jika ditanya, pernah bersembahyang (mereka tidak faham istilah solat), mereka menggeleng, tidak pernah. Pernah baca al fatihah, mereka katakan tidak pandai. Ya Allah, lapangkanlah dada mereka menerima hidayahMu dan kurniakanlah kekuatan kepada mereka mengamalkan agamaMu.

Dengan kekuatan yg Allah berikan, kami mengajar adik-adik berwudhu' dan bersolat. Kami mengajar mereka bacaan azan dan iqamah. hati mereka bersih, cukup mudah menerima pentarbiyahan yg sememangnya datang dari Allah sendiri. Apabila azan berkumandang, berderu adik-adik berwudhu', berlari-lari mereka ke surau menunaikan solat berjemaah. Maha SuciMu Ya Allah, yangmemberi hidayah kepada mereka yang Engkau kehendaki.


kakak-kakak di sana pula, apabila kami memberikan baju-baju kurung, tudung, keesoka harinya sewaktu klinik mobile diaksanakan, mereka memakai baju-baju yang kami beri. Apabila aurat yangperlu ditutup, ditutup, ia menjaidkan mereka semakin cantik. Insya Allah, kakak-kakak dan makcik-makcik akan terus dinaungi Allah.

hmm teringat satu peristiwa. Pelajar-peajar pergigian mengajar adik-adik memberus gigi. Kami ajar di tepi sungai selama satu jam. Lepas satu jam, kami ajar pula cara berwudhu'. Kami hanya kata "adik-adik,ikut kakak berus gigi ya?"

keesokan harinya, kami bermain-mai di sungai, yang cukup cantik, yang cukup damai..



Berkeliaran adik-adik balik ke rumah mereka. Kami tercengang. kenapa ni? kami menganggu mereka ke? selepas bbrp minit, mereka kembali dengan berus dan ubat gigi yg kami beri. Kami mandi selama sejam di sungai... dan selam sejam tu jugalah adik-adik memberus gigi...(Kami tahan gelak..sebabnya kami terlupa nk beritahu, gosok gigi 3 minit ya? ^_^) Tapi, usaha mereka untuk menjaga kebersihan mulut perlu diberi penghargaan.Tahiah adik2 ^_^

Tak terkata...kenangan terindah..




tak larat nsk tulis semua..tetapi ketahuilah, tugasan sebagai khalifah tak terhabis..tetapi yakinilah Allah sumer kekukatan di kala terlalu lemah..Bangunlah whai jiwa-jiwa, kuatkalah dirimu denan doa munajatmu pada Allah, dan mintalah kekuatan utk terus berdakwah. Saudaraku seaqidah sekalian, tgjwb dakwah, tgjwb semua yg telah mengucapkan syahadah..

a picture can say a thousand words..
Ya Allah kurniakanlah aku kekuatan untuk membawa agamaMu..









February 07, 2007

manusia : antara kebebasan dan kewajipan


Manusia : Antara Kebebasan dan Kewajipan (1)
Oleh : Dr Muhammad Sa’id Ramadhan al Buthy


Assalamualaikum.
Sekadar ringkasan dari bab Manusia : Antara kebebasan dan kewajipan dalam buku Rahsia Sukses Dakwah Rasulullah saw. Moga ada kebaikan dalam ringkasan perkongsian ilmu bersama kalian.Sama-sama kita cuba amalkan ya?


“Tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu’
Ditinjau dari hubungannya dengan Allah, manusia merupakan hamba yang mempunyai kekuasaan yang hakiki dan sempurna. Bertolak dari hal tersebut, maka ia diberikan kewajipan untuk mendengarkan secara bersungguh-sungguh pada apa yang dsampaikan oleh Pencipta dan PelindungNya, sehingga jika ada sesuatu yang ditujukan kepadanya, baik berupa berita, perintah, maupun larangan, maka ia akan segera melaksanakannya sesuai dengan kemampuannya.


Masih berdasarkan pada tinjauan hubungan dengan Rabb, manusia itu sama sekali tidak mempunyai kebebasan sama sekali, bagaimana ia akan bebas sedang ia hanya seorang hamba? Sejajar dengan itu, manusia di hadapan Rabbnya tidak mempunyai kebebasan sama sekali.


Benarkah kita langsung tidak punya kebebasan? Ini tidak bermaksud, kita tidak punya sedikitpun kebebasan internal untuk melakukan apa yang manusia kehendaki, tetapi tidak punya kebebasan bermaksud, Allah tidak menjadikan kita sia-sia, malah setiap manusia telah ditetapkan kewajipan-kewajipan yang tertentu. Jika kita melaksanakan kewajipan tersebut, kita dinaikkan darjat olehNya, tetapi jika kita tidak melaksanakannya, kita dikurangkan darjat.


Antara kewajipan yang wajib kita laksankan adalah, bertaqwa kepada Allah, tunduk dan patuh kepada perintahNya, perintah rasulNya, meninggalkan segala bentuk laranganNya dan larangan rasulNya dengan sepenuh hati, memelihara agama, dan memelihara diri, keluarga dan orang sekeliling daripada api neraka.


Namun demikian, taklifan dari Allah bersifat ‘takwini’ dan ‘taklifi’. Semua perintah takwini adalah perintah yang kita sebagai hamba tidak langsung mempunyai pilihan,iaitu yang tunduk kepada firman Nya “Kun (jadilah)” seperti yang termuat dalam ayat berikut:
“ Sesungguhnya perintah-Nya apabila Dia mengkehendaki sesuatu hanya berkata kepadanya, ‘Jadilah’ maka terjadilah ia” Yaasin : 82 Perintah bersifat takwini ini terlihat jelas pada karya dan ciptaan Allah swt dan rangkaian makhlukNya, yang melangkaui alam, tumbuh-tumbuhan, binatang, dsbg.


Perintah Allah yang bersifat ‘taklifi’ pula menyentuh kesedaran kepada jin dan manusia untuk mengerjakannya atau menolaknya dan member kemampuan serta pilihan kepada mereka. Maka taklifan bersifat ‘takwini’ ini berlaku dengan sempurna tanpa sebarang kekurangan atau penolakan. Manakala perintahNya yang bersifat ‘taklifi’ bergantung kepada hak pilih manusia, keinginan, dan kecenderungannya pada kebaikan atau keburukan. Firmannya “ Demi masa. Sesungguhnya manusia itu benar-benar dalam kerugian, kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan aman salih, dan nasihat menasihati supaya mentaati kebenaran dan berpesan-pesan dengan kesabaran”. Al ‘asr : 1-3. Ini jelas membuktikan bahawa manusia itu diberi pilihan utk rugi atau untung. Jika pilihannya adalah menurut perintah Allah maka, beruntunglah dirinya

January 26, 2007

Ayuh, berdakwahlah

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar."
surah at taubah :71 &72

Di situlah selayaknya hati kita bertemu

"Andai setiap saat kau mengingati Allah, dan setiap saat itu jugalah aku mengingat Allah, maka ketahuilah kita telah menjadi satu, kerana di situlah selayak-layaknya hati-hati ini bertemu"
petikan dari novel Zaharah Muhammad, Maafkan Aku


....Ya Allah kurniakanlah kepadaku cintaMu, cinta orang-orang yang mengasihimu, cinta orang-orang yang boleh menjadikan aku lebih dekat denganMu, dan kurniakanlah kepadaku cintaMu yang lebih indah dari air dingin yang mendamaikan. Ameen Ya Rabb"

January 22, 2007

surat buat sayangku

Assalamualaikum

Khas buat adik-adik kesayangan along,

Angah, Ala, apa khabar? Lama along tak dengar suara garau angah, lama along tak dengar suara manja Ala. Rindu..rindu sangat, tapi, along tak dapat nak buat apa, along jauh…jauh sangat. Nak balik selalu macam dulu, susah.Along bukan sengaja tak nak balik, tapi bila dah naik 4th year, along kena berkejar-kejar nak cukupkan ‘requirement’ along. Kalau requirement tak cukup, along tak dapat nk jadi doktor gigi. Na’udzubillah min dzalik. Along letak harapan, along nak gunakan profession along utk meningkatkan nama agama islam. Jalannya, melalui jalan dakwah. Hubungan antara seorang doktor dengan pesakitnya sangat rapat.

Angah, Ala..along rindu..rindu sangat. Rindu nak dengar suara gemersik angah melagukan ayat-ayat suci al quran. Sayu setiap kali dengar bacaan al quran angah. Rasa hidup sikit hati. Rindu nak berdebat dengan angah, terutama tentang hak-hak wanita yang kalian perlu tahu, rindu nak dengar perancangan angah dalam membina baitul muslim.Aiwah adikku, jauh ke depan fikiranmu ya =p

Ala, rindu sangat kat lala. Suara manja tapi tak mengada-ngada lala. Rindu nak tengok wajah Ala yang khusyuk bila buat apa-apa bahan-bahan kreatif. Rindu nak tengok Ala khusyuk menghias bilik. Rindu nak tengok Ala buat apa-apa jenis kek. Nampak manja, tapi bila masa garang-garang sangat adik along yang sorang ni…

Angah, Ala..mama baru bg msg. Mama kata adik-adik along sihat. Alhamdulillah, Segala pujian bagiMu yang telah mengurniakan kesihatan. Angah cam ner duduk kat JB? Kat maktab baru? Along doakan angah dipelihara Allah. Bandar besar, cabaran besar.Tapi itulah dugaan buat insan akhir zaman. Hmm, apa yang penting, bukan kita yang diubah oleh keadaan, tapi kitalah yang mengubah keadaan. Tapikan adikku sayang, jangan takbur dengan kata-kata tersebut, mintalah pertolongan dengan Allah. Dialah yang memberi kekuatan. Carilah di kalangan sahabatmu yang mampu menegurmu, yang mampu bersamamu dalam menegakkan syiar Islam di bumi Johor. Insya Allah doa kakakmu mengiringi.

Ala, mama bagi msg tadi, katanya Ala banyak menangis minggu ni. Kenapa sayang..? Luluh hati bila baca sms mama tadi..Mama kata Ala sunyi, sunyi sebab kawan-kawan dah dapat sekolah asrama penuh. Along faham perasaan Ala, along dulu pun pernah macam tu. Apabila dapat result PMR yang cemerlang, perkara pertama Along fikirkan, Along nak keluar Sharodz. Tak nak duduk lama-lama kat Sharodz, nak larikan diri daripada bebanan sebagai seorang bekas pelajar SMKA. Tapikan, itu yang terbaik buat Along, Along dpt tawaran ke Muzaffar Syah, tapi lepas isitikharah along tolak. Dan akhirnya, along tahu itu yang terbaik. Subhanallah!!

Hmm, adik-adikku sayang..Along nak berkongsi kata-kata indah Allah, yang jadi pegangan Along. Yang selalu menghidupkan Along bila Along tak berpuas hati dengan apa-apa yang berlaku dalam hidup Along. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,’’ Al baqarah : 216

Adik-adik…Janganlah disedihkan sangat dengan sesuatu yang menimpa kalian buat masa ini. Yakinlah dengan Allah..Dia Maha Penyayang..Dia Maha Pengasih..lantaran kasiNya kepada kalian, takkan lah dibenarkannya sesuatu yang bukan yang terbaik buat kalian. Sudah pasti Dia mengaturkan sesuatu YANG TERBAIK buat kalian. Mungkin tak nampak sekarang..tapi yakinlah, insya allah ada sesuatu yang terbaik di hadapan sana.

Angah, Ala..Minggu lepas along banyak menangis. Along menangis depan doktor, Along menangis depan kawan-kawan along. Along paling banyak menangis dalam solat. Along jadi tak semangat nak teruskan dentistry. tahu kenapa? Sebabnya doktor kata, “I will not allow you to treat patient unless you finish your practise on a dummy” Aduhai, bayangkan, doktor marah along depan pesakit along. 2 sesi along hilang utk merawat pesakit. Dan 2 sesi terlalu bermakna kerana banyak prosedur yang along boleh buat. Setiap kali dengar nama doktor tu, kaki along jadi lembik, hati along jadi terlalu berdebar. Setiap kali tu juga air mata nak meleleh. Tapi, Along pegang sungguh-sungguh dengan ayat Allah tadi, mungkin itu yang terbaik utk Along, walaupun Along cukup membencinya.

Dan alhamdulillah, jika kita pegang sungguh-sungguh dengan ayat Allah, ayat-ayat Allah itulah menjadi perawat kita. Alhamdulillah adik-adikku sayang, minggu ni dah boleh rawat pesakit. Dan Alhamdulillah, my skill I proved a lot. Alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Rabb. Terima kasih doktor, kerana sudi menegur anak muridmu. Tanpa teguranmu, anak muridmu akan terus dalam lena.. Minggu ni juga, Allah beri peluang untuk along merawat ramai pesakit. Contohnya, sepatutnya petang tadi, partner along yang patut merawat pesakit, tapi takdir Allah, pesakit-pesakitnya tak dapat datang. Akhirnya along diberi kesempatan utk merawat pesakit. Alhamdulillah!!

Itu sekadar bukti sedikit dari kakakmu yang hina.

Adik-adik, mungkin kita terlupa akan adanya satu kuasa yang menentukan jalan hidup kita. Satu kuasa yang hanya dengan satu perkataan, mampu merubah segala-galaNya. Apabila dikataNya ‘kun’ maka ‘kun’ lah jadinya. Maka jadilah segala sesuatu. Sekelip masa. Tuppp!!Berubah!!

Adik-adikku sayang, kerana kita terlupa, kita terlupa meminta daripadaNya. Sedangkan, Dia cukup-cukup mendengar rintihan kita. Dia cukup suka mengabulkan doa hambaNya. “dan Tuhan kamu berfirman,berdoalah kamu kepadaKu,nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu,akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina” Al mu’min:60
Angah, Ala..ingatlah Allah selalu. Nescaya hatimu kan tenang. Ingatlah Allah selalu kerana itu akan menjadikan Dia lebih dekat denganmu. Ingatlah Allah selalu kerana Dia mencintai hamba yang selalu mengingatiNya. Ingatlah Dia selalu, nescaya Dia akan sering memperkenankan pintamu.

Adikku sayang, insya allah, doa kakakmu mengiringi. Yakinlah sungguh-sungguh sayangku, apa yang Dia tetapkan adalah yang terbaik. Janganlah terlalu bersedih. Jalan masih luas. Bukakan lah hatimu menerima hikmah yang terselindung.
Ana uhibbukum lillahi ta’ala.
Along yang merindui….

January 21, 2007

Hijrahkanlah anggotamu


gambar dari mfr studio

Hijrahkanlah anggota badanmu

Assalamu’alaikum

Salam Maal Hijrah.
Sedikit perkongsian dan tazkirah buat diri yang hanya hamba kepadaNya dan juga buat peringatan buat shbt sekalian.
Firman Allah swt “Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya (untuk mendengarkan ayat-ayat Allah), Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” Al a’raf: 178

Adakah kita juga tergolong dalam golongan yang dikatakan ‘mereka itulah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi’ hanya kerana kita tidak memaksa hati, telinga, mata untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Hinanya kalau Allah menempelak dengan menyamaratakan kita sebagai haiwan ternakan. Malah Allah juga merendahkan martabat manusia lebih hina dari haiwan.

Haiwan yang hidupnya hanya punya 2 motif, makan dan membiak. Adakah sama taraf kita dengan haiwan? Berbeza, terlalu beza motif manusia dan haiwan. Kita dilantik Allah sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah utk beribadah kepadaNya dan mengatur urusan dunia agar dapat membawa rahmat (kasih sayang) ke seluruh alam. Hidup kita bukan sahaja untuk makan dan bukan sahaja untuk melempiaskan nafsu.

Firman Allah “ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus” At Tin : 4-6

Allah telah mengangkat martabat kita. Tetapi kita jugalah yang merendahkan martabat kita. Kita jualah yang berhak mengangkat martabat kita kembali. Syaratnya, menggunakan keseluruhan anggota tubuh kita mencari redhaNya, hati, janganlah diinginkan benda yang haram, telinga dengarkanlah ayat-ayat al quran dan beramallah, mata, lihatlah kejadian alam dengan penuh keinsafan

Maka azam baru sempena hijrah ialah : BERUBAH dan BERUSAHA!!. Kerana jika kita tidak mengubah diri kita menjadi hamba yang hidupnya semata-semata mencari mardhatillah kita tak kan ke mana. “dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang dikerjakannya” An najm:39. Kalau hendakkan syurga, maka berubah dan berusahalah.

Ingatlah firman Allah “ dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan oleh Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ni yang mereka akan percay?” al a’raf : 185

akhirul kalam,Selamat berhijrah ke negeri mardhatillah =)