Assalamualaikum
Khas buat adik-adik kesayangan along,
Angah, Ala, apa khabar? Lama along tak dengar suara garau angah, lama along tak dengar suara manja Ala. Rindu..rindu sangat, tapi, along tak dapat nak buat apa, along jauh…jauh sangat. Nak balik selalu macam dulu, susah.Along bukan sengaja tak nak balik, tapi bila dah naik 4th year, along kena berkejar-kejar nak cukupkan ‘requirement’ along. Kalau requirement tak cukup, along tak dapat nk jadi doktor gigi. Na’udzubillah min dzalik. Along letak harapan, along nak gunakan profession along utk meningkatkan nama agama islam. Jalannya, melalui jalan dakwah. Hubungan antara seorang doktor dengan pesakitnya sangat rapat.
Angah, Ala..along rindu..rindu sangat. Rindu nak dengar suara gemersik angah melagukan ayat-ayat suci al quran. Sayu setiap kali dengar bacaan al quran angah. Rasa hidup sikit hati. Rindu nak berdebat dengan angah, terutama tentang hak-hak wanita yang kalian perlu tahu, rindu nak dengar perancangan angah dalam membina baitul muslim.Aiwah adikku, jauh ke depan fikiranmu ya =p
Ala, rindu sangat kat lala. Suara manja tapi tak mengada-ngada lala. Rindu nak tengok wajah Ala yang khusyuk bila buat apa-apa bahan-bahan kreatif. Rindu nak tengok Ala khusyuk menghias bilik. Rindu nak tengok Ala buat apa-apa jenis kek. Nampak manja, tapi bila masa garang-garang sangat adik along yang sorang ni…
Angah, Ala..mama baru bg msg. Mama kata adik-adik along sihat. Alhamdulillah, Segala pujian bagiMu yang telah mengurniakan kesihatan. Angah cam ner duduk kat JB? Kat maktab baru? Along doakan angah dipelihara Allah. Bandar besar, cabaran besar.Tapi itulah dugaan buat insan akhir zaman. Hmm, apa yang penting, bukan kita yang diubah oleh keadaan, tapi kitalah yang mengubah keadaan. Tapikan adikku sayang, jangan takbur dengan kata-kata tersebut, mintalah pertolongan dengan Allah. Dialah yang memberi kekuatan. Carilah di kalangan sahabatmu yang mampu menegurmu, yang mampu bersamamu dalam menegakkan syiar Islam di bumi Johor. Insya Allah doa kakakmu mengiringi.
Ala, mama bagi msg tadi, katanya Ala banyak menangis minggu ni. Kenapa sayang..? Luluh hati bila baca sms mama tadi..Mama kata Ala sunyi, sunyi sebab kawan-kawan dah dapat sekolah asrama penuh. Along faham perasaan Ala, along dulu pun pernah macam tu. Apabila dapat result PMR yang cemerlang, perkara pertama Along fikirkan, Along nak keluar Sharodz. Tak nak duduk lama-lama kat Sharodz, nak larikan diri daripada bebanan sebagai seorang bekas pelajar SMKA. Tapikan, itu yang terbaik buat Along, Along dpt tawaran ke Muzaffar Syah, tapi lepas isitikharah along tolak. Dan akhirnya, along tahu itu yang terbaik. Subhanallah!!
Hmm, adik-adikku sayang..Along nak berkongsi kata-kata indah Allah, yang jadi pegangan Along. Yang selalu menghidupkan Along bila Along tak berpuas hati dengan apa-apa yang berlaku dalam hidup Along. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,’’ Al baqarah : 216
Adik-adik…Janganlah disedihkan sangat dengan sesuatu yang menimpa kalian buat masa ini. Yakinlah dengan Allah..Dia Maha Penyayang..Dia Maha Pengasih..lantaran kasiNya kepada kalian, takkan lah dibenarkannya sesuatu yang bukan yang terbaik buat kalian. Sudah pasti Dia mengaturkan sesuatu YANG TERBAIK buat kalian. Mungkin tak nampak sekarang..tapi yakinlah, insya allah ada sesuatu yang terbaik di hadapan sana.
Angah, Ala..Minggu lepas along banyak menangis. Along menangis depan doktor, Along menangis depan kawan-kawan along. Along paling banyak menangis dalam solat. Along jadi tak semangat nak teruskan dentistry. tahu kenapa? Sebabnya doktor kata, “I will not allow you to treat patient unless you finish your practise on a dummy” Aduhai, bayangkan, doktor marah along depan pesakit along. 2 sesi along hilang utk merawat pesakit. Dan 2 sesi terlalu bermakna kerana banyak prosedur yang along boleh buat. Setiap kali dengar nama doktor tu, kaki along jadi lembik, hati along jadi terlalu berdebar. Setiap kali tu juga air mata nak meleleh. Tapi, Along pegang sungguh-sungguh dengan ayat Allah tadi, mungkin itu yang terbaik utk Along, walaupun Along cukup membencinya.
Dan alhamdulillah, jika kita pegang sungguh-sungguh dengan ayat Allah, ayat-ayat Allah itulah menjadi perawat kita. Alhamdulillah adik-adikku sayang, minggu ni dah boleh rawat pesakit. Dan Alhamdulillah, my skill I proved a lot. Alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Rabb. Terima kasih doktor, kerana sudi menegur anak muridmu. Tanpa teguranmu, anak muridmu akan terus dalam lena.. Minggu ni juga, Allah beri peluang untuk along merawat ramai pesakit. Contohnya, sepatutnya petang tadi, partner along yang patut merawat pesakit, tapi takdir Allah, pesakit-pesakitnya tak dapat datang. Akhirnya along diberi kesempatan utk merawat pesakit. Alhamdulillah!!
Itu sekadar bukti sedikit dari kakakmu yang hina.
Adik-adik, mungkin kita terlupa akan adanya satu kuasa yang menentukan jalan hidup kita. Satu kuasa yang hanya dengan satu perkataan, mampu merubah segala-galaNya. Apabila dikataNya ‘kun’ maka ‘kun’ lah jadinya. Maka jadilah segala sesuatu. Sekelip masa. Tuppp!!Berubah!!
Adik-adikku sayang, kerana kita terlupa, kita terlupa meminta daripadaNya. Sedangkan, Dia cukup-cukup mendengar rintihan kita. Dia cukup suka mengabulkan doa hambaNya. “dan Tuhan kamu berfirman,berdoalah kamu kepadaKu,nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu,akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina” Al mu’min:60
Angah, Ala..ingatlah Allah selalu. Nescaya hatimu kan tenang. Ingatlah Allah selalu kerana itu akan menjadikan Dia lebih dekat denganmu. Ingatlah Allah selalu kerana Dia mencintai hamba yang selalu mengingatiNya. Ingatlah Dia selalu, nescaya Dia akan sering memperkenankan pintamu.
Adikku sayang, insya allah, doa kakakmu mengiringi. Yakinlah sungguh-sungguh sayangku, apa yang Dia tetapkan adalah yang terbaik. Janganlah terlalu bersedih. Jalan masih luas. Bukakan lah hatimu menerima hikmah yang terselindung.
Ana uhibbukum lillahi ta’ala.
Along yang merindui….
No comments:
Post a Comment