January 21, 2007

Hijrahkanlah anggotamu


gambar dari mfr studio

Hijrahkanlah anggota badanmu

Assalamu’alaikum

Salam Maal Hijrah.
Sedikit perkongsian dan tazkirah buat diri yang hanya hamba kepadaNya dan juga buat peringatan buat shbt sekalian.
Firman Allah swt “Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya (untuk mendengarkan ayat-ayat Allah), Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” Al a’raf: 178

Adakah kita juga tergolong dalam golongan yang dikatakan ‘mereka itulah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi’ hanya kerana kita tidak memaksa hati, telinga, mata untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Hinanya kalau Allah menempelak dengan menyamaratakan kita sebagai haiwan ternakan. Malah Allah juga merendahkan martabat manusia lebih hina dari haiwan.

Haiwan yang hidupnya hanya punya 2 motif, makan dan membiak. Adakah sama taraf kita dengan haiwan? Berbeza, terlalu beza motif manusia dan haiwan. Kita dilantik Allah sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah utk beribadah kepadaNya dan mengatur urusan dunia agar dapat membawa rahmat (kasih sayang) ke seluruh alam. Hidup kita bukan sahaja untuk makan dan bukan sahaja untuk melempiaskan nafsu.

Firman Allah “ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus” At Tin : 4-6

Allah telah mengangkat martabat kita. Tetapi kita jugalah yang merendahkan martabat kita. Kita jualah yang berhak mengangkat martabat kita kembali. Syaratnya, menggunakan keseluruhan anggota tubuh kita mencari redhaNya, hati, janganlah diinginkan benda yang haram, telinga dengarkanlah ayat-ayat al quran dan beramallah, mata, lihatlah kejadian alam dengan penuh keinsafan

Maka azam baru sempena hijrah ialah : BERUBAH dan BERUSAHA!!. Kerana jika kita tidak mengubah diri kita menjadi hamba yang hidupnya semata-semata mencari mardhatillah kita tak kan ke mana. “dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang dikerjakannya” An najm:39. Kalau hendakkan syurga, maka berubah dan berusahalah.

Ingatlah firman Allah “ dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan oleh Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ni yang mereka akan percay?” al a’raf : 185

akhirul kalam,Selamat berhijrah ke negeri mardhatillah =)


No comments: