October 07, 2008

Islam Itu Dagang

Daripada Abu Hurairah RA berkata :Rasulullah SAW bersabda "Islam mula tersebar dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" HR Muslim

Kata-kata peringatan Rasulullah SAW sentiasa membawa bekas dalam hati. Apatah lagi di bumi Sarawak ini yang mana, pembudayaan Islam masih lagi agak kurang. Beraya di sini, tidak sah sekiranya tuan rumah yang lelaki Muslim menghulurkan tangan untuk bersalam, menjadikan kami semakin terkial-kial.

Sabda Rasulullah SAW:
"Adalah ditusuk kepala dengan jarum besi lebih baik daripada menyentuh perempuan yang tidak halal baginya." (HR at-Thabrani, Al-Albani mensahihkannya Sahih al-Jami’ as-Saghir: 5045).

Setakat ini, Alhamdulillah, saya masih lagi diberi kekuatan untuk tidak bersalam, tanpa sesekali niat menjatuhkan air muka orang. Sedaya mungkin saya cuba menghormati agama saya, pada masa yang sama menghormati air muka orang. Moga ini terus-terusan diistiqamahkan.

Allah, ini baru sahaja tentang bab muamalat. Belum lagi adat-adat lain : membuang peraga sewaktu majlis perkahwinan dan sebagainya. Sebagai seorang yang terlalu baru di bumi Sarawak ini, saya tidak boleh terus-terusan menerjah budaya. Ya Allah, permudahkanlah.

Terkadang terharu tatkala membaca sirah Rasulullah saw. Islam itu dagang pada awalnya. Bagaimana kekuatan, kesabaran ketika Islam itu terlalu asing di bumi Arab, namun akhirnya Islam itu jualah yang membawa ketamadunan, baik dalam segalanya.Rasulullah menyatukan semua dengan satu aqidah, dengan satu faham, bahawa hanya nilai taqwa yang diperhatikan oleh Allah, tiada perbezaan darjat atau kasta.

Kelantan dan Sarawak dua negeri berbeza. Di Kelantan, setiap hari Jumaat, bandar-bandarnya akan dipenuhi dengan lautan manusia untuk menadah ilmu agama, Subhanallah, betapa taman-taman syurga terlalu mudah didapati di Kelantan. Di Sarawak, agak sukar. Alhamdulillah, telah berhubung dengan sahabat-sahabat Papisma, moga taman-taman ilmu kan makin subur di Sarawak. Di Sarawak, untuk mencari makanan halal pun kita perlu melihat bertudung kah orangnya, kerana Non Muslim dan Muslim agak sukar dibezakan.




Di Kelantan (during my undergrad), jarang-jarang benar melihat kes kemalangan yang melibatkan seorang Islam yang kemalangan jalan raya akibat mabuk 'menuang arak'. Di Kelantan jarang sangat saya melihat kes orang dicalar dengan kaca gelas. Tapi di sini, saya sudah berjumpa, dan antaranya adalah Muslim..Ya Allah, ampunilah mereka, dan kasihilah mereka...

Semoga Allah memudahkan segala urusan.

PS :"Nurul, I bet, you will fall in love with Sarawak one day, hehehe" Dr Lu said to me this morning. I just replied with a big grin "Ok, wait and see..Hehehe'



2 comments:

Anonymous said...

Daripada Abu Hurairah RA berkata :Rasulullah SAW bersabda "Islam mula tersebar dalam keadaan asing, dan ia akan kembali asing. Maka beruntunglah orang-orang yang asing" HR Muslim

antara hadith yang sy suka dengar.

smg sy tergolong dalam kelompok 'makhluk asing' tersebut.=)

Anonymous said...

semoga kita tergolong sama2 adik =)
moga terus-terusan dikurniakan kekuatan dalam keadaan asing macam mana sekalipun..

Wahai Tuhan yang membolak-balikkan hati, tetapkanlah hati kami dalam agamaMu dan ketaatan kepadaMu...