October 13, 2008

Apa Sudah Jadi?

'DAtuk' Shah Rukh Khan! Hahahahaha

Alasannya, kerana telah berjaya mempopularkan Melaka. Kalau dahulu Melaka terkenal kerana menjadi salah satu pusat penyebaran Islam di Asia Tenggara, tapi sekarang Melaka terkenal kerana seorang 'Datuk' yang sudah mempopularkan Melaka, dengan lakonannya. Apa dah jadi ni?

Maaf, saya bukan orang politik untuk bercakap dari segi politik. Tetapi, mana-mana orang yang beraqal waras tentu terfikir, kenapa Shah Rukh Khan, kenapa tak orang Melaka yang lebih banyak memberi sumbangan? Cukup saya sebutkan, bekas Dekan kami, our 'founding dean' yang sekarang sudah menjadi konsultan di Dubai dalam bidang 'Oral Surgery dan Maxillofacial', Prof. Dr Rani Samsuddin. Pada saya, menjadi pengasas Pusat Pengajian Sains Pergigian, menjadi pakar yang cukup banyak menghasilkan journal-journal yang bermanfaat, kajian yang bermanfaat, pertolongan yang diberikan kepada pesakit-pesakitnya, dan sebagainya melayakkan dirinya mendapat habuan lebih jika dibandingkan dengan Shah Rukh Khan! (Semoga usaha beliau dibalas oleh Allah dengan rahmat dan keampunan dariNya) Dan apa yang lebih penting, Prof. Rani lahirnya di Melaka!

Entah..Apabila hiburan itu yang diutamakan, perkara lain sudah tidak nampak sudah...Siapa sebenarnya yang kuras BERFIKIR ni? Confuse...

3 comments:

Anonymous said...

setuju sangat2!

tapi soal Prof Rani tu, maybe die sendiri pernah ditawarkan jadi dato tapi tolak kot. hrap2 gitu la, sebab kalau SRK dpt tawaran lebih awal dari Prof Rani, mmg something wrong la...

Anonymous said...

Salman Khan pun bakal dpt datuk la lps nih! Huhuhu...


Roger!

Anonymous said...

Salman Khan, Rani Mukherjee, Ashwarya Rai..huhu lepas ni dapat dato' seri dan datin seri oleh kerajaan Melaka..huhu,malu nk ngaku sy org melaka..kekekeke

Sophie, ko kena brain wash sket kpala orang2 y bg datuk datin x kena tmpt ni..hehe, aku x reti nk ckp dgn depa, ko kna ckp.plg2 idak promote nama prof rani kta tu..huhu