June 30, 2008

Adab memuji dan dipuji

Assalamualaikum wbt

APABILA MEMUJI TEMANNYA
Rasūlullôhu Shallâllâhu ‘alaihi wa Sallam bersabda:
“Apabila seseorang harus memuji saudaranya, katakanlah:
‘Aku kira Fulan .. dan Allôh-lah yang mengawasi perbuatannya. Dan aku tidak akan memuji seseorang dihadapan Allôh’. Apabila seseorang mengetahui hendaklah
berkata: ‘Aku kira begini dan begini’.”
HR. Al-Bukhari dalam Al-Adabul Mufrad no. 761


APABILA DIPUJI TEMAN
Ya Allôh, semoga Engkau tidak menghukumku karenaapa yang mereka katakan. Ampunilah aku atas apa yang tidak mereka ketahui. [Dan jadikanlah aku lebih baik daripada yang mereka perkirakan)
HR. Al-Bukhari dengan Fathul Bârî

Moga Yang Baik-baik Untuk Kamu

Assalamualaikum wbt

Moga yang baik-baik untuk kamu.
Cerialah..tersenyumlah
Kerana Dia Maha Tahu
Kerana Dia Maha Pengasih
Kerana Dia Maha Lembut
TahuNya itu
Diberikan yang baik-baik
Kerana yang baik-baik
Itu adalah yang terbaik
untuk kamu

PengasihNya itu
Dia sentiasa membantu
Dia sentiasa memberi ruang
Dia sentiasa memberi harapan


LembutNya itulah
Dia beri kemaafan
Dia tidak pernah mengungkit
Dia sentiasa bersamamu


Wahai teman
Senyumlah dikau..
Kerana kau sentiasa dalam
yang terbaik
drNya..


Dr. Nurul Diyana Sharifudin
30 Jun 2008, 2.00 pm

June 26, 2008

Does Islam A rigid religion?

Assalamualaikum wbt

"Diyana, how was Kelantan?"
Seorang sahabat saya bertanya kepada saya ketika kami keluar makan bersama.

"Kelantan, it is great! They really respect people, and you can seek religious knowledge everywhere. besides, you can shop until you are empty..Hehe" I replied

"Hehe..Erm, maksud aku, ko tak rasa terkongkong? Yalah, lipstick pun tak boleh, high heels x boleh. Ke ko pergi klinik dengan muka pucat lesi, ko pakai selipar jepun?"

"'Senyum"..Ko rasa aku terkongkong? tak lah. I was happy staying there. Alhamdulillah, kat Kelantan. He showed me the real path. At least aku nampak camne nak jadi manusia :). Aku kat klinik macam orang dah kerja lah, baju kurung, jubah sometimes, blouse and slack, hmm, just like any female professionals. Hmm, tak terkongkong pun :).. Ni mesti pasal arahan terbaru tu kan?"

Alhamdulillah, semalam diberi kesempatan untuk bertemu seorang sahabat lama. Harapnya semalam, dapatlah sedikit jua menyemai ukhwah kepada seorang mad'u dan juga memberi sedikit pencerahan. To Him I put my trust upon.

Mengulas sedikit tentang arahan terbaru MPKB, pada saya isu ini perlu dilihat dari sumber-sumber yang berbeza. Sekiranya sumber kita hanya dari televisyen (yang semestinya asik nak mengutuk parti pembangkang), ataupun surat khabar (yang semestinya menutup sebelah mata tentang kebenaran yang cuba dibawa), maka kita akan memandang isu ini sebagai satu lagi bentuk penindasan kepada wanita Islam. Tetapi seeloknya isu ini diambil dari sumber asal. Sila baca arahan sebenar MPKBRI. Hanya Pemilik Premis Dikenakan Kompaun.

Jelas di sini bahawa, arahan tersebut bukan untuk semua wanita, sebaliknya ia hanya ditujukan kepada peniaga wanita Islam! jadi adakah arahan sekecil ini yang ditujukan kepada segelintir WANTA ISLAM dianggap menindas? Selain itu, apakah kebebasan itu hanya sekadar pemakaian lipstick dan juga high heels?

Jika kebebasan hanya dinilai dari etika pakaian ataupun 'janguk', sempit sungguh akal wanita Islam ini. Saya secara jujur jarang mengoles lipstick ke bibir saya, dan saya hanya memakai high heels sekali sekala. Tetapi saya tidak pula rasa ditindas. Saya masih lagi bergerak bebas, saya masih bebas memberi cadangan, saya masih bebas menghabiskan undergraduate saya, saya masih bebas membeli dan membuat penilaian kualiti, saya masih bebas menjalankan kerja-kerja formal dan tidak formal. Adakah saya dikongkong semata-mata saya tidak memakai lipstick?

Jadi, bukakan matamu. Cari kebenaran yang sebenar. Cuba adili sesuatu dengan seadil-adilnya.



Cadangan artikel lain
1. Biarkan Kelantan Membangun Bersama Islam
2. Dakwah Remeh Isu dan ranting?
3.Undang-undang pengharaman tabarruj di Kelantan?

June 25, 2008

Its time to..

Its time to RE-OPEN MY BOOKS..
posting x lama je lagi :)


welcome back : Prostho, Paedo, Ortho, OS, Pharmaco (sigh), OMOP (sigh again and again), Perio, Radio, Cons, OH, Oral Bio....
Hmm, nk start dr mana ni? :p

Hm..Pesan kawan-kawan saya lately:
1. Ninetailid : jgn sepahkan dapur..Huhu
2. Dr AA: simple je... jaga attitude.. tu je .. lg satu yg paling penting, jaga semayang..
3. Kyogolumeiwa : "..takkan kamu berasa gundah walaupun sekali, jika tahu apa yang dicari.."
4. Pearlwaniey : doa la byk2
5. Kanapinasona : belaja le sungguh2

JZKK semua. Insya Allah akan diamalkan :)

June 24, 2008

Muslim thinkers : top ten

Assalamualaikum wbt
Subhanallah.I am impressed with this news. Muslim thinkers took all the top ten places. Mungkinkah suatu hari nanti, Islam kan bisa gemilang seperti suatu masa dahulu?

...........
23 June 2008

In this year's Foreign Policy poll entitled "The Top 20 Public Intellectuals", Muslim thinkers took all the top ten places.

clich here for full article

Hmm, well..well

assalamualaikum wbt

Hmm, lately my 'best friends' keep on asking me : "Aha, Diyana, aku datang ni aku nak rasa masak lemak cili api ko!". A cousin said :" Sambal udang petai, make sure lagi sedap dari saya punya tau?'

Adus...Frankly speaking dearie, I am an amateur in this cookin field. If you wanna a pro to cook for you, I have to call my mom, my mak long, and also my grandmom. Me? You guys need to give me ample time to brush this skill.

Hmm, sometimes, frankly speaking, I am a little bit disappointed when a man blames a woman for not knowing how to cook. Yelah, kena jaga perut depa untuk diorang sayang kita...Yelah what ever reasons behind it! I know as a woman, I have to really care for my husband and my kids, what they eat is what they are right. Tak kanlah asik nak makan luar je, mana nak rasa air tangan isteri, mak kan? Hmm, ye..ye...We are working hard on that..

They can blame us, but are they willing to change their habits like smoking, lazy etc. Can they really be an Imam in the family? Huh. guys, answer this ok, while we will do our part, insya Allah.

Hmm,being a 3 weeks 'housewife', I can say that, being a housewife is so tiring and yet deep down inside your heart you are happy and willing to do that. BAHAGIA, that's the word! You have to wake up early in the morning, perform two rakaah solah, then prepare a breakfast for the whole family, then perform subh solah,then you have to wash the cloth, then sweep the floor then mop it, then dry your linen, then clean all the dishes, then think again what do you want to cook for lunch, then cooking will take place, then you have to clean up the kitchen, then keep all your linen in your wardrobe, then you have to take care the garden...Hmm and the cycle will be continuously continue. Frankly speaking, if you are not patience enough, this task is tiring and boring. Maybe, that's why Islam put a high remark for a Muslimah who really concern about their household. The remark goes to their patience and their passion. You are being rewarded as a jihad just by doing this house chores (hmm plus for being loyal and obeying your God and your husband).

I remembered talking to a dearer friend of mine. "Sya, what is your plan in the future?" "Hmm, I am thinking of being a full time housewife.. You know right Diyana, it is our nature..It is fitrah.."
I was once too, thinking about being a full time housewife. But after this economy crisis, I think the women's role as a co-supporter in financial can't be neglected. So how, to be a full time housewife, or to be Muslimah Professional? (I am aiming for being a lecturer, as I know that being a Muslimah lecturer in this field is also important for this century)

Hmm, I do not know what lies ahead. I hope He will guide me in everything.

Alhamdulillah, I have finished reading two recommended books by Ustaz Hasrizal; Aku Terima Nikahnya and also "Men are from Mars, and Women are From Venus". The conclusion here is, stop blaming the opposite sex for not making you happy. But it will be happier for both of the gender, if they are willing to give more rather than accepting more. K dear my sahabat fillah out there, live life to the fullest with Ilm, Amal, Ikhlas, because, these are the assets for us in the DAY AFTER..

Lord, please guide us to the straight path...

June 22, 2008

saya hanya menyampaikan

assalamualaikum wbt

When mentioning a new HO, that means, it must be my batch right? Although my medical colleagues will be reporting themselves as a new, HO this first July, but some complaints about the new HO is so painful to be heard..

" sampai diorg ckp, what's wrong with this batch?? so far dah 3 dept - ortho, surgery, paeds.. smua bising dpt ho yg ntah pape.. siap bleh mlawan ckp surgeon lg tu.. " excerpt from a a blog (Kak minta permisi ya?)

My posting will be somewhere in mid July. Frankly speaking I really can't breath well, thinking about the future that awaits and everything that lies in front. I am totally afraid. I remembered, Dr Azizah warned me,that as a new HO (houseman officer) or FYDO (first year dental officer) we have to be polite, down to earth and also eager to seek the new experiences and knowledge. Being entitled as Dr, that doesn't means that you can do anything that you want. Besides, being entitle Dr, you have to carry people's trust on you. Not only your patients. but also your boss, your staff, and even 'makcik-makcik kantin'"

Saya menulis adalah sebagai peringatan diri saya juga sebenarnya. Kurang enak andai terus-terusan mendengar 'your batch is totally a crap', 'batch awak paling sombong', 'batch awak tak suka belajar, bodoh sombong', 'batch awak tak reti hormat orang', dan sebagainya. Cukuplah 5 tahun pengalaman, saya sudah cukup mendengar kalimat-kalimat yang boleh buat telinga sesiapapun berdesing.

Pesan rasulullah saw “Barangsiapa yang tidak berlaku jujur maka bukanlah (dia itu) dari kalangan kami” [Hadith riwayat Al-Bukhari]

Wahai diri, wahai bakal-bakal doktor (baik medical doctors, or dental doctors) or anybody out there, jujurlah pada diri, jujurlah kepada pesakitmu, jujurlah juga kepada orang-orang sekelilingmu kerana, di sana nanti di hari pembalasan nanti, kita akan dipertanggungjawabkan semuanya..Ittaqullah..Bertaqwalah kepada Allah

Ya Allah, tunjukilah kami jalan yang lurus...

June 16, 2008

Allah itu Maha Adil (Part 2)

Assalamualaikum wbt
Jazakillahu khairan kathira buat adik dentistsupermuslim kerana sudi membenarkan artikelnya di'copy paste' dalam blog ini.

Sebelum ini, ana kurang berpuas hati dengan jawapan yang disediakan bagi menjawab persoalan di shoutbox 'sekiranya Allah itu Maha Adil, maka mengapa diciptakan kaum kafir?" Ana harap artikel ini dapat membantu untuk mengukuhkan serta memberi sedikit pencerahan kepada sahabat ana iut.

Moga sahabat yang bertanya sentiasa di bawah kasih sayang Allah

Sumber asal : Apakah Tuhan Menciptakan Kejahatan?

Assalamualaikum wbkth..

baru-baru ni aku diberi tugas untuk membahas persoalan ini untuk subjek Filsafat Moral/Ilmu. Dosennya seorang yang beragama Kristen, tetapi agak liberal. Haha..maksud aku, walaupun dia Kristen, dia percaya pada Tuhan Yang Maha Esa (fitrah la kan), aku tak tanya lah pulak adakah dia percaya pada konsep Trinity dsbg, soalnya Kristen pun ada banyak cabangnya jugak spt Orthodox dsbg. Sebenarnya, bagi orang-orang beriman, org2 mukmin, konsepnya, "we hear and we obey"..Tak perlulah kita fikirkan secara mendalam tentang persoalan seperti persoalan di atas, dah Allah suruh buat baik, so, kita cari yang baik je lah untuk diamalkan dan tinggalkan apa yang dilarang, tu tugas kita yang utama sebagai khalifah dan hamba atas muka bumi ni. Tapi, memandangkan pak dosen aku ni org nya agak "philosophy" dan kebetulan subjek yang diajar ni subjek Falasafah, so, layan je la untuk memenuhi SKS. Ni hasil kerja aku, aku harap kalau aku ada buat apa-apa kesalahan,kurang jelas, kurang kukuh, kurang mantap mohon dibetulin ya ~ memang serba kekurangan sbb aku baru buat benda ni last minute, pagi tadi, ilmu pun tak cukup lagi, dan kalau ada apa2 nak tambah pun boleh tapi kena ada dalil yang sahih. Rujukan aku, of course Al-Quran, dan artikel UHF tentang "Tuhan Islam Kejam?? (bhg 2) dan artikel Asma wa Sifat dari blog Aqeedah bro Nawawi, dan selain tu, dari situs http://www.islamtomorrow.com/ dan juga JIL(Jaringan Islam Liberal). Ups, jgn salah paham, aku nak tengok apa yang rasionalis mereka cakap tentang Allah berlandaskan dan compare kan dgn manhaj ASWJ....di bawah ini adalah pembahasan aku:-

Kejahatan berarti tindakan yang sangat keji, yang biasanya dilaksanakan atas kepentingan tertentu, atas dasar kriminal dan kekerasan di antara manusia, serta menimbulkan efek negatif seperti kesengsaraan kepada manusia lain. Contoh kejahatan adalah kebencian, ketidakadilan, pembunuhan, dan perlanggaran hak-hak asasi manusia lainnya dan bencana.Persoalannya, apakah kejahatan-kejahatan ini diciptakan Tuhan? Bagi membahas hal ini (persoalan tentang sifat-sifat Allah), saya harus menggunakan dalil-dalil dari sumber Al-Quran dan hadis-hadis shahih, tidak mungkin saya menggunakan akal fikiran yang terbatas karena persoalan ini melibatkan sifat-sifat Allah, pencipta Yang Maha Esa.

Di dalam Al Quran, jelas, Allah berfirman:
Barangsiapa menghendaki kemuliaan, maka ketahuilah kemuliaan itu semuanya milik Allah (Fathir 35: 10)

Allah memiliki nama-nama yang baik dan mulia (Asma’ ul Husna), nama-nama yang mulia ini bukanlah sekadar nama kosong yang tidak mengandungi makna dan sifat, justeru ia adalah nama-nama yang menunjukkan kepada makna yang mulia dan sifat yang agung (misalnya, maha suci, maha penyayang, maha adil). Kita mengetahui bahawa apa yang Allah sifatkan untuk Diri-Nya adalah haq (benar), tidak mengandungi teka-teki dan tidak untuk dibongkar. Tidak ada satu pun yang menyamai-Nya, juga tidak dalam perbuatan-Nya.Mengenai kebaikan dan kejahatan, pada dasarnya Tuhan telah menggariskan dengan jelas. Tergantung kepada manusia itu sendiri. Apakah mau ke jalan kebaikan ataukah ke jalan kejahatan. Sebenarnya kita diberikan dua opsi, pertama jalan kebaikan, yaitu jalan yang Tuhan ridhai, kedua jalan kejahatan yaitu jalannya Iblis dan syetan, yang tidak ingin manusia pada jalan kebaikan.Firman Allah SWT dalam Surah Asy Syams (91: 8-10)“Maka Dia mengilhamkan kepadanya (jalan) kejahatan dan ketaqwaannya. Sungguh beruntung orang yang menyucikannya (jiwa itu). dan sungguh rugi orang yang mengotorinya”.

Firman Allah, dalam surah Al-Balad (90:10 dan 11):-
”Dan kami telah menunjukkan kepadanya dua jalan (kebajikan dan kejahatan). Tetapi dia tidak menempuh jalan yang mendaki dan sukar?”

Dalam surah Az-Zumar 39:18 – “(yaitu) mereka yang mendengarkan perkataan lalu mengikuti apa yang paling baik di antaranya. Mereka itulah orang2 yang telah diberi petunjuk oleh Allah dan mereka itulah yang diberi akal yang sehat.” Ayat ini menyatakan orang yang diberi hidayah adalah orang yang mendengar hujah dan selepas itu membuat pilihan yang benar berdasarkan keyakinannya pada kebenaran.

Al-’Araf 7:12 – Allah berfirman, ”Apakah yang menghalangimu (sehingga) kamu tidak bersujud (kepada Adam) ketika Aku menyuruhmu? Iblis menjawab, ”aku lebih baik daripada dia. Engkau ciptakan aku dari api, sedangkan dia Engkau ciptakan dari tanah.”Al-‘Araf, 7:13-

Allah berfirman, ”maka turunlah kamu darinya (syurga); kerana kamu tidak sepatutnya menyombongkan diri di dalamnya. Keluarlah! Sesungguhnya kamu termasuk makhluk yang hina.”Al-Kahfi 18:50 – ”dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada para malaikat, ”sujudlah kamu kepada Adam!” maka mereka pun sujud kecuali Iblis. Dia adalah dari golongan jin, maka, dia mendurhakai perintah Tuhannya. Pantaskah kamu menjadikan dia dan keturunannya sebagai pemimpin selain Aku, padahal mereka adalah musuhmu? Sangat buruklah iblis itu sebagai pengganti Allah bagi orang yang zalim. ”Al-’Araf, 7:27 : ”Wahai anak cucu Adam! Janganlah kamu sampai tertipu oleh setan sebagaimana sebagaimana halnya setan telah mengeluarkan ibu bapakmu dari surga....................Sesungguhnya Kami telah menjadikan setan-setan itu pemimpin bagi orang-orang yang tidak beriman”Al-’Araf, 7:28 ”Dan apabila mereka melakukan perbuatan keji, mereka berkata ”kami mendapati nenek moyang kami melakukan yang demikian dan Allah menyuruh kami melakukannya”, katakanlah, Sesungguhnya Allah tidak pernah menyuruh berbuat keji. Mengapa kamu membicarakan tentang Allah apa yang tidak kamu ketahui?”

Antara sifat Allah ialah iradah (berkehendak).
”Sesungguhnya keadaan kekuasaannya apabila ia menghendaki adanya sesuatu, maka Dia hanyalah berkata: " Jadilah!". maka terjadilah ia.” (Yasin 36: 82)

Iradah kauniyah tidak mengharuskan mahabbah (cinta Allah). Terkadang Allah menghendaki terjadinya sesuatu yang tidak Dia cintai, tetapi dari hal tersebut akan lahir sesuatu yang dicintai Allah. Seperti penciptaan Iblis dan segala yang jahat lainnya untuk tujuan ujian dan cubaan. Firman Allah SWT, Maka sesiapa Yang Allah kehendaki untuk memberi hidayah petunjuk kepadanya nescaya ia melapangkan dadanya (membuka hatinya) untuk menerima Islam; dan sesiapa Yang Allah kehendaki untuk menyesatkannya, nescaya ia menjadikan dadanya sesak sempit sesempit-sempitnya, seolah-olah ia sedang mendaki naik ke langit (dengan susah payahnya). Demikianlah Allah menimpakan azab kepada orang-orang Yang tidak beriman. (al-An’am 6: 125)

Harus diingat, meskipun Allah SWT telah menciptakan nafsu dan iblis sebagai yang merupakan unsur kejahatan, tetapi Allah telah mengingatkan kita agar mengikuti kebaikan dan meninggalkan kejahatan, seperti firmanNya yang bermaksud:”Dan berbuat baiklah, kerana sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berbuat baik. ”(al-Baqarah: 195)” Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang bertaubat, dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (al-Baqarah 2: 222)”Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang berusaha memperbaiki amalannya.” (al-Baqarah 2: 195)Allah berfirman lagi dalam surah Al-Insan, 76: 3, ”Sungguh, Kami telah menunjukkan kepadanya jalan yang lurus, ada yang bersyukur dan ada pula yang kufur.”Dalam Surah al-Baqarah, 2:89, Allah berfirman: ”dan setelah sampai kepada mereka kitab Al Quran dari Allah yang membenarkan apa yang ada pada mereka (tauhid yang diajarkan taurat),..........ternyata setelah sampai kepada mereka apa yang telah mereka ketahui itu, mereka mengingkarinya. Maka laknat Allah bagi orang-orang yang ingkar.”Suatu perkara yang Allah kehendaki ianya terjadi (baik maupun jelek) tidaklah berarti Allah meredhainya namun Allah tetap mengizinkannya kerana sesuatu sebab atau hikmah yang ingin dicapai di sebalik sesuatu yang terjadi atau tercipta, firmanNya:

Dan katakanlah: “Kebenaran itu ialah yang datang dari Tuhan kamu, maka sesiapa yang mahu beriman, hendaklah dia beriman; dan sesiapa yang mahu kufur ingkar, biarlah dia mengingkarinya.” [al-Kahf 18:29]

Allah memiliki sifat qudrah, kuasa untuk melakukan apa saja yang dikehendakinya, sebagaimana Dia juga menafikan dari Diri-Nya sifat ‘ajz (lemah) dan lughub (letih).”(sudah tetap) Bahawa kekuasaan Allah tidak dapat dilemahkan atau dihalangi oleh sesuatupun sama ada di langit atau di bumi; Sesungguhnya ia adalah Maha Mengetahui, lagi Maha Kuasa.” (Fathir 35: 44)

”Katakanlah: "Dia lah Yang berkuasa menghantar kepada kamu azab seksa (bala bencana), dari sebelah atas kamu, atau dari bawah kaki kamu,” (al-An’am 6: 65)

”Allah jualah Yang Menguasai alam langit dan bumi serta segala yang ada padanya; dan Dia lah jua yang Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu.” (al-Ma’idah 5: 120)

Jika sesorang mengetahui bahawa Allah adalah Hakim yang Maha Adil, tidak menyukai kezaliman, kecurangan, dosa, dan permusuhan; dan Dia Maha Membalas dendam terhadap orang-orang yang zalim atau orang-orang yang melampaui batas atau orang-orang yang berbuat kerusakan, maka ia pasti akan menahan diri dari kezaliman, dosa, kerosakan, dan khianat. Dan dia akan berbuat adil atau optimis sekali pun terhadap dirinya sendiri, juga akan bergaul dengan teman-temannya dengan akhlak yang baik. Dan masih banyak lagi pengaruh terpuji lainnya kesan mengetahui nama-nama Allah dan beriman kepada-Nya.

Demikianlah, Allah memperkenalkan Diri-Nya dengan nama-nama itu agar hamba-Nya mengenal-Nya dan memohon kepada-Nya sesuai dengan isi kandungannya dan juga agar sentiasa berbuat baik kepada sesama hamba-Nya yang lain. Allah berfirman lagi,”Katakanlah (Wahai Muhammad): "Jika benar kamu mengasihi Allah maka ikutilah daku, nescaya Allah mengasihi kamu serta mengampunkan dosa-dosa kamu. dan (ingatlah), Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.” (Ali Imran 3: 31)

Intinya, Tuhan menciptakan iblis dan segala sesuatu yang wujud dan terjadi atas dunia ini, tapi Tuhan bukanlah kejahatan, sebaliknya Dia memberikan kita pilihan untuk memilih yang baik dan yang buruk, Dia telah menjadikan manusia itu berakal untuk berpikir dan membedakan antara yang baik dan buruk, namun akal manusia itu masih terbatas, tidak sampai pengetahuan tentang alam ghaib dan sebagainya sehingga terkadang timbul salahtafsir terhadap sesuatu, termasuklah salah mengerti tentang tuhannya. Lalu, Allah menurunkan petunjuk dan peringatan kepada manusia berupa Al-Quran dan model terbaik, yaitu Nabi Muhammad SAW. Nah, manusia yang berakal dan berkemampuan seharusnya berusaha mencari dan mengkaji petunjuk-petunjuk ini, unsur kejahatan yang dicipta itu seperti bala bencana dan sebagainya hanyalah sebagai ujian Allah kepada umatnya di atas muka bumi ini yang mengandung pelbagai tujuan, antaranya ialah bertujuan menambahkan rasa cinta dan dekat kita kepada Khaliq (pencipta), dan sebagai syarat memperoleh syurga. firman Allah SWT:“Dialah yang menciptakan kematian dan kehidupan untuk menguji kamu, siapakah di antara kamu yang paling baik perbuatannya” (al-Mulk/67:2).

“Dan sesungguhnya akhirat itu lebih baik dan lebih kekal” (QS al-A`la/ 87:17).

“Dan tidaklah kehidupan dunia ini kecuali hanya senda gurau dan permainan” (QS Muhammad / 47:36).

”Apakah orang-orang itu menyangka bahwa mereka akan dibiarkan saja berkata: ’Kami beriman’ padahal mereka belum diuji?” (al-`Ankabut, 29:2)

“Dan sungguh akan Kami uji kamu dengan sesuatu yang berupa ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Namun sampaikanlah kabar gembira kepada orang-orang yang sabar” (Al-Baqarah / 2:155)

Rasulullah SAW bersabda: "Tak ada satu musibah pun yang menimpa seorang muslim, kecuali Allah dengan itu akan menghapus dosa dan kesalahannya, walaupun hanya sepotong duri yang menusuknya". (HR Bukhari dan Muslim).

Selain itu, kejahatan-kejahatan, bala bencana, dan kerusakan yang terjadi memiliki tujuan lain yaitu sebagai bukti kasih sayang Allah kepada hamba-Nya, sebagai meningkatkan jati diri, pengukur tahap keimanan, sebagai peringatan kepada yang leka, sebagai balasan kepada orang shalih yang tidak melaksanakan amar ma’ruf dan nahi mungkar, menguji sikap orang yang terlepas daripada musibah, bala’ dan fitnah. Andai semua yang tercipta di dunia berupa perkara kebaikan, untuk apa dunia diciptakan? Analoginya, ujian-ujian semester yang kita ikuti itu juga mempunyai pilihan yang salah dan tepat, tinggal memilih aja yang benar (berasaskan ilmu dan usaha), terus kita akan berjaya.

Farhani binti Md Azizan
Kelas A2007-11-1525
Juni 2008

June 15, 2008

Six per cent of Malaysian youths 'have suicidal thoughts'

"Whatever ye are given (here) is (but) a convenience of this life: but that which is with Allah is better and more lasting: (it is) for those who believe and put their trust in their Lord" As Syura: 36



What actually happened to Malaysian? Everybody is very busy worshipping wealth, straight A's, popularity? Wealth is not wrong, go and find them but they are not the Lord to be worshipped, A's also not wrong, do your best, and let Allah do the rest. What actually happened?Maybe the acceleration to become a 'developed' country, changed the Malaysian to be like any other so called developed country, like US and Japan? Japan and US are highest in term of commit suiciders too!) I am worried, for my future, my future family, for the next generation of ummah. Can we survive as a real human being in the future? Are we getting insane with this dunyah competition? Mirror mirror on the wall, who's the richest of us all? Mirror mirror on the wall, who's the most popular of us all? Mirror mirror on the wall, who's the prettiest of us all? Mirror mirror on the wall, who's the most insane in this world?

The article below enlightened the issue of mental health problem among the teenagers. These teenagers, are our future generation.Teenagers might be very stressful with academics, or competing with their peers (like mirror -mirror on the wall competition), or they might be so stressful with poverty (or too wealthy?) or etc..etc.etcHow about their parents? Are their parents have the same signs and symptoms? I believe among adults, the prevalence is also quite high. Being mentally tortured by money..money..money..money?Thus, whom should we put the blame?

"Letakkanlah dunia di tanganmu bukan di hatimu"

Source : http://www.nst.com.my/

KUALA LUMPUR, Sat.:

Six per cent of Malaysian youths aged between 16 and 24 have thoughts of suicide when under stress — a symptom which indicates they have mental health problems, Health Minister Datuk Liow Tiong Lai says.

He described the situation, based on a study by the ministry in 2006, as“quite alarming” and could worsen if not addressed promptly.He said there was an increase in the number of people with mental health problems in Malaysia especially among those within the age group of 70 to 74 (19.5 per cent), followed by those between 16 and 19 years old (14.4 per cent).

“Mental stress is a problem which should not be taken lightly because of its impact on the individuals’ pproductivity, efficiency and performance as well as their families and the society,” he told reporters after launching the “Jom Tangani Stress” programme at Sekolah Kebangsaan Sri Permaisuri here today.

To address the problem especially among students, Liow said the Health Ministry would collaborate with the Education Ministry to provide counsellors in schools with the appropriate skills and techniques.The ministry, he added, would also organise workshops to expose the public to stress management, interpersonal communication skills, positive thinking and on ways to relax.

June 13, 2008

its holiday mood :)

The medical specialty for you is.... Pathology

Pathology is the best of all specialties. A pathologist is a doctor who knows everything and does everything, but it's too late. As a pathologist, you will not only be able to avoid patients, but also nearly all living human contact. You'll find yourself bringing your microscope to the beach with you. But you will have the most humorous anecdotes to tell people when you get invited to parties. That is, if you get invited to parties.

To find out what your specialty best fits your unique personality, go to:

What Medical Specialty Is For You?

.............................

=))

Hehe, I'm a dentist maa..Hmm, pathologist will never suit me, because I hate histology so much..(acantholysis, bizarre mitotic figures, rete pegs, keratin pearl what so ever!)

Hmm, well..well...Pathologist eh? Hmm, the least of my list.

Dear Kak Dr AA, what are you up to? pathologist like me too? Hehe.(hmm, naik gunung tu elok-elok..jgn sampai salah org lg :p)

June 10, 2008

Banyak Amal tapi banyak dosa

Bismillahirrahmanirrahim. Terkedu ana dibuatnya apabila membaca artikel ini. Bukan kerana merasakan amal sudah cukup banyak tetapi takut andai tergolong dalam golongan ini. Naudzubillah min dzalik

Sumber asal : Banyak Amal Tapi Banyak Dosa

Sebagian manusia telah menganggap remeh atas dosa-dosa mereka, mereka menganggap bahwa kebaikan-kebaikan mereka sudah terlalu banyak, mereka menganggap bahwa amalan-amalan shalih mereka sudah begitu melimpah sehingga pahala yang mereka kumpulkanpun sudah begitu menggunung.

Mereka menganggap bahwa shalat malamnya, puasa senin kamisnya, haji dan umrahnya, infaqnya dan seterusnya dari amalan-amalan shalih yang mereka kerjakan akan seperti lautan yang akan menenggelamkan dosa-dosa yang mereka lakukan. Jika seseorang menganggap remeh suatu dosa, ketahuilah bahwa sesungguhnya dia telah terpedaya oleh syaitan, walaupun mereka telah banyak beramal dengan amalan-amalan ketaatan.

Wahai saudaraku yang semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu... Allah ta'ala memberikan permisalan tentang orang yang telah mengumpulkan banyak kebaikan akan tetapi nanti di akhirat, amalan kebaikan yang diandalkannya tidak dapat banyak bermanfaat,
Allah berfirman
أَيَوَدُّ أَحَدُكُمْ أَنْ تَكُونَ لَهُ جَنَّةٌ مِنْ نَخِيلٍ وَأَعْنَابٍ تَجْرِي مِنْ تَحْتِهَا الْأَنْهَارُ لَهُ فِيهَا مِنْ كُلِّ الثَّمَرَاتِ وَأَصَابَهُ الْكِبَرُ وَلَهُ ذُرِّيَّةٌ ضُعَفَاءُ فَأَصَابَهَا إِعْصَارٌ فِيهِ نَارٌ فَاحْتَرَقَتْ كَذَلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمُ الْآَيَاتِ لَعَلَّكُمْ تَتَفَكَّرُونَ
”Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandung api, lalu terbakarlah, Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya. (QS. Al-Baqarah:266)

Ibnu Abbas radhiallahu'anhuma ketika menjelaskan ayat di atas, beliau mengilustrasikan dengan orang kaya yang beramal karena taat kepada Allah, kemudian Allah mengutus setan padanya, lalu orang itu melakukan banyak kemaksiatan sehingga amal-amalnya terhapus (Tafsir Ibnu Katsier)

Wahai saudaraku yang semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu... Janganlah sekali-kali kita meremehkan dosa karena kita menganggap sudah mempunyai amal kebaikan yang banyak. Ketahuilah wahai saudaraku bahwa belum tentu amal kebaikan yang kita kerjakan dihitung sebagai amal shaleh di sisi Allah, apakah karena kita tidak ikhlas atau tidak sesuai dengan yang dicontohkan Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam. Selain itu, amal kebaikan juga akan dapat terhapus dengan kemaksiatan-kemaksiatan.

Tsauban radhiaallahu'anhu meriwayatkan sebuah hadits yang dapat membuat orang-orang shalih susah tidur dan selalu mengkhawatirkan amal-amal mereka. Tsauban radhiaallahu'anhu berkata, Rasulullah shalallaahu ‘alaihi wa sallam bersabda
لأعلمن أقواما من أمتي يأتون يوم القيامة بحسنات أمثال جبال تهامة بيضا فيجعلها الله هباء منثورا . قال ثوبان : يا رسول الله صفهم لنا جلهم لنا أن لا نكون منهم و نحن لا نعلم ، قال : أما إنهم إخوانكم و من جلدتكم و يأخذون من الليل كما تأخذون و لكنهم أقوام إذا خلو بمحارم الله انتهكوها
Aku benar-benar melihat diantara umatku pada hari Kiamat nanti, ada yang datang dengan membawa kebaikan sebesar gunung di Tihamah yang putih, lalu Allah menjadikannya seperti kapas berterbangan, Tsauban bertanya, Ya Rasulullah, jelaskan kepada kami siapa mereka itu agar kami tidak seperti mereka sementara kami tidak mengetahui!, Beliau bersabda, Mereka adalah saudara-saudara kalian dan sebangsa dengan kalian, mereka juga bangun malam seperti kalian, akan tetapi apabila mendapat kesempatan untuk berbuat dosa, mereka melakukannya (HR. Ibnu Majah, disahihkan oleh Syaikh Al-Bany dalam Silsilatul Ahaadits Shahihah No,505)

Saudaraku, masihkah kita merasa bangga dengan amal-amal kita kemudian berbuat dosa dan menganggap bahwa dosa kita akan tenggelam dalam lautan amalan shalih kita. Maka wajib bagi kita untuk senantiasa bersabar, bersabar dan bersabar. Sabar dalam melaksanakan ketaatan dan sabar dalam menjauhi dosa-dosa.

Semoga Allah merahmati Imam Ahmad yang mengatakan bahwa sabar adalah terus menerus sampai seseorang menapakkan kakinya di Surga kelak.

Ketika seseorang bertanya kepada Abu Hurairah radhiallahu'anhu tentang makna takwa, Abu Hurairah kemudian bertanya kepada orang tersebut, Apakah engkau pernah melewati jalan yang berduri? Ia menjawab, Ya pernah. Abu Hurairah bertanya lagi, Apa yang engkau lakukan, Ia menjawab, Jika aku melihat duri maka aku menghindar darinya, atau melangkahinya, atau mundur darinya, Abu Hurairah berkata, Seperti itulah takwa

Maka bukanlah dikatakan takwa jika seseorang sengaja menerjang rambu-rambu syariat, mengerjakan apa-apa yang diharamkan oleh Allah atau meninggalkan apa-apa yang diperintahkan-Nya.

Kemudian kita juga harus takut karena kita tidak tau kapan ajal akan menjemput! Kalau kita amati disekitar kita, maka kita dapati bahwa jumlah manula lebih sedikit daripada orang muda dan anak-anak, hal ini menunjukkan bahwa kebanyakan manusia meninggal dalam usia muda, maka waspadalah! Wahai saudaraku yang semoga Allah melimpahkan rahmat kepadamu... Terakhir saudaraku, hendaknya kita senantiasa bertakwa dan tidak meremehkan dosa-dosa agar kita tidak seperti yang digambarkan dalam ayat dan hadits di atas, semoga Allah menjadikan kita nanti, termasuk yang diseru dalam firman-Nya

يَا أَيَّتُهَا النَّفْسُ الْمُطْمَئِنَّةُ * ارْجِعِي إِلَى رَبِّكِ رَاضِيَةً مَرْضِيَّةً * فَادْخُلِي فِي عِبَادِي * وَادْخُلِي جَنَّتِي
Hai jiwa yang tenang, Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diridhai-Nya, Maka masuklah ke dalam golongan hamba-hamba-Ku, Maka masuklah ke dalam Surga-Ku (Al-Fajr: 27-30)

Referensi
1. Tafsir Ibnu Katsier
2. Silsilatul Ahaadits Shahihah, Syaikh Al-Bany
3. Jami' ulumul wal hikam, Ibnu Rajab

June 09, 2008

Sanah Helwa

Cerita satu

"Diam seorang perempuan itu tidak semestinya dia malu menyatakan dia setuju.. Diam seorang perempuan itu kadang-kadang kerana dia terlalu malu untuk menyatakan dia tidak setuju kerana dia tahu kata-katanya mungkin akan menyakiti hati seseorang. Diam seorang perempuan itu, kerana dia pegang sungguh-sungguh "berkatalah yang baik-baik atau diam". Namun, andai dalam perkiraannya diam dia itu mencalarkan hati orang, dia mohon maaf, dia tidak menduga diam dia mencalarkan hati orang. Dia sungguh-sungguh minta maaf..


Cerita dua
Alhamdulillah, 24 tahun telah dilalui. Ucapan hamdalah tak henti-henti ketika memasuki usia itu. Saya bertafakur, tarbiyyah Allah kepadanya selama 24 tahun sudahkah cukup-cukup mematangkan diri ini atau diri sendiri yang enteng dengan teguran-teguran Allah. Ketika usia 25 tahun, Rasulullah saw telah diamanahkan untuk menyelesaikan masalah perebutan hajar aswad, Zaid bin Akhtar telah bersedia untuk berjihad dalam peperangan fi sabilillah ketika usianya masih lagi muda belia. Dan saya? Istighfar yang berpanjangan. Hamdalah yang terus berpanjangan kerana masih lagi dalam iman dan Islam.

Keluarga bawa bercuti, ke Kelantan, Terengganu, Pahang. Mungkin kerana telah terlalu biasa dengan Kelantan, saya kurang memanfaatkan faedahnya. Shopping? The price is more or less the same with Melaka, so why must I do shopping there rite? Hmm, Terengganu, singgah sebentar di Masjid Kristal dan Taman Tamadun Islam. Ketika kaki menjejakkan ke tanah ini, teringat pesan rasullah saw

Dari Abu Hurairah r.a..Nabi SAW brsabda..Jgn susah2 mlakukan prjalanan jauh melaikn untk mngujungi 3 masjid yaitu..Msjdku ini(Msjd Madinah).Masjidil Haram(d Makkah).Dan Msjid Aqsha(d Yeru Salem Palestin)..HR Muslim

Hmm, memang benar apa yang rasulullah saw katakan. Tidak berbaloi rasanya singgah ke Taman Tamadun Islam tersebut. Pada saya, ianya hanya berbentuk santai, dan tidak langsung mentarbiyyah. 22 buah model masjid seluruh dunia dipamerkan di situ. Namun maklumat yang disampaikan a) Masjid ini didirikan pada.... dan memerlukan masa...... untuk disiapkan; b)Masjid ini didirikan sempena mengingati so and so ..Hmm, alahai..

Hmm, alahai apalah nilai tarbiyyah jika ini maklumat yang disampaikan? Pentingkah untuk mengetahui berapa lama masjid ini disiapkan? Pada saya, biarlah disampaikan, apakah perubahan yang Islam telah lakukan contohnya di China, India dan sebagainya?
Tambah buat saya terkedu, ialah maklumat yang disampaikan dalam 'train' dan juga papan tanda setiap masjid adalah sama!

Di dalam masjid as sahra Palestin, tambah mengharukan saya. Video yang ditayangkan langsung tidak menunjukkan kesengsaraan kaum Muslim di sana. Maklumat yang disampaikan, Palestin menjadi rebutan tiga agama, iaitu Nasrani, Yahudi, dan Islam. Tapi tiada pula disampaikan kenapa menjadi rebutan? Kenapa ia dipertahankan sungguh-sungguh oleh kaum muslimin?

Di sekitar TTI, juga tiada langsung nilai tambah. Tiada sudut-sudut bacaan tentang tamadun Islam itu sendiri. Bila kegemilangan Islam? Apakah sumbangan Islam ketika kegemilangan Islam? Mengapa Islam jatuh terus-menerus. Tiada maklumat apa pun...

Dari segi praktikaliti juga:
Tempat wudhu' Masjid Kristal dengan Masjid Kristal itu sendiri, jauh..beberapa meter (mungkin dalam 5-6 meter), dan ketika usai berwudhu' kaum Muslimat perlu berpapasan dengan kaum Muslimin. Mungkin ada yang bertanya "itu pun nak jadi soal ke?" Tapi ingat kah kita dengan sunnah rasulullah saw, ketika azan dilaungkan, rasulullah seolah-olah tidak mengenal isteri-isterinya dan isteri-isterinya juga seolah-olah tidak mengenali Baginda saw?

Benarlah, setiap bidang perlu ada yang celik Islam. Agar setiap bidang itu ada unsur islamisasi itu. Islam itu tidak ternilai dengan bentuk kubah masjid sahaja, tapi ia ternilai dengan apa yang Islam itu bawa kaaffah ...keseluruhan..

Singgah pula ke Kuantan, di Kuantan, damai bayu yang memang ciptaan Allah memamg sunnguh mendamaikan.Tak sangka Teluk cempedak, airnya masih jernih. Pantainya masih putis. Subhanallah. Benar, kita kan tenang apabila kembali kepada fitrah. Dan fitrah itu adalah kembali kepada Pencipta...Laut, pantai, batu-bata, kanak-kanak riang ria, semuanya dari Dia...


Cerita tiga
Alhamdulillah, dah almost 1 minggu kat rumah, selain jemputan walimah sepupu, sahabat-sahabt dapat juga memanfaatkan masa dengan bacaan-bacaan ilmiah dan novel penyegar minda
1. Aku Terima Nikahnya oleh Ustaz Hasrizal : finished
2. Tundukkan hati oleh Tn Guru Nik Aziz : on going
3. Taqwa : takut tapi rindu oleh Tn Guru Haji Hadi : On going
4. PS : I love you by Checilia Ahern : finished (don't worry, its totally different from western novel)
5. Men from Mars, women from venus : on going ( Hmm, saya mengantuk bila baca buku ni..hehe)
6. Salju sakinah oleh Zaid Akhtar : finished (Insya Allah, saya akan post review. Its worth!)
7. Bahaya Sekularisma oleh Tn Guru Haji Hadi : On going

Moga ilmu-ilmu ini diamalkan.