January 30, 2008

Pandanglah kebesaranNYA dalam dirimu

Assalamualaikum wbt

Part one
Saya minta maaf sekiranya saya tidak membalas sebarang msg di chatbox saya. Chatbox saya telah di 'block'. Oleh itu saya tidak dapat membalas msg kalian

Part two:
"Seronok ke jadi doktor gigi?"
Saya hampir tergelak dengan soalan seorang teman alam maya. Terus terang saya katakan, saya terlalu bersyukur diberi peluang ini oleh Allah, untuk mendalami ilmu ini. Saya masih lagi bergelar pelajar, dan tidaklah layak saya diberi gelaran doktor buat masa ini, insya allah in the future (Ya Allah please ease everything)

Saya terlalu bersyukur kerana melalui bidang ini, satu demi satu kebesaran Allah telah dinampakkan kepada saya. Ketika bergelar pelajar separa perubatan-pergigian saya melihat kebesaran Allah dalam badan manusia. Kami perlu belajar perubatan sebagaimana sahabat-sahabat perubatan kami belajar. Kami menduduki peperiksaan yang sama dengan mereka, kami bersama-sama memikirkan diagnosis pesakit-pesakit 'medical', kami sama-sama membuat pemeriksaan fizikal ke atas pesakit-pesakit kami (dental student check tulang kaki, hehehe), kami sama-sama berbincang tentang ubat yang sesuai untuk pesakit-pesakit kami. Alhamdulillah, satu peluang yang sangat saya syukuri

Bayangkan sahaja, terluka sedikit di tangan, maka dengan sendirinya sistem pertahanan badan akan menghantar doktor-doktor dan assistant untuk merawat luka tersebut. Bayangkan sistem saraf kita mampu menggerakkan otot-otot tangan kita dengan sendiri tanpa perlu menerima arahan daripada mulut kita sendiri. Bayangkan mata boleh melihat alam dengan cantiknya sedangkan mata kita menerima sesuatu objek dengan terbalik, namun kerana indahnya sistem badan kita, kita melihat objek dengan keadaan yang sebenar. Subhanallah

Apabila telah masuk ke dalam sesi klinikal sepenuhnya dalam bidang pergigian, makin bertambah syukur saya diberi peluang untuk mendalami ilmu ini. Bayangkan sahaja, walaupun mulut itu kecil, tetapi 13 kepakaran atau cabang ilmu perlu dikuasai untuk merawat pesakit yang ada penyakit dalam mulut. Prosthodontic, berkaitan menambah gigi yang hilang, orthodontic, berkaitan dengan membetulkan oklusi, paedodontic, pergigian kanak-kanak, oral surgery, berkaitan dengan pembedahan mulut dan muka, merawat penyakit kanser oral dan sebagainya, restorative, berkaitan dengan merawat gigi yang berpenyait (caries dsb).

Subhanallah..subhanallah.
Benarlah ilmu Allah terlalu luas. Ilmunya di dunia ini ibarat setitis air lautan berbanding dengan lautan yang terlalu luas. Allahu akbar. Bayangkan sahaja gigi-gigi anda di dalam mulut anda, berfungsi besar : mengunyah makanan, membantu dalam percakapan, membantu membentuk struktur muka, membantu untuk mendapatkan keyakinan, membantu untuk mengukir senyum yang cantik, dsb. Subhanallah

Ketahuilah,
Apabila anda berjumpa dengan doktor gigi, dia akan cuba untuk memberi rawatan yang terbaik. Namun, tampalan gigi tidak sama dengan gigi sebenar. Apabila tiba masanya, tampalan tersebut akan tercabut atau rosak. Ketahuilah sehebat mana teknologi terkini yang mahal harganya (Implant : RM 1000 per unit, crown : RM500 per unit, rawatan akar : RM 700, rawatan ortodontik : RM5000) tidakkan sama nilainya dengan gigi asal kerana keseluruhan rawatan itu masih ada 'date due' masing-masing. Saya tidak menafikan ada rawatan yang tahan sehingga berpuluh-puluh tahun, namun ciptaan manusia tidakkan sama dengan ciptaan Allah

Ketahuilah
Gigi yang dicabut terlalu awal, akan menyebabkan oklusi yang tidak betul dan ada beberapa kes yang menyebabkan rahangnya tidak berfungsi dengan optimum hanya kerana cabutan yang terlalu awal.

The message for today
Rasulullah sendiri bersabda " Sekiranya tidak menyusahkan umatku, sudah pasti aku wajibkan umatku untuk bersugi sebelum solat fardhu"
Ketahuilah, rasulullah saw tidak pernah mengadu sakit gigi. Gigi depannya hanya patah ketika dalam satu peperangan.
Ketahuilah, kayu siwak yang digunakan rasulullah saw mengandungi mineral-mineral yang diperlukan oleh gusi dan gigi : kalsium, fluoride dan fosforus.

Ketahuilah
Gigi yang berlubang boleh menybabkan anda kesesakan nafas kerana bengkak di bahagian dagu yang menghalang salur pernafasan anda!

Ur dentist can provide the treatment, but the prevention is still in your hand

PS: actually tengah frust. Got an educated patient who denied dental treatment because he said that dental pain will never cause death!!!Ahaks..Ludwig angina camne plak?

January 24, 2008

Gaza bergelap

Assalamualaikum wbt

Gaza bergelap. Dan kita bagaimana? Mohon secebis doa ikhlas buat saudara kita di sana. Muslim akhul Muslim. Seorang Muslim saudara Muslim. Jangan dipersalahkan negara-negara jiran Palestin andai diri kita sendiri sebagai seorang Muslim tidak pernah mendoakan mereka. Kejayaan Islam pasti kan datang, tapi ia perlu bermula dengan individu Muslim. Lalu ayuh sahabat, jangan dipertikaikan bila kemenangan Islam itu akan datang keran janji ALlah itu benar.

Alhamdulillah, semalam ana berpeluang mengikuti program "Cabaran Umat Masa Kini" di Masjid HUSM. Berkait rapat dengan pengisian usrah ana bersama adik-adik, 'membina generasi rabbani : bermula dari diri anda". Antara pengisian dalam ceramah ustaz itu, ustaz itu mengatakan, umat Islam ditindas ketika ini kerana :
i) kurangnya keyakinan atau aqidah yang mantap tentan gajaran Islam itu paling sempurna dan Islam agama yang paling tinggi
ii) Kurangnya ikhlas dalam beramal serta membawa agama ALLAH. Masih ada niat duniawi di sebalik tanggung jawab dakwah
iii) Kurangnya ilmu untuk beramal..

Dalam pengisian usrah pula, sahabat saya telah membacakan sebuah buku " Membina generasi rabbani : bermula dari diri anda". Pada awal kami membincangkan siapa itu generasi rabbani: Generasi rabbani adalah generasi yang apabila doanya didengar oleh ALLAH, yg sanggup berkorban untukNYA, yang sanggup melakukan apa sahaja untukNYA, yang pertolongan dariNYA yang sangat2 dekat. Lalu kami memberi contoh generasi rabbani, adalah golongan sahabat rasulullah saw dan 3 kurun selepas baginda. Ini termaktub dalam hadis rasulullah saw.

Lalu mengapa kita ditindas sebegini? Semuanya kerana kita tidak menjaga hukum Allah. Lalu Allah tidak menjaga kita. Namun bumi Palestin adalah bumi waris anbiya'. Darah syuhada' yang mengalir kan terus basah membasahi jiwa syuhada' yang akan datang. Kekejaman Israel ke atas warga Palestin adalah kekejaman yang melampaui batasan kemanusiaan dan tidak masuk aqal.

Ana attach emel yang ana dapat dari Ustaz Maszlee Malik tentang : Palestin Bergelap!

The Last Gasp for Gaza – and what are you going to do about it?

by Sonja Karkar

Women for Palestine
Australians for Palestine
24 January 2008



PHOTO:Timesonline

By now, people watching their news programs around the world would have caught a glimpse of Gaza City in candle-lit darkness. A pretty sight indeed if it were not for the fact that most of the people in the Gaza Strip will have to depend on these candles as their only source of light now that the power plant servicing the 1.5 million population has shut down completely. There is no fuel to keep the plant running because Israel has imposed a complete lockdown of this most densely populated place on earth. That means no movement in or out of the Gaza Strip for people, or any kind of shipments in of vital food, fuel supplies and medicines. It is more than a miserable existence: it is a slow death.

This the sixth day of Israel ’s draconian action against a people already suffering from the punitive sanctions imposed on them after their democratic elections in January 2006 did not yield a result palatable to Israel and parts of the international community. Israel ’s latest 24 hour reprieve to let in some supplies is not going to change the circumstances under which the Palestinians have had to live for the last two years. At most, these supplies will last two days. The Palestinians have been struggling to survive in conditions that reached emergency levels even before this latest siege. Hunger, poverty and unemployment are widespread and in this maximum-security prison surrounded by Israel ’s military cordon, disease, malnutrition and anarchy are dangerously close to breaking out.

Israel claims that its actions are in response to the homemade rocket fire aimed at the Israeli town of Sderot bordering the Gaza Strip. But, for many Palestinians that rocket fire is a legitimate act of resistance against Israel ’s unrelenting sanctions and belligerence. By no stretch of the imagination is it an even contest. The Palestinians are imprisoned in Gaza
and have no military force other than guns and homemade rockets. Israel , on the other hand, has the most sophisticated weaponry in the world at its disposal and it uses it with merciless ferocity. It is bombing the Gaza Strip with its F-16 fighter planes and helicopter gun ships and is launching artillery fire from the tanks it has surrounding this tiny stretch of land. In just the last few days, some 40 people have been killed and 120 injured, most of them civilians. To add insult to injury, Israeli armed vehicles and bulldozers are entering the Strip and soldiers are setting fire to houses and preventing ambulances from reaching the wounded.

Israel ’s responses are completely disproportionate to the damage caused by the rocket fire from Gaza , which is largely psychological and a symbolic retaliation for Israel ’s aggression. While it certainly makes life miserable for the residents of Sderot , Israel itself is not under threat and Israel could easily evacuate the people from Sderot until negotiations for peace find a just solution. The number of Israelis killed and injured by these rockets has been very few compared to the Palestinians killed in Gaza . In seven years, eleven Israelis have been killed while hundreds of Palestinians have been killed in retaliation, not to mention the hundreds more that have been wounded, often permanently maimed.

Such collective punishment of an entire population is illegal under international law. Most of the Palestinians in Gaza are not militants. Like in any other population, there is the usual mix of civil servants, doctors, teachers, lawyers, health care workers, engineers, journalists, politicians, students and the thousands of people upon whom any society
depends to keep services running - except that hundreds of thousands are now unemployed. And then of course, there are the mothers and children, the elderly and the sick, the incapacitated, the mentally impaired, the charity workers, volunteers, people who do not have a say about what decisions are made. There are also angry young men who feel helpless to protect their families and people already burdened by decades of humiliation and oppression, and many of them are fighting back as any people would do under attack, but their means are primitive and limited because they cannot leave the confines of Gaza .

Over 1000 Palestinian civilians have gone out on the streets in protest and to beg the world to put an end to this enforced starvation and siege. People are queuing up to find bread, but no one is baking because there is no electricity. Connections with the outside world are dwindling as mobile phones and laptops run out of battery power. There is no water because the pumps need electricity. Washing machines, cook tops and ovens are useless. People cannot get to work because there is practically no fuel for cars and buses. Hospitals with generators are running out of fuel to power them, halting all surgery procedures. Babies in humidicribs will die once the power goes. Asthmatics on ventilators will suffer. People needing dialysis machines and heart monitors will collapse. Clinics and laboratories will lose their tests and vaccines. Soon, all communication with the outside
world will cease and what are we going to do about it?

Najwa Sheikh Ahmad who works for UNRWA in Gaza and began the Candles for Gaza Campaign with her husband last year in October has written to say “The Israeli side is doing its best to steal every joyful moment in our lives. Starting from treating us like another weird species that should have no mercy, to destroying the best happy moments that a family can have – the wedding of a son – to the slow killing of my people - like banning their right to have medical treatment outside Gaza which has seen 72 people die already – to finally controlling every border and banning the regular rights of having electricity, water and fuel – basic needs that no one should have to bargain over. I am sitting in the dark cold with my three children and I try to keep them busy, but they days are long and dark and they feel bored and are starting to make trouble. Oh God, how exhausting it is to live this way in the 21st century.”

John Dugard, UN special rapporteur on the human rights situation in the Palestinian territories said that "The killing of some 40 Palestinians in Gaza in the past week, the targeting of a Government office near a wedding party venue with what must have been foreseen loss of life and injury to many civilians, and the closure of all crossings into Gaza raise very serious questions about Israel's respect for international law and its commitment to the peace process.”

Luisa Morgantini , the vice president of the European parliament, has expressed concern over the escalating acts of murder committed by the IOF troops in Gaza and the West Bank and has urged the EU high representative Javier Solana and the world community to work side by side to force the Israeli government to stop the violence and mass punishment against Palestinian civilians.

The UN’s Emergency Relief Coordinator, the Undersecretary- General for Humanitarian Affairs John Holmes said that “This kind of action against the people in Gaza cannot be justified, even by those rocket attacks”.

Israel ’s actions have done nothing to further the peace process over which there was so much fanfare only a few weeks ago. Where will it all stop if Israel is allowed to continue its siege? When people are taking their last gasps in their battle for survival, who knows where desperation will lead them – mass riots, anarchy, and absolute despair where death will be better than life?

Israel might find that giving the Palestinians their freedom and allowing them the dignity of self-determination in their own land might be far more effective in bringing about a peaceful solution than all this bloodshed and misery. Fifty years have passed since Israeli Chief of Staff Moshe Dayan said “How can we complain about Gaza ’s hatred towards us? For eight years, they have been sitting in refugee camps while right in front of them, we are turning the land and villages of their forefathers into our home.” How much deeper must the hatred be after decades of oppression that has reduced their existence to a mere spectre of life? Without a political solution that includes Gaza in negotiations to settle the wrongs done to the Palestinians, a just peace for Palestinians and Israelis is as remote as ever.

We are asking for your help again. The Palestinians need candles desperately and they need your voice to speak for them. Please write to our newspapers and politicians and urge them to take action and bring an end to this humanitarian disaster. Also, a deluge of letters to the Israeli Embassy would allow the Israelis to see that Australians do not support a siege on the people of Gaza . We cannot stand by and allow this slow agonising death of a whole people to continue whatever justification Israel gives for its actions. There has to be another way that gives succour to the people of Gaza and hope for a better future than the ominous one being forced on them right at this moment.


Please see attached information on the Candles for Gaza Campaign. We have also arranged for a representative in Amman , Jordan to purchase candles for us to give to UNRWA for distribution. Money can be placed in the following account if this is easier than sending candles:

Name: Mariam Sheikh
Bank: St George Bank
Account No: 145272621

Letters, emails or faxes can be sent to:

His Excellency Yuval Rotem
Ambassador to Israel
Israeli Embassy
6 Turrana Street
Yarralumla ACT 2600
Australia

Email: info@canberra. mfa.gov.il
Fax: (02) 6215 4555

Please also cc our Foreign Minister and/or send him a letter or email Requesting that the Australian Government call for an end to Israel ’s siege on Gaza .

The Hon Stephen Smith MP
Minister for Foreign Affairs
PO Box 6022
House of Representatives
Parliament House
Canberra , ACT 2600

Email: Stephen.Smith. MP@aph.gov. au
Fax: (02) 6273 4112

Letters to the media can be sent to the following email addresses:

THE AUSTRALIAN <>
THE AGE <>
THE SYDNEY MORNING HERALD <>
THE CANBERRA TIMES
THE HERALD SUN <>
THE AUSTRALIAN FINANCIAL REVIEW
THE COURIER MAIL
THE ADELAIDE ADVERTISER
THE WEST AUSTRALIAN
THE MERCURY

January 16, 2008

al ahkam.net ditutup

assalamualaikum wbt

setiap kali saya melayari internet, 6 laman web utama yang akan saya kunjungi :Saiful Islam.com, Zaharuddin.net,Al-ahkam.net, Palestin Kini.info, Ustaz Maszlee Malik, Harakah Daily

Alhamdulillah daripada ketiga-tiga website, ilmu yang dicurakan daripada ketiga-tiganya adalah meluas. Saiful Islam.com pakar dengan akhlak dan perjuangan mahasiswa Islam, Zaharuddin.net dengan fiqh kewangan, al-ahkam.net dengan pentajdidan ilmu yang berasaskan al quran dan as sunnah dan palestinkini.info dengan urusan saudara-saudara seaqidah di Palestin.

Terus terang saya katakan ramai sahabat-sahabat maya saya bertanya tentang fikrah saya, PAS, SALAFI,JIM atau sebagainya.Saya hanya tersenyum, dan mengatakan saya seorang Muslim (kerana saya malas menjadikan isu ini sebagai perdebatan). Saya tahu saya di dalam fikrah mana, dan 'bahtera' yang saya sertai sekarang adalah hanya sebagai satu wasilah. Selagi mana website itu tidak membawa kepada unsur kekafiran dan kesyirikan kepada saya, maka pada saya, saya perlu berlapang dada.

Dua hari lepas saya berkunjung ke al-ahkam.net, seperti kebiasaan, tapi saya agak bersedih apabila iklan di website tersebut mengatakan webiste itu ditutup. Sedih kerana di situ saya mudah mendownload audio ceramah dan sebagainya. Sedih kerana di situ perbincangan isu semasa banyak dibincangkan (walaupun most of the time, i was there as a reader and listener only). Saya tidak tahu punca utama kenapa al-ahkam.net ditutup.

Ketika saya berkunjung ke Saiful Islam.com, ustaz Hasrizal menyatakan tentang masalah akhlak. Saya tidak berani memberi komentar panjang kerana saya di sana hanya sebagai 'tukang download' kuliah sahaja.

Saya sedang membaca buku "kebangkitan generasi solahudin dan kembalinya jerussalem ke palestin". Buku yang agak berat pengisiannya. Berkisar tentang ciri-ciri masyarakat Islam dari segi ilmu, politik, sosial, aqidah, kepimpinan dalam masyarakat Islam sebelum kejatuhan Jurussalem ke tangan tentera Salib. Salah satu dinyatakan adalah sikap berlebihan dalam mengikut mazhab sehingga menjadikan masyarakat ketika itu bermusuhan. Barangsiapa yang tidak mengikuti mazhab kami, maka kau bukanlah saudara kami.

Hmm, mungkinkah keadaan ini berlaku dalam masyarakat kita sekarang. Keta'asuban kepada sesuatu aliran atau individu menjadikan kita semakin bermusuh. Yang minat individu ini bermati-matian membenarkan hujah dan yang lain pula akan menghentam sesuka hati. Mungkinkah?

Pernah saya ditanya oleh seorang sahabat, enti baca buku-buku Kapten Hafiz Firdausdan Dr MAZA? Bukankah dia berlainan arah dari kita. Saya hanya mengatakan, "saya mebaca atas dasar ilmu. Dan saya berlapang dada. Saya tidak boleh terlalu tertutup hanya dengan ceramah-ceramah wakil 'bahtera' kita." Kepada yang berkenaan, maaf ya ini bukan masalah wala' tetapi masalah keterbukaan kepada saudara seaqidah kita.

Allahu 'alam..Frankly speaking, memang sedih dgn penutupan al-ahkam.net.


...........

Off topic sekejap ya.
Lately saya rasa kecil hati sangat dengan rakan-rakan saya. Saya hanya menolong seorang pakcik untuk memajukan perniagaannya, tapi sampai kepada saya cakap-cakap belakang saya mengambil komisyen daripada bantuan saya kepada pakcik itu, sedangkan saya tidak ambil satu sen pun daripada pakcik tersebut. Ganjaran yang saya terima hanyalah beberapa hadiah percuma daripada pakcik tersebut dan isterinya. Saya masih boleh bersabar. Kepada yang menyebarkan fitnah tersebut, harap-harap dapat berbuat sesuatu. Akak tak dapat satu sen pun adik. Kalau akak dapat komisyen banyak, tak delah akak kena merayu kat mak ayah akak tambah duit poket akak sekarang ni...

Sesungguhnya orang mu'min itu bersaudara dan damaikanlah di antara keduanya. Atas dasar itu, saya cuba mendamaikan 2 orang yang tengah pening kepala dengan masing-masing. Tapi, sampai juga cakap-cakap belakang yang menyatakan saya buat-buat baik kepada keduanya kerana saya ada hajat kepada salah seorang. Dan yang seorang lagi terpaksa bersemuka dengan saya " Betul ke apa yang akak dengar?" Astaghfirullah, telinga saya merah menahan cakap-cakap belakang, tapi saya cuba tersenyum " Akak, saya sayang korang, dan saya tak nak korang bergaduh. Prioritize the priority kak. Akak kenal saya macam mana, abaikan cakap-cakap orang".

Benarlah, hati manusia Allah yang pegang. Walau macam mana saya cuba untuk menyatukan atau membuatkan orang berpuas hati kepada saya, tak kan berlaku andai DIA tidak mengizinkan. Kepada penyebar-penyebar fitnah, jagalah mulutmu. Jangan terlalu mudah mengandaikan andai tidak tahu yang sebenar.

Hai orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan daripada prasangka, sesungguhnya sebahagian daripada prasangka itu adalah dosa, dan janganlah kamu mencari-cari kesalahan orang lain dan janganlah sebahagian kamu mengumpat sebahagian yang lain. Sukakah salah seorang di antara kamu memakan daging saudaranya yang sudah mati? Maka tentulah kamu merasa jijik kepadanya. Dan bertakwalah kamu kepada Allah. Sesungguhnya Allah maha penerima taubat lagi maha penyayang.” – (Surah al-Hujuraat, ayat 12)

"Aku peringatkan kepada kalian tentang prasangka, karena sesungguhnya prasangka adalah perkataan yang paling bohong, dan janganlah kalian berusaha untuk mendapatkan informasi tentang kejelekan dan mencari-cari kesalahan orang lain, jangan pula saling dengki, saling benci, saling memusuhi, jadilah kalian hamba Allah yang bersaudara" (H.R Bukhari, no (6064) dan Muslim, no (2563

January 14, 2008

Allahu musta'an

Assalamualaikum wbt

Alhamdulillah, i've just finished the mid term examination. Allahu musta'an. He's the best helper. Alhamdulillah, dipermudahkan dalam segala urusan (although some questions i could not answer well). I am praying hard that i will success. Usaha seorang hamba sudah..dan usaha perlu diteruskan dengan doa yang istiqamah dan tawakal yang penuh kepadaNya. Barangsiapa yang yang betaqwa kepada Allah, Allah akan memberikan jalan keluar kepadanya.

Sungguh-sungguh bertawakal...
Ketika lewat saya terlalu merindui biah solehah dengan sahabat dan sahabiah saya, ketika itu juga handphone saya tidak henti-henti menerima SMS daripada sahabiah saya, yang telah graduate, yang berada jauh dari mata. Allahu akbar, indahnya ukhwah Islam, yang terpateri hanya keranaNya, tautan hati yang segar keranaNya. Seorang menelefon saya, SMS tazkirah yang sarat dengan rindu acap kali diterima lewat hari itu. Subhanallah, terima kasih Allah kerana telah memberikan aku sahabat-sahabat yang berkasih keranaMu bertemu keranaMu berpisah jua keranaMu. Buat sahabat-sahabat sekalian, moga kan sentiasa dalam peliharaan Allah. Rindumu adalah rinduku jua, insya Allah.

......
Ana mengulangkaji pelajaran di library hujung minggu ini. Mata terlalu pedih untuk menghafal subjek yang memang tak disukai (oral medicine and oral pathology, hmm anyone in my class love this subject, hehe?), and i made up my mind, I have to read something else, as a refreshment for my soul and iman. I took a book on the shelf entitled " Fatwa masakini bagi kaum wanita -Dr Yusoff Qardhawi", and another book written by Dr (sorry i could not remember the author).

I remembered a non muslim friend asked me about the burden of being a Moslem wife, she said that the moslem wife is controlled by the husband fully. I answered that it is not a burden, and we are not fully controlled, but we have the rights to be conveyed to our husband. The long SMS ended with anger. Osh, and that hurts me, I could not convey the beuty of Islam to her. Astaghfirullah al adzheem. And I really seek the answer from the book, and alhamdulillah, I got the beutiful explanation, and insya ALlah, by His willing, she can accept this explanation (Ya ALlah please ease everything)

I took the second book, at a first glance, it was just an Islamic book, covering the topics of Islamic marriage. And you will notice nothing wrong with the book. But as I go further, the pages and the words were doubting. The author used certain verse in Al Quran and also the sayings of the Prophet saw. And at the same time the author used a few Imaams saying like Imam Jaafar Sabiq ra, and he keep quoting some of words from Sayyidina Ali ra.

I could accept the dalil that he used..
But there was a continuous doubting in heart. Am I reading a book from Syiah people?

Saya terus membaca. Saya yakin buku itu adalah buku karangan Syiah. Dalil-dalil yang digunakan adalah berdasarkan kata-kata Imam 12 mereka. Malah, dalam satu dalil tentang kecurangan isteri kepada suaminya, katanya " Allah akan membakar hidup-hidup wanita yang curang kepada suaminya di dunia lagi".

Hmm, salahkah saya membaca buku terbitan kaum Syiah? Tidak salah, tapi perlu ada ilmu untuk kita tapis. Kita sebagai ahli sunnah wal jamaah hanya berpegang kepada Al Quran dan As Sunnah, para sahabat dan para tabi'in. Kata-kata selain Nabi Muhammad saw, dan para sahabat serta para tabiin perlu kita tapis, apatah lagi untuk menggunakan sebagai dalil atau hujah. Namun bagaimana kita tahu Syiah itu salah, andai kita tidak pernah hidup bersama mereka? ILMU, is the keyword. Alhamdulillah, berdasarkan beberapa seminar dan bacaan tentang Syiah, saya dapat menapis bahawa buku itu adalah tulisan seorang Syiah. Mengagung-agungkan Imam 12 dan mengambil kata-kata mereka sebagai hujah, dan mengkafirkan para sahabat-sahabat rasulullah saw adalah contoh syiah, yang memang jelas dalam buku tersebut.

Ya Allah, nampakkanlah kepada kami kebenaran yang benar, dan kurniakanlah kepada kami kekuatan utk mengikuti kebenaran, dan nampakkanlah kepada kami kebatilan yang batil dan kurniakanlah kami kekuatan utk menjauhinya. Tanpa Ilmu, kita tidak mungkin tahu apa yang kita tidak tahu.

Hmm, talking about ilm, saya memang cemburu dengan beberapa sahabat maya. Apbl membaca blog mereka, mereka mampu berbahas tentang kitab-kitab muktabar. Mereka mampu untuk berbahas tentang isu-isu fiqh terkini. Subhanallah, mereka jauh lagi ke hadapan. Berbincang tentang perbezaan kitab-kitab tafsir, dan sebagainya. Subhanallah, moga cemburu ini cemburu yang benar.

that's all for now
Assalamualaikum wbt

January 03, 2008

Bila hati sudah rindu

Assalamualaikum wbt

Saya terlalu merindui sahabah-sahabah saya. Saya rindukan pandangan mata mahabbah mereka. Saya rindukan kata-kata menggetar jiwa saya. Saya rindukan nasihat-nasihat dari jiwa seorang dai'e. Saya rindukan gurauan yang masih terbatas dalam syarie yang sebenar. Saya rindukan suapan-suapan kasih rakan-rakan saya. Saya rindukan genggaman erat dan pelukan penuh mesra saya.Saya cukup rindu. Cukup rindu

Semalam, saya memulangkan buku di library. Dah lama tak ke library. Ketika tahun pertama hingga tahun ketiga, ketika bergelar pelajar pergigian + perubatan. Ketika di jalan-jalan itu, saya mengharapkan agar bertemu salah seorang sahabat perubatan yang saya rindukan. Di library menjengah-jengah andai ada yang dirindui sedang berjihad ilmu di sana. Tiada seorang pun yang saya nampak.

Sengaja mendatangkan diri ke cafe di hadapan dewan kuliah, dengan harapan agar ada pertemuan. Allah, hilangkan gelisah ini ya Allah. Bantulah aku untuk mencintai sahabat-sahabat aku keranaMu. Bertemu keranaMU, berpisah jua keranaMu.

Rindu ini masih belum terubat..
moga kan ada kesempatan

Ya akhawat apa khabar antunna semua?
Ya akhawat masihkah antunna terus tsabat dalam perjuangan ini?
Ya akhawat apakah ana yang sendirian kecundang dengan dunianya sendiri?
Ya akhawat, izinkan ana meluahkan yang terbuku dalam hati
Uhibbukunna lillahi ta'ala
dan ana memang-memang benar2 rinduuuuuuuuuu..... :'(

........................

Apa dah nak jadi dengan pimpinan Malaysia? Off topic about which party that you'll vote this coming election. Ati'ullah wati'urrasul waulul amri minkum. Taatlah kepada Allah, taatlah kepada rasul, dan taatlah kepada pemimpin kamu.
Bagaimana harus dita'ati pemimpin yang terang-terangan mengaku dialah orangnya dalam video itu.
Dan bagaimanakah harus saya berdepan dengan masyarakat dengan title pelajar pergigian, atau professional kesihatan dan ketuanya sendiri melakukan perkara yang membawa mudharat kepada kesihatan?

Answer me YB Dato' Dr..
Answer us YB Dato'...

SAYONARA JAHILIYYAH
SAYONARA CINTA JAHILIYYAH