Assalamualaikum wbt..
Sedar tak sedar, beberapa hari sahaja lagi Ramadhan, bulan yang dinantikan oleh Rasulullah saw serta para salafus soleh..Dan kita pula, masih belum tersisa kemanisan ramadhan tahun lepas...Astaghfirullah adzheem...
Esok insya Allah, program CFCS (Commnity, Family Case Study). Program yang terlalu mengajar diri untuk bersabar. Bersabar dengan kerenah manusia. Pesan Rasulullah saw, ketika seorang sahabat diminta untuk diberi wasiat, lalu Rasulullah saw, berpesan janganlah marah. Lalu dipesannya tiga kali. Subhanallah, memang benar, sabar itu susah. Untuk bertenang itu juga susah, di kala semuanya kelam kabut. Namun, jika itu satu kemenangan yang besar, lebih besar daripada kemenangan di medan jihad, maka ayuh, kita rebut kemenangan itu. La Taghdob! Jangan marah. Harga kemenangan yang sangat menguntungkan, jihad nafsu.
Maka damaikanlah hati dengan zikrullah. Ala bizikrallahi totmainnal quluub. Hanya dengan berzikir hati kan tenang :)CFCS, program yang telah dirancang sekian lama. Benar-benar menyerahkan kepada Allah kali ini. DI pihak hambaNya,usaha telah dilakukan, dan di pihak hambaNya juga, hanya dengan doa dan tawakal mengiringi langkah esok. Rabbi yassir wala tu'assir. Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami. Ya Allah, kami bertawakkal kepadaMu dengan usaha yang telah Kau kurniakan buat kami. Ya Allah, kami memohon dengan serendah taraf kami sebagai hambaMu yang sungguh lemah, bantulah kami...
Cumanya diri benar-benar terkilan, dengan kealpaan diri.. CFCS, boleh dibuat perancangan yang begitu rapi. Tapi, persiapan menjelang Ramadhan, tidak serapi program dunia. Tarbiyyah Ramadhan tahun lepas, tidak tersisa. Mengapa terlalu mudah nampak dunia. Kerana akhirat kita tidak nampak. Tapi orang yang bijak adalah mereka yang memandang jauh ke hadapan. Misinya jelas, visinya ke hadapan. Maka bantulah diri untuk menjadi mereka yang bijak...
3.29 am. Mata masih tidak boleh terlelap. Ada tugasan yang perlu disiapkan menjelang Ahad ini. Namun, mungkin kerana sebelum ini, urusan akhirat telah dilupakan, maka urusan dunia ini juga tergendala. Benarlah, apabila urusan akhirat didahulukan, urusan dunia akan dipermudahkan, insya Allah. Mungkin niat di hati perlu diperbetulkan.Inni solati wanusuki wamahmaya wamamati lillahi rabbil'alameen. Berhati-hatilah dengan seketul daging dalam dirimu, sekiranya baik daging itu, maka baiklah keseluruhan kamu. Dan itulah hati. Maka, jika ada sesuatu yang terasa berat, maka bertanyalah fatwa kepada si hati. Mungkin hati itu akan memberikan jawapan; " Kau menjauhi Allah". Allahu 'alam...
Buat diri, serta ikhwah wa akhawat fillah, yang cukup kukasihi (Insya Allah), ayuh, persiapkanlah rohanimu untuk menjemput tetamu kehormat kita, Ramadhan...
Moga ada khoyr, insya Allah :)
....................
Bersedialah untuk menerima hikmah yang Allah turunkan, mungkin pada awalnya pahit, namun di akhirnya, kan terasa kemanisannya..Inni tawakkaltu 'ala Allah :)
No comments:
Post a Comment