Assalamualaikum wbt..
Sekiranya kemungkaran di depan mata, maka tegahlah ia dengan tangan..Jika tidak mampu, cegahlah dengan mulutmu, jika tiada upaya, maka cegahlah ia dengan hati, dan ia adalah selemah2 iman.
Selemah2 iman..selemah iman, itu sahajakah yang mampu aku lakukan? Membiarkan munkar di hadapan, tanpa tiada usaha untuk mencegahnya? Jika mampu, suara hanya kedengaran di telinga sendiri, tiada bersuara, dan akhirnya, maksiat itu tidak lagi mampu debendung,..ASTAGHFIRULLAH AL ADZHEEM...
ketika pertama kali menjejaki ke bumi USMKK, kumengharapkan ilmu ini, ilmu yang diberkati, suasana biah solehah jadi pemangkin untuk terus kukecapi ilmu pergigian..Tapi, semakin lama di sini, semakin ku nampak, peranan seorang muslim, yang sepatutnya bawa rahmatan lil 'alameen.
dan seharusnya siapakah dia itu? Jikalau bukan diri sendiri. Ya Allah, hambaMu ini tiada daya..HambaMu ini tidak meletakkan pengharapan padaMu, hamabaMu ini tidak melaksanakan amanahMu sebaik mungkin. Ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah..Layakkah hambaMu ini menjadi pejuangMu andai sekiranya amanah kepimpinan ini tidak ku jaga rapi?
"Assalamualaikum..Insya Allah ni tugasan kita utk graduation night 28 hb ni.."
"Diyana, saya nak tukar boleh, saya fail 2 paper?"
Apa yang wajar aku katakan ya Allah, rasa belas ku pada sahabat dentalku, dan pada masa yang sama perlu kulaksanakan amanah ini?
"Hmm, x pe, insya allah kita buat satu batch ya? Sy akan mntk tlg kwn2 kita yang lulus semua untuk membantu.." Senyum.. Senyum mencari kekuatan menahan sebak.
Sedangkan diri sendiri kecundang dalam peperiksaan! Kecundang yang sehingga menyebabkan diri rasa, tidak perlu lagi aku dalam ilmu pergigian..
Pernah rasa seperti ingin meletak jawatan, pernah rasa suara tidak didengari dalam mesyuarat, pernah terasa seperti ingin membiarkan biarlah, apa nak jadi, JADILAH!!pernah terfikir, tugasku di USM hanya untuk belajar..belajar..belajar..namun, keputusan langsung tidak memberansangkan..Astaghfirullah apa sudah jadi dengan hambaMu ini?
Namun, alhamdulillah, DIa singkapkan tabir kelemahan,Dia curahkan kepadaku kasihNya..Sedikit demi sedikit, dibukakan jalan kepadaku, agar permasalahan hati ini kan selesai.Kusujud syukur padaMu dalam rintihan seorang hamba..Jadikanlah ujian ini ujian yg menjadikan aku lebih dekat denganMu..
28hb, terlalu tidak lama..Hati terlalu berdebar-debar..Bukan kerana itu satu majlis kelolaan persatuanku..Bukan kerana memikirkan apa tanggapan senior terhadap kami..BUKAN!! Tetapi memikirkan maksiat, demi maksiat yang akan berlaku..
Kasihan saudaraku yang perempuan..Astaghfirullah..
Ya Allah, aku benar2 bermohon kepadaMu, dengan serendah2 tahapku sebagai hambaMu,nampakkanlah kepadaku jalan.....
_____________________________________
Tidak berserikah sesuatu majlis tanpa tarian seorang wanita..
6 comments:
"Allah did not promise that life would be easy but He did promise to go with u every step of ur life with Him by ur side.."
Allah ma'ana.. InsyaAllah
Allah ma'ana..waHua ma'akum aina ma kuntum..Dan Dia berada di mana kamu berada..Ya Allah, nampakkanlah kepadaku jalan utuk mencegah munkar.kurniakanlah aku kekuatan..
walau hanya dgn setitis air, batu yg keras pun mampu dibentuk.. perlukan kesabaran, istiqomah dan doa yg yakin.. insyaAllah..
adik, kekuatan tu ada kalau ada kebersamaan...jgn sorg2..buat strategi.. ingat time dulu2.. kita kuat kerana kita ada jemaah..ada kefahaman.. ada keyakinan..
-2110
jzkk ukhti =)
tiada islam dengan jemaah.tiada jemaah tanpa ketaatan.
mintalah pertolongan dengn bersabar dan solat
jazakallah khairan kathira :)
Post a Comment