May 11, 2007

Segenggam Tabah - Hadiah Buat ukhti fillah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Ukhti fillah, adik baru sahaja menerima berita tentangmu..Maafkan adik ukhti, kerana lambat mengetahui tentang musibah ukhti..Ukhti, mengapa ukhti? Berikanlah kepadaku penjelasan..Adik bertanya kepada sahabat-sahabat ukhti tentang ukhti, tetapi katanya banyak faktor yang menjadikan ini semua berlaku. Adik bertanya tentang ukhti kepada seorang akhi, tiada balasan yang adik dapat..

Ukhti, adik tumpang sedih..Adakah kerana perjuangan ukhti, mereka lakukan sebegini? Ukhti, perjuanganmu menentang munkar dalam persatuan kita adik kagumi. Allah kurniakan kekuatan untukmu untuk berani menentang munkar, walau ukhti tahu risiko menentang 'orang-orang besar' dalam persatuan kita. Kerana keberanianmu, adik disuntik semangat untuk terus mencegah munkar. Ukhti, adik kadang-kadang lemah, Kadang-kadang rasa keseorangan, rasa lelah menguruskan persatuan, tapi ukhti memberikanku kata-kata peransang. Katamu, "kau insan terpilih.Allah bebankan amanah dakwah kepadamu, kerana Allah tahu kau boleh, Allah sayangkan kau..Tapi janganlah sia-siakan amanah ini.Kuatkanlah hubunganmu dengan Allah"..

Ukhti, apa yg adik harus lakukan untukmu, kakakku? Tidak akan adik berdiam diri melihat dirimu diperlakukan sedemikian rupa hanya kerana satu berita yang belum sahih! Apalah gunanya adik di kedudukan adik namun langsung tidak dapat membantumu.Insya Allah, selagi upaya adik bersama sahabat akan terus berdoa, terus merayu kepada 'orang-orang' besar untuk menarik balik pandangan serong mereka terhadapmu.

Namun ukhti, kupohon padamu agar sabar dan redha menerima tentuanNya. Di pihak sahabat-sahabat adik, kami cuba membantu. Kami doakan agar ukhti dipermudahkan urusanmu. Bagaimana sahabat sejasadmu ukhti? Bolehkah dia menerima kenyataan ini ukhti? Ukhti, redha dan sabarlah, kerana pertolonganNya hanya bersama orang-orang yang sabar.

Ukhti fillah, kita susuri kambali perjuangan Rasul tercinta. Bukankah tribulasinya lebih menggunung? Terlalu banyak percubaan membunuh kekasih Allah itu ukhti, terlalu banyak mehnah yang disusuri rasul saw itu, ukhti. Baginda saw dituduh gila, sedangkan apa yang dibawanya itulah 'siratul mustaqim'. Bukankah rasul saw juga dipandang ghuraba'? Lalu ukhti, perjuanganmu menentang munkar itulah yang dipandang enteng oleh 'orang-orang' besar itu. Biarkan mereka dengan kenyataan mereka ukhti. Namun yakinilah Allah bersama orang-orang yang benar-benar ikhlas membawa agamaNya

Allah benar-benar menapis perjuangan orang-orang yang ingin berjuang di jalanNya..agar yang akan bertmu denganNya adalah mereka yang hatinya benar-benar putih dan suci memperjuangkan agamaMu.Kakakku syaang, TEGARKANLAH KEYAKINANMU PADA JANJI YANG ABADI.Moga kakakku kan tergolong dalam golongan yg Allah benar-benar menapis perjuanganNya

Adik dedikasikan nasyid ini buatmu ukhti kesayanganku..
Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

6 comments:

nik_khoir said...

Salam

Ana agak terkejut juga menerima perkhabaran ini.. Cukuplah Allah sebagai tempat pengharapan.. kerana setiap yang dikurniaNya adalah tanda ksh sygNya..
Mg kakak tersayang sentiasa diberi kekuatan dan kesabaran..Sm2 kita doakan..InsyaAllah

Ya Allah, tetapkan kami dijalanMu..

Ummu Yazid said...

moga Allah kurniakan kekuatan buatnya

hebat dugaannya

Anonymous said...

"Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan; "Kami telah beriman," sedangkan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya kami telah menguji org2 yg sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui org2 yg benar dan sesungguhnya Dia mengetahui org2 yg dusta." -Surah Al-Ankabut ayat 2-3

Anonymous said...

"Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya."
-Surah Al-Baqarah ayat 286

Ummu Yazid said...

sesungguhnya ayat-ayat Allah terlalu benar..ukhtiku, moga akak terbuka ruangan ini..doa kami mngiringi akak

Dr Ummu Sulaim, Hospital Raja Perempuan Zainab II said...

" Boleh jadi kamu membenci sesuatu,namun di sisiNya itulah kebaikan yang melimpah ruah yang tersimpan buatmu "