May 13, 2007

Selamat Hari Ibu, Mama

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari ibu,selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia. Walaupun dalam Islam, tiada sambutan tertentu buat ibu, namun, kukira, tiadalah salahnya mengkhususkan satu hari istimewa buat ibu. Buat mama tersayang, walau sebuah kucupan sayang dan kad ucapan telah kuhadiahkan buatmu semalam, namun, ianya masih tak ternilai dengan jasamu.

Tiap kali pulang ke rumah, tiap kali itu mama akan bertanya "Along, kenapa kurus sangat? Makan ke tak?" Setiap kali tu juga ana hanya tersengih, "Diet, nak sihat, hehe..". Kemudian mama akan bertanya, "Mama, masak lauk kari, sambal belacan eh?" Kalau adik-adik pulang ke rumah pasti tiga lauk yang berlainan akan dimasaknya. Ana dengan lauk kari ikan, dan sambal belacan, Angah dengan lauk sambal udang atau ayam goreng, Adilah dengan nasi ayamnya. Namun, mama tidak pernah mengeluh.

Tiap kali pulang ke rumah, pasti kutatap wajah mama terutama waktu makan. makin sayu, apabila dilihat makin banyak kedutan-kedutan di wajah mama. Tiap kali itu juga terdetik, "Ya Allah, berikanlah aku kesempatan menabur bakti kepada kedua ibu bapaku". Wajah ibu itulah yang pernah menangis ketika ibu memujukku pergi ke sekolah tadika. Wajah ibu itu jugalah yang telah memberikanku senyuman semangat ketika aku tidak mahu lagi meneruskan perjuangan ilmu pergigian ini. Wajah kasih ibu juga yang terus menghantar kakiku diurut ketika kakiku terseliuh yang sangat sedikit.

Mama, terima kasih yg tak terhingga dari kami, bertiga. Semoga mama, kan tergolong dalam wanit-wanita syurga. Perkenankanlah pinta kami Ya Rabb

*****

No comments: