May 25, 2007

waHua ma'akum aina m kuntum

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Semalam, alhamdulillah, Allah beri kesempatan untuk ana berbincang dengan akhawat sayang tentang kebersamaan Allah.

"Dialah yang menciptakan langit dan bumi dalam enam hari; Kemudian Dia bersemayam di atas Arsy.Dia mengetahui apa yang masuk ke dalam bumi dan yang keluar daripadanya dan apa yang turun dari langit dan apa yang naik kepadanya. Dan Dia bersama kamu di mana sahaja kamu berada. Dan Allah Maha Melihat apa yang kamu kerjakan" Al Hadid : 4

..Wahua ma'akum (dan Dia bersama kamu) aina (di mana) ma kuntum (kamu berada)..
Sesungguhnya Allah sentiasa berada bersama kita di mana sahaja kita berada. Sekiranya ayat ini benar2 dihayati, pasti sahaja tiada istilah cinca-cincai, asalkan siap dah ler, alah boleh lah tu dalam ibadah dan kehidupan seharian kita.

Semalam, sewaktu sessi praktikal, kami ditegur oleh Dr F. "Awak kalau buat camni, awak berdosa dengan pesakit. Awak tahu kenapa awak berdosa dengan patient?" Tepat Dr F pandang ke anak mata saya.Saya geleng.

"Sebab awak buang struktur gigi yang tak sepatutnya. You should preserve the tooth, not removing the tooth. You have to gain knowledge more about the structure of enamel prism, th cavity preperation is also related to your basic anatomical knowldege. This sharp edge, should be removed, because the enamel prism here is directed like this. And the amalgam will not stand if you do this kind of cavity preparation".

Hmm, saya menarik nafas. Sekiranya difikirkan requirement, hanya 1 per empat sahaja yang saya sudah mencukupi, yang lain tidak mencukupi. Kadang-kadang, ikut sempat je merawat pesakit-pesakit saya. Apa yang penting, requirement, requirement and requirement. Kasihan pesakit2 saya.

Apa yg sebenarnya terjadi, saya tidak meletakkan Allah bersama-sama dalam setiap tindakan saya. Sekiranya saya benar-benar meletakkan Allah sentiasa bersama-sama saya, sudah pasti saya akan merawat dengan terbaik, kerana saya yakin Allah melihat setiap tindakan saya.

BAgaimana rasanya, sekiranya pensyarah, atau manager melihat kita bekerja setiap saat? Sudah pasti segala tindakan cukup teliti, semata-mata takut dimarahi oleh manager atau pensyarah. Sudah pasti mahu yang sesempurna mungkin.

Kita tidak meyakini kebersamaan Allah dalam tindakan kita. Tidak kisah solat dilewatkan, tidak kisah, belajar secara tidak serius, tidak kisah pergi ke pejabat lambat, tidak kisah melakukan maksiat secara smbunyi atau terang-terangan, tidak kisah mulut menjaja umpat, tidak kisah mata melihat aurat yang bukan muhrim, tidak kisah pulang kerja awal, tidak kisah amanah yang tidak tertunai..Semuanya tidak kisah..

"Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan oleh hatinya, dan Kami lebih dekat dengannya dari urat lehernya. (Iaitu) ketika dua orang malaikat mencatat amal perbuatannya, seorang duduk di sebelah kanan dan yang lain duduk di sebelah kiri. Tiada satupun ucapan yang diucapkannua melainkan ada malaikat pengawas yang selalu hadir" Al Qaaf :16-18

Sekiranya aku benar2 beriman dengan ayat ini, sudah pasti mulut ini tidak lancang mengumpat dan mengadu domba, sudah pasti mata ini kututup rapat untuk tidak melihat maksiat di hadapa..Namun, aku tidak cukup beriman, lantas, segala kerjaku adalah mengikut suka hatiku..Astaghfirullah al adzhem

Moga ada khoyr dlm tulisan kali ini

May 23, 2007

Terkilan

Assalamualaikum wbt..

Sekiranya kemungkaran di depan mata, maka tegahlah ia dengan tangan..Jika tidak mampu, cegahlah dengan mulutmu, jika tiada upaya, maka cegahlah ia dengan hati, dan ia adalah selemah2 iman.

Selemah2 iman..selemah iman, itu sahajakah yang mampu aku lakukan? Membiarkan munkar di hadapan, tanpa tiada usaha untuk mencegahnya? Jika mampu, suara hanya kedengaran di telinga sendiri, tiada bersuara, dan akhirnya, maksiat itu tidak lagi mampu debendung,..ASTAGHFIRULLAH AL ADZHEEM...

ketika pertama kali menjejaki ke bumi USMKK, kumengharapkan ilmu ini, ilmu yang diberkati, suasana biah solehah jadi pemangkin untuk terus kukecapi ilmu pergigian..Tapi, semakin lama di sini, semakin ku nampak, peranan seorang muslim, yang sepatutnya bawa rahmatan lil 'alameen.

dan seharusnya siapakah dia itu? Jikalau bukan diri sendiri. Ya Allah, hambaMu ini tiada daya..HambaMu ini tidak meletakkan pengharapan padaMu, hamabaMu ini tidak melaksanakan amanahMu sebaik mungkin. Ya Allah, ampunkan dosaku ya Allah..Layakkah hambaMu ini menjadi pejuangMu andai sekiranya amanah kepimpinan ini tidak ku jaga rapi?

"Assalamualaikum..Insya Allah ni tugasan kita utk graduation night 28 hb ni.."
"Diyana, saya nak tukar boleh, saya fail 2 paper?"
Apa yang wajar aku katakan ya Allah, rasa belas ku pada sahabat dentalku, dan pada masa yang sama perlu kulaksanakan amanah ini?
"Hmm, x pe, insya allah kita buat satu batch ya? Sy akan mntk tlg kwn2 kita yang lulus semua untuk membantu.." Senyum.. Senyum mencari kekuatan menahan sebak.
Sedangkan diri sendiri kecundang dalam peperiksaan! Kecundang yang sehingga menyebabkan diri rasa, tidak perlu lagi aku dalam ilmu pergigian..

Pernah rasa seperti ingin meletak jawatan, pernah rasa suara tidak didengari dalam mesyuarat, pernah terasa seperti ingin membiarkan biarlah, apa nak jadi, JADILAH!!pernah terfikir, tugasku di USM hanya untuk belajar..belajar..belajar..namun, keputusan langsung tidak memberansangkan..Astaghfirullah apa sudah jadi dengan hambaMu ini?

Namun, alhamdulillah, DIa singkapkan tabir kelemahan,Dia curahkan kepadaku kasihNya..Sedikit demi sedikit, dibukakan jalan kepadaku, agar permasalahan hati ini kan selesai.Kusujud syukur padaMu dalam rintihan seorang hamba..Jadikanlah ujian ini ujian yg menjadikan aku lebih dekat denganMu..

28hb, terlalu tidak lama..Hati terlalu berdebar-debar..Bukan kerana itu satu majlis kelolaan persatuanku..Bukan kerana memikirkan apa tanggapan senior terhadap kami..BUKAN!! Tetapi memikirkan maksiat, demi maksiat yang akan berlaku..
Kasihan saudaraku yang perempuan..Astaghfirullah..

Ya Allah, aku benar2 bermohon kepadaMu, dengan serendah2 tahapku sebagai hambaMu,nampakkanlah kepadaku jalan.....

_____________________________________


Tidak berserikah sesuatu majlis tanpa tarian seorang wanita..

May 13, 2007

Selamat Hari Ibu, Mama

Assalamualaikum wbt

Hari ini hari ibu,selamat hari ibu buat semua ibu-ibu di dunia. Walaupun dalam Islam, tiada sambutan tertentu buat ibu, namun, kukira, tiadalah salahnya mengkhususkan satu hari istimewa buat ibu. Buat mama tersayang, walau sebuah kucupan sayang dan kad ucapan telah kuhadiahkan buatmu semalam, namun, ianya masih tak ternilai dengan jasamu.

Tiap kali pulang ke rumah, tiap kali itu mama akan bertanya "Along, kenapa kurus sangat? Makan ke tak?" Setiap kali tu juga ana hanya tersengih, "Diet, nak sihat, hehe..". Kemudian mama akan bertanya, "Mama, masak lauk kari, sambal belacan eh?" Kalau adik-adik pulang ke rumah pasti tiga lauk yang berlainan akan dimasaknya. Ana dengan lauk kari ikan, dan sambal belacan, Angah dengan lauk sambal udang atau ayam goreng, Adilah dengan nasi ayamnya. Namun, mama tidak pernah mengeluh.

Tiap kali pulang ke rumah, pasti kutatap wajah mama terutama waktu makan. makin sayu, apabila dilihat makin banyak kedutan-kedutan di wajah mama. Tiap kali itu juga terdetik, "Ya Allah, berikanlah aku kesempatan menabur bakti kepada kedua ibu bapaku". Wajah ibu itulah yang pernah menangis ketika ibu memujukku pergi ke sekolah tadika. Wajah ibu itu jugalah yang telah memberikanku senyuman semangat ketika aku tidak mahu lagi meneruskan perjuangan ilmu pergigian ini. Wajah kasih ibu juga yang terus menghantar kakiku diurut ketika kakiku terseliuh yang sangat sedikit.

Mama, terima kasih yg tak terhingga dari kami, bertiga. Semoga mama, kan tergolong dalam wanit-wanita syurga. Perkenankanlah pinta kami Ya Rabb

*****

May 11, 2007

Segenggam Tabah - Hadiah Buat ukhti fillah

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

Ukhti fillah, adik baru sahaja menerima berita tentangmu..Maafkan adik ukhti, kerana lambat mengetahui tentang musibah ukhti..Ukhti, mengapa ukhti? Berikanlah kepadaku penjelasan..Adik bertanya kepada sahabat-sahabat ukhti tentang ukhti, tetapi katanya banyak faktor yang menjadikan ini semua berlaku. Adik bertanya tentang ukhti kepada seorang akhi, tiada balasan yang adik dapat..

Ukhti, adik tumpang sedih..Adakah kerana perjuangan ukhti, mereka lakukan sebegini? Ukhti, perjuanganmu menentang munkar dalam persatuan kita adik kagumi. Allah kurniakan kekuatan untukmu untuk berani menentang munkar, walau ukhti tahu risiko menentang 'orang-orang besar' dalam persatuan kita. Kerana keberanianmu, adik disuntik semangat untuk terus mencegah munkar. Ukhti, adik kadang-kadang lemah, Kadang-kadang rasa keseorangan, rasa lelah menguruskan persatuan, tapi ukhti memberikanku kata-kata peransang. Katamu, "kau insan terpilih.Allah bebankan amanah dakwah kepadamu, kerana Allah tahu kau boleh, Allah sayangkan kau..Tapi janganlah sia-siakan amanah ini.Kuatkanlah hubunganmu dengan Allah"..

Ukhti, apa yg adik harus lakukan untukmu, kakakku? Tidak akan adik berdiam diri melihat dirimu diperlakukan sedemikian rupa hanya kerana satu berita yang belum sahih! Apalah gunanya adik di kedudukan adik namun langsung tidak dapat membantumu.Insya Allah, selagi upaya adik bersama sahabat akan terus berdoa, terus merayu kepada 'orang-orang' besar untuk menarik balik pandangan serong mereka terhadapmu.

Namun ukhti, kupohon padamu agar sabar dan redha menerima tentuanNya. Di pihak sahabat-sahabat adik, kami cuba membantu. Kami doakan agar ukhti dipermudahkan urusanmu. Bagaimana sahabat sejasadmu ukhti? Bolehkah dia menerima kenyataan ini ukhti? Ukhti, redha dan sabarlah, kerana pertolonganNya hanya bersama orang-orang yang sabar.

Ukhti fillah, kita susuri kambali perjuangan Rasul tercinta. Bukankah tribulasinya lebih menggunung? Terlalu banyak percubaan membunuh kekasih Allah itu ukhti, terlalu banyak mehnah yang disusuri rasul saw itu, ukhti. Baginda saw dituduh gila, sedangkan apa yang dibawanya itulah 'siratul mustaqim'. Bukankah rasul saw juga dipandang ghuraba'? Lalu ukhti, perjuanganmu menentang munkar itulah yang dipandang enteng oleh 'orang-orang' besar itu. Biarkan mereka dengan kenyataan mereka ukhti. Namun yakinilah Allah bersama orang-orang yang benar-benar ikhlas membawa agamaNya

Allah benar-benar menapis perjuangan orang-orang yang ingin berjuang di jalanNya..agar yang akan bertmu denganNya adalah mereka yang hatinya benar-benar putih dan suci memperjuangkan agamaMu.Kakakku syaang, TEGARKANLAH KEYAKINANMU PADA JANJI YANG ABADI.Moga kakakku kan tergolong dalam golongan yg Allah benar-benar menapis perjuanganNya

Adik dedikasikan nasyid ini buatmu ukhti kesayanganku..
Segenggam Tabah
Album : Tiada Lagi Kasih
Munsyid : In-Team
http://liriknasyid.com



Bertali arus dugaan tiba
Menakung sebak airmata
Namun tak pernah pun setitis
Gugur berderai di pipi
Tidak ditempah hidup sengsara
Suratan nasib yang melanda
Menongkah badai bergelora
Diredah bersendirian
Bagaikan camar pulang senja
Patah sayapnya tetap terbang jua
Sekadar secicip rezeki
Buat yang sedang rindu menanti
Segenggam tabah dipertahankan
Buat bekalan di perjalanan
Kau bebat luka yang berdarah
Kau balut hati yang calar

Telah tertulis suratan nasibmu
Derita buatmu ada hikmahnya
Terlukis senyum di bibir lesu
Tak siapa tahu hatimu
Biarpun keruh air di hulu
Mungkinkah jernih di muara
Biarpun jenuh hidup dipalu
Pasti bertemu tenangnya

May 10, 2007

Tautan Hati



Novel :Tautan Hati
Pengarang : Fatimah Syarha Mohd. Noordin
Penerbit : Telaga Biru

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt


"Puas kurayu, puas kuseru,
Jawapanmu tetap yang dulu.
Oh Sukarnya mengajakmu!
Namun kasihku padamu cukup padu,
Lantaran itu,
Aku kan terus menyerumu,
Pada yang Satu
Kugenggam kukuh satu azimat,
"Kita hanya penyeru, bukan penghukum"
Ya Allah, kuharap bantuanMu mengiringiku
Seru dan terus menyeru,
Itu tugas RasulMu,
Akan kuteruskan semampuku,
Hingga ke hujung waktu.
(petikan novel :tautan hati)

Alhamdulillah, segal puji bagiMu ya Rabb, yang Maha Penyayang, Yang Maha Pengasih. Segala pujian bagiMu yang telah membuka hatiku untuk meraih cintaMu walau tika aku mula menjauhiMu. Telah Kau bukakan hatiku membaca novel Tautan Hati ini.

Alhamdulillah, diberi kesempatan membaca sebuah novel Islam yang menyentuh jiwa yang benar-benar ketandusan kasihNya. Berkisah tentang kehidupan seorang wanita solehah yang hatinya benar-benar butuh kepada kasih Pencipta, yang cukup tegas menjaga auratnya walau diperlekehkan oleh ramai orang. tentang kasihnya seorang dai'e (pendakwah) kepada mad'unya kerana Alla. Tentang perit getirnya seorang dai'e yang benar-benar inginkan cinta Allah meraih hati orang-orang yang dikasihinya kerana Allah.Tentang cinta manusia yang benar-benar buta andai tidak disalurkan ke arah yang diredhai. Tentang cinta seorang lelaki kepada wanita idaman yang didiamkan demi menjaga hati daripada terus difitnah oleh syaitan.Tentang cita-cit ake arah generasi Qurani yang akan membawa islam sebagaimana golongan sahabat as.

Subhanallah, indahnya tutur bicara penulis ini..Sarat dengan dakwah..Sarat dengan kasih sayang..sarat dengan hemah dan hikmah. Ya Allah berkatilah penulis ini.Amin

May 04, 2007

Tips tips akhir peperiksaan

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt
"Palpitation, nausea, stomach ache : Exam 1 and half day more"
Antara status YM sahabat-sahabat dental saya.
Saya pun tidak kurang.
Palpitation yang amat. Stress mula terasa.
Semuanya symptom anxiety.Tp alhamdulillah, Allah kurniakan kekuatan untuk mengawalnya. =)

Straight to the point
Tips-tios menjelang saat akhir. Moga ada manfaat :

1. Menjadikan solat untuk meminta pertolongan dari Allah
“Dan mintalah (pertolongan kepada Allah) dengan jalan sabar dan mengerjakan
solat dan sesungguhnya solat itu amat berat kecuali bagi orang yang khusyu’.” (Surah al- Baqarah 2:45)

2. Menjadikan doa sebagai sumber kekuatan
"Doa adalah sumber kekuatan orang Islam". Maka berdoalah dengan khusyuk mengharapkan kelapangan dada, kecerahan aqal dan fikiran, dan keberkatan dalam usaha, serta kejayaan yang cemerlang di dunia akhirat.

3. Mendoakan sahabat-sahabat yang sama akan mengambil peperiksaan
Doa seorang sahabat kepada sahabatnya tanpa diketahui oleh sahabatnya adalah lebih makbul. Alangkah indahnya si A doakan untuk semua, si B doakan untuk semua, si C mendoakan untuk semua..Dan Insya Allah semua akan lulus =)

4. Meyakini sungguh-sungguh, pertolongan dari Allah
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu. (Ayat 1000 dinar)

5. Mengurangkan kadar stress dengan banyak mengingati Allah

Orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenang dengan mengingati Allah. ... Ingatlah, hanya dengan mengingati Allah hati menjadi tenang." (Ar-Ra'd: 28)


SEMOGA NAJAH DUNIA AKHIRAT SEMUA ^_^
BARAKALLAHU LAKUM =)