November 16, 2005

Pesanan Penaja

Assakamualaikum. dengan nama Allah sebagai pembuka kalam.

Pesanan Penaja

………
Iklan 1

Satu notis AMARAN ditampal sebelah katil SETIAP pesakit HUSM
”Solat wajib dilakukan walaupun dalam keadaan sakit. Hanya Allah yg mengetahui segala sesuatu”. Hah,baca tu!!

Iklan 2:
4 orang pelajar perubatan/pergigian berjumpa dengan seorang Dr. A selepas 3 jam berdiri utk sessi klinikal. Keletihan. ”Assalamualaikum Dr. A,Report kam....” Tak sempat seorang pelajar lelaki tu nak tanya pasal report dia, Dr. A tu pegang bahu 2 pelajar lelaki tu dan balas, ” waalikumusssalam. Ha, jom solat asar berjemaah ngan sy, dah pukul 4.50pm ni.Lewat dah ni ...Penat ke? Sy lg penat, baru balik dr OT, pas tu kena teaching clinical lg..” Hah, dengar tu!!

Iklan 3:
Seorang muslimat keletihan yang amat.Kaki plak rasa mcm nak patah, yalah diri 3 jam waktu klinikal. Waktu klinikal pun, kwn2 dia tegur “ush anemic giler muka ko.Duduk ar” Puasa pulak tu,memang hypoglycemic. “Argh malasnya nk solat jemaah kat surau.”.Tapi, dia kuatkan jugak hati dia. Bila sampai kat surau, dia kata dlm hati dia, “hehehe, 3 orang je, mesti cepat habis solat ni”.. Hah, tengok tu!!

Pesanan penaja.
1)Iklan ini BERKAITAN dengan yg masih hidup dan TIDAK BERKAITAN dengan yg sudah meninggal dunia. Iklan ini juga telah diadaptasi dari kehidupan sebenar beberapa orang pelajar muslim di HUSM pd hari selasa 15 Oktober 2005.

2) Baca, dengar, dan tengok tu!
Baca: baca dan hayati. Solat wajib ditunaikan walaupun dlm keadaan sakit. Sakit ke, perang ke, musafir ke solat wajib ditunaikan. Saya nk tukar, kpd SOLAT BERJEMAAH perlu ditunaikan walaupun dalam keadaan keletihan. Boleh ke ni? Tepuk dada tanya iman..

Dengar: walau macam mana sibuk pun, Dr. A tu dah menunjukkan contoh yg terbaik . Student tu keletihan, Dr. A tu lagi keletihan, yg teramat. Tp solat, dia pentingkan dulu, solat berjemaah lagi tu. Kita? Tepuk dada tanya iman..

Tengok: Tengok dan amik pengajaran. Alhamdulillah lah muslimat tu nak juga pergi solat berjemaah, tp tengok camne dia hayati solat jemaah. Siap bley kata, hehehe, ni mesti cepat habis ni.. Kalo cepat habis, khusyuk ke solat? Erm alahai..Kita mcm tu ker? Tepuk dada tanya iman...

Tepuk dada tanya iman. Kita camner? Alhamdulillah, kita mendirikan solat, tp solat kita tu solat sendiri-sendiri kan? Entahlah, tepuk dada tanya iman..

Sekian dulu dari penaja iklan yg x berbayar ni.Walaupun free of charge, kena amik walau sedikit kalau ada pengajaran. Kalau ada kekurangan, silakanlah tegur penaja iklan ni ya? Terima kasih kerana memilih servis ini. Masa utk berubahßmacam pernah dengar tp di mana ya?
Wallahu’alam

Terminologies:
OT: operation theatre
Anemic: Pucat
Hypoglycemic: Kurang gula dalam darah

No comments: