November 29, 2005

hmm..

assalamualaikum..

peperiksaan yg makin qarib menjengah..
masalah teman-teman yg merunsingkan kepala..
teman-teman yg menjadikan aku kaunselor mereka..
yg memerlukan sedikit buah fikiran..
satu keputusan life and death yg perlu dipertimbangkan..
yg akan merubah masa depan saya..
harapan yg kena difikirkan..
sedang diri masih belum upaya..
persiapan peperiksaan yg terlalu kelam kabut dirasakan....
dan tak nak kegagalan yg sama berulang kembali..

semuanya meresahkan..
semuanya menyerabutkan kepala...
tapi dalam keserabutan itu,
ada sesuatu yg aku terlepas pandang..
aku ada Peneguh di sisi..
aku ada Penenang di sisi..
Dan Dialah..
peneguh ku kala ku lara..
Penenang ku kala kugelisahan..
Dan Dialah kekasihKu
Allah SWT

dan itulah aku..
sering kali memberi alasan..
terlepas pandang..
dan kerana terlepas pandang itulah..
jiwaku kegelisahan..
jiwaku keresahan..
jiwaku bergelora..

Astaghfirullah al'azhim.....
......................
Kala resah ingat Allah, Kala senang ingat Allah, kala kelapangan ingat Allah, kala kesempitan ingat Allah.. Sungguh2 Dialah peneguh terbaik..

November 23, 2005

hikmah bertudung.

assalamualaikum.

Alhamdulillah, semakin wanita Islam bertudung, tetapi kekadang, akhlak mereka tidak menggambarkan pemakaian mereka. Mereka masih lagi bergaul mesra dengan golongan yg bukan muhrim, mereka masih lagi terkinja-kinja mencari hiburan yg tidak pasti dan yg paling menyedihkan gadis-gadis bertudung ini kita dapati sama2 dalam kelab hiburan, konsert2 dan sebagainya. Semoga artikel ini akan memberi sedikit keinsafan buat kita seorang wanita Islam...
Saya cukup sedih, dan saya harapkan antum juga sedih dengan artikel ini. Wallah'ualam..

*****
Original text:http://www.raudhah.com/index.php?name=PNphpBB2&file=viewtopic&t=2683
Author: anNaQshY
Assalamu'alaikum...

Sering kita dengar tohmahan kepada mereka yang bertudung, terutama kepada mereka yang bertudung labuh. Tohmahan ini, secara tak sedar memberi ruang kepada mereka yang tak mahu mengikut tuntutan agama ini semakin jauh untuk berubah. MOga-moga, dengar kisah ini, boleh merubah minda kaum muslimah sekelian. waAllhua'lam.

Saya ingin bercerita mengenai kisah adik saya, nur annisa, seorang gadis yang baru menginjak dewasa tetapi agak kasar dan suka berkelakuan seperti lelaki. Ketika usianya mencecah 17 tahun, perkembangan tingkah lakunya benar-benar membimbangkan ibu. Moga kisah yang dipaparkan oleh seorang saudara dari Indonesia ini, dapat dijadikan iktibar khususnya buat kaum hawa..

Dia sering membawa teman-teman lelakinya pulang ke rumah. Situasi ini menyebabkan ibu tidak senang tambahan pula ibu merupakan guru al_Quran. Bagi mengelakkan pergaulan yang terlalu bebas, ibu telah meminta adik memakai tudung. Permintaan ibu itu ditolaknya sehingga seringkali berlaku pertengkaran-pertengkaran kecil antara mereka. Pernah pada suatu masa, adik berkata dengan suara yang agak keras, "cuba mama tengok, jiran-jiran kita pun ada yang anaknya pakai tudung, tapi perangainya sama je macam orang yang tak pakai tudung. Sampai kawan-kawan ani kat sekolah, yang pakai tudung pun selalu keluar dating dengan boyfriend diorang, pegang-pegang tangan. Ani ni, walaupun tak pakai tudung, tak pernah buat macam tu!"

Ibu hanya mampu mengelus mendengar kata-kata adik. Kadang kala saya terlihat ibu menangis di akhir malam. Dalam qiamullailnya. Terdengar lirik doanya " YaAllah, kenalkan annisa dengan hukumMu".

Pada satu hari ada jiran yang baru pindah berhampiran rumah kami. Sebuah keluarga yang mempunyai enam orang anak yang masih kecil. Suaminya bernama Abu khoiri, (nama sebenarnya siapa, tak dapat dipastikan). Saya mengenalinya sewaktu di masjid.

Setelah beberapa lama mereka tinggal berhampiran rumah kami, timbul desas desus mengenai isteri Abu Khoiri yang tidak pernah keluar rumah, hingga ada yang menggelarnya si buta, bisu dan tuli. Perkara ini telah sampai ke pengetahuan adik. Dia bertanya kepada saya, "abang, betul ke orang yang baru pindah itu, isterinya buta, bisu dan tuli?" Lalu saya menjawab sambil lewa, "kalau nak tau sangat, pergi rumah mereka, tanya sendiri". Rupa-rupanya adik mengambil serius kata-kata saya dan benar-benar pergi ke rumah Abu Khoiri.

Sekembalinya dari rumah mereka, saya melihat perubahan yang benar-benar mendadak berlaku pada wajah adik. Wajahnya yang tak pernah muram atau lesu menjadi pucat lesi......entah apa yang dah berlaku? Namun, selang dua hari kemudian, dia minta ibu buatkan tudung. tudung yang labuh. Adik pakai baju labuh...... lengan panjang pula tu...saya sendiri jadi bingung..bingung campur syukur kepada Allah SWT kerana saya melihat perubahan yang ajaib..ya, saya katakan ajaib kerana dia berubah seratus peratus! Tiada lagi anak-anak muda atau teman-teman wanitanya yang datang ke rumah hanya untuk bercakap perkara-perkara yang tidak tentu arah... saya lihat, dia banyak merenung, banyak baca majalah Islam (biasanya dia suka beli majalah hiburan), dan saya lihat ibadahnya pun melebihi saya sendiri..tak ketinggalan tahajudnya, baca Qur'annya, solat sunat nya..dan yang lebih menakjubkan lagi, bila kawan-kawan saya datang, dia menundukkan pandangan..Segala puji bagi Engkau wahai Allah, jerit hati saya..

Tidak lama kemudian, saya mendapat panggilan untuk bekerja di Kalimantan,kerja di satu perusahaan minyak CALTEX. Dua bulan saya bekerja di sana, saya mendapat khabar bahawa adik sakit tenat hingga ibu memanggil saya pulang ke rumah ( rumah saya di Madiun). Dalam perjalanan, saya tak henti-henti berdoa kepada Allah SWT agar adik diberi kesembuhan, hanya itu yang mampu saya usahakan.Ketika saya sampai di rumah..didepan pintu sudah ramai orang..hati berdebar-debar, tak dapat ditahan.....saya berlari masuk ke dalam rumah..saya lihat ibu menangis .. saya segera menghampiri ibu lantas memeluknya........dalam esak tangisnya ibu memberitahu, "Dhi, adik boleh mengucapkan kalimat Syahadah diakhir hidupnya"..air mata ini tak dapat ditahan lagi... Setelah selesai upacara pengkebumian dan lain-lainnya, saya masuk ke bilik adik. Saya lihat di atas mejanya terletak sebuah diari. Diari yang selalu adik tulis. Diari tempat adik menghabiskan waktunya sebelum tidur semasa hayatnya. Kemudian diari itu saya buka sehelai demi sehelai...hingga sampai pada satu halaman yang menguak misteri dan pertanyaan yang selalu timbul di hati ini..Perubahan yang terjadi ketika adik baru pulang dari rumah Abu Khoiri..di situ tertera soaljawab antara adik dan isteri jiran kami itu.

Butirannya seperti ini: Soaljawab (saya lihat di lembaran itu terdapat banyak bekas airmata) Annisa : aku hairan,wajah wanita ini cerah dan bersinar seperti bidadari "mak cik.. wajah mak cik sangat muda dan cantik"

Isteri jiranku : Alhamdulillah ..sesungguhnya kecantikan itu datang dari lubuk hati

Annisa : tapi mak cik kan dah ada anak enam ..tapi masih kelihatan cantik

Isteri jiranku : Subhanallah..sesungguhnya keindahan itu milik Allah SWT. Dan bila Allah SWT berkehendak..siapakah yang boleh menolaknya?

Annisa : Mak Cik..selama ini ibu saya selalu menyuruh saya memakai tudung..tapi saya selalu menolak kerana saya rasa tak a da masalah kalau saya tak pakai tudung asalkan saya berkelakuan baik. Saya tengok, banyak wanita yang pakai tudung tapi kelakuannya melebihi kami yang tak pakai..sampaikan saya tak pernah rasa nak pakai tudung.. pendapat mak cik bagaimana?

Isteri jiranku : annisa, sesungguhnya Allah SWT menjadikan seluruh tubuh wanita ini perhiasan dari hujung rambut hingga hujung kaki, segala sesuatu dari tubuh kita yang terlihat oleh bukan muhrim kita semuanya akan dipertanggung jawabkan dihadapan Allah SWT nanti, tudung adalah perlindungan untuk wanita ..

Annisa : tapi yang saya tengok, banyak wanita bertudung yang kelakuannya tak elok.. Isteri jiranku : Tudung hanyalah kain , tapi hakikat atau makna disebalik tudung itu sendiri yang harus kita fahami Annisa : apakah hakikat tudung ?

Isteri jiranku : Hakikat tudung adalah perlindungan zahir batin, lindungi mata kamu dari memandang lelaki yang bukan muhrim kamu, lindungi lidah kamu dari mengumpat orang dan bercakap perkara yang sia sia ..sentiasalah lazimi lidah dengan zikir kepada Allah SWT, lindungi telinga kamu dari mendengar perkara yang mengundang mudharat baik untuk dirimu mahupun masyarakat , lindungi hidungmu dari mencium segala yang berbau busuk, lindungi tangan-tangan kamu dari berbuat sesuatu yang tidak senonoh, lindungi kaki kamu dari melangkah menuju maksiat, lindungi fikiran kamu dari berfikir perkara yang mengundang syaitan untuk memperdayai nafsu kamu, lindungi hati kamu dari sesuatu selain Allah SWT, bila kamu sudah biasa, maka tudung yang kamu pakai akan menyinari hati kamu.. tulah hakikat tudung

Annisa : mak cik, sekarang saya sudah jelas tentang erti tudung... mudah mudahan saya mampu pakai tudung. Tapi, macam mana saya nak buat semua tu?

Isteri jiranku : Duhai nisa, bila kamu memakai tudung, itulah kurniaan dan rahmat yang datang dari Allah SWT yang Maha Pemberi Rahmat , bila kamu mensyukuri rahmat itu, kamu akan diberi kekuatan untuk melaksanakan amalan-amalan 'tudung' hingga mencapai kesempurnaan yang diinginkan Allah SWT. Duhai nisa ..ingatlah akan satu hari di mana seluruh manusia akan dibangkitkan..ketika ditiup sangkakala yang kedua, .pada saat roh-roh manusia seperti anai-anai yang bertebaran dan dikumpulkan dalam satu padang yang tiada batas, yang tanahnya dari logam yang panas, tiada rumput mahupun tumbuhan , ketika tujuh matahari didekatkan di atas kepala kita namun keadaan gelap gelita, ketika seluruh manusia ketakutan, ketika ibu tidak mempedulikan anaknya , anak tidak mempedulikan ibunya, sanak-saudara tidak kenal satu sama lain lagi , antara satu sama lain boleh menjadi musuh lantaran satu kebaikan lebih berharga dari segala sesuatu yang ada di alam ini, ketika manusia berbaris dengan barisan yang panjang dan masing masing hanya mempedulikan nasib dirinya, dan pada saat itu ada yang berpeluh kerana rasa takut yang luar biasa hingga tenggelam dirinya akibat peluh yang banyak, dan bermacam macam rupa-rupa bentuk manusia yang tergantung amalannya , ada yang melihat ketika hidupnya namun buta ketika dibangkitkan, ada yang berbentuk seperti haiwan, ada yang berbentuk seperti syaitan, semuanya menangis..menangis kerana hari itu Allah SWT murka.. belum pernah Allah SWT murka sebelum dan sesudah hari itu. Hingga ribuan tahun manusia dibiarkan Allah SWT di padang mahsyar yang panas membara hinggalah sampai ke Timbangan Mizan. Hari itulah dipanggil hari Hisab..Duhai Annisa, bila kita tidak berusaha untuk beramal pada hari ini, entah dengan apa nanti kita akan menjawab bila kita di tanya oleh Yang Maha Perkasa, Yang Maha Besar , Yang Maha Kuat , Yang Maha Agung.. . . . Allah SWT .

Sampai di sini sahaja kisah itu saya baca kerana di sini tulisannya terhenti dan saya lihat banyak titisan airmata yang jatuh dari pelupuk matanya.. Subhanallah .Saya selak halaman berikutnya dan saya lihat tertera tulisan kecil dibawah tulisan itu "buta , tuli dan bisu.. wanita yang tidak pernah melihat lelaki selain muhrimnya , wanita yang tidak pernah mahu mendengar perkara yang dapat mengundang murka Allah SWT , wanita tidak pernah berbicara ghibah dan segala sesuatu yang mengundang dosa dan sia sia" Tak tahan airmata ini pun jatuh.semoga Allah SWT menerima adikku disisinya..Amin Subhanallah ..saya harap cerita ini boleh menjadi<>

November 22, 2005

aru you stress? don't be!!

Assalamualaikum

Lately, I was so stress with the coming exam. And as the tense arouse, I felt something must be lacking inside of me. The inner side of me lacks something very important as a Moslem. Lacking if iman, and patience I guess? And, yesterday my eyes caught something, a very simple note on my friend’s desk, yet, a very important message must be convey.

Attention:
Orang yg TAK KAN stress!!
menjaga solatnya
orang yang suka bersedekah
orang yg percaya akan Hari Qiamat
orang takutkan azab Allah
orang yg amanah terhadap janjinya
.

RUJUKAN: Al Maarij: 19-31.

As my eyes caught that simple note, I felt a spank deep inside of my heart. I wonder, I call myself as Moslem, and yet why must I let that exam ruins my iman? Is that because of physically I perform my prayer, but spiritually, I was somewhere else? Or is that because of I believe in The Day After, but I do nothing to gain His Jannah? Or is that because I fear of our Lord’s doom, but I still do anything that can ‘hijjab’ me to gain His blessings? Or I promise a word to anyone, but I don’t even care the broken promises? Then I realized, the answer for above questions is : YES.
Yes, I pray, but I never convey my prayer with honesty
Yes, I do believe in the Day of Judgment, yet, I still do some unnecessary things
Yes, I do fear of His doom, but I still do some bad things
Yes, do promise to my friends, to my brother and my sister, and to anyone,but I USUALLY broke the promises.

Aduhai, lemahnya iman….
That’s for today. A simple tazkirah, but I hope it can contribute something for our iman..
Wallahu’alam.

……..
Hah, dah abis bacakan? Sori, for broken English,I’m trying to brush up my English. Erm, I have a homework for you guys, lepas baca posting ni, terus amik tafsir al quran, baca dan hayati Kalam Allah dengan ingatan yg tak berbelah bagi kepada Allah Baca, hayati, dan serapkan dalam jiwa sedalam mungkin. dan Insya Allah, kita akan jadi orang yg tenang, di bawah redhaNya….Don't forget your homework!!


November 16, 2005

Pesanan Penaja

Assakamualaikum. dengan nama Allah sebagai pembuka kalam.

Pesanan Penaja

………
Iklan 1

Satu notis AMARAN ditampal sebelah katil SETIAP pesakit HUSM
”Solat wajib dilakukan walaupun dalam keadaan sakit. Hanya Allah yg mengetahui segala sesuatu”. Hah,baca tu!!

Iklan 2:
4 orang pelajar perubatan/pergigian berjumpa dengan seorang Dr. A selepas 3 jam berdiri utk sessi klinikal. Keletihan. ”Assalamualaikum Dr. A,Report kam....” Tak sempat seorang pelajar lelaki tu nak tanya pasal report dia, Dr. A tu pegang bahu 2 pelajar lelaki tu dan balas, ” waalikumusssalam. Ha, jom solat asar berjemaah ngan sy, dah pukul 4.50pm ni.Lewat dah ni ...Penat ke? Sy lg penat, baru balik dr OT, pas tu kena teaching clinical lg..” Hah, dengar tu!!

Iklan 3:
Seorang muslimat keletihan yang amat.Kaki plak rasa mcm nak patah, yalah diri 3 jam waktu klinikal. Waktu klinikal pun, kwn2 dia tegur “ush anemic giler muka ko.Duduk ar” Puasa pulak tu,memang hypoglycemic. “Argh malasnya nk solat jemaah kat surau.”.Tapi, dia kuatkan jugak hati dia. Bila sampai kat surau, dia kata dlm hati dia, “hehehe, 3 orang je, mesti cepat habis solat ni”.. Hah, tengok tu!!

Pesanan penaja.
1)Iklan ini BERKAITAN dengan yg masih hidup dan TIDAK BERKAITAN dengan yg sudah meninggal dunia. Iklan ini juga telah diadaptasi dari kehidupan sebenar beberapa orang pelajar muslim di HUSM pd hari selasa 15 Oktober 2005.

2) Baca, dengar, dan tengok tu!
Baca: baca dan hayati. Solat wajib ditunaikan walaupun dlm keadaan sakit. Sakit ke, perang ke, musafir ke solat wajib ditunaikan. Saya nk tukar, kpd SOLAT BERJEMAAH perlu ditunaikan walaupun dalam keadaan keletihan. Boleh ke ni? Tepuk dada tanya iman..

Dengar: walau macam mana sibuk pun, Dr. A tu dah menunjukkan contoh yg terbaik . Student tu keletihan, Dr. A tu lagi keletihan, yg teramat. Tp solat, dia pentingkan dulu, solat berjemaah lagi tu. Kita? Tepuk dada tanya iman..

Tengok: Tengok dan amik pengajaran. Alhamdulillah lah muslimat tu nak juga pergi solat berjemaah, tp tengok camne dia hayati solat jemaah. Siap bley kata, hehehe, ni mesti cepat habis ni.. Kalo cepat habis, khusyuk ke solat? Erm alahai..Kita mcm tu ker? Tepuk dada tanya iman...

Tepuk dada tanya iman. Kita camner? Alhamdulillah, kita mendirikan solat, tp solat kita tu solat sendiri-sendiri kan? Entahlah, tepuk dada tanya iman..

Sekian dulu dari penaja iklan yg x berbayar ni.Walaupun free of charge, kena amik walau sedikit kalau ada pengajaran. Kalau ada kekurangan, silakanlah tegur penaja iklan ni ya? Terima kasih kerana memilih servis ini. Masa utk berubahßmacam pernah dengar tp di mana ya?
Wallahu’alam

Terminologies:
OT: operation theatre
Anemic: Pucat
Hypoglycemic: Kurang gula dalam darah

November 12, 2005

going back to usm



assalamualaikum dear friends..

tonight i'm going back to usm, and my class starts tomorrow. And the coming exam is just around the corner (on 4th, 5th and 6th of disember). Also to be stated here, that i'll be sitting for a gigantic professional 2 xm(pro 2) on May 2006 tat determines whether i'm qualified to proceed wiv my 4th year studies or not. I really hope to pass in any examinations wiv flying colors. And to achieve tat, i've to put extra struggle for my academics.

And because of that my dear friends, my entry will be posted only once a week. I'm really sorry for this. And insya Allah, Allah's willing, my coming entries will also talk about Islam, the Prophet Muhammad PBUH, da'wah, academics, etc. Do pray for me, dear friends...

talking about xm, i would like to quote emalin's sayings on xm.
Cakap pasal ujian, dalam hidup kita seharian, ada macam-macam jenis ujian. Ada ujian dalam bentuk harta kekayaan, kesihatan, musibah, tragedi dan berbagai lagi. Ujian itu lumrah kehidupan.Allah berfirman:
Apakah manusia itu menyangka bahawa mereka dibiarkan (sahaja) mengatakan: "Kami telah beriman", sedang mereka tidak diuji lagi? [Al-ankabut; 2]Secebis nasihat untuk kalian, andai diri ditimpa sebarang ujian, sentiasa ingat, Allah masih sayangkan kalian. Berbaliklah kepada Allah, nescaya Allah pasti akan membantu. Sesungguhnya, Dialah sebaik-baik pemberi pertolongan. Wallahua'lam.


**********
Bahang pro 2 dah terasa. Ya Allah aku pohon kpdMu, kurniakan kami ketenangan utk menghadapi peperiksaan tersebut. Sungguh besar harapan kami untuk berjaya dlm setiap peperiksaan. Begitu juga harapan kedua ibu bapa kami yg ingin kami menjadi seorang Dr yg soleh/solehah. Jadi lantaran itu Ya Allah, bantulah kami, permudahkan kami. Dan izinkan kami menjadi berjaya dgn cemerlang dlm apa jua peperiksaan tanpa perlu mengulangi mana2 peperiksaan...Amin, Ya Rabbal 'Alamin..
Besar harapan kami: to graduate in 2008. do pray for us, dear friends..

November 11, 2005

my blog contributers..

assalamualaikum..
alhamdulillah, at last, the final touch up done yesterday. At first, i've to admit, to set up a blog is not an easy task. fening kepala gk nak cari html code...tp alhamdulillah, dgn ajaran my senseis, here it comes, my latest blog.

my special thanks to:
- Kak Asma' - my blog sensei,
- thnks ajar sy baca html code
- thnks embbed lagu 'muallim' kat dlm blog frenster sy
- thnks masukkan shoutbox dlm blog frenster sy
- thnks sbb bg idea cmner nk melawakan blog
- erm sori, at first my blog look juz like urs.i'm sori..
-Moreza - thnks sbb bg idea masukkan lagu dlm blog
-Nazleen - thnks sbb bg idea pengisian apa yg patut dibuat although
indirectly
- thnks bg idea ttg coloured scroll bar.hehehe
-Asbat - wpun ana x kenal enta, tp bnyk idea yg sy dpt dr blog enta
syukran jazilan
- pop up msg tu pun ana dpt dr blog enta
-Asnizam - ana x kenal enta, tp ana kagum dgn blog enta, bnyk puisi yg
bermanfaat.
- ana dpt idea cmner nk susun link, dr blog enta..syukran jazilan
- Skullbox82 - erm, ni kwn kak asma', sy x kenal, tp sy suka sgt blog dia.
menarik sgt..
- sy dpt idea utk wat border kat main dgn sidebar dr dia

Alhamdulillah, akhirnya sy berpuas hati.terima kasih bnyk2 sy ucapkan. sy harapkan agar blog ni dpt memberi manfaat. Ap yg pnting sy harapkan blog ni sbagai wadah utk sy berdakwah. Tp sy takut kalo blog ni juga melalaikan sy..terima kasih kpd bloggers yg lain.Sy bnyk dpt manfaat dr bloggers yg lain..Nazleen, Kak Asma', Syifaa'un Lil Qalbi, Asnizam, Asbat, Akhi Faizul, Kak Ummu, Amel, Adibah Ain etc.. bnyk lg blog yg sy rasa cukup bermanfaat. Wpun ada yg sy x kenal, tp bila sy rasa blog ti bermanfaat, sy akan terus baca. dan dari situ, sy akui bnyk manfaat bila ada blog.

buat bloggers yg lain, teruskan menulis. Islamkan tulisan antum, islah kan contents antum ke arah amar ma'ruf nahi munkar..Kitalah Ansarullah.Teruskan!

Wallahu'alam

-

November 09, 2005

raya mood then exam mood..

assalamualaikum..

blom abis mood raya, dah ada exam mood plak. satu happy, satu lg stress...
sy ada xm on 6th disember (huhu,lama lg kan?) ya lah tu..

sy nak kwn2 sumer hayati ayat ni
"Dan bahawa sesungguhnya tidak ada (balasan) bagi seseorang melainkan (balasan) apa yang diusahakannya" An Najm:39

Pesanan untuk diri sendiri and also my dear friends, utk dpt natijah yg cemerlang, kita perlu berusaha. Jangan harapkan kejayaan yg gemilang kalo usaha hanya alang-alang..

Ok dear friends, selamat berusaha!
Ingat formula ni
Usaha BANYAK+ doa BANYAK + tawakkal BANYAK=kejayaan BANYAK

November 07, 2005

kursus ERT

masih lagi dalam mood raya. so, wishing u, selamat hari raya aidilfitri, maaff zahir batin.

alhamdulillah, afta long journey (huhu, to my beloved kg; ulu yam and teluk intan) i gained sth: i have to take a life long ERT course.

wat's so important of taking ERT course?
A) E- ekonomi
R- rumah
T-tangga
-mcm biasa, kenalah sy belajar masak, menjahit, ubah bunga, baby sitting, dan apa2 minor course ke arah pembentukan wanita sempurna. (hhmm??)

B) E-emosi
R- rasional
T- taqwa..
hmm,yg ni memang lg susah. Yalah, nk membentuk insan yg ada emosi, tetapi bukan penuh emosi, yg berfikir secara rasional, dibentuk oleh Taqwa.
wpun sy amik kredit masa 24 jam, memang x cukup.

dua2 course ni memang cukup penting especially kpd seorang yg bergelar muslimah. dan yg plg susah. mcmane nk score 4 flat dlm course ni? adoi, susahnya..Subjek2 dlm dua2 course ni mmg power: dakwah, taqwa, ilmu fekah, tauhid, tafsir, tasawwuf, memasak, menjahit, baby sitting etc. terlalu bnyk...mampukah nk graduate utk course ni dgn 1st class honour?

November 01, 2005

maaf zahir batin



assalamualaikum..
dengan nama Allah pembuka bicara.
entry ni sambungan dr entry "kenapa mesti marah"
x sangka lagi 2 hari 1 syawal. Cepat je rasa. pejam celik, pejam celik dah nk raya. Sedar2 dah RAYA!!erm, sok dah blk kg. takut x trsempat plak nk mntk maaf kat kwn2 sume.

Maaf zahir batin atas mulut yg sntiasa terlepas atau sengaja lepas, hati yg sntiasa berprasangka, marah yg sntiasa x kena tmpat, dan sbagainya.

nasihat buat diri n kwn2 sumer, amiklah kesempatan eid ni utk bermaaf-maafan dan memaafkan org lain. X rugi pun kalo kita maafkan org. Sbagaimana dlm hadis:"Barangsiapa memaafkan orang Islam dari kesalahannya, nescaya ia dimaafkan oleh Allah pd hari kiamat" ( riwayat Abu Daud dan Al-Hakim)subhanallah! betapa besarnya kalo kita memaafkan org lain LILLAH.

Kemaafan Allah atau ayat lg best, KEAMPUNAN ALLAH pd hari kiamat. x nak ker? rugi kalo kita tolak mentah2 hadis tersebut. Bukan mudah kita dpt keampunan Allah.. (yalah mlm lailatul qadr pun kita x berusaha, apa lg, grab tawaran ni plak..)

Lagipun sahabat sekalian, bukankah orang islam itu bersaudara? Kalo bersaudara kenapa mesti nk bercakaran? Dari Nukman bin Basyir ra katanya: Rasulullah SAW bersabda: "anda lihat org2 yg beriman itu saling kasih mengasihi, slg cinta mencitai, dan slg tlg menolong, seperti sebtang tubuh. Kalau ada slh satu anggota terkena penyakit,seluruh tubuh btg tubuh ikut menderita tidak dpt tidur, menderita panas" (hadis riwayat Bukhari).

dalam surah al hujuraat : 10"Sebenarnya orang-orang yang beriman itu adalah bersaudara, maka damaikanlah di antara dua saudara kamu (yang bertelingkah) itu; dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu beroleh rahmat"

jadi, wahai teman, adik, kakak dan sumer saudara seislam ku, semarakkanlah syawal ini dgn kemaafan. Maafkan segala2nya dgn hati yg cukup ikhlas. Bukan sekadar ckp "erm, kosong2 ekk??" tp, hati masih merungut sana sini, mulut masih mengumpat belakang, hati sntiasa berperasangka yg bukan2..cukuplah dgn keadaan umat islam skrg yg cukup2 menydihkan..selama mana kita mampu, tautkanlah ukhwah sesama kita...salah satu ialah dgn: Memberi maaf.

mcm dlm medical, sy amik cth kalo ada left heart failure, apa complication dia? ada pulmonary oedema, biler ada pulmonary oedema jd apa plak, difficulty in breathing, ada headache, easily fatigue etc. jadi bygkan saudara seislam kita tu, jntung kita, otak kita, kidney kita, liver kita, otot kita etc bygkn kalo satu organ sakit, sumer akan rasa sakit....maaf, terpanjang tazkirah kali ini. sekadar mengingatkan diri dan juga teman2. lama x post entry.hehe..

akhirul kalam, maaf zahir batin.eid ul fitr kareem..