January 21, 2007

Hijrahkanlah anggotamu


gambar dari mfr studio

Hijrahkanlah anggota badanmu

Assalamu’alaikum

Salam Maal Hijrah.
Sedikit perkongsian dan tazkirah buat diri yang hanya hamba kepadaNya dan juga buat peringatan buat shbt sekalian.
Firman Allah swt “Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya (untuk mendengarkan ayat-ayat Allah), Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” Al a’raf: 178

Adakah kita juga tergolong dalam golongan yang dikatakan ‘mereka itulah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi’ hanya kerana kita tidak memaksa hati, telinga, mata untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Hinanya kalau Allah menempelak dengan menyamaratakan kita sebagai haiwan ternakan. Malah Allah juga merendahkan martabat manusia lebih hina dari haiwan.

Haiwan yang hidupnya hanya punya 2 motif, makan dan membiak. Adakah sama taraf kita dengan haiwan? Berbeza, terlalu beza motif manusia dan haiwan. Kita dilantik Allah sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah utk beribadah kepadaNya dan mengatur urusan dunia agar dapat membawa rahmat (kasih sayang) ke seluruh alam. Hidup kita bukan sahaja untuk makan dan bukan sahaja untuk melempiaskan nafsu.

Firman Allah “ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus” At Tin : 4-6

Allah telah mengangkat martabat kita. Tetapi kita jugalah yang merendahkan martabat kita. Kita jualah yang berhak mengangkat martabat kita kembali. Syaratnya, menggunakan keseluruhan anggota tubuh kita mencari redhaNya, hati, janganlah diinginkan benda yang haram, telinga dengarkanlah ayat-ayat al quran dan beramallah, mata, lihatlah kejadian alam dengan penuh keinsafan

Maka azam baru sempena hijrah ialah : BERUBAH dan BERUSAHA!!. Kerana jika kita tidak mengubah diri kita menjadi hamba yang hidupnya semata-semata mencari mardhatillah kita tak kan ke mana. “dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang dikerjakannya” An najm:39. Kalau hendakkan syurga, maka berubah dan berusahalah.

Ingatlah firman Allah “ dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan oleh Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ni yang mereka akan percay?” al a’raf : 185

akhirul kalam,Selamat berhijrah ke negeri mardhatillah =)


December 30, 2006

Salam Aidil Adha -Salam Penuh pengorbanan

Assalamualaikum wbt

Selamat Menyambut Hari Raya Qurban. Eedul Adha Kareem. Tidak ketinggalan juga menguapkan selamat tahun baru masihi 2007.

Jika kita amati penghayatan perayaan di Malaysia, kita akan merasakan perayaan yang disambut, adalah perayaan yang disambut penuh meriah. Suasana hari raya Aidl Fitri, yang penuh meriah, yang semuanya berbaju baru, yang hiasan rumah semuanya diperbaharui, dan apa yang lebih penting, kesanggupan untuk berkorban beribu-ribu ringgit untuk menyambut hari raya. Begitu juga dengan perayaan-peraayan lain, sebagai contoh, perayaan Hari Krismas, yang baru sahaja lepas beberapa hari, yang Muslim, sama-sama merayakan hari krismas

Kita lihat, penghayatan ‘pengorbanan’ umat Islam kini (terutama Melayu Moslem) dihabiskan ke tempat-tempat yang tidak membawa kepada peningkatan kerohanian. Hari Raya yang sepatutnya disambut dengan penuh syukur, tetapi disambut dengan penuh kegembiraan tanpa sedikitpun rasa syukur kepada Rabb. Lebih menyedihkan, apabila terpaksa berkorban wang ringgit semata-mata untuk menghidupkan suasana hari raya.

Sejauh mana penghayatan kita kepada Eidul Adha, atau hari raya korban? Adakah cukup sekadar menghabiskan wang ringgit untuk sama-sama terlibat dalam upacara korban lembu? Cukupkah sekadar pengorbanan dinilai dari mata wang ringgit sahaja? Bagaimana dengan pengorbanan masa, minda, tenaga, untuk kemaslahatan umat islam?

Kita lihat kini, masyarakat Islam ‘dikorbankan’ menjadi mangsa isme-isme yang merosak binasakan aqidah umat islam. Hedonisme mula meresap dalam jiwa umat Islam, keseronokan menjadi tunjang utama kehidupan. Isme-isme lain seperti liberalisme, individualisme, feminisme, kesemuanya mengorbankan aqidah umat Islam kini.

Sedar tak sedar, kita umat Islam hanya menjadi mangsa sembelih kaum Yahudi dan konco-konconya. Kita masih lagi belum sanggup berkorban apa sahaja demi aqidah kita. Penghayatan Hari Raya Korban disekularismekan sekadar penghayatan penyembelihan mata wang untuk penyembelihan lembu. Kita tidak cuba untuk cuba menghayati pengorbanan Nabi Ibrahim as, yang menerima arahan daripada Allah untuk mengorbankan anaknya Nabi Ismail as, semata-mata untuk membuktikan penghayatan hidup beragama kepada Allah. Apakah kita cuba meresapkan penghayatan pengorbanan sebegini dalam kehidupan seharian kita?

Lihat sekeliling. Masih ramai yang kekurangan, yang perlukan pengorbanan wang ringgit kita untuk membantu mereka. Lihat sekeliling, masih ramai anak muda yang tersasar, yang perlukan korban masa, tenaga, kepentingan diri untuk membantu mereka mencari sinar hidup yang sebenar. Lihat sekeliling, masih ramai orang bukan Islam takut dengan Islam, sedangkan Islam itu agama yang indah. Yang perlu kita korbankan kepentingan diri untuk bergoyang kaki, tapi perlu berkorban langkah dan fikiran untuk membetulkan persepsi Islamophobia kepada Islamophilia (sukakan Islam).

Ayuh, bersama kita bergolok gadai mempelajari ilmu Islam yang sebenar, ayuh bersama mengembalikan keislahan diri kepada Rabb sekalian alam. Dan semestinya ini memerlukan kepada pengorbanan, diri, masa, nafsu dan sebagainya. Di tahun baru masihi ini, tanamkanlah azam : BERKORBAN APA SAHAJA UNTUK ISLAM TERCINTA.

Selamat tahun baru. Selamat mengotakan azam baru. Semoga tahun baru ini melayakkan kita menjadi golongan yang dikasihi Allah kerana pengorbanan kita untuk agamaNya

November 29, 2006

Allah will never let you down

Lonely?
Don't be! Because He will always accompany you if you put Him inside your heart.
Put your trust on Him, and He will never let you down.
Love Him, and He will shower you with His affection.
Consult Him, and He will always be the Greatest Consultant.

O Lord, give us strength to love Thou for the rest of our life

November 17, 2006

Sihat yang Sering Dilupakan

Assalamualaikum wbt.

Bismillahirrahmanirrahim.
Ana baru lepas menziarah seorang sahabat yang mengalami keradangan selepas pembedahan kecil. Atau dalam istilah perubatannya, ‘post surgical infection’. Sahabat ana mengalami pembedahan kecil di bawah lidahnya, pembedahan frenum lidah (frenectomy). Frenum lidah berfungsi sebagai penyambung atau pemegang lidah dan lantai lidah. Frenectomy adalah satu pembedahan yang sangat minor.

Selepas pembedahan, jangkitan kuman kadang kala berlaku. Sahabat ana demam, tidak boleh bercakap, susah untuk makan dan menelan, air liur bertakung di bawah lidah, dan terdapat dan bengkak di bawah tekaknya. Ana sayu melihat sahabat ana. Sudah 3 hari tidak makan, terdetik dalam hati, bagaimana sahabatku ini menahan lapar? Subhanallah, Allah beri dia kekuatan.

Alhamdulillah, masih lagi diberi nikmat sihat. Namun jarang kali mengucap syukur. Jarang sangat memaksimakan usaha dalam ibadah sebagai tanda terima kasih seorang hamba kepada Tuannya. Sahabatku, mengadaplah cermin sekarang. Bukalah mulutmu, angkatlah lidahmu ke lelangit, dan kau akan nampak satu penyambung antara lidah dan lantai lidahmu. Kecil bukan? Terlalu kecil sehingga kita mengabaikan fungsinya. Ciptaan Khaliq tiada yang sia-sia, sedangkan frenum yang kecil, apabila terdapat jangkitan, kita langsung tidak boleh makan, langsung tidak boleh bersuara. Hilang nikmat mee lakna yang sedap, ais krim yang menggiurkan. Hilang jua nikmat bergurau senda dan bercerita kepada sahabat.

Allah telah merakamkan dalam firmannya, hanya sedikit hamba yang bersyukur dalam surah al Mulk ayat 23: Katakanlah, “Dialah yang menciptakan kamu, dan menjadikan pendengaran, penglihatan dan hati nurani bagi kamu. (Tetapi) sedikit sekali kamu yang bersyukur”

Kita jarangkali bersyukur pada benda yang kecil. Berapa banyak yang kita ucapkan terima kasih ke atas benda-benda yang kecil? Contoh paling mudah, kalau kawan kita ambilkan pen di atas meja, kerapkah kita mengucapkan terima kasih? Apa pula perasaan kita kalau kita menolong sahabat kita, namun tiada langsung ucapan terima kasih darinya? Begitu jugalah hubungan kita dengan Allah. Allah beri kita mata, untuk melihat, telinga untuk mendengar, mulut untuk berhujah, kulit untuk menyentuh, dan sebagainya. Dia bantu kita ketika kita memerlukan, Dia hulurkan juga pertolonga ketika kita terlupa padanya, Dia beri kita jalan ketika kita kebuntuan. Argh..terlalu banyak.

Ketahuilah apabila kita bersyukur, kita takkan rugi, malah Allah janjikan lebih lagi. Syukur bukan sekadar ‘alhamdulillah’, namun amalan soleh kita. Jika sekadar lafaz, apalah ertinya. Semua orang boleh mengatakan ‘aku sayang padamu’, tapi dalam hati ‘aku membencimu’. Ayuh sahabat, perhatikan kejadianmu. Perhatikan perkara kecil dalam kejadian dirimu. Mana tahu, yang kecil itu akan memberi impak besar kepadamu suatu hati nanti?

Teringat satu lagu nasyid “Dimulakan dengan bismillah, disudahi dengan alhamdulillah”

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang sedikit. Maha SuciMua atas segala nikmat yang besar. Izinkanlah Ya Allah, aku tergolong dalam golongan yang sedikit. Amin ya rabbal alamin..

November 10, 2006

November 02, 2006

repent always!




Oh Lord!Let not our hearts deviate from the truth after Thou have guided us, and bestow us mercy from Your Grace. Verily Thou are the Giver of bounties without measure (3:8)


Our Lord! Forgive us our sins and the lack of moderation in our doings, and make firm our steps and succour us against those who deny the truth (3:147)



Oh Lord! Forgive us our sins and efface our bad deeds and take our souls in the company of righteous (3:193)


Our Lord! We sinned against ourselves, and unless You grant us forgiveness and bestow Your Mercy upon us, we shall most certainly be lost! (7:23)


Ya Allah, ampunkan dosa ku ya Rabb =(