February 12, 2010

Halalkah duit saya?

Halalkah duit on-call saya?

Kisah 1:
Ibu : Campurkan sahaja susu itu dengan air. Khalifah Umar tiada di sini. Tiada siapa yang nampak
Anak : Tidak boleh ibu. Itu sudah menipu
Ibu : Campurkan sahaja. Dia tiada di sini
Anak : Dia tiada di sini, tetapi Tuhan DIA memerhati apa yang saya lakukan. Amanah ini akan ditanya di Sana nanti..
Dan akhirnya, berkat rezekinya, dia peroleh keturunan yang benar-benar amanah. Khalifah Umar Abdul Aziz

Kisah 2 :
Anak : Ayah, izinkan diriku berbicara denganmu
Ayah : Tentang permasalahan apakah yang mengganggumu anakku?
Anak : Tentang diriku
Ayah : Sebentar, ayah tutupkan lampu ini dahulu
Anak : Mengapa ditutup lampu ini? Mengapa dibiarkan berbincang dalam kegelapan ayahanda?
Ayah : Kerana ini harta kerajaan. Harta ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya
Dan akhirnya, kepimpinan amanah ini, berjaya membuatkan tiada orang yang perlu mendapatkan zakat. Subhanallah

Kisah 3
Dr J : Do you know my friend, a friend of mine requested not to have on-calls on weekend
Dr D : Why?
Dr J : Because she will be doing on-calls 24-7 for 365 days
Dr D : Hm, and then?
Dr J : She doesn't want to claim the on-calls when she is not around. So she decided not to have on-call on weekends. bersalah dia kata
Dr D : That's so good of her :)

kisah 4 :
Dr D : Siapa on-call waktu Dr R tak de?
Dr S : Dia Dr R
Dr D : Pastu, ko amik tugas dia?
Dr S : Tak, aku tak ambil
Dr D : Dah tu? Sape on-call?
Dr S : takde sesiapa. Dia tak claim on-call waktu dia takde, walaupun atas urusan rasmi. Dia kata kalau takde officer on-call kenapa nak claim?

Subhanallah. Subhanallah. Kisah-kisah di atas kisah terpencil. dan kisah-kisah di atas melahirkan rasa hormat yang tak terhingga saya kepada mereka yang telus dan amanah ini. On-call : sesiapa sahaja boleh minta, tiada siapa tahu kita berada di situ atau tidak, tetapi amanah, Khauf terhadap Allah itu membataskan 'penipuan' yang boleh sahaja dibuat di dunia ini.
Amanah kah saya dalam tugas saya?

Rasanya pukul 8-1pm, 2.00 hingga 5.00 pm, kebanyakan antara kita tiada masalah untuk patuh
On-call?
1) Saya perlu ke Kuching untuk usrah. Dan pada waktu itu saya tiada di Sri Aman. Halalkah duit yang saya claim on-call itu? Walaupun usrah sesuatu yang benar-benar dituntut, tetapi hakikatnya, Pegawai On-call bermakna pegawai tersebut adalah doktor atas panggilan, dan sepatutnya dia berada di kawasan on-call tersebut. Jika saya tiada di Sri Aman atas urusan usrah, adalah tidak patut saya menerima on-call tersebut, kerana saya tidak ada di Sri Aman!

2) Saya pulang ke Semenanjung. Tetapi saya on-call. Amanahkah saya?
"Boleh saya bercakap dengan En A? Saya nak minta izin untuk tidak claim on-call pada hari yang saya tidak berada di Sri Aman"
"Contoh?"
"Saya akan pulang ke Semenanjung pada 19 - 28hb. Saya on-call pada 19-21, Saya sudah bertanya dengan Dr R, dan dibenarkan saya bercuti, dan saya telah inform A&E. Saya tak nak claim on-call 3 hari tersebut. Adakah akan menyebabkan kesukaran dalam transaksi kewangan on-call PTJ?"
"Tak mengapa Dr, tu yang terbaik. Terima kasih Dr :)"
Alhamdulillah. Moga tenang hati saya ini petunjuk yang benar. Kepada rakan-rakan sekalian, berwaspadalah dengan apa jua tuntutan, elaun yang kita minta. Pesan Ustaz Zaharuddin dalam salah satu artikelnya : Jika urusan itu bercampur dengan urusan peribadi jangan lah meminta tuntutan.

Pesan buat diri :
ketika rakan-rakan berkata elaun perjalanan ketika kursus induksi adalah halal untuk diminta, tetapi ingatlah, ke mana lagi yang dibawa kereta itu berjalan : The Spring, Wisma Satok. Atas urusan rasmikah kesemuanya. Tahanlah diri daripada meminta sesuatu yang kau tidak laksanakan hak yang sebenar-benar hak.
Alhamdulillah. Moga kan terus istiqamah dalam ruang lingkup amanah ini!

16 comments:

A person get to know life said...

Betul tuh Diyana, bab2 claim ni mmg kena hati2. Duit yang kita dapat dan beli makanan~akhirnya jadi darah daging.Lgpun,apalah sgt duit oncall tu..hehe

anonymous said...

hmm kalau nama tu oncall, tp balik semenanjung tu mmg x bleh la.. tp kalau oncall, dan masih berada dalam kawasan yg munasabah, bleh sampai sekiranya dipanggil, xde masalah.
Sbbnya, mcm akak, kita passive call. maknanya kita standby. HP sentiasa di tangan walau nak ke mana2. mmg betul sewaktu kita passive call tu kita buat urusan sendiri. tp kite masih bertanggungjawab dgn sentiasa alert dgn setiap panggilan hospital. so bagi akak, x salah untuk kita claim oncall passive, sbb kita masih bekerja. cuma claim oncall kan ada kategorinya. akak x tau format claim dental officer camna.. tp utk claim kitorg..ada pilihan.. so sewaktu isi borang oncall tu kena la jujur.. kita bleh claim aktif (150/day) atau separa aktif (90/day) atau pasif (50/day)... tang ni la kena jujur.. jgn claim lebih daripada yg kita buat :)
allahua'lam.

Ummu Yazid said...

a person : =)

kak asma' :
camne ya, kalau usrah saya kat kuching, 3 jam dari sri aman (and for sure saya tak leh nak reach within yang sepatutnya), patut tak sy claim?

ach said...

Salam,maaf menyampuk,just cuba memberi pandangan peribadi (kalau salah,tolong betulkan)

Kalau dah passive oncall, kena berada 30Km radius kalau xsalah..then, kalau xde kat kawasan, boleh note "travelling etc" dlm borg claim,means xpyh claim utk hari tersebut. tp, pada saya better cari officer ganti sebab if really got cases, it's not fair to the patient.

Ummu Yazid said...

Terima kasih ya semua =)
Saya kalau saya turun Kuching, saya akan cuba inform another officer. Kalau ada urusan penting sangat, yang memerlukan saya ke Kuching (186km daripada Sri Aman) saya tak akan claim on-call :)

anonymous said...

yup..kalau rasanya tempat yg kita g tu terlalu jauh..x pyh la claim.. lebih baik kita suruh org lain gantikan kita..kesian kat pt..

sbb tu wpun org kate passive call ni relax.. tp sbnrnya kite terikat.. xbleh g mana2... macam akak.. dah sebulan oncall passive..dari 2nd week january smpai this end of raya cina.. so imagine, cuti pjg2 pun xleh gi mana2... huhu x best jgk sbnrnya..

ada org tu, aktif call pun dia tak pernah claim.. hehe

so kesimpulannya, kalau kita buat kerja, kita bleh claim, sbb tu hak kita.. tp kalau kita tak buat kerja.. tak pyh claim pun takpe..

Ummu Yazid said...

thank u kak asma'
samala kita.. =)
n kbnykn public holiday yg mcm mggu ni (jumaat cuti or isnin cuti) sy on-call.hehehe..

thank u so much kak..rasa saya dah clear..kalo ada usrah n x de officer ganti, sy kna stay kat sini, kalo ad usrah n ada officer, sy mntk dia gnti, n kalo iman btol2 plukn usrah n x de officer gnti, sy x claim ap2 :)

Ummu Yazid said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Yazid said...
This comment has been removed by the author.
Ummu Yazid said...

pembetulan :
186km tu ke simpang sri aman, total is 195km :)

ach said...

saya ingin bertanya, adakah oncall itu WAJIB? adakah itu tanggungjwab wajib untuk masyarakat/umat?thank you..

Ummu Yazid said...

dalam bidang tugas seorang doktor, termaktub bahawa salah satu bidang tugasan adalah wajib. Kami perlu bersedia untuk merawat pesakit ketika di luar masa rasmi. dan adalah wajib bagi setiap doktor melihat, dan memberi rawatan hatta jam 3 pagi sekali pun

Jadi,jawapannya adalah wajib untuk agama dan umat

ach said...

then, xbolehlah nak tinggalkan oncall masa xda oficer ganti wpun atas tuntutan lain yg penting juga?

Ummu Yazid said...

Ya,encik abdul. Tak adil bagi pesakit. Sebagai contoh, kita pergi ke mana-mana balai polis utk melapor kehilangan purse, tengok2 tak de pegawai polis atas alasan ada urusan yang lebih penting? adilkah begitu?

dalam perubatan, nyawa pesakit didahulukan. ini termasuk dalam fiqh alawiyat yang diterangkan oleh Dr Yusuf Qardhawi. Ada apa2 yang ingin dibincangkan encik?

Tetapi sekiranya ada officer lain boleh ganti, adalah dibenarkan doktor tersebut menghadiri kursus agama, atau apa2 jua yang selari dengannya :)

Ummu Yazid said...

Ya,encik abdul. Tak adil bagi pesakit. Sebagai contoh, kita pergi ke mana-mana balai polis utk melapor kehilangan purse, tengok2 tak de pegawai polis atas alasan ada urusan yang lebih penting? adilkah begitu?

dalam perubatan, nyawa pesakit didahulukan. ini termasuk dalam fiqh alawiyat yang diterangkan oleh Dr Yusuf Qardhawi. Ada apa2 yang ingin dibincangkan encik?

Tetapi sekiranya ada officer lain boleh ganti, adalah dibenarkan doktor tersebut menghadiri kursus agama, atau apa2 jua yang selari dengannya :)

ach said...

tidaklah..saya saja mengeluarkan pertanyaan ini dgn harapan boleh mengingatkan semua yg membaca ruangan ini termasuk sy sendiri, selain untuk kepastian:D