January 02, 2010

Fiqah berinteraksi dengan Non-Muslim


Alhamdulillah, after spending quality time reading this book, it gives me a good insight and I can conclude this "Subhanallah, this is ISLAM". The writer describes efficiently about our communication with Non Muslim
Oops, forgot to introduce this book

Title : Fiqah Berinteraksi Dengan Non Muslim
Author : Mohammad Nidzam Abd Kadir
Publisher : Telaga Biru
ISBN : 978-967-5102-29-5

This is the chapter that I love most. It summarized everything in the book. Moga ada manfaat buat semua

Kata Penerbit

Interaksi : Antara syariat dan strategi
Allah SWT menjadikan manusia di atas muka bumi ini terdiri daripada pelbagai kaum dan keturunan. Mereka menganut pelbagai agama dan budaya. Ruang yang terhad di atas muka bumi ini menjadikan mereka hidup dalam satu ruang litup yang terhad. Mahu tidak mahu mereka terpaksa berinteraksi antara satu sama lain

Senario ini berkait rapat dengan situasi kita di Malaysia. Sebab itu kehadiran Ustaz Mohammad Nidzam dengan buku Fiqah Berinteraksi dengan Non Muslim ini merupakan panduan yang terbaik untuk semua golongan. Di samping menambah ilmu pengetahuan kita mahu jadikan buku ini sebagai panduan dalam menjalankan kehidupan seharian.

Ada dua perkara yang perlu dipertimbangkan dalam berinteraksi dengan non Muslim iaitu :
a) Syariat
b) Strategi

Beberapa pendekatan strategik seorang Muslim dalam berinteraksi dengan Non Muslim termasuklah :
1) Menanam niat untuk berdakwah kepada mereka

Niat penting sebagai suatu keazaman yang tersemat di dalam hati untuk melaksanakan tugas dan misi yang suci ini.

Sabda Rasulullah SAW kepada Saidina Ali RA, ketika menghantarnya ke Khaibar dan memerintahnya menyeru orang Yahudi kepada Islam :
"Demi Allah sungguh Allah memberi hidayah kepada seorang lelaki melalui tanganmu adalah lebih baik bagimu daripada unta merah (harta paling berharga ketika itu"
(Riwayat al-Bukhari 137, Muslim 1872 daripada Sahl bin Saad RA)

2) Mengajak mereka berbincang mengenai agama

Tanyalah tentang tuhan, kehidupan selepas mati, dan perayaan,serta menghuraikan pula pendirian daripada perspektif Islam.
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

"Sesiapa yang menyeru kepada petunjuk, maka ia mendapatkan pahala seperti pahala orang yang mengikutnya tanpa mengurangi pahala mereka sedikitpun"
(Riwayat Muslim 2060, Abu Daud 4609, al-Tirmizi 2674 daripada Ismail b Jaafar, daripada al-Ala' bin Abdurrahman, daripada ayahnya Abu Hurairah RA)

3) Menghargai kebaikan

Menghargai kebaikan yang ada pada mereka seperti menjaga kebersihan, bijaksana mengurus masa dan baik hati. Sebagai contoh katakan "Anda telah pun Islam dari sudut ini" atau "inipun sebahagian dari Islam"

4) Menjawab atau membalas salam dengan baik

Jangan mengherdik mereka atau menjawab dengan balasan yang kurang bijaksana. Bagaimanapun Muslim tidak digalakkan memulai salam. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud

"Janganlah memulai salam dengan orang Yahudi dan Nasrani"
(Riwayat Muslim IV : 1707 daripada Abu Hurairah RA)

Rasullullah SAW juga bersabda
"Bila ahli kitab memberi salam kepada kamu, maka katakanlah :Waalaikum"
(Riwayat Bukhari IV: 142, Muslim IV : 1706 daripada Abdullah b Dinar, daripada Ibn Umar RA)

5. Membudayakan ucapan yang baik

Budayakanlah memberi ucapan yang baik kepada Non-Muslim seperti "selamat Pagi" dan sebagainya termasuk menerusi telefon

.......

10) Berbuat adil dan kebaikan terhadap non-Muslim

Berbuat adil terhadap mereka dan menahan diri daripada menggangu mereka. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud
"Barangsiapa yang menunjukkan kepada kebaikan, maka ia akan mendapatkan pahala seperti (pahala) pelakunya
(Riwayat Muslim no.1506, Abu Daud no 5129, al Tirmizi :2671 daripada Abu Mas'ud al Badri RA)

11) Mengasihani mereka dengan rohani insaniah

......
Insya Allah to be continued. Masa untuk beramal dengan apa yang dibaca :)

4 comments:

..wardah saffiyah.. said...

buku yg menarik..harap2nya dpt membacanya...^^

Ummu Yazid said...

insya allah :)

fadezek said...

tapi kak apa pendapat akak ttg statement xwajar muslim menjual mushaf pd no muslim #page 115

Ummu Yazid said...

Yang tu akak kurang berapa setuju. rasanya kalau tak dijual macam mana nak sampaikan kat dorang kan? Tapi kena ikut keadaan rasanya..