December 13, 2009

Kunampak Islam dalam Dirinya

Assalamualaikum wbt.

Terlalu lama tidak mencoret apa-apa di blog ini. Bersawang sudah! Secara jujur, untuk menulis sesuatu yang tidak saya amalkan saya memang cukup kaget. Surah As Saff antara surah-surah dalam hafalan memang sentiasa menjadi peringatan buat diri. Hadis-hadis Kekasih Allah SAW tentang mereka yang tidak melaksanakan apa yang diucap Insya Allah masih dalam ingatan, tetapi "sampaikanlah walau satu ayat" jua perlu dilaksanakan, seiringan. Ya Rabb, ampunilah segala khilaf hambaMU ini.

Alhamdulillah, hampir 3 bulan di Sri Aman. Tempat yang berSri dan Aman damai. Jam 8 malam, kebanyakan kedai sudah tutup. Ahad, jam pukul 1 petang ke atas, hanya Everrise yang buka, yang lain, biasa-biasa. Penduduk di sini, masih terjaga akhlak dan pergaulan walaupun kebanyakannya bukan beragama Islam. Masih mengucapkan terima kasih yang berkali-kali untuk setiap rawatan yang diberi.

Keadaan klinik, alhamdulillah, semua staff baik-baik. Masalah disiplin mungkin ada sedikit sebanyak (di mana-mana mugkin akan berlaku). Setiap kali saya melihat YM saya bersedih saya rasa resah, ingin juga menitis air mata melihatnya resah. Seboleh mungkin membantu. Seboleh mungkin menimba ilmu kerja-kerja pengurusan. Fail dokumen ISO sedang saya cuba fahamkan. Buku GO sudah berkali-kali saya belek, resit-resit, PG, keselamatan pekerja, kesemua sebolehnya saya cuba fahamkan. Sister Marina dan Dr Jenny banyak membantu.

Salam Maal Hijrah untuk semua :). Maaf andai terlewat. Perbaharui niat dari masa ke semasa,itu sahaja pesan saya.

Dari kecil saya banyak bergaul dengan mereka yang non-Muslim tetapi cukup tetapi ada sesuatu sudut yang saya nampak Islamnya dari mereka yang Muslim. Dia cukup amanah dengan kerja. Jam 7.40 pagi dia akan tiba, dan pulang hanya apabila jam 1.00 dan jam 5.oo. Apabila ada urusan yang perlu dia pulang awal, dia akan sedaya upaya maklumkan. Cukup beretika dan professional dalam kerja, cukup teratur percakapannya, cukup sensitif dengan persekitarannya, cukup senang diajak berbincang dan penuh dengan perancangan teliti. Dia cukup meraikan kelebihan yang staff bawahannya ada, cukup halus dan hikmah dalam teguran.

Teringat saya, dalam satu hadis " Jika kamu beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, berkatalah yang baik-baik atau diam" Dia cukup punya akhlak sebegini. Teringat juga satu hadis " Berbuat ihsan lah. Jika kamu ingin menyembelih sembelihan, maka tajamkanlah pisaumu" Dr Yusuf Qardhawi dalam syarahannya mengatakan ini adalah isu professionalisme. Ini juga dia ada. Cukup teratur, cukup berpandangan jauh, cukup stategi, cukup peka.

"Bagimu agama kamu dan bagiku agamaku". Saya kerap berbincang tentang perbezaan agama Islam dan Kristian, ketika dia bersedih saya cuba juga membaca beberapa terjemahan ayat. Dia senyum dan dia mengangguk, tidak pula dia berbantahan dalam isu ini. Staff kami yang agamanya lain juga cukup dihormatinya. Dia sering cuba memahami seseorang dari skop orang itu sendiri. Tidak dipanjang-panjangkan.

Sungguh, saya tidak mahu berlebih-lebih; Secara jujur, mereka sebegini adalah mereka yang membuatkan hati saya lembut. Ada Islam dalam diri mereka. Ada kelebihan dalam diri mereka.

Teringat pula satu kisah antara seorang muslim dan seorang muslim
A : mek geram nar ngan miak tok. Adakah patut nya madah nama-nama oghang Sarawak tok sikda maksud langsung? Mun nya jaga solat sikboh anok mekorang kedak ya. Nya ingat mek urang tok sikda perasaan and maruah drik mpun ka?
(Saya geram dengan budak ni. Adakah patut dia kata nama-nama orang Sarawak ni tak de maksud langsung? Kalau dia jaga solat jangan mengata nama kami. Dia ingat kami tak perasaan dan maruah langsung ka"

Saya tidak kenal siapa yang dimarahnya. Tetapi besar harapan buat diri sendiri dan semua, agar benar-benar menjaga lidah yang diberi. Takut ada yang terasa.

Hanya sekadar pesan buat diri. Sekiranya akhlak mereka lebih terpuji, mengapa tidak seorang Muslim, yang segalanya dinukilkan dalam AL Quran, yang role modelnya adalah Raulullah Saw yang punya akhlak alQuran. Sungguh coretan ini hanya untuk diri dan semua sahabat muslim yang lain.

Ayuh, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan. Perteguhkan aqidah, tambahkan ibadah, dan perhalusi akhlak kita dengan manusia, kerana Islam itu tidak hanya agama spiritual, tetapi agama universal.

No comments: