Assalamualaikum.
This entry is all about my special dedication to :
a) A sahabat and my dearly friends who are currently 'bersilat' preparing for non-stop exams, thesis, and presentations. Sesungguhnya Allah telah memilih kalian untuk berjuang di jalan ilmuNya. Ketahuilah firman Allah
"Mengapa tidak pergi dari tiap-tiap golongan di antara mereka beberapa orang untuk memperdalam pengetahuan mereka tentang agama?" (QS. At-Taubah:122"
Jadi bergembiralah sahabat yang kusayangi.
Selamat berjuang di jalan ilmu Allah :)
b) A sahabat and my dearly friends who are preparing themselve to be a very good manager (DDO/DOIC/ etc). Selamat berjuang menjadi sebaik-baik pemimpin Ikuti sirah rasulullah saw, dalam memimpin. Semoga dipermudahkan Allah.
c) Seorang sahabat yang sedang bersedih, bertanyakan pilihan yang dibuat adakah benar. Ya ukhti ku sayang, ketahuilah, Allah itu Maha Penyayang, DIA sekali-sekali tidak akan membebankan hambaNYA melebihi kadar kemampuannya. Akak faham perasaan adik, sayangku, tapi istighfar lah adik. Jangan sesekali penyeselanmu itu seolah-olah menafikan takdirNya ke atasmu atas jalan yang kau lalui sekarang. Ketahuilah, lapangkan hatimu selapang-lapangnya. Cuba lihat from 'out of box'. Sabar, sabar, dan terus sabar. Nur itu insya Allah akan sampai, tetapi, syaratnya, hatimu perlu dibuka seluas-luasnya melihat apa yang ingin Allah sampaikan. Akak memetik kata-kata dalam novel Ayat-Ayat Cinta, " Allah sedang berkata-kata denganmu tentang sabar dan ikhlas". Apakah kau lupa adik, firmanNya
“Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui.” Al Baqarah : 216
d) seorang sahabat yang akan memulakan tugasnya di Jabatan Pergigian Mulut, Hospital Kajang 16 Oktober ini. Insya Allah, Allah Maha Tahu, dikau layak sahabat. Ku akui, bukan mudah untuk bekerja di dalam sebuah hospital, letihnya lebih jika dibandingkan dengan diri yang bekerja di district. Tapi Allah itu kan lebih kenal kita dari kita mengenali diri sendiri. Do come with an open heart. Itu pesan saya, dan yakinlah Allah itu Maha Mengetahui :)
Fasobrun jameel, innALLAHa maassobireen :)
4 comments:
“Orang mukmin yang kuat lebih baik di sisi Allah dan lebih dikasihi daripada orang mukmin yang lemah, sedangkan setiap seorang itu mempunyai kebaikannya (imannya) ; oleh itu hendaklah engkau bersungguh-sungguh berusaha memperoleh apa yang memberi manfaat kepadamu, serta hendaklah meminta pertolongan kepada Allah dan janganlah engkau bersikap segan dan malas; dan sekiranya engkau ditimpa sesuatu maka janganlah engkau berkata : ” Kalaulah aku lakukan itu ini, tentulah akan terjadi begitu begini, tetapi katalah :” Allah telah takdirkan, dan apa yang dikehendaki oleh kebijaksanaan-Nya Ia lakukan, kerana perkataan ‘kalau’ itu membuka jalan kepada hasutan syaitan. ”
(Riwayat Muslim)
:(
i choose :) instead of :(
adik, hmm thnx for ur tzkirah..takut akak baca..tp apa2pun blk pd hati :)
Post a Comment