June 13, 2009

Monolog Diri

Untuk seseorang yang sememanangnya saya sudah menganggap dirinya seorang sahabat saya.

Teman saya itu, teman yang halus hatinya, cukup peka dengan keadaan sekitar, cukup prihatin dengan perubahan emosi teman-temannya, seorang yang cantik akhlaknya dengan semua orang di sekeliling. Suka bergurau, suka berteman, senyuman memang tak pernah lekang di bibirnya.

Dia, cukup suka bercerita. Cukup suka menasihati dan menegur dengan cara yang benar-benar membawa tenang dalam hati. Cukup suka dipuji. Cukup sudi menolong andai betul cara pertolongan itu diminta. Manja orangnya tapi manjanya itu bawa tenang..Seseorang pernah memberitahu, hatinya cantik. Cantik dalam dan luar orangnya...

Tapi, entah kenapa saya tersasul. Tersasul saya itu membuatkan dia benar-benar marah. Bukan sekali ini yang saya tersasul, terlalu banyak kali, tetapi tersasul saya bukan perkara yang sama (walaupun dia kata perkara yang sama). Pertama kali tersasul kerana saya tidak menghargainya yang sudi bersusah payah menemankan saya yang keseorang di Cineplex. Kali kedua tersasul saya kerana membiarkan dia tunggu lama untuk saya menghantar barang. Tapi kerana hatinya yang halus, maaf saya sentiasa diterima. Dan setiap kali dia mengatakan "saya dah maafkan", hati benar-benar terasa tenang.Tetapi tersasul kali ini benar-benar membuatkan dia jauh hati daripada saya. Bukan sekadar jauh hati, tetapi sehinggakan dia benar-benar mahu marah, geram, benci dengan saya.

Dan seperti biasa, setiap kali saya tersasul, kesannya akan kembali kepada diri saya. Saya tidak mudah untuk fokus dalam setiap kerja saya. Saya mula 'berolah' di klinik, mula mahu melepaskan dengan berjogging, atau ber'aerobik atau dengan bermain badminton. Mula ke pustaka negeri melihat ikan-ikan di tasik. Sememangnya alam lebih membawa tenang buat diri.

Kepada teman itu, andai masih ada ruang maaf di hatimu, izinkan aku mengambilnya sedikit. Maaf itu sahaja yang kuperlukan agar hati kan terus tenang. Tidak lagi saya mengharapkan lebih daripada itu semenjak 3 bulan lepas. Hanya doa dan doa yang menjadi penenang hati saya sekarang. Teman, andai maaf itu bukan milikku, hati kan terus resah. Andai maaf itu milikku, sejuta terima kasih dan penghargaan saya ucapkan. Moga maaf yang sedikit itu bisa membawa tenang.

Terima kasih kerana sudi menjadi teman saya walau seketika. Terima kasih kerana sudi mendengar ketika saya bersedih, gembira dan sebagainya. Terima kasih kerana sudi menolong tatkala saya susah. Terima kasih kerana sudi mengajar erti perihatin dengan semua. Terima kasih kerana sudi menegur salah dan silap dengan ikhlas. Terima kasih kerana sudi mengajar urusan-urusan teknikal. Terima kasih kerana sudi berkongsi cerita apa sahaja.....Terima kasih sangat-sangat teman..

Saya benar-benar tidak mahu kehilangan kawan saya itu...Kerana dia benar-benar bawa perubahan dalam hati ini, dengan izinNya.. Kerana saya banyak belajar daripadanya.Teman, maafkanlah......

4 comments:

hayad said...

assalamualaikum.

diyana!
lama gile akak tak jenguk cni. tu pun akak tgk blk entry2 akak yg lama dlm tahun 2006 dulu, diyana ada bg komen.

akak mmg ada link blog diyana. tp sebb byk sgt blog yg dilink, lansung tak perasan.

teringat balik masa mula2 berblog dulu, blog diyana antara blog awal2 yg akak jumpe dan baca.

dah ingat2 lupe kesah diyana ni. kalo tak salah amek dentist kan? dah keje ke?


salam ukhwah semula, hehe.

diyana said...

salam kak hayad :)
pkaba? alhamdulillah sy kat sini baik2..

lama kan dh tak btanya kbr akak..sy skrg dh keje kat srwk, as a dentist..

moga kan terus sentiasa ad keterikatan hati utkNya :)

take, fi amanillah kak hayad :)

Anonymous said...

teman kamu tu nurul nazleen ke? Kalau ye..... saya tak tau apa yang kamu lihat....nama je sekolah agama dulu..... tapi....peribadi tak mencerminkan langsung........

diyana said...

maaf anoynimous, secara jujur, bukan nurul nazleen yg sy maksudkan dlm entri ni..tp setakat apa yg sy kenal nurul nazleen, ciri-ciri kat atas ada sedikit dlm drinya..

sbagai seorang manusia biasa, mgkin shj shbt sy sorg itu ada slh silap, raikan shj kebaikan setiap org, dan maafkn segala kelemahannya :)