Assalamualaikum wbt
Tidak terniat untuk mengatakan buku ini benar, tapi kebetulan apa yang ditulis adalah agak serupa dengan pengalaman-pengalaman saya
A venusian A wrote in her facebook shout out :
"Ya Rabb,benarkah keputusan-keputusan ku ini?"
And the comments replied after the shout out:-
Venusian B : hope u r fine :)
Martian A : mcm2 la masalah u, hairan. doa dlm hati je la, buat pa doa dlm facebook.. weird
Saya secara jujur, saya tenang dengan respons Venusian B. Dan timbul sedikit rasa kecil hati dengan respons Martian A. Saya rasakan seoalah-olah saya diperlekehkan oleh Martian B kerana seolah-olah saya hanya menagih simpati melalui shout out tersebut. Secara jujur, jika saya bercakap, menulis, atau membaca doa, itu adalah respons normal untuk meredakan resah atau untuk meluahkan sahaja perasaan-perasaannya. Setelah saya bercerita, menulis, atau berdoa, saya akan berasa tenang dan semakin saya bercakap tentang perasaan, semakin nampak jalan penyelesaian.
"When Venusian talks, writes or recites prayer loud, she is only trying to calm herself down. Venusian talks bout feelings and Martians talks bout logic. Martian doesn't need to give any running commentaries about the feelings Venusian had talked, or else the Venusian will feel a little bit hurt cause what she needs is only a validation about her feelings. She will appreciate so much if her partner or the Martian will validate her feelings by not giving any solutions or comments about her feelings" Quote from Men from Mars, Women from Venus
Teringat saya di satu petang berbual dengan adik lelaki saya
Saya : Along rasa penat la petang ni. Nak rehat tak boleh. Mama nak balik jap lagi, tak masak lagi ni
Angah: Alaa, tidur la kejap. Nanti angah kejutkan 10 minit lagi (cuba meredakan emosi alongnya dengan memberi penyelesaian untuk berehat)
Saya : Hmm, tak boleh. Sian mama nanti. (tidak merasakan penyelesaian itu membantu. Sebaliknya rasa makin restless)
Angah: Kalau camtu, tak payahla masak. Kita ajak mama makan luar je malam ni. Hehe
Saya : Hmm, tak nak lah. Kesian kat mama (makin rasa restless)
Angah: Susah la nak camni. Apa yang angah cakap mesti along tak setuju (Mula merasakan segala penyelesaian yang diberikannya tak berbaloi)
Saya : Takpelah, k, Ngah. Thanks by the way. Along nak wat kerja (malas nak bercakap untuk sementara waktu)
Teringat pula satu petang dalam suasana yang sama berbual dengan seorang rakan perempuan
Saya : Ain, penat sangat hari ni. Tak larat la nak masak
Ain : Aku pun. Hmm, ko penat kenapa?
Saya : Entah, lesu je rasa. Patient tak ramai pun. Entah la just rasa letih sangat. Hmm, ko plak kenapa?
Ain : Kau tau tak, ari ni aku amik darah. Hehe, bangga aku. Aku review patient tadi.Penat. Traffic jam lagi. Uwaa penat.
Saya : Hmm, betul2. Penatkan kadang-kadang. Tak sabar nak tunggu weekend
Ain : Hmm, betul2. Heehe..Jom la, Diyana, kita tidur jap. Kejap lagi la kita masak. Heheehe :D
Saya : Ok, Ain.thanks :)
Hmm, bila diperhatikan, apabila saya bercakap tentang perasaan, saya akan tenang sekiranya orang yang mendengar itu 'validate' perasaan saya tanpa perlu memberi komen-komen atau sebarang penyelasaian. Saya tidak menyalahkan adik saya, kerana secara fitrah seorang lelaki akan memberi respons untuk menyelesaikan masalah. Lalu, masalah penat saya harus diselesaikan dengan segera oleh adik saya.Namun, kerana emosi saya tidak di'validate' saya seolah-olah memberi respons tidak menghargai penyelesaian adik saya. dan akhirnya dia pula yang berkecil hati. Apapun angah, terima kasih sangat :)
Jika dibandingkan dengan perbualan rakan perempuan saya, keduanya adalah berkenaan isu penat dan kemudian perlu memasak, tetapi saya lebih 'lively' setelah perasaan dan emosi saya difahami. Setelah kami berbual-bual tentang perasaan, kami lebih bertenaga dan seronok untuk memasak.Dan dalam kami asyik mengulang-ngulang kepenatan kami, kami akhirnya mendapat penyelesaian untuk berehat sebentar sebelum memasak.
Kesimpulannya,saya merasakan ada benar juga tulisan John Grey ini tentang perbezaan lelaki dan perempuan. Seorang perempuan sperti yang kita ketahui, emosinya lebih daripada seorang lelaki. dan kerana itu, emosinya perlu diraikan (tetapi jangan sampai berlebihan). Sekiranya dia bercakap tentang perasaan dia tidak memerlukan penyelesaian serta merta, hanya perlu didengari dan diberi empati sedikit dan dalam dia bercakap-cakap itu sebenarnya dia mencari penyelesaian :).
Teringat kisah Rasulullah saw ketika mana salah seorang isteri Baginda Saw yang agak cemburu dan menepis sepiring kuih yang dihadiahkan oleh isteri Baginda SAW yang lain, lalu Rasulullah SAW membenarkan emosi yang dialami oleh isterinya dengan mengatakan "Ibumu cemburu'. Lalu dikutip serpihan-serpihan kuih yang jatuh, dan baru kemudian itu Rasulullah SAW memulangkan semula piring tersebut.
Betapa Rasulullah saw telah mendahului ilmu Men from Mars, Women from Venus lebih 1400 tahun dahulu. Subhanallah!
PS: currently reading the third version of Men from Mars, Women from venus (Why Martian and Venusian collide). Buku-buku ini bukanlah kitab rujukan utama, tetapi ianya mampu serba sedikit membuka ruang memberi faham tentang perbezaan antara lelaki dan perempuan. Allahu'alam
4 comments:
Nice observation.
tq
salam,,what is the second version? i've finished men from mars, why martian and venusian collide..tq
salam..
martian and venusian together forever.tq
Post a Comment