May 19, 2009

Berilah sedikit ihsan.


Assalamualaikum wbt

Lesson 1
Diyana : Camne gigi awak yang saya tampal hari tu? Ok? (bertanya kepada seorang pesakit merangkap seorang teman saya)

Pesakit: Hmm, ok, tapi contact point dia terlalu ketat. And agak nampak sikit compared to the central incisor. Cuba tengok (sambil menunjukkan giginya), Tapi ok dah sekarang. Minta tolong officer lain betulkan sikit.

Diyana : Ya Allah, sorry sangat. Kenapa tak bagi tau hari tu je?

Pesakit: Saya rushing sangat hari tu. Sebenarnya saya rushing tu pun sebab dah tak tahan sakit. Nanti, Diyana, kalau remove composite, guna high speed diamond bur ya? Patient leh rasa sakit :)

Diyana : Sorry, saya rasa bersalah sangat sekarang.

Patient: Tak pe :). Ingatkan open minded. Nak tebus rasa bersalah, belanja saya, hehehe.Saya dah jadi patient saya tau perasaan patient. Diyana maybe tak pernah rasa cam tu. Even bila guna light cure, saya sekarang tak berani nak letak curing unit tu kat gigi patient,saya letakkan jauh sikit dari gigi patient. Vibration tu kita leh rasa :)

Diyana : Bukan tak open minded. Just rasa bersalah sangat.Saya banyak sangat belajar dari awak. Thanx sangat :). Tapi saya still rasa bersalah.

Pesakit: Tebus dengan belanja saya nanti.hehehe :D

Semenjak itu, saya semakin hari semakin belajar untuk meletakkan diri saya sebagai seorang pesakit.Semakin belajar untuk meletakkan rasa belas. Alhamdulillah, alhamdulillah, atas singkapan hikmah olehMu ya Rabb.. Terima kasih Ya Allah, atas kurniaan seorang sahabat yang sering ikhlas memberi teguran. The lessons I got on that day, berbekas dalam hati. Jazakallahukhairan kathira, sahabat..
Lesson 2
Narrated by Jarir b Abdullah. The Prophet PBUH said " He who is not merciful to others, will not be treated mercifully" HR Bukhari.

Alhamdulillah, segala pujian bagiNya yang telah menyingkapkan hikmahNya kepada saya ketika saya telah melakukan satu kesilapan. Balik ke rumah, saya rasa gelisah dek kerana kesilapan itu. Terus saya mengambil buku "Life is an open secret : Me and you" oleh Ukhti Zabrina. Menyelak-nyelak buku tersebut, lalu terjumpa pesan Rasulullah SAW. Mereka yang tidak merasa belas, tidak akan dikasihani. Astaghfirullah al adzheem. Saya beristighfar panjang atas kesalahan yang dilakukan.

Kadang-kadang sebagai seorang manusia, kita sering terlupa,bahawa kita hidup di dunia milik Allah ini, bukan hanya hidup sendirian. Lihat sahaja di dalam Al Quran dan hadis-hadis Rasulullah SAW, setiap urusan hablumminALLAH pasti akan diikuti dengan urusan hablumminannaas.

Narrated by Abu Huraira : Allah's Apostle said "Anybody who believes in Allah and the Last Day should not harm his neighbor, and anybody who believes in Allah and the Last Day should entertain his guest generously, and anybody who believes in Allah should talk good or keep quiet" HR Bukhari.

Masya Allah, betapa pentingnya nilai menjaga hubungan dengan manusia sehinggakan Rasulullah sudah mengingatkan, mereka yang beriman dengan Allah dan hari akhirat pasti dan pasti akan menjaga hubungannya dengan manusia. Ini kerana dia yakin setiap amalannya akan dihisab oleh Allah, dan segalanya akan dipamerkan di hari akhirat kelak. Subhanallah..

Lihat sahaja akhlak Rasulullah saw, cukup cantik. Seorang arab badwi membuang hadas kecil di masjid, dan ketika sahabat lain memarahinya Arab Badwi itu, Rasulullah membiarkan, tidak memarahinya. Kerana apa? Kerana Rasulullah Saw tahu, walaupun seorang arab badwi itu masih ada maruah yang perlu dijaga. Dia juga seorang manusia, dan sudah tentu seorang manusia akan lebih tersntuh hatinya jika kesilapannya ditegur secara halus dan persendirian. Subhanallah cantik sungguh akhlak rasulullah saw.

Narrated by Anas bin Malik : A Beduin urinated in the mosque and the people ran to (beat him). Allah's Apostle said "Do not interrupt his urination (ie : let him finish)" Then the Prophet asked for a tumbler of water and poured the water over the place of urine.. Subhanallah seorang cantik sungguh hati Baginda SAW..

Dan kerana 3 hari itu saya banyak belajar. Syukur padaMu kerana sudi menyingkapkan hikmah demi hikmah...

No comments: