Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualamualaikum wbt..
Saya tidak terus menyepi.Dalam posting sebelum ini, saya nyatakan, artikel tersebut antara pengakhiran, bukan yang terakhir. Hati menangis ketika membaca artikel seorang sahabah. Katanya :
"For my beloved sahabah,diyana and 'a sahabah'..moga kalian terus dipenuhi haruman da'wah,walau mungkin dalam wadah yang berbeza.Jadilah kita semua hamba yang terus menjadikan peng'abdian adalah matlamat"
Dan apabila terbaca lagi artikel seorang lagi sahabah, menangislah di bahuku. Diri dipukul rasa bersalah. Apa khabar akhawat sekalian? Kerana kamikah kalian menangis? Kerana kamikah segala beban terpukul di bahu kalian? Ya ukhti, maafkan diri. Diri rupa-rupanya berada dalam alam 'self centered' yang sangat tinggi, sehingga langsung melupakan jiran tetangga. Bukankah rasulullah saw sering kali bertanya khabar hatta seorang Yahudi yang sering mencaci maki baginda saw?
Jazakillah ukhti atas doa. Hati ini terus menangis apabila terbuka kalam-kalam Allah dalam surah Yusuf, di mana pesan nabi Ya'aqub kepada anak-anaknya, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana orang-orang yang berputus asa adalah orang yang kafir. Na'udzubillah min dzalik
Ketika hati ini diasak keliru dan gelisah, sehingga hampir berputus asa, ketika itu Dia hadir. Dia hadirkan al quran penenang jiwa. Dia kirimkan kekuatan. Subhanallah.
Emel diterima, tentang salafi, dan sebagainya. Angkasawan juga dibangkitkan. Terlalu banyak komentar negatif. Bosan. Mengapa mesti terlalu pandang negatif? Astro tourist? Duit negara habis banyak.Astaghfirullah.
Wahai saudaraku, ketahuilah Dr Syeikh Muzaffar, seorang Muslim. Beliau mengakui dia merasakan dia telah berjumpa kembali 'inner soul'nya. Bukankah itu satu bukti kebesaran Allah yang mana DIa telah membuka ruang hati Dr Syeikh Muzaffar untuk mengenal PenciptaNya? Bukankah dia yang telah Allah pilih sebagai seorang Muslim untuk mungkin secara tidak langsung menyampaikan dakwah bil hal kepada astronout lain?
Apakah semestinya apabila kita tidak berpuas hati dengan satu pihak, kita hentam SEMUA apa yang pihak itu buat? Kita boycott semua program yang dia buat? Atas dasar apa kita hentam dan kita mencaci sedangkan kita hanya ada sedengkal ilmu? Silence is golden. Diam itu bijak. Kurangkan bebelan yang tidak ada ilmu, yang tidak ada asas. Bukankah lebih baik andai kita diam dan berfikir, mungkin ada benarnya. Namun sekiranya pada percaturan aqal dan melalui ilmu, kita merasakan ada yang salah, maka silakanlah membuka ruang diskusi. Sediakanlah idea yang lebih bermanfaat buat ummah.
Akhirul kalam, moga matlamat kita adalah pengabdian buat yang Satu. Buat akhawatku, jazakillahu khairan kathira. Ketahuilah, ana tidak terus pergi. Ketahuilah, doaku masih mengiringi kalian. Andai ku terjatuh, kupohon agar kalian terus bersamaku walau hanya secebis doa. Buat kalian, kuiringi rindu ini dengan doa. Moga kalian kan terus dalam perjalanan bertemuNya.
Ya Allah, sampaikanlah huluran kasih kepada mereka. Salam mawadah
2 comments:
Projek Angkasawan tidak economically effective. Daripada struktur perancangan yang tergesa-gesa memang secara jangka pendek kita memahami keperluan Angkasawan ini, bagaimana pula untuk jangka panjang? Adakah Sheikh ini akan kekal sebagai melayu pertama dan terakhir ke angkasa?
Rakyat marhaen yang lebih memerlukan budget tersebut. Lihat sahaja apabila kadar inflasi melambung tahun hadapan. Sudah pasti marhaen ini juga akan tersungkur.
Jika benar ada perancangan, sewajarnya budget sebesar itu kembali dinilai hasilnya untuk 20 tahun akan datang.
Ada perbincangan secara kasar dengan PM Dr Azmi dari UTM KL.
subhanallah
tahniah kepada adi_fimiyun atas komentar yang bernas.
maafkan ana, sekiranya ana terlepas pandang pada isu yang penting..sekiranya enta sudi berkongsi dengan kami, silakan. ana mengalu-alukan dan berlapang dada untuk perbincangan ilmiah. moga ada manfaat buat semua.
Post a Comment