November 30, 2007

"At 11:08 AM, erlina said...


Assalamualaikum wr wbI have read your risalah/sharing Diyana. Alhamdulillah I have a student that think about it, about the Allah creation in our body. If you remember in Dental basic science, You will know How Allah has created our teeth perfectly. Look at the amelogenesis, dentinogenesis for example. You will know that it is a big and complex process, and you will know Who ask the cells(Ameloblast, odontoblast, etc) to do it? So you will do your clinic responsibly. OK Diyana, Good luck, be a muslimah dentist. Wassalamualaikum wr wb



diyana said...
masya allahsubhanallah..Dr Erlina, thank you doktor for visiting this small weblog..terharu rasa atas kesudian doktor ziarah blog saya.doktor terima kasih kerana mengingatkan tentang hukum Allah.terima kasih kerana mengingatkan saya tentang kebesaran Allahmoga sentiasa dalam keberkatan Allah :)cepat pulang ke Malaysia ya doktor..rindu sungguh kepada doktor :)


1:08 AM


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, praise be to Allah, with His rahmah, He gave me the opputinity for me to review and to think hard, why am I being here. PesanNya : Kecelakaan besar bagi mereka yang tidak melakukan apa yang mereka katakan. Surah As Soff


Sudah menjadi habit agaknya, setiap bulan, saya akan membaca semula tulisan-tulisan saya berbulan-bulan sebelum ini. Sebagai satu semakan buat diri yang semakin lama semakin hidup dalam dunia 'requirement' nya sendiri. Hari-hari yang berlalu hanya mengejar 'requirement'. Jika 15 minit pesakit kelewatan saya sudah mula resah. Kerana bagi kami 15 minit itu bermakna satu tampalan yang boleh dibuat. Sekiranya pesakit membatalkan temujanji di saat akhir, jiwa rasa ingin memberontak " Ala, melepaslah satu requirement hari ini"


Astaghfirullah al adzheem. Firman Allah sbt, tidak Aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu..apakah sudah lupa tentang firman Allah ini? Sekiranya hidup dan mati ini hanya untuk dunia; pelajar pergigian dengan dunia requirementnya, businessman dengan syarikatnya, guru dengan masalah murid-muridnya, dan sebagainya maka ketahuilah kita sudah agak lari dari tujuan asal kita dijadikan.


Alhamdulillah, praise be to Him. He still give me the opputinity to review why am I being here.Praise be to Him also, He sent me a good lecturer, to remind me that I am dealing with the best creation. And praise be to Him also, He chose me to be in dentistry profession because here I can see the evidence that He is the Almighty. Thank you Allah


Ketika saya menyemak semula risalah/sharing saya, terjumpa satu komen dari seorang doktor yang cukup saya hormati. Tersentuh dengan kata-katanya, yang mengingatkan diri seorang hamba yang perlu berurusan dengan hambaNya juga. Dr Erlina SM, pakar oral biologi, salah seorang pensyarah di PPSG USM. Apa khabar doktor di Indonesia sana?Terima kasih doktor, kerana sudi menziarah blog saya.Sudi-sudilah untuk ziarah lagi ya :). We miss you lots doc :). Sudi-sudilah untuk mengingatkan kami doktor. Kami berlapang dada, insya Allah


Akhirul kalam,


Kembalikan hati pada yang berhak Allah. Lihatlah diri, kerana di situ terlalu banyak bukti kekuasaan Allah yang sering kita abaikan. Insya Allah, if He wills, I will write something about amelogenesis and dentinogenesis. Proses pembentukan enamel dan dentin. Moga diberi kesempatan olehNya. Saya juga mohon maaf, jarang benar memberi pengetahuan dan pendidikan tentang kesihatan oral. Insya Allah, saya akan cuba, kerana kepentingan kesihatan oral ini tidak boleh dipandang enteng kerana ianya salah satu nikmat Allah kepada kita. Malah rasulullah saw juga pernah mengingatkan untuk bersugi 5 waktu sehari semalam, namun kerana tidak mahu memberatkan umatnya, ianya tidak jadi hukum wajib.


Allahu 'alam.moga ada khoyr

Glosari

Amelogenesis :proses pembentukan enamel

Dentinogenesis : Proses pembentukan dentin

Enamel : Lapisan paling luar permukaan gigi

Dentin : Lapisan kedua dentin


November 23, 2007

Kempen : satu bulan satu buku



Tajuk : 12 Peribadi Cemerlang Ibadurrahman -

Ciri Yang Allah Sebutkan 1500 Tahun Lalu

Pengarang : Asy Sheikh Yusuf Qardhawi

Penerbit : Blue-T Publication

Harga : RM 20.00



Muqaddimah


Segala puji bagi Allah yang dengan limpahan nikmatNya segala amal salih menjadi sempurna, yang telah memberi petunjuk kepada kami pada agama ini. Kami tidak akan mendapat petunjuk andaikan bukan petunjuk Allah. Selawat dan salam semoga dilimpahkan kepada pemmpin para daie, dengan rahmat dan nikmat kepada pemimpin kekasih kita, Muhammad SAW, kerabat dan para sahabatnya, orang-orang yang menyeru dakwahnya, mengikuti sunnahnya dan berjihad sehingga hari kiamat, amma ba'd.


Sesungguhnya nikmat Allah yang paling agung kepada manusia ialah Dia memberinya taufik untuk merealisasikan anugerah dan sekaligus potensi dirinya untuk membela kebenaran dan bukan untuk mendukung kebatilan dan bukan di jalan taghut. Maka saya sentiasa mengucapkan puji kepada Allah dengan pujian yang sebanyak-banyaknya lagi penuh barakah, yang telah membebankan tugas kepada saya semenjak muda untuk berkhidmat kepada agamaNya, membantu dakwah dan menyampaikan risalah dengan hikmah dan contoh keteladanan yang baik serta berdebat dengan cara yang lebih baik.


Inilah ayat al-Quran yang disebutkan dalm surah al Furqan, dari ayat (63) hingga akhir surat (77). Dalam ayat-ayat ini Allah menjelaskan tanda-tanda golongan manusia pilihan ini. Allah menjadikan mereka sebagai teladan untuk diikuti dan contoh yang ditiru.


[60]Dan apabila dikatakan kepada mereka (yang musyrik itu): "Sujudlah kamu kepada Ar-Rahman (Tuhan Yang Maha Pemurah)!" Mereka bertanya: "Dan siapakah Ar-Rahman itu? Patutkah kami sujud kepada apa sahaja yang engkau perintahkan kami?" Dan perintah yang demikian, menjadikan mereka bertambah liar ingkar.


[61]Maha Berkat Tuhan yang telah menjadikan di langit, tempat-tempat peredaran bintang, dan menjadikan padanya matahari serta bulan yang menerangi.


[62]Dan Dia lah yang menjadikan malam dan siang silih berganti untuk sesiapa yang mahu beringat (memikirkan kebesaranNya), atau mahu bersyukur (akan nikmat-nikmatNya itu).


[63]Dan hamba-hamba (Allah) Ar-Rahman (yang diredhaiNya), ialah mereka yang berjalan di bumi dengan sopan santun, dan apabila orang-orang yang berkelakuan kurang adab, hadapkan kata-kata kepada mereka, mereka menjawab dengan perkataan yang selamat dari perkara yang tidak diingini;


[64]Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang tekun mengerjakan ibadat kepada Tuhan mereka pada malam hari dengan sujud dan berdiri,


[65]Dan juga mereka yang berdoa dengan berkata: Wahai Tuhan kami, sisihkanlah azab neraka Jahannam dari kami, sesungguhnya azab seksanya itu adalah mengertikan


[66]Sesungguhnya neraka Jahannam itu tempat penetapan dan tempat tinggal yang amat buruk";


[67]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah) yang apabila membelanjakan hartanya, tiadalah melampaui batas dan tiada bakhil kedekut; dan (sebaliknya) perbelanjaan mereka adalah betul sederhana di antara kedua-dua cara (boros dan bakhil) itu.


[68]Dan juga mereka yang tidak menyembah sesuatu yang lain bersama-sama Allah, dan tidak membunuh jiwa yang diharamkan Allah membunuhnya, kecuali dengan jalan yang hak (yang dibenarkan oleh syarak), dan tidak pula berzina; dan sesiapa melakukan yang demikian, akan mendapat balasan dosanya;


[69]Akan digandakan baginya azab seksa pada hari kiamat, dan ia pula akan kekal di dalam azab itu dengan menerima kehinaan, -


[70]Kecuali orang yang bertaubat dan beriman serta mengerjakan amal yang baik, maka orang-orang itu, Allah akan menggantikan (pada tempat) kejahatan mereka dengan kebaikan; dan adalah Allah Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.


[71]Dan sesiapa yang bertaubat serta beramal soleh, maka sesungguhnya (dengan itu) ia bertaubat kepada Tuhannya dengan sebenar-benar taubat;


[72]Dan mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang tidak menghadiri tempat-tempat melakukan perkara-perkara yang dilarang, dan apabila mereka bertembung dengan sesuatu yang sia-sia, mereka melaluinya dengan cara membersihkan diri daripadanya.

[73]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang apabila diberi peringatan dengan ayat-ayat keterangan Tuhan mereka, tidaklah mereka tunduk mendengarnya secara orang-orang yang pekak dan buta.


[74]Dan juga mereka (yang diredhai Allah itu ialah orang-orang) yang berdoa dengan berkata: "Wahai Tuhan kami, berilah kami beroleh dari isteri-isteri dan zuriat keturunan kami: perkara-perkara yang menyukakan hati melihatnya, dan jadikanlah kami imam ikutan bagi orang-orang yang (mahu) bertaqwa.


[75]Mereka itu semuanya akan dibalas dengan mendapat tempat yang tinggi di Syurga disebabkan kesabaran mereka, dan mereka pula akan menerima penghormatan dan ucapan selamat di dalamnya,


[76]Mereka kekal di dalam Syurga itu; amatlah eloknya Syurga menjadi tempat penetapan dan tempat tinggal.
[77]Katakanlah (wahai Muhammad kepada golongan yang ingkar): "Tuhanku tidak akan menghargai kamu kalau tidak adanya doa ibadat kamu kepadaNya; (apabila kamu telah mengetahui bahawa Tuhanku telah menetapkan tidak menghargai seseorang pun melainkan kerana doa ibadatnya) maka sesungguhnya kamu telahpun menyalahi (ketetapan Tuhanku itu); dengan yang demikian, sudah tentu balasan azab (disebabkan kamu menyalahi itu) akan menimpa kamu".


Ibadurrahman ini dinisbahkan kepada Dzat Allah Yang suci (Ar-Rahman), yang mengandung pengertian bahawa mereka adalah hamba-hamba yang layak mendapatkan rahmat Allah dan mereka yang selalu bernaung dalam rahmat ini. Rahmat memagari mereka dari arah kanan, kiri atas dan bawah.


Apakah kamu semua ingin termasuk golongan Ibadurrahman? Apakah kamu ingin menisbahkan diri kepada Allah? Apakah kamu ingin menjadi anggota bagi jemaah ini? Jika kamu menginginkan maka ketahuilah sifat dan ciri-ciri mereka. Kenalilah siapa Ibadurrahman itu dengan itu kamu terdorong untuk menjadi anggota mereka. Tetapi permasalahannya tidak pada ucapan semata. Berapa ramai yang mengatakan, "Aku termasuk Ibadurrahman", tetapi perilakunya mengatakan, "Engkau adalah ibadusy-syaitan dan bukan Ibadurrahman"


Ibadurrahman mempunyai sifat dan tanda-tanda sebagaimana yang disebutkan Allah dalam surah al-Furqaan. Maka alangkah baiknya jika kita hidup dalam rengkuhan ayat-ayat ini.


Al-Faqir ilallah
Asy Sheikh Yusuf Al Qaradhawiy

November 02, 2007

Unbreakable silence..

Bismillahirrahmanirrahim..
assalamualamualaikum wbt..

Saya tidak terus menyepi.Dalam posting sebelum ini, saya nyatakan, artikel tersebut antara pengakhiran, bukan yang terakhir. Hati menangis ketika membaca artikel seorang sahabah. Katanya :
"For my beloved sahabah,diyana and 'a sahabah'..moga kalian terus dipenuhi haruman da'wah,walau mungkin dalam wadah yang berbeza.Jadilah kita semua hamba yang terus menjadikan peng'abdian adalah matlamat"

Dan apabila terbaca lagi artikel seorang lagi sahabah, menangislah di bahuku. Diri dipukul rasa bersalah. Apa khabar akhawat sekalian? Kerana kamikah kalian menangis? Kerana kamikah segala beban terpukul di bahu kalian? Ya ukhti, maafkan diri. Diri rupa-rupanya berada dalam alam 'self centered' yang sangat tinggi, sehingga langsung melupakan jiran tetangga. Bukankah rasulullah saw sering kali bertanya khabar hatta seorang Yahudi yang sering mencaci maki baginda saw?

Jazakillah ukhti atas doa. Hati ini terus menangis apabila terbuka kalam-kalam Allah dalam surah Yusuf, di mana pesan nabi Ya'aqub kepada anak-anaknya, janganlah kamu berputus asa dari rahmat Allah, kerana orang-orang yang berputus asa adalah orang yang kafir. Na'udzubillah min dzalik

Ketika hati ini diasak keliru dan gelisah, sehingga hampir berputus asa, ketika itu Dia hadir. Dia hadirkan al quran penenang jiwa. Dia kirimkan kekuatan. Subhanallah.

Emel diterima, tentang salafi, dan sebagainya. Angkasawan juga dibangkitkan. Terlalu banyak komentar negatif. Bosan. Mengapa mesti terlalu pandang negatif? Astro tourist? Duit negara habis banyak.Astaghfirullah.

Wahai saudaraku, ketahuilah Dr Syeikh Muzaffar, seorang Muslim. Beliau mengakui dia merasakan dia telah berjumpa kembali 'inner soul'nya. Bukankah itu satu bukti kebesaran Allah yang mana DIa telah membuka ruang hati Dr Syeikh Muzaffar untuk mengenal PenciptaNya? Bukankah dia yang telah Allah pilih sebagai seorang Muslim untuk mungkin secara tidak langsung menyampaikan dakwah bil hal kepada astronout lain?

Apakah semestinya apabila kita tidak berpuas hati dengan satu pihak, kita hentam SEMUA apa yang pihak itu buat? Kita boycott semua program yang dia buat? Atas dasar apa kita hentam dan kita mencaci sedangkan kita hanya ada sedengkal ilmu? Silence is golden. Diam itu bijak. Kurangkan bebelan yang tidak ada ilmu, yang tidak ada asas. Bukankah lebih baik andai kita diam dan berfikir, mungkin ada benarnya. Namun sekiranya pada percaturan aqal dan melalui ilmu, kita merasakan ada yang salah, maka silakanlah membuka ruang diskusi. Sediakanlah idea yang lebih bermanfaat buat ummah.

Akhirul kalam, moga matlamat kita adalah pengabdian buat yang Satu. Buat akhawatku, jazakillahu khairan kathira. Ketahuilah, ana tidak terus pergi. Ketahuilah, doaku masih mengiringi kalian. Andai ku terjatuh, kupohon agar kalian terus bersamaku walau hanya secebis doa. Buat kalian, kuiringi rindu ini dengan doa. Moga kalian kan terus dalam perjalanan bertemuNya.

Ya Allah, sampaikanlah huluran kasih kepada mereka. Salam mawadah