August 31, 2007

Salam merdeka

Dengan lafaz mulia pemula kalam
Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum wbt

Salam kemerdekaan buat Malaysia ke 50. Alhamdulillah telah genap 50 tahun Malaysia meredeka dari bentuk penjajahan kolonial barat. Malaysia telah diberi peluang menjana ekonomi sendiri, telah mampu bermewah dalam segala hal, telah mampu menghasilkan orang-orang penting dalam dunia. Tahniah buat Malaysia. Alhamdulillah atas nikmat keamaanan dan keselesaan menjalankan tanggungjawab sebagai seorang 'abid di bumi Malaysia. Segala puji buatMu atas kurniaan ini.

Cumanya, terlintas dalam diri, benarkah sudah merdeka? Diri ambil contoh mudah, ketika kerja bertimbun-timbun datang mendadak, sudahkah diri benar-benar memerdekakan diri, bahawa kerja-kerja itu adalah untuk Allah? Benarkah diri sudah benar-benar merdeka dari tuntutan aqal dan persekitaran bahawa tugasan itu adalah dari Allah, namun jika demikian mengapa solat dilewatkan sehingga akhir waktu hanya kerana tugasan tersebut perlu disiapkan awal?

Dalam muhasabah diri, teringat dalam satu hadis sohih tentang golongan yang dinaungi Allah dan akan ke syurgaNya, dan orang itu adalah seorang pemuda yang diajak berzina oleh seorang perempuan, lalu ditolaknya pelawaan pemudi itu, kerana terlalu takutkan Allah. Subhanallah indahnya aqidah pemuda ini, indahnya kemerdekaan jati diri pemuda ini. Dia sudah benar-benar memerdekan dirinya daripada tuntutan nafsu yang bergelora,dia sudah benar-benar memerdekakan dirinya dari tuntutan nafsu si pemudi, dia sudah benar-benar memerdekan dirinya daripada unsur-unsur luar, dan yang paling penting sekali, dia benar-benar merdeka kerana punya ketakutan yang sangat kepada PenciptaNya.

Mari bersama kita renungi kalamullah yang sangat mulia ini:
"Tidak aku jadikan jin dan manusia melainkan untuk beribadah kepadaKu. Aku tidak meminta rezeki daripada mereka. Sesungguhanya Allah itu pemberi rezeki, kuat dan teguh" (MAKSUD SURAH ADZ DZAARIYAAT - AYAT 56 - 58)

Benarkah kita sudah benar-benar menjadi hambaNya untuk beribadah kepadaNya semata-mata?

Buat akhawat sekalian, selagi mana diri ingin menayangkan aurat pada yang bukan selayaknya, selagi itulah kita belum merdeka. Kerana kita masih dibayangi Tuhan Fesyen semasa. Sekiranya fesyen kali ini adalah jubah panjang namun kain nipis, maka kita mengikutnya. Sekiranya fesyen kali ini adalah ala-ala pakaian holliwood, selagi itulah artis-artis itu tuhan kita kerana terlalu ghairah mengikut mereka. Selagi mana mulut masih menjaja gosip panas dan umpatan-umpatan, selagi itulah diri belum merdeka kerana kita bertuhankan persekitaran. Selagi mana diri masih mengikut telunjuk kekasih, maka ketahuilah itulah tuhan kita kerana kita terlalu memelihara dirinya dari sesuatu yang tidak disukainya.

Lalu, apa sebenarnya erti kemerdekaan? Andai tuhan nafsu, tuhan syahwat, tuhan materialistik, tuhan kecantikan, tuhan ujub riya' dan sewaktu dengannya masih bersarang dalam diri? Apakah ertinya merdeka sebagai seorang hambaNya?

Merdeka seorang hamba adalah dia memerdekan dirinya dari segala sesuatu yang menyebabkan dia sebagai hambaNya menjauhi penciptaNya..da dia yakin, merdekanya adalah semata keran Rabb sekalian alam..

Allahu 'alam. Sekadar mengingati diri yang sering kali menjadikan kesibukan sebagai tuhanNya..Ya Allah, aku berlindung kepadaMu daripada mensyirikkanMu daripada sesuatu yang aku ketahui dan daripada apa-apa yang aku tidak ketahui...Ameen

August 25, 2007

Ramadhan semakin hampir



Assalamualaikum wbt..

Sedar tak sedar, beberapa hari sahaja lagi Ramadhan, bulan yang dinantikan oleh Rasulullah saw serta para salafus soleh..Dan kita pula, masih belum tersisa kemanisan ramadhan tahun lepas...Astaghfirullah adzheem...


Esok insya Allah, program CFCS (Commnity, Family Case Study). Program yang terlalu mengajar diri untuk bersabar. Bersabar dengan kerenah manusia. Pesan Rasulullah saw, ketika seorang sahabat diminta untuk diberi wasiat, lalu Rasulullah saw, berpesan janganlah marah. Lalu dipesannya tiga kali. Subhanallah, memang benar, sabar itu susah. Untuk bertenang itu juga susah, di kala semuanya kelam kabut. Namun, jika itu satu kemenangan yang besar, lebih besar daripada kemenangan di medan jihad, maka ayuh, kita rebut kemenangan itu. La Taghdob! Jangan marah. Harga kemenangan yang sangat menguntungkan, jihad nafsu.
Maka damaikanlah hati dengan zikrullah. Ala bizikrallahi totmainnal quluub. Hanya dengan berzikir hati kan tenang :)

CFCS, program yang telah dirancang sekian lama. Benar-benar menyerahkan kepada Allah kali ini. DI pihak hambaNya,usaha telah dilakukan, dan di pihak hambaNya juga, hanya dengan doa dan tawakal mengiringi langkah esok. Rabbi yassir wala tu'assir. Ya Allah, mudahkanlah segala urusan kami. Ya Allah, kami bertawakkal kepadaMu dengan usaha yang telah Kau kurniakan buat kami. Ya Allah, kami memohon dengan serendah taraf kami sebagai hambaMu yang sungguh lemah, bantulah kami...
Cumanya diri benar-benar terkilan, dengan kealpaan diri.. CFCS, boleh dibuat perancangan yang begitu rapi. Tapi, persiapan menjelang Ramadhan, tidak serapi program dunia. Tarbiyyah Ramadhan tahun lepas, tidak tersisa. Mengapa terlalu mudah nampak dunia. Kerana akhirat kita tidak nampak. Tapi orang yang bijak adalah mereka yang memandang jauh ke hadapan. Misinya jelas, visinya ke hadapan. Maka bantulah diri untuk menjadi mereka yang bijak...
3.29 am. Mata masih tidak boleh terlelap. Ada tugasan yang perlu disiapkan menjelang Ahad ini. Namun, mungkin kerana sebelum ini, urusan akhirat telah dilupakan, maka urusan dunia ini juga tergendala. Benarlah, apabila urusan akhirat didahulukan, urusan dunia akan dipermudahkan, insya Allah. Mungkin niat di hati perlu diperbetulkan.Inni solati wanusuki wamahmaya wamamati lillahi rabbil'alameen. Berhati-hatilah dengan seketul daging dalam dirimu, sekiranya baik daging itu, maka baiklah keseluruhan kamu. Dan itulah hati. Maka, jika ada sesuatu yang terasa berat, maka bertanyalah fatwa kepada si hati. Mungkin hati itu akan memberikan jawapan; " Kau menjauhi Allah". Allahu 'alam...
Buat diri, serta ikhwah wa akhawat fillah, yang cukup kukasihi (Insya Allah), ayuh, persiapkanlah rohanimu untuk menjemput tetamu kehormat kita, Ramadhan...
Moga ada khoyr, insya Allah :)
....................
Bersedialah untuk menerima hikmah yang Allah turunkan, mungkin pada awalnya pahit, namun di akhirnya, kan terasa kemanisannya..Inni tawakkaltu 'ala Allah :)

August 24, 2007

Mari Berkenalan dengan Ahlul Sunnah Waljamaah


Assalamualaikum wbt


Alhamdulillah, diberi kesempatan oleh Allah untuk menghabiskan buku "Marilah berkenalan dengan ahl sunnah wal jamaah"

Judul : Marilah berkenalan dengan ahl sunnah wal jamaah

Pengarang : Hafiz Firdaus Abdullah (Kapten Hafiz)

Penerbit : Jahabersa

Buku tentang ahl sunnah wal jamaah dari segi aqidah, akhlak, amar ma'ruf nahi munkar, politik, dan pergaulan dengan non muslim. Sebuah buku yang sangat ilmiah yang mengambil kira suasana Malaysia, (IFP, politik Malaysia, bid'ah dan sebagainya). Setiap bab aqidah, akhlak, amar ma'ruf nahi munkar, politik, dan hubungan dengan non muslim telah dikupas berdasarkan dalil yang sahih. Permasalahan banyak dikupas dengan baik oleh penulis.

Bagi diri, beberapa persoalan timbul. Mungkin perlu banyakkan membaca dan mengkaji terutama dari segi aspek politik dan pemerintahan. Ya Allah, tunjukkanlah kepadaku kebenaran dan kurniakanlah kekuatan kepadaku untuk mengikut kebenaran itu, dan nampakkanlah kepadaku jalan yang batil, dan kurniakanlah aku kekuatan untuk menjauhinya.

Moga Allah memberkati usahanya...

..........

Barakallahu lak, barakallahu lakum buat Dr Khairul Afnan dan Dr Wan Suzanne. Moga sentiasa dalam pemeliharaan Allah.

Diri benar-benar berharap agar diberi kekuatan dan kesempatan olehNya untuk mengeluarkan artikel tentang "Bagaimana membina baitul muslim mengikut ahl sunnah". Geram sebenarnya apabila ada yang mengaku abnaul haraqah, tapi masih menganggap 'couple' tidak salah. Ya Allah peliharalah diriku, keluargaku, daripada fitnah ini.

August 17, 2007

Shh

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt..

" Wahai orang-orang yang beriman, jauhilah kebanyakan dari sangkaan kerana sesungguhnya sebahagian sangkaan itu adalah dosa; dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan orang lain" al Hujurat 49:12

"sesungguhnya orang-orang yang suka dihebahkan (tuduhan atau berita) yang buruk dalam kalangan orang-orang yang beriman, mereka akan beroleh azab seksa yang tidak terperi sakitnya di dunia dan di akhirat; dan (ingatlah) Allah mengetahui (segala perkara) sedang kamu tidak mengetahui (yang demikian) al Nur 24:19

Kita terlalu cepat membuat kesimpulan, hanya berdasarkan perwatakan seseorang. Terlalu cepat berburuk sangka. Terlalu cepat menuduh. Terlalu cepat membuat sangkaan.
" Si **** tu sekejap dengan ni kejap dengan tu, dah berapa orang lelakilah agaknya dia dah tidur sama"
Astaghfirullah al adzheem..Berderau jantung saya dibuatnya apabila terdengar bualan beberapa teman.. "Hehe, macam ahli nujum ya korang ni..Tak elok tau tuduh orang..Mana kita tau, dia orang baik? :)" Saya cuba untuk membersihkan nama seseorang. Saya tahu dia artis, dan kehidupannya begitu, tapi untuk menuduh sebarangan saya rasa tidak sedap hati. Untuk menuduh tidur dengan orang lelaki sebarangan bukan akhlak kita sebagai seorang Muslim. Apa perasaan kita agaknya sekiranya kita berada di tempatnya? Mungkin dalam hatinya ada sekelumit rasa malu yang dipandang mulia oleh Allah? Siapa kita untuk menentukan sesuatu munkar yang dilakukannya tanpa kita kita lihat?

Begitu juga pandangan kita terhadap ahli politik.Tidak salah berpolitik, tapi jangan sampai taksub. Sehingga sanggup menyebarkan fitnah, si dia ni..ahli politik B rasuah, ahli politik C kaki botol entah apa-apa. Kita tidak tahu ya akhi, kita tidak tahu ya ukhti..

Bagaimana sepatutnya? Kita sepatutnya mencari bukti yang benar dahulu, bukan menuduh membuta tuli. Ketika fitnah terhadap Aisyah Ra, Allah telah berfirman agar, mencari kesahihan cerita, barulah menghukum.

Kita juga sering bersangka buruk. SMS yang tidak berbalas, lalu dituduhnya lupa kawan, teguran hemah yang cuba disampaikan, dikatanya hendak menjatuhkan, muram seseorang dan tidak terpandang rakannya yang lain, dituduh sombong. Terlalu mudah menjatuhkan hukuman, sehingga tidak lagi kisah kepada perasaan orang.

"Tidaklah (sempurna) iman seseorang kalian sehinggalah dia mencintai untuk saudaranya apa yang dia cintai untuk dirinya" HR Bukahri, Hadis no 13, Kitab Iman

Apabila melihat orang lain melakukan kesalahan, letakkanlah diri kita ditempatnya. Nescaya kita akan menghargai apabila ada orang sudi memaafkan kita serta memberi nasihat dan teguran. Ini kerana tidak ada manusia yang terlepas daripada melakukan kesalahan. Maka dengan itu maafkanlah kesalahan orang lain dan berusahalah mencari ruang menasihati dan menegurnya.

Apabila ingin membetulkan kesalahan orang lain, letakkanlah diri kita di tempatnya. Nescaya kita mengingini agar orang yang membetulkan kita melakukannya dengan cara yang tersembunyi dan hikmah. Maka dengan itu juga, betulkanlah kesalahan orang lain sama ada yang melakukan maksiat atau bid'ah secara tersembunyi, lemah lembut dan hikmah. Jangn
an menghebohkannya, bersikap keras dan kaku. (Mari berkenalan dengan ahl sunnah wal jamaah , MS 187)

Ada perkara yang perlu dilakukan terang-terangan. Membantah konsert. silakan bantah dengan terang-terangan. Tapi kesalahan peribadi, aib orang jangan dihebahkan. Takut nanti aib kita pula yang disingkap di hari kelak.

Jangan percaya pada berita karut marut. Jangan percaya pada gossip murahan. Cari dahulu kesahihan cerita sebelum membuat penilaian ke atas orang. Paling penting buat penilaian terhadap diri sebelum bersangka buruk kepada orang :)
Allahu 'alam

"Its better to keep quiet if you don't know anything.Shhhhhh" :D

August 03, 2007

(FWD) Dugaan Huluran Jabat salam vs dugaan godaan zulaikha

real source:www.faridul.wordpress.com
BERJABAT TANGAN LELAKI - PEREMPUAN

Alangkah indahnya di hari itu, andai naungan ALLAH menaungi kita. Di saat segala kepemilikan kita sudah tidak berguna. Di saat segala taulan-kenalan tidak mahu lagi bertegur sapa. Di saat "peperiksaan kehidupan" tidak mungkin diputarkan kembali waktunya. Di saat kita berhimpun untuk menghadap ALLAH, dengan qalbun saliim (hati yang bersih), berbekalkan amal-amalan kita.

Lalu, teriknya akan terasa redup, panasnya dihembusi dingin, kegelisahannya disalut ketenangan, tatkala naungan ALLAH Azza Wa Jalla mengiringi perhitungan.

"Ada tujuh golongan yang mendapat naungan ALLAH di hari yang tiada naungan melainkan naungan-Nya;
1- …….
2- …..
3- …..
4- ….
5- Seorang lelaki yang diajak bermaksiat oleh seorang wanita bangsawan dan cantik, namun ia berkata "sesungguhnya, saya takut pada ALLAH!"
6- ……
7- ……
(Hadith Riwayat Bukhari dan Muslim)

Mampukah kita segagah seorang Yusuf, tatkala digoda sang bangsawan seindah Zulaika? Gagahkah kita untuk menolak, atau menegaskan "inni akhaafuLLAH" (Sesungguhnya, saya takut pada ALLAH) tatkala "kebangsawanan" menyulitkan suasana? Semudah itukah menolak godaan sang cantik lagi jelita, sedang tatkala seorang wanita bertaraf bangsawan –mungkin saja bos kita, mungkin saja client kita- menghulurkan tangan untuk bersalaman, lalu kita pun tersungkur berbekalkan dharurat sebagai alasan?

Itulah diri kita, nyata sekali berbeza dengan Yusuf sang rupawan. Sedang huluran tangan saja tak bisa kita ketepikan, berjabat tangan berlawan jantina tak mampu kita nafikan, benar mampukah kita menolak godaan sang jelitawan, tatkala taraf "bangsawan" atau "kedudukan" menjadi semacam suatu beban yang tidak mungkin kita elakkan?

"Sesungguhnya ditusuknya kepala salah seorang di antara kamu dengan jarum besi itu lebih baik daripada ia menyentuh wanita yang tidak halal baginya."
(Riwayat Thabrani dan Baihaqi. Al-Mundziri berkata dalam "at-Targhib": "perawi-perawi Thabrani adalah orang-orang terpercaya, perawi-perawi yang sahih")

Huluran tangan pertama di saat perkenalan, pasti dituruti huluran tangan kedua di saat perpisahan, andainya anda tidak mampu menunjukkan sikap, lagi menjelaskan hukum-hakam pada mereka, agar mereka bisa memahami akan ketidak-bolehnya berjabat tangan antara lelaki dan perempuan. Lalu, dengan kefahaman itu, falsafah Islam di sebalik larangan itu, mudah-mudahan dapat difahami oleh mereka, hingga kelak jelas akan keindahan, kebijaksanaan dan kesempurnaan Islam dalam menjadi "cara dan system hidup" bukan hanya untuk umat Islam, bahkan untuk umat manusia sejagat.

Tapi, semuanya harus bermula dari kita. Keberanian kita dalam menunjukkan sikap. Kebijaksanaan kita dalam menjelaskan sikap kita itu. Dan doa kita moga petunjuk ALLAH akan dapat dialirkan dalam diri sang wanita itu, agar ia bisa memahami betapa kita menolak (untuk menjabat tangan) bukan kerana tidak menghormatinya, bahkan kerana menolak berjabat tangan dengan bukan Muhrim itu saja sudah merupakan sebuah kehormatan. Kehormatan apa yang lebih tinggi yang bisa kita berikan, jika bukan kehormatan dalam memuliakan setiap bahagian tubuhnya untuk hanya dirasmikan dan dirasai oleh seorang bergelar suami? Hingga kita bukan saja menyelamatkan "keperawaan" fizikalnya, bahkan juga "keperawaan" kehormatannya.

Terpulanglah pada anda. Jika anda merasakan dharurat itu tidak bisa dielakkan hingga tetap harus berjabat tangan –lantaran wanita itu mungkin bos anda, client anda, dan sebagainya, yang semuanya membawa kepada kesimpulan "wanita berkedudukan" atau "wanita bangsawan"- saya sudah tidak boleh lagi berkata apa-apa. Namun, saya berdoa pada ALLAH moga dikurniakan kekuatan dan keistiqamahan dalam menentukan sikap, dan terus kemaruk kepada naungan ALLAH di Mahsyar kelak.

"Sesungguhnya dunia itu manis dan hijau (indah), dan sesungguhnya ALLAH menguasakan kepada kalian untuk mengelola yang ada di dalamnya, kemudian ALLAH mengawasi apa yang kalian perbuat. Maka bertaqwalah kepada ALLAH menyangkut dunia dan wanita (yakni waspadalah terhadap fitnag wanita), kerana bencana yang pertama kali menimpa Bani Isra'il adalah kerana wanita."
(Hadith riwayat Muslim. Penerangan di dalam kurungan adalah syarah Dr. Mushthafa al-Bugha terhadap kitab Riyadhus Shalihin Imam Nawawi di dalam bukunya Nuzhatul Muttaqin)

----------------------------------------------------------------------------------------------

From: Faridul Farhan [faridul@jimahev.com]Sent: Thursday, June 28, 2007 10:46 AMTo: ' pamela.shea Subject: Apology and Clarification

Dear Mrs. Pamela, I whish you a good day and a happy living.

First of all I would like to represent my colleagues -as well as my self- to express our appreciation and gratitude to you and your staff for your warm welcome, cooperation and wonderful dinner, during our inspection at your company yesterday.

The reason I am writing you this email is to apologize if I hurt your feelings yesterday, because I didn't greet your hand for a handshake when you introduce yourself to me. However, I hope you can kindly hear my explanation on why did I not shake hands with you, so that you will understand that the reason is not because I dis-respect you, not at all, in fact it is because I respect you so much until I don't think of shaking hands with you.

As a Muslim, we are thought by our Prophet to respect human beings, especially woman. Until, when one of his companions asked him to whom we should give our love, respect and honour to, the Prophet replied; "to your mother". The companion added, "and then who?" the Prophet replied again "your mother!", and then the companion asked "and then who?" the Prophet replied "your mother!", and the companion asked again "and then who?" and the Prophet answered "your father!" This means the status of a woman in Islam is highly respected, until our top respect, love and loyalty should go to our mother, mother, mother and then only our father. Meaning a woman is 3 times greater than a man! Huge respect indeed!

Also, we believe that all women are noble and sacred persons. In Christian for example, the nuns are the ones who are placed at a noble and sacred position, until they have their own special "sacred clothes", and they live in a special place far from men because their nobleness and pureness in guarded from ever be seen by a man. Such much similar, Islam also believes that all of our woman should be noble and sacred people, until all Muslim women should wear the "sacred clothes" (if you look at a true Muslim woman's dress, isn't it quite similar to a nun? See how Islam place their woman in a very high position similar to Christian place their most noble woman which are nuns), also they should always take care of their selves from men. Therefore, in doing so, a Muslim woman should only be touch by her husband or her family. That is why I didn't shake hands with you.

We believe your beautiful, noble and glorious hands should only be "authorized" to the best person, and that should be your husband. If you have a car, a brand new Mercedes for instance, surely you would not let anybody use and drive your car except for certain persons like your husband and family. Now then, we believe that your honour and dignity is far more precious than a Mercedes car. Therefore, if a Mercedes can only be used by authorized persons, far surely your beautiful and lovely hands should only be touch by your love ones. That is an honour I am giving you, my fullest respect in regarding yourself, and any other woman as respected and priceless women, who can only be relish by a husband.

With this explanation, I hope I have clarified what happen yesterday, and hopefully you will not be upset by my actions. My actions are an act of respectfulness to you, so hopefully you would not see it the other way.

Send my warmest regards to your family and your helpful colleagues. Thank you again for your hospitality.


Thank you.

"The believers, in their love, mercy, and kindness to one another are like a body: if any part of it is ill, the whole body shares its sleeplessness and fever" -Prophet Muhammad (P.B.U.H.)

Best Regards,
Faridul Farhan Abd Wahab
Electrical Engineer
Jimah O&M Sdn. Bhd.
2 x 700MW Coal Fired Power Plant Project
PT 7308 & PT 7309,
Mukim Jimah, Daerah Port Dickson,
Negeri Sembilan Darul Khusus.
(Tel: 06-658 1158/ 06-658 1149 Ext: 1090)
Email: faridul@jimahev.com
visit http://www.harunyahya.com/