Assalamualaikum wbt
Alhamdulillah ketika bertemu sahabat fillah dalam alam YM, saya dijemput ke rumahnya www.siocakecil.blogspot.com
Saya jadi kagum dengan kehebatan Allah Subhanallah.
Moga ada manfaat
Dipetik dari
http://siocakecil.blogspot.com
Hari itu saya bertindak sebagai Ketua Pengarah untuk satu program ceramah bersama adik-adik matrik. Tajuknya ’Apa Kaitan antara Islam dan Sains’. Penceramah dari UKM juga. Seorang dari fakulti saya, seorang dari pusat pengajian umum, Dr Arip Kasmo. Rasanya mungkin ramai yang kenal nama hebat ni. Kamu boleh lawat laman web beliau di http://www.geocities.com/modal_insan/pasak.html. Yang ingin saya kongsikan adalah pengisian beliau. Sebenarnya banyak, cuma kali ini saya postkan satu dahulu.
Disebabkan saya pelajar kejuruteraan, saya mulakan dengan ketakjuban saya berkaitan di bawah. Kamu pasti tahu ini, cuma kerana saya tidak melihat sendiri sebelum ini demonstrasi oleh Dr Arip berserta nashid yang boleh membuat airmata kamu bergenang maka keterujaan saya terlebih sedikit.
Jika kamu mempunyai software khusus, kamu boleh lihat sendiri titik-titik ini akan membentuk perkataan Allah dalam tulisan Arab. Maksud saya, alif lam lam ha. Seperti di bawah.
Dr Arip juga turut sertakan contoh ‘orang gila’ yang cuba membuat satu mushaf suci seperti Al-Quran. Kamu memang akan tertegun melihat titik-titik ’surah’ tersebut di atas ’scatter graph’ ini. Bersepah-sepah. Memang layak mereka ini Allah umpamakan sebagai nyamuk. Tidak mahu memahami petunjuk-petunjuk Allah.
Kan Tuhan dah kata. Tapi ’orang gila’ itu degil.
”Bahkan mereka mengatakan: "Muhammad telah membuat-buat Al Quran itu", Katakanlah: "(Kalau demikian), maka datangkanlah sepuluh surat-surat yang dibuat-buat yang menyamainya, dan panggillah orang-orang yang kamu sanggup (memanggilnya) selain Allah, jika kamu memang orang-orang yang benar." Jika mereka yang kamu seru itu tidak menerima seruanmu (ajakanmu) itu maka ketahuilah, sesungguhnya Al Quran itu diturunkan dengan ilmu Allah, dan bahwasanya tidak ada Tuhan selain Dia, maka maukah kamu berserah diri (kepada Allah)?” (Huud : 13-14)
Maha Besar Allah.
p/s jika kamu sendiri masih ada sedikit ragu-ragu, jangan bimbang saya akan postkan lain-lain kehebatan mukjizat Rasul ini. Sekian dahulu.
No comments:
Post a Comment