Bismillahirrahmanirrahim
Assalamulakaikum
Ba'da tahmid
Syukur alhamdulillah, saya sudah memperoleh keputusan peperiksaan remedial.Alhamdulillah, segala puji bagiMu, najah dalam imtihan ini adalah daripadaMu jua. Buat teman-temanku dental, tahniah, kita kan bakal menempuh bersama perjuangan ilmu ini setahun lagi, insya Allah. Namun, jangan pandang leka dengan kejayaan ini, penuhi dadamu dengan semangat juang yg cukup tinggi di samping pengharapan kepada pertolonganNya
Alhamdulillah, dlm menempuh 3 minggu getir untuk remedial, Allah telah bukakan hijab. Dia nampakkan kelemahanku ketika peperiksaan final, agarku boleh membetulkannya kembali.
Perkara pertama silapku ialah, aku berusaha, namun usahaku hanya terlakar di atas nota-nota kecil, kefahaman dan hafalan terhadap nota-notaku. Jarang benar aku bertahajud minta segala ilmuku diberkati. Memohon pertolongan dan bantuan daripadaNya..Jarang benar aku menelefon kedua ibu bapaku meminta mereka memaafkan segala kesalahanku, dan menghalalkan segala-galanya buat ku.
Kesalahan kedua,aku terlalu yakin, aku boleh berjaya. Entah kenapa peperiksaan kali ini aku TERLAMPAU YAKIN..Jika sebelum ini aku cukup berpegang pada makna ayat kursi
"Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap-tiap sesuatu."
Aku terlupa, penggantungan aku sepatutnya sepenuhnya dengan Alah bukan sekadar usahaku yg 100%..
Jika dahulu, ketika zaman rasulullah saw, ketika mana2 peperangan jihad, para sahabat akan bangun malam, solat tahajud, berqiamulail meminta pertolongan yang sebenar-benar dari Allah..Mereka benar-benar mengikhlaskan hati untuk Allah..
Kerana mereka takut andai perjuangan mereka, adalah kerana dendam, takut sekiranya sedeqah mereka adalah untuk menunjuk-nunjuk, dan ilmu al quran mereka adalah untuk orang memuji mereka. (Maafkan ana, ana tak ingat sanad hadis ini). Lantaran keikhlasan dan ketawahu' kan mereka, Allah benar-benar membantu mereka.
Pernah juga dalam satu peperangan menentang kuffar, ketika zaman seorang khalifah, tentera yg dipilihnya bukanlah mereka yg bersungguh-sungguh berlatih sehingga ke malam hari, namun tentera yang dipilihnya adalah dari mereka yg bersungguh-sungguh bangun malam untuk bertahajud.
Masih ingat, ketika keputusan peperiksaan sebenar diumumkan, saya seperti orang gila, tidak menerima keputusan dengan hati yan cukup redha..kerana saya terlalu yakin dengan kemampuan diri, sehingga saya terlupa apabila Allah berkata "kun" maka "kun" lah jadinya..Saya terlupa..terlalu lupa..
Hari ini, alhamdulillah, keputusan dah diumumkan.Syukur kepadaNya atas kejayaan ini.Ya Allah moga kejayaan ini menjadikan aku semakin dekat denganMu
Siang tadi, bertemu doktor penasihat untuk kajian elektifku. Dia bertanya khabar. Memang dia punya sikap pengasih dan penyayang terhadap muridnya. Dia memberitahuku ttg keputusanku..Ada satu paper, yg result cukup biasa..Baru kuteringat..paper tu sekali lagi aku cukup yakin, terlalu yakin.Astaghfirullah al adzheem
Sama-sama kita muhasabah.dalam usaha kita jangan dilupa kebergantungan kepada Allah
3 comments:
dik, tu maksud ayat seribu dinar..
astaghfirullah..terima kasih ya kak?:)
alhamdulillah Allah tunjukkan kesalahan supaya diperbaiki
terima kasih kak :)
alhamdulilah..assalamualaikum.satu usaha yang baik bagi anda yang beragama islam.berada dalam medium teknologi maklumat untuk 'melawan'israel..
Post a Comment