June 22, 2007

The books you should have

Bismillahirrahmanirrahim
Assalamualaikum wbt

"Tidak beriman seseorang itu sehingga dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai saudaranya sebagaimana dia mencintai saudaranya" Hadis riwayat Bukhari dan Muslim

Kata pepatah Melayu, tak kenal maka tak cinta. Tak cinta maka tak cakna. Macam mana nak kenal kalau tak tahu menahu pasal si dia?

Palestin, sebuah kawasan suci bagi umat Islam. Kiblat yang pertama, kawasan kelahiran para anbiya',kawasan yang dijanjikan keberkatan serta kawasan sekitarnya, tempat isra' rasulullah saw, tempat dijanjikan golongan syuhada''. Cukupkah sekadar itu kita tahu tentang palestin?

Bosan..balik2 palestin..Balik perjanjian damai yang tak berdamai.. Balik2 pasal perebutan kuasa HAMAS dan FATAH. Benarkah?

Alhamdulillah, diberi kesempatan untuk menghabiskan dua buah buku tentang palestin. Buku pertama :


"Mengapa dunia tidak boleh mengiktiraf Israel"
Penulis : Hafidzi Mohd Noor
Penerbit : JIMedia

Berkisar tentang sejarah kemasukan kaum Yahudi yangpada asalnya hanyalah 3% daripada penduduk Palestin, dan akhirnya mencapai 52%. Berkisar tentang tipu helah British untuk membenarkan kemasukan pendatang Yahudi. Tentang kebangkitan rakyat Palestin (Intifadhah) dan tentang keganasan Yahudi kepada rakyat Palestin





Buku kedua

"Peluru lawan batu - Konflik Israel dan Palestin"
Penulis : Maszlee Malik
Penerbit : Karya Bestari sdn bhd


Buku ini mengandungi data yang lebih lengkap tentang sejarah Palestin, perebutan kaum Yahudi terhadap Palestin yang kononnya di atas dasar agama (sedangkan pemikir2 mereka kebanyakkannya adalah atheist. Tentang mengapa mujahid-mujahid Palestin memilih jalan untuk syahid dengan cara meletupkan diri atau lebih dikenali sebagai isytishadiayah. Dan benarkah tindakan mereka mengikut Islam. Apakah fatwa di sebalik tindakan mereka.Juga menerangkan secara terperinci segala helah-helah British dan Amerika dalam menjayakan misi Yahudi untuk mendirikan negara Israel mereka. Serta segala bentuk perjanjian damai antara Palestin dan Israel yang akhirnya pihak Israel juga yang menyalahinya. Serta memperincikan juga tentang siapa sebenarnya musuh dalam selimut dalam keadaan Palestin, Hamaskah atau Fatah.


Moga buku2 ini dapat membuatkan kita semakin cinta kepada bumi para anbiya'. Moga kita kan syahid bertemu kekasih hati di sana, yg abadi

1 comment:

Anonymous said...

assalamualaikum islam.alahamdulilah.....buku konflik palestin dan israel ini bagi saya cukup padat dan berjaya menyelinap dari segala sudut cara samada dari kacamata apa yang dikata 'pengganas'palestin dan kepimpinan palestin serta israel itu sendiri yang tercari-cari 'detik keamanan' yang belum kunjung tiba.bagi saya,orang islam keseluruhanya patut baca buku ini.saya tertarik kerana buku ini menampakan ia seperti unilateral.anda perlu memahami permasalahan konflik itu sendiri sebelum 'melulu'menunding jari mungkin.hak rakyat palestin perlu dibela.pemimpin palestin tidak bersalah dalam hal ini.dari dulu lagi.cuma mereka sentiasa ada cara mungkin atau didesak atau terdesak mahu melihat sinar keamanan itu sendiri.kerana 'cara'yang sentiasa berlainan itulah menganggarkan banyak rundingan serta masalah gagal diatasi.ditambah pula dengan sikap angkuh dan sombong pemimpin israel itu sendiri.bila kita menyelinap masuk ke dalam permasalahan kepimpinan palestin itu sendiri,tujuan mereka memang satu iaitu sebuah negara palestin yang aman.tapi itu tidak cukup bagi sebahagian kepimpinan yang lain.dan itulah yang seringkali dipergunakan oleh israel untuk memastikan 'rundingan dihentikan seketika'!..iaitu kesepakatan tidak mungkin wujud sesama mereka sedangkan yang memberi ancaman bukan yang duduk dihadapanya berbincang.apakah masalahnya disini?..sukar untuk dijelaskan.matlamat mereka berlainan.yang cuma sama hanya perkataan negara palestin itu mesti wujud.ini kurang baik untuk melawan israel yang kejam dan zalim serta angkuh.jadi,adakah anda mahu terima hakikat sebuah negara palestin 'yang kecil'?hanya semata-mata mahukan keamanan 'tajaan israel'?inilah persoalan kini.dan inilah yang seringkali ditolak terus oleh rakyat palestin keseluruhanya.dan kepimpinan sayap lain yang bukan memerintah..dan ini jugalah yang menimbulkan percakaran sesama mereka.RAKYAT PALESTIN PERLUKAN PEMBELAAN.