Halalkah duit on-call saya?
Kisah 1:
Ibu : Campurkan sahaja susu itu dengan air. Khalifah Umar tiada di sini. Tiada siapa yang nampak
Anak : Tidak boleh ibu. Itu sudah menipu
Ibu : Campurkan sahaja. Dia tiada di sini
Anak : Dia tiada di sini, tetapi Tuhan DIA memerhati apa yang saya lakukan. Amanah ini akan ditanya di Sana nanti..
Dan akhirnya, berkat rezekinya, dia peroleh keturunan yang benar-benar amanah. Khalifah Umar Abdul Aziz
Kisah 2 :
Anak : Ayah, izinkan diriku berbicara denganmu
Ayah : Tentang permasalahan apakah yang mengganggumu anakku?
Anak : Tentang diriku
Ayah : Sebentar, ayah tutupkan lampu ini dahulu
Anak : Mengapa ditutup lampu ini? Mengapa dibiarkan berbincang dalam kegelapan ayahanda?
Ayah : Kerana ini harta kerajaan. Harta ini tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya
Dan akhirnya, kepimpinan amanah ini, berjaya membuatkan tiada orang yang perlu mendapatkan zakat. Subhanallah
Kisah 3
Dr J : Do you know my friend, a friend of mine requested not to have on-calls on weekend
Dr D : Why?
Dr J : Because she will be doing on-calls 24-7 for 365 days
Dr D : Hm, and then?
Dr J : She doesn't want to claim the on-calls when she is not around. So she decided not to have on-call on weekends. bersalah dia kata
Dr D : That's so good of her :)
kisah 4 :
Dr D : Siapa on-call waktu Dr R tak de?
Dr S : Dia Dr R
Dr D : Pastu, ko amik tugas dia?
Dr S : Tak, aku tak ambil
Dr D : Dah tu? Sape on-call?
Dr S : takde sesiapa. Dia tak claim on-call waktu dia takde, walaupun atas urusan rasmi. Dia kata kalau takde officer on-call kenapa nak claim?
Subhanallah. Subhanallah. Kisah-kisah di atas kisah terpencil. dan kisah-kisah di atas melahirkan rasa hormat yang tak terhingga saya kepada mereka yang telus dan amanah ini. On-call : sesiapa sahaja boleh minta, tiada siapa tahu kita berada di situ atau tidak, tetapi amanah, Khauf terhadap Allah itu membataskan 'penipuan' yang boleh sahaja dibuat di dunia ini.
Amanah kah saya dalam tugas saya?
Rasanya pukul 8-1pm, 2.00 hingga 5.00 pm, kebanyakan antara kita tiada masalah untuk patuh
On-call?
1) Saya perlu ke Kuching untuk usrah. Dan pada waktu itu saya tiada di Sri Aman. Halalkah duit yang saya claim on-call itu? Walaupun usrah sesuatu yang benar-benar dituntut, tetapi hakikatnya, Pegawai On-call bermakna pegawai tersebut adalah doktor atas panggilan, dan sepatutnya dia berada di kawasan on-call tersebut. Jika saya tiada di Sri Aman atas urusan usrah, adalah tidak patut saya menerima on-call tersebut, kerana saya tidak ada di Sri Aman!
2) Saya pulang ke Semenanjung. Tetapi saya on-call. Amanahkah saya?
"Boleh saya bercakap dengan En A? Saya nak minta izin untuk tidak claim on-call pada hari yang saya tidak berada di Sri Aman"
"Contoh?"
"Saya akan pulang ke Semenanjung pada 19 - 28hb. Saya on-call pada 19-21, Saya sudah bertanya dengan Dr R, dan dibenarkan saya bercuti, dan saya telah inform A&E. Saya tak nak claim on-call 3 hari tersebut. Adakah akan menyebabkan kesukaran dalam transaksi kewangan on-call PTJ?"
"Tak mengapa Dr, tu yang terbaik. Terima kasih Dr :)"
Alhamdulillah. Moga tenang hati saya ini petunjuk yang benar. Kepada rakan-rakan sekalian, berwaspadalah dengan apa jua tuntutan, elaun yang kita minta. Pesan Ustaz Zaharuddin dalam salah satu artikelnya : Jika urusan itu bercampur dengan urusan peribadi jangan lah meminta tuntutan.
Pesan buat diri :
ketika rakan-rakan berkata elaun perjalanan ketika kursus induksi adalah halal untuk diminta, tetapi ingatlah, ke mana lagi yang dibawa kereta itu berjalan : The Spring, Wisma Satok. Atas urusan rasmikah kesemuanya. Tahanlah diri daripada meminta sesuatu yang kau tidak laksanakan hak yang sebenar-benar hak.
Alhamdulillah. Moga kan terus istiqamah dalam ruang lingkup amanah ini!