December 27, 2009

Men from Mars, Women from Venus Part 2

Alhamdulillah.
Buku ini saya sudah beberapa kali menghabiskan dan beberapa kali juga saya cuba mengaplikasi. Subhanallah, kadang kala orientalis barat ini lebih manusiawi buku-buku mereka. Dan setiap kali saya membaca setiap bab, saya akan cuba kaitkan dengan keperibadian Rasulullah saw, dan para isteri baginda. Buku-buku mereka kadang kala lebih teliti kajian mereka, lebih meraikan fitrah manusiawi sendiri.


"Mimpi severe periodontitis. Rasa sedih. Tak boleh focus" (Maaf, ini bukan ayat asal rakan saya, tetapi maksudnya tetap sama)

Saya tidak mengajak rakan-rakan untuk mengiyakan mimpi itu. Keyakinan pada ayat AL Quran yang bermaksud "tidak akan terjadi apa-apa di bumi dan di langit melainkan dengan izin Allah" saya pegang teguh. Tetapi saya mengajak untuk melihat fitrah manusia bernama wanita.

Menurut penulis buku ini, seorang wanita memerlukan seseorang untuk bercakap tentang masalahnya. Ketika dia bercakap, bercerita, menulis, berdoa, dia perlukan orang untuk mendengar, tidak perlu orang itu memberi penyelesaian kerana sepanjang dia bercakap otaknya sedang 'berwindow shopping' mencari penyelesaian. Penulis memberi analogi orang perempuan yang berwindow shopping, baju yang asalnya dipilih dirasakan sesuai, tapi kemudiannya dia meletak, window shopping lagi, "yeay ni yang saya berkenan", dan akhirnya dia meletak semula. Dan hingga 2 jam berwindow shopping akirnya dia jumpa penyelesaiannya. Begitu juga ketika dia bercerita, panjang jalan cerita nya hanyalah untuk dia sampai kepada satu penyelesaian

"Kau ok?" Hanya dengan satu ayat itu, rakan saya menangis teresak-esak. Saya sepanjang menelefonnya saya, tidak memberi sebarang bentuk penyelesaian, hanya sekadar "Hmm.", "k, lepas tu?", "Hmm... camne perasaan kau?", "Hmm, oh iya ke?"..'Ohh camtu", tidak ada sebarang bentuk penyelesaian. Pernah tersasul saya tersebut "Takpelah jangan layan sangat" terus dia kata "Kau tak faham, takpelah tak nak cakap lagi la"..Hmm tapi hanya dengan membuat bunyi :"hmm, hmm" dia terus bercerita. Dan ayat terakhirnya " Diyana, thanks aku dah lega. Aku just perlukan listener" ALhamdulillah. Alhamdulillah.

Seorang perempuan dia akan menulis, berdoa atau apa sahaja yang membolehkan emosinya diluahkan.

Berbeza dengan orang lelaki, apabila mereka mengalami masalah, mereka akan masyk ke gua sendiri. Menurut penulis "kaum lelaki apabila mempunyai masalah, mereka masuk ke dalam gua mereka memikirkan tentang solusi masalah mereka. Ini boleh dianalogikan seperti seekor naga, yang apabila tidak kena masa ketukan pintu gua mereka, mereka akan mengeluarkan api yang menyala". Agak lucu saya teringatkan kaum lelaki ini. Tetapi mungkin kerana ini, jika kita singkap sirah, Nabi Ibrahim AS bermunajat mencari penyelesaian siapa kah sebenarnya Tuhan nya. Nabi Muhammad SAW beruzlah di Gua Hira' mencari kebenaran hakiki. Dan ketika ini, Saidatina Khadijah RA hanya memberi sokongan dan tidak memandang rendah kepada Rasulullah SAW, kerana fitrah seorang lelaki akan rasa terhibur jika kepercayaan dan pujian diberi. They like to be a hero. Dan perkara ini diakui oleh beberapa rakan saya
"If I have problem, I won't bother with SMS, chit chatting, or anything else> I will be in a soul-searching-mode, and after that I will be ok". Menurut penulis lagi, ketika ini, kaum lelaki tidak boleh diganggu, hanya tunggu sahaja kepulangannya kerana dia akan pulang.

Itu sahaja perkongsian saya. Banyak lagi yang saya cuba untuk kongsikan.

Apapun ikutan utama kita adalah Rasulullah SAW :)

December 13, 2009

Kunampak Islam dalam Dirinya

Assalamualaikum wbt.

Terlalu lama tidak mencoret apa-apa di blog ini. Bersawang sudah! Secara jujur, untuk menulis sesuatu yang tidak saya amalkan saya memang cukup kaget. Surah As Saff antara surah-surah dalam hafalan memang sentiasa menjadi peringatan buat diri. Hadis-hadis Kekasih Allah SAW tentang mereka yang tidak melaksanakan apa yang diucap Insya Allah masih dalam ingatan, tetapi "sampaikanlah walau satu ayat" jua perlu dilaksanakan, seiringan. Ya Rabb, ampunilah segala khilaf hambaMU ini.

Alhamdulillah, hampir 3 bulan di Sri Aman. Tempat yang berSri dan Aman damai. Jam 8 malam, kebanyakan kedai sudah tutup. Ahad, jam pukul 1 petang ke atas, hanya Everrise yang buka, yang lain, biasa-biasa. Penduduk di sini, masih terjaga akhlak dan pergaulan walaupun kebanyakannya bukan beragama Islam. Masih mengucapkan terima kasih yang berkali-kali untuk setiap rawatan yang diberi.

Keadaan klinik, alhamdulillah, semua staff baik-baik. Masalah disiplin mungkin ada sedikit sebanyak (di mana-mana mugkin akan berlaku). Setiap kali saya melihat YM saya bersedih saya rasa resah, ingin juga menitis air mata melihatnya resah. Seboleh mungkin membantu. Seboleh mungkin menimba ilmu kerja-kerja pengurusan. Fail dokumen ISO sedang saya cuba fahamkan. Buku GO sudah berkali-kali saya belek, resit-resit, PG, keselamatan pekerja, kesemua sebolehnya saya cuba fahamkan. Sister Marina dan Dr Jenny banyak membantu.

Salam Maal Hijrah untuk semua :). Maaf andai terlewat. Perbaharui niat dari masa ke semasa,itu sahaja pesan saya.

Dari kecil saya banyak bergaul dengan mereka yang non-Muslim tetapi cukup tetapi ada sesuatu sudut yang saya nampak Islamnya dari mereka yang Muslim. Dia cukup amanah dengan kerja. Jam 7.40 pagi dia akan tiba, dan pulang hanya apabila jam 1.00 dan jam 5.oo. Apabila ada urusan yang perlu dia pulang awal, dia akan sedaya upaya maklumkan. Cukup beretika dan professional dalam kerja, cukup teratur percakapannya, cukup sensitif dengan persekitarannya, cukup senang diajak berbincang dan penuh dengan perancangan teliti. Dia cukup meraikan kelebihan yang staff bawahannya ada, cukup halus dan hikmah dalam teguran.

Teringat saya, dalam satu hadis " Jika kamu beriman dengan Allah dan Hari Kiamat, berkatalah yang baik-baik atau diam" Dia cukup punya akhlak sebegini. Teringat juga satu hadis " Berbuat ihsan lah. Jika kamu ingin menyembelih sembelihan, maka tajamkanlah pisaumu" Dr Yusuf Qardhawi dalam syarahannya mengatakan ini adalah isu professionalisme. Ini juga dia ada. Cukup teratur, cukup berpandangan jauh, cukup stategi, cukup peka.

"Bagimu agama kamu dan bagiku agamaku". Saya kerap berbincang tentang perbezaan agama Islam dan Kristian, ketika dia bersedih saya cuba juga membaca beberapa terjemahan ayat. Dia senyum dan dia mengangguk, tidak pula dia berbantahan dalam isu ini. Staff kami yang agamanya lain juga cukup dihormatinya. Dia sering cuba memahami seseorang dari skop orang itu sendiri. Tidak dipanjang-panjangkan.

Sungguh, saya tidak mahu berlebih-lebih; Secara jujur, mereka sebegini adalah mereka yang membuatkan hati saya lembut. Ada Islam dalam diri mereka. Ada kelebihan dalam diri mereka.

Teringat pula satu kisah antara seorang muslim dan seorang muslim
A : mek geram nar ngan miak tok. Adakah patut nya madah nama-nama oghang Sarawak tok sikda maksud langsung? Mun nya jaga solat sikboh anok mekorang kedak ya. Nya ingat mek urang tok sikda perasaan and maruah drik mpun ka?
(Saya geram dengan budak ni. Adakah patut dia kata nama-nama orang Sarawak ni tak de maksud langsung? Kalau dia jaga solat jangan mengata nama kami. Dia ingat kami tak perasaan dan maruah langsung ka"

Saya tidak kenal siapa yang dimarahnya. Tetapi besar harapan buat diri sendiri dan semua, agar benar-benar menjaga lidah yang diberi. Takut ada yang terasa.

Hanya sekadar pesan buat diri. Sekiranya akhlak mereka lebih terpuji, mengapa tidak seorang Muslim, yang segalanya dinukilkan dalam AL Quran, yang role modelnya adalah Raulullah Saw yang punya akhlak alQuran. Sungguh coretan ini hanya untuk diri dan semua sahabat muslim yang lain.

Ayuh, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhan. Perteguhkan aqidah, tambahkan ibadah, dan perhalusi akhlak kita dengan manusia, kerana Islam itu tidak hanya agama spiritual, tetapi agama universal.