April 02, 2008

To boycott or not to boycott?

Assalamualaikum wbt

Ketika pulang dari klinik, saya mengajak beberapa teman untuk makan di luar. Ketika sedang menunggu makanan dihidangkan, saya melihat preview filem-filem baru. Terlihat satu tajuk filem "Akhirat". Saya menyangkakan filem itu membawa mesej sepertimana filem Indonesia " Kiamat Sudah Dekat". Tapi setelah beberapa saat preview, saya jadi tidak sanggup melihat preview tersebut. Say berisitighfar panjang, dan saya terus mengubah kedudukan saya, daripada mengadap televisyen restoran itu dan mengadap jalan raya. Sahabat-sahabat yang terpandang juga terus menundukkan pandangan..Lega....

Dalam hati saya hanya mampu terdetik, "Apa nak jadi ni? Apa beza filem Malaysia yang agama rasminya adalah Islam, dengan filem negara barat yang tiada agama rasmi?Apakah perasaan anak pelakon utama ketika melihat ibunya berlakon seperti begitu?" Dan akhirnya, saya membuat kesimpulan, Islam di Malaysia masih belum serasmi dalam perlembagaan, dan tugas itu berbalik kepada diri sendiri, serta para daie (keseluruhan muslim adalah daie) untuk menyebarkan risalah haq ini.

Sekiranya seorang Muslim, sendiri menyebarkan pemikiran yang tidak Islam seperti dalam filem 'akhirat', dan entah apa-apa filem melayu yang hanya memburukkan Islam, bagaimana pula mereka yang tidak pernah kenal Islam secara mendalam.

Jadi ketika mana filem 'Fitna' ditayangkan, adakah perlu kita menyalahkan sepenuhnya? Kembalikan kepada diri kita, sudahkah kita bawa Islam 'as a whole', dalam diri kita, dalam keluarga kita, dalam ekonomi kita, dalam pendidikan kita, dalam ibadah kita, dalam politik kita, dalam pembangunan kita, dalam hiburan kita, dalam kemasyarakatan kita, dalam seluruhnya.

Dan ada yang bertanya, "Wajarkah kita boycott?" Pendapat peribadi saya, saya menyokong boycott. Boycott, bukanlah bererti kita menyemarakkan keganasan, atau membenarkan apa yang disampaikan oleh filem FITNA itu sendiri, tetapi sebaliknya sebagai satu bentuk penegasan, bahawa kita tidak mudah diperkotak katikkan.

Namun demikian, pendapat untuk tidak boycott juga ada benarnya. Terpulang pada ijtihad masing-masing. Namun biarlah berdasarkan ilmu ya?

Link menyatakan pendapat tentang boycott:
Wajarkah meboykot Belanda?


Pendapat tidak menyokong boycott
Fitnah filem FITNA - updated


Suggested further readings
Fitna - antara kelampauan dan kecuaian
FITNA - antara emosi dan rasional
Qaradhawi - jangan pandang enteng orang yang menyalakan api terhadap al Quran
Defending al Quran campaign

4 comments:

M Nazrul H Nazirmuddin said...

People said selected boycott ...

Ummu Yazid said...

there is another new anti Islam film released by them : AntiMuslim

strongly agreed for boycotting..
as mentioned above, we are not promoting violence by this act, bcoz, it is an econimically act, not a violence act

Anonymous said...

filem 'Akhirat' tu pasal apa?? x nak review? havent watch it since I'm not home... hurm...

Ummu Yazid said...

sila ke blog faisal tehrani.dia ada ulas sket ttg filem tu