January 26, 2007

Ayuh, berdakwahlah

"Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan, dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.Allah menjanjikan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, (akan beroleh) Syurga-syurga yang mengalir di bawahnya beberapa sungai; mereka kekal di dalamnya dan beroleh tempat-tempat yang baik di dalam "Syurga Adn" serta keredaan dari Allah yang lebih besar kemuliaannya; (balasan) yang demikian itulah kejayaan yang besar."
surah at taubah :71 &72

Di situlah selayaknya hati kita bertemu

"Andai setiap saat kau mengingati Allah, dan setiap saat itu jugalah aku mengingat Allah, maka ketahuilah kita telah menjadi satu, kerana di situlah selayak-layaknya hati-hati ini bertemu"
petikan dari novel Zaharah Muhammad, Maafkan Aku


....Ya Allah kurniakanlah kepadaku cintaMu, cinta orang-orang yang mengasihimu, cinta orang-orang yang boleh menjadikan aku lebih dekat denganMu, dan kurniakanlah kepadaku cintaMu yang lebih indah dari air dingin yang mendamaikan. Ameen Ya Rabb"

January 22, 2007

surat buat sayangku

Assalamualaikum

Khas buat adik-adik kesayangan along,

Angah, Ala, apa khabar? Lama along tak dengar suara garau angah, lama along tak dengar suara manja Ala. Rindu..rindu sangat, tapi, along tak dapat nak buat apa, along jauh…jauh sangat. Nak balik selalu macam dulu, susah.Along bukan sengaja tak nak balik, tapi bila dah naik 4th year, along kena berkejar-kejar nak cukupkan ‘requirement’ along. Kalau requirement tak cukup, along tak dapat nk jadi doktor gigi. Na’udzubillah min dzalik. Along letak harapan, along nak gunakan profession along utk meningkatkan nama agama islam. Jalannya, melalui jalan dakwah. Hubungan antara seorang doktor dengan pesakitnya sangat rapat.

Angah, Ala..along rindu..rindu sangat. Rindu nak dengar suara gemersik angah melagukan ayat-ayat suci al quran. Sayu setiap kali dengar bacaan al quran angah. Rasa hidup sikit hati. Rindu nak berdebat dengan angah, terutama tentang hak-hak wanita yang kalian perlu tahu, rindu nak dengar perancangan angah dalam membina baitul muslim.Aiwah adikku, jauh ke depan fikiranmu ya =p

Ala, rindu sangat kat lala. Suara manja tapi tak mengada-ngada lala. Rindu nak tengok wajah Ala yang khusyuk bila buat apa-apa bahan-bahan kreatif. Rindu nak tengok Ala khusyuk menghias bilik. Rindu nak tengok Ala buat apa-apa jenis kek. Nampak manja, tapi bila masa garang-garang sangat adik along yang sorang ni…

Angah, Ala..mama baru bg msg. Mama kata adik-adik along sihat. Alhamdulillah, Segala pujian bagiMu yang telah mengurniakan kesihatan. Angah cam ner duduk kat JB? Kat maktab baru? Along doakan angah dipelihara Allah. Bandar besar, cabaran besar.Tapi itulah dugaan buat insan akhir zaman. Hmm, apa yang penting, bukan kita yang diubah oleh keadaan, tapi kitalah yang mengubah keadaan. Tapikan adikku sayang, jangan takbur dengan kata-kata tersebut, mintalah pertolongan dengan Allah. Dialah yang memberi kekuatan. Carilah di kalangan sahabatmu yang mampu menegurmu, yang mampu bersamamu dalam menegakkan syiar Islam di bumi Johor. Insya Allah doa kakakmu mengiringi.

Ala, mama bagi msg tadi, katanya Ala banyak menangis minggu ni. Kenapa sayang..? Luluh hati bila baca sms mama tadi..Mama kata Ala sunyi, sunyi sebab kawan-kawan dah dapat sekolah asrama penuh. Along faham perasaan Ala, along dulu pun pernah macam tu. Apabila dapat result PMR yang cemerlang, perkara pertama Along fikirkan, Along nak keluar Sharodz. Tak nak duduk lama-lama kat Sharodz, nak larikan diri daripada bebanan sebagai seorang bekas pelajar SMKA. Tapikan, itu yang terbaik buat Along, Along dpt tawaran ke Muzaffar Syah, tapi lepas isitikharah along tolak. Dan akhirnya, along tahu itu yang terbaik. Subhanallah!!

Hmm, adik-adikku sayang..Along nak berkongsi kata-kata indah Allah, yang jadi pegangan Along. Yang selalu menghidupkan Along bila Along tak berpuas hati dengan apa-apa yang berlaku dalam hidup Along. “Boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu. Allah Mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui,’’ Al baqarah : 216

Adik-adik…Janganlah disedihkan sangat dengan sesuatu yang menimpa kalian buat masa ini. Yakinlah dengan Allah..Dia Maha Penyayang..Dia Maha Pengasih..lantaran kasiNya kepada kalian, takkan lah dibenarkannya sesuatu yang bukan yang terbaik buat kalian. Sudah pasti Dia mengaturkan sesuatu YANG TERBAIK buat kalian. Mungkin tak nampak sekarang..tapi yakinlah, insya allah ada sesuatu yang terbaik di hadapan sana.

Angah, Ala..Minggu lepas along banyak menangis. Along menangis depan doktor, Along menangis depan kawan-kawan along. Along paling banyak menangis dalam solat. Along jadi tak semangat nak teruskan dentistry. tahu kenapa? Sebabnya doktor kata, “I will not allow you to treat patient unless you finish your practise on a dummy” Aduhai, bayangkan, doktor marah along depan pesakit along. 2 sesi along hilang utk merawat pesakit. Dan 2 sesi terlalu bermakna kerana banyak prosedur yang along boleh buat. Setiap kali dengar nama doktor tu, kaki along jadi lembik, hati along jadi terlalu berdebar. Setiap kali tu juga air mata nak meleleh. Tapi, Along pegang sungguh-sungguh dengan ayat Allah tadi, mungkin itu yang terbaik utk Along, walaupun Along cukup membencinya.

Dan alhamdulillah, jika kita pegang sungguh-sungguh dengan ayat Allah, ayat-ayat Allah itulah menjadi perawat kita. Alhamdulillah adik-adikku sayang, minggu ni dah boleh rawat pesakit. Dan Alhamdulillah, my skill I proved a lot. Alhamdulillah, segala puji bagiMu Ya Rabb. Terima kasih doktor, kerana sudi menegur anak muridmu. Tanpa teguranmu, anak muridmu akan terus dalam lena.. Minggu ni juga, Allah beri peluang untuk along merawat ramai pesakit. Contohnya, sepatutnya petang tadi, partner along yang patut merawat pesakit, tapi takdir Allah, pesakit-pesakitnya tak dapat datang. Akhirnya along diberi kesempatan utk merawat pesakit. Alhamdulillah!!

Itu sekadar bukti sedikit dari kakakmu yang hina.

Adik-adik, mungkin kita terlupa akan adanya satu kuasa yang menentukan jalan hidup kita. Satu kuasa yang hanya dengan satu perkataan, mampu merubah segala-galaNya. Apabila dikataNya ‘kun’ maka ‘kun’ lah jadinya. Maka jadilah segala sesuatu. Sekelip masa. Tuppp!!Berubah!!

Adik-adikku sayang, kerana kita terlupa, kita terlupa meminta daripadaNya. Sedangkan, Dia cukup-cukup mendengar rintihan kita. Dia cukup suka mengabulkan doa hambaNya. “dan Tuhan kamu berfirman,berdoalah kamu kepadaKu,nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu.Sesungguhnya orang-orang yang takbur daripada beribadat dan berdoa kepadaKu,akan masuk neraka jahanam dalam keadaan hina” Al mu’min:60
Angah, Ala..ingatlah Allah selalu. Nescaya hatimu kan tenang. Ingatlah Allah selalu kerana itu akan menjadikan Dia lebih dekat denganmu. Ingatlah Allah selalu kerana Dia mencintai hamba yang selalu mengingatiNya. Ingatlah Dia selalu, nescaya Dia akan sering memperkenankan pintamu.

Adikku sayang, insya allah, doa kakakmu mengiringi. Yakinlah sungguh-sungguh sayangku, apa yang Dia tetapkan adalah yang terbaik. Janganlah terlalu bersedih. Jalan masih luas. Bukakan lah hatimu menerima hikmah yang terselindung.
Ana uhibbukum lillahi ta’ala.
Along yang merindui….

January 21, 2007

Hijrahkanlah anggotamu


gambar dari mfr studio

Hijrahkanlah anggota badanmu

Assalamu’alaikum

Salam Maal Hijrah.
Sedikit perkongsian dan tazkirah buat diri yang hanya hamba kepadaNya dan juga buat peringatan buat shbt sekalian.
Firman Allah swt “Dan sungguh akan Kami isikan neraka Jahanam banyak dari kalangan jin dan manusia. Mereka memiliki hati, tetapi tidak dipergunakannya untuk memahami (ayat-ayat Allah) dan mereka memiliki mata (tetapi) tidak dipergunakannya untuk melihat (tanda-tanda kebesaran Allah), dan mereka memiliki telinga (tetapi) tidak dipergunakannya (untuk mendengarkan ayat-ayat Allah), Mereka seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi. Mereka itulah orang-orang yang lengah.” Al a’raf: 178

Adakah kita juga tergolong dalam golongan yang dikatakan ‘mereka itulah seperti haiwan ternak, bahkan lebih sesat lagi’ hanya kerana kita tidak memaksa hati, telinga, mata untuk kita melaksanakan tanggungjawab kita sebagai hambaNya? Hinanya kalau Allah menempelak dengan menyamaratakan kita sebagai haiwan ternakan. Malah Allah juga merendahkan martabat manusia lebih hina dari haiwan.

Haiwan yang hidupnya hanya punya 2 motif, makan dan membiak. Adakah sama taraf kita dengan haiwan? Berbeza, terlalu beza motif manusia dan haiwan. Kita dilantik Allah sebagai khalifah yang tugas utamanya adalah utk beribadah kepadaNya dan mengatur urusan dunia agar dapat membawa rahmat (kasih sayang) ke seluruh alam. Hidup kita bukan sahaja untuk makan dan bukan sahaja untuk melempiaskan nafsu.

Firman Allah “ Sungguh, Kami telah menciptakan manusia dalam sebaik-baik kejadian. Kemudian Kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya. Kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajkan, maka mereka akan mendapat pahala yang tidak putus-putus” At Tin : 4-6

Allah telah mengangkat martabat kita. Tetapi kita jugalah yang merendahkan martabat kita. Kita jualah yang berhak mengangkat martabat kita kembali. Syaratnya, menggunakan keseluruhan anggota tubuh kita mencari redhaNya, hati, janganlah diinginkan benda yang haram, telinga dengarkanlah ayat-ayat al quran dan beramallah, mata, lihatlah kejadian alam dengan penuh keinsafan

Maka azam baru sempena hijrah ialah : BERUBAH dan BERUSAHA!!. Kerana jika kita tidak mengubah diri kita menjadi hamba yang hidupnya semata-semata mencari mardhatillah kita tak kan ke mana. “dan bahawa manusia hanya memperoleh apa yang dikerjakannya” An najm:39. Kalau hendakkan syurga, maka berubah dan berusahalah.

Ingatlah firman Allah “ dan apakah mereka tidak memperhatikan kerajaan langit dan bumi dan segala apa yang diciptakan oleh Allah, dan kemungkinan telah dekatnya waktu (kebinasaan) mereka? Lalu berita mana lagi setelah ni yang mereka akan percay?” al a’raf : 185

akhirul kalam,Selamat berhijrah ke negeri mardhatillah =)