September 23, 2006

Ramadhan,kedatanganmu dinanti, kehadiranmu dirai

















gambar-gambar dari
http://www.seni-kehidupan.blogspot.com

Ramadhan, kedatanganmu dinanti
kehadiranmu dirai
moga ramadhan kali ini membawa sinar gemilang buat iman kita

Ramadhan kareem

September 22, 2006

Belajarlah Menjadi Daie

Bismillahirrahmanirrahim.
Assalamualaikum wbt


“Dan berilah peringatan, kerana sesungguhnya peringatan itu memberi manfaat bagi orang yang beriman” Adz-Dzariyat : 55

2 bulan pertama selepas naik thn 4, ana posting surgery dan medical. 2 posting yang menjadikan ana celik mata dengan hakikat kehidupan dan hak sebagai seorang daie yang masih belum tertunai.

Rutin di HKB untuk kedua-dua posting ialah mengambil sejarah pesakit (clerking patient), melihat kemajuan tahap kesihatan pesakit, mengetahui ‘management’ pesakit di wad. Itulah rutin, pagi berjumpa dengan pesakit-pesakit, bertanya khabar, bertanya ada masalah dengan kesihatan lagi atau tidak,dan seterusnya berbincang dengan doktor tentang keadaan pesakit. Begitu juga di waktu petang

Teringat satu peristiwa ketika dua minggu terakhir posting medical. Di wad surgery disediakan bilik solat, tp di wad medical ana tak nampak bilik solat. Bg kami student, boleh solat di surau utama HKB. Ana ternampak seorang pelawat bersolat di sebelah katil pesakit. Ketika itu baru ana tersedar ana tidak pernah bertanya khabar dari segi rohani pesakit

“Makcik dah solat?” “Belum lagi doktor”
“Hmm, makcik uzur ya?” “Taklah makcik tak boleh solat.”
“Kenapa ya, makcik?” “Makcik kenaling bila bangun dari sujud”
“Kalu gitu makcik solat duduk deh?” “Makcik tak leh solat, rasa nak rebah bila nak jalan amik air semaye”
“Nk saya tlg makcik amik air semaye?” “Takpelah doktor, makcik tak cekak nok jale”

Ana berfikir,bagaimana sepatutnya ana menimbulkan kesedaran solat satu ibadah yg wajib?
Ana ke katil sebelah. Bertanya perkembangan pesakit. Bertanya soalan yang sama, tentang solat. “Mokcik tokleh solat, sbb susah nk ambil wudhu’ ada jarum kat tangan, sakit bila kena air”

Lalu baru ana tersedar, ana cukup faham tanggungjwb tentang memberi peringatan, atau kata lainnya, amar ma’ruf nahi munkar. Cukup faham kewajipan solat sebagai salah satu tanda penghambaan kepada Pencipta sekalian alam, cukup belajar teori-teori berdakwah, tp apabila terjun ke realiti sebenar, segalanya jadi kaku. Masalahnya apa? Ilmu dah ada, tp tiada praktikal

Masalahnhya, apa yang ana nampak, ana meng’exclusive’kan diri sendiri, batas pergaulan ana terlalu sempit. Akhirnya ana tidak tahu cara berdakwah yang hikmah. Tidak pandai memainkan peranan sebagai salah seorang bakal professional dalam bidang kesihatan.

Kami dah didedahkan dengan etika pesakit, cara berhadapan dan berkomunikasi dengan pesakit sejak dari tahun dua lagi.Ini bermakna sudah tiga tahun ana berhubung dengan pesakit. Barangkali ana lebih letakkan ‘differential diagnosis’, dan daripada ‘differential diagnosis’, itu perancangan rawatan akan dijalankan. Ya, masalahnya ana nampak sakit yang fizikal tetapi tidak nampak sakit dalaman pesakit. Jika dalaman tidak diubati, usahlah diharap yang luar dapat sembuh sepenuhnya.

2 faktor tersebut, pergaulan yg cukup tertutup, dan menggunakan konsep ‘treating patient base on their sign and symptoms’ menjadikan misi dakwah tertutup.

Lantaran itu, menyedari hakikat, sebagai bakal professional dalam bidang kesihatan, yang tugasnya sentiasa berhubung dengan manusia, perbetulkanlah semula misi kiti. Priotize the priority. Keutamaan kita sekarang ; meletakkan Laa Ilaha Illallah Muhammadur rasulullah dalam diri setiap pesakit yang berjumpa kita. Itu keutamaan kita!

Kepada sahabat di luar sana, antum/tunna mungkin bakal jurutera, ustaz/ustazah,pendidik,akauntan,peniaga,peguam,konsultan, dan sebagainya, luaskan skop fikiran kita. Walaupun persekitaran mungkin memerlukan antum bekerja dengan mesin, dengan komputer atau dengan buku akaun, sedarlah hakikat kita masih lagi ada hubungan dengan manusia. Belajar dan amalkanlah ilmu dakwah bermula dari sekarang. Perluaskanlah pergaulanmu, agar kau nampak bagaimana cara sebenar berdakwah, pandanglah orang sekelilingmu dengan pandangan penuh kasih dan bukannya pandangan “hai, inilah orang zaman sekarang”

Moga ada khair dalam tulisan ini
Moga sama-sama kita letakkan kalimah laa ilaha illallah muhammadur rasulullah
Kita sekadar hamba,yg tugasnya beribadah dan membawa bersama hakikat hamba dalam hati ummah.Insya allah

Allahu a’lam.

September 19, 2006

Alfatihah buat allahyarham Ahmad Idris Ahmad Helmi


Bismillahirrahmanirrahim
dengan nama Allah yg Maha Pemurah lg Maha Pengasihani

Dialah Rabb,Dialah Penguasa, Dialah Pengurus, Dialah Pentadbir seluruh alam. Subhanallah,Maha SuciNya dari segala kelemahan dan kekurangan. Allahu Akbar, Allah Maha Besar, Dialah yg punya kekuasaan, keagungan dan kekuatan. Alhamdulillah segala puji bagi Allah yg telah menurunkan nikmat islam sebagai rahmatan lil 'alamin. Subhanallah Alhamdulillah, Allahu Akbar.

Selawat dan salam ke atas junjungan besar tecinta Rasulullah Saw, para isteri baginda,keluarga baginda, para shbt, tabi'an tabii'n.

Al fatihah buat allahyarham ahmad idris ahmad helmi, saudara kami, sahabat perjuangan, yg sama2 berjuang dlmilmu pergigian. Moga rohnya tergolong dlm golongan yg Engkau redhai, Ya Rabb. Golongkanlah rohnya dalam kalangan yg beroleh nikmat dariMu, iaitu, yg terdiri drpd para anbiya', para solihin, para syuhada', dan para siddiqin.

Sesungguhnya,benarlah sabda rasulullah saw, orang yang paling bijak antara kamu adalah orang yang paling banyak mengingati mati. Apa tidaknya, kita sediakan payung sebelum hujan,ita berpulun utk sesuatu yg tidak tersangka-sangka, berpenat lelah utk misi yg jauh ke hadapan.

Benarlah,setiap yg hidup kan mati. benarlah kematian tidak mengenal siapa, tua muda, kaya, miskin. benarlah...

Namun, benarkah diri sudah bersedia mengadap Rabbul Izzati?

Aduhai diri, muhasabahlah......
Aduhai sahabt, muhasabahlah...
sejauh mana hak kita sebagai hambNya tertunai??

Ya Rabb, jangan Kau biarkan kami sendirian melayari cinta kami kepadaMu...

September 13, 2006

Dari mana,utk apa, ke mana?

Bismillahirrahmanirrahim

asalamualaikum wbt.

Alhamdulillah,masih diberi kekuatan dari yg Maha Kuat untuk 'update' blog yang dah lama sunyi.Alhamdulillah masih diberi kesedaran dariNya hakikat diri yang hanya sekadar hamba walau diri pernah jauh dariNya, alhamdulillah yang masih diberi sinar iman walau terlalu banyak hak seorang hamba tidak tertunai. Subhanallah Alhamdulillah Allahu Akbar!!

Dua bulan posting di HKB banyak mentarbiyah diri. sebulan pertama posting surgery dan bulan kedua posting medical. Hakikatnya, ana sendiri kurang faham mengapa dental student perlu ke HKB belajar apa yg medical student belajar. Masuk operation theatre (OT) keluar OT, amik sejarah pesakit, tengok perkembangan kesihatan pesakit di ward dan sebagainya, pada awalnya memang datang tanpa tujuan, sekadar memenuhkan prosedur yang perlu diketahui dan kemudian minta tandatangan dr. Mudah!

Hakikatnya, jiwa mula rasa kosong. Tiada tujuan, bangun pagi solat,then bekejar utk naik bas ke HKB jam 750am, then ke HKB dengan tujuan menjalankan kehidupan yg rutin, bosan!Terlupa setiap amal adalah ibadah, lgsung tiada keikhlasan dalam setiap saat sepanjang 2 bulan yang lepas.

Namun, ada sesuatu hikmah yang Maha Punya Ilmu singkapkan dari ana. Hakikat dari mana kita datang, untuk apa kita dijadikan,dan ke mana arah tujunya. Masih ingat lagi, ketika sedang berbincang dengan seorang rakan tentang diagnosis pesakit saya, satu kiub di ward kecoh. Dr tergopoh gapah dengan seorang pesakit. keadaan pesakit ketika itu nazak, terlalu nazak. Dr cuba masukkan oxygen,buat bantuan kecemasan, namun akhirnya, kudrat manusia manalah mampu melawan kudratNya.

Ana tergamam, tidak pernah melihat kematian di hadapan mata.Terus bertafakur, ''inikah akhiran ku?? Sempatkah aku mengucap kalimah syahadah ketika aku dijemput bertemu denganNya nanti?'' Rakan-rakan yang lain meneruskan clerking patient, ana ambil keputusan, biar segala prosedur kematian ana lihat, dari membersihkan mayat sehinggalah kepada mengkafankan mayat. Insaf sebentar..

..Kemudian leka lagi.. Insaf sebentar...leka yg berpanjangan....insaf lagi..
Teringat ketika sedang 'observe' seorang houseman buat prosedur PD (peritoneal dyaisis) satu prosedur untuk membuang lebihan air terkumpul dalam badan kerana ginjal yang tak berfungsi, pesakit masih tiada respons. Sebetulnya prosedur PD sangat sakit. bayangkan bahagian abdomen ditebuk begitu sahaja, mana tak sakit. But pt unresponse. "Makcik,rasa sakit tak??" Pt x respons. Dr kemudian terus memeriksa nadi, pernafasan...."Staff nurse tolong panggil ahli keluarga, sy nk mntk kebenaran nk intubate pt"..Setelah hmpir 10 minit berbincang dengan ahli keluarga br anak2 arwah membenarkan dr menjalankan bantuan kecemasan,tupun setelah diiberi kebenaran oleh abang yg sulung....Namun akhirnya, allahyarhamah pulang kepada yang memilikiNya..

Ana berrtanya, 'dr dah lama ke pt tak sedar?" "dlm 10 minit gak rasanya,"...Saya terdiam lagi..Sempat kah pesakit mengucapkan syahadah??

Bertafakur lagi..."Ke mana nanti orang2 yang kusayangi ketika aku dijemput? mereka tiada di sisi..aku seorang yang akan menempuhnya..."

Sedar..cukup sedar..hakikat diri sekadar seorang hamba..namun dalam tika sedar, masih lagi lalai....dunia masih jadi no satu..akhirat takcuba diletakkan dalam hati..Buktinya, perhatikanlah dalam doa...Sejauh mana kita tekankan kematian yg husnul khatimah?? Sejauh mana penghayatan doa kepada keadaan kita dalam alam kubur nanti?? Pernah kah dibayangkan dalam doa kita bangkitkanlah kami Ya Allah dalam golongan kanan yang Kau janjikan kemengana yg nyata di padang mahsyar nanti?? Pernahkah berdoa Ya Allah, ringankanlah kepada kami ketika kami dihisab..Pernahkah berdoa, Ya Allah permudahkanlah urusan kami dalam melintas titian sirat? Pernahkah berdoa, Ya Allah, pertemukanlah kami denganMu dan seluruh yg mencintaiMu...

Jika ana bertanya diri ana, ana akui ana akan jwb, jarang2...kadang terlupa.plg ada pun "Ya Allah kurniakanlah kepada kami kebahagiaan di dunia dan di akhitat"..

Lupa sungguh kitakan??
Dr mana kita dtg??
Utk Apa kita dijadikan?
Ke mana akhirnya..

Ya Allah, pandulah aku ke arah cintaMU