May 08, 2006

biarlah..

Assalamualaikum..

Dalam kekalutan masa, ana ingin meluahkan..
Persiapan menjelang peperiksaan professional 2 hanya diikuti dengan resah.
Ana sedaya upaya tidak menunjukkan di depan sahabat yg lain, agar mereka juga tidak keresahan..
Dalam keresahan yang tak tertunjuk, makin rasa rindu kepada Allah..

Ana mengulang-ngulang surah yang ana cukup cukup suka... Surah al Insaan.
Surah yang di dalamnya cukup dibayangkan keindahan syurga..
Yg di dalamnya minuman dari gelas perak yang airnya cukup suci
Yg di dalamnya sungai-sungai indah..
Yg di dalamnya damai sungguh cuacanya, tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk,
Yg di dalamnya singgahsana sutera hijau yg tebal tetai cukup halus,
Dihiasi dengan mutiara-mutiara indah...yang penuh dengan kenikmatan...

Dalam mengimpikan syurga...
Air mata berjujuran..Malu rasanya mengimpikan syurga..Air mata mula membasahi sejadah..terimbau dosa yang menggunung, terkenang perkataan yg tak selari dengan perbuatan, terbayang kealpaan yang tak sudah-sudah...tersedu kerana tiada usaha untuk ke syurgaNya...
Lalu kubiarkan air mata membasahi...

Terkenag kan nerakaNya..Lagi bertambah sendu...Biarlah..
Aduhai malu rasanya untuk mempersembahkan hati yg mazmumah..
malu rasanya ingin berjiran dengan kekasih Allah sedangkan hati kelam kelabu
malu rasanya bertemu para ahli syurga sedangkan muka kesam ..

Malu.....
Lantas kubiarkan air mata terus berjurai..
Kubiarkan hati ikut menangis..
Kubiarkan sujud penuh sayu..
Hanya dengan sedikit harapan,
Dia mendengar...
Walau kutahu..
Lebih berjuta orang merintih kepadaNya saban waktu...

Aduhai hati..
Menangislah lagi mengenangkan dosamu..
Aduhai aqal..
Menagislah kerana aqalmu kau persiakan.
Aduhai jiwa..
berlagu syahdulah andai DIA tiada di dalam hatimu.....

Astagfirullah al adzheem..

2 comments:

A person get to know life said...

Samalah diyana,ana paling suka baca surah al insan-tatkala sedih sbb dengan itu ana jadi tenang dilanda masalah dunia.Kerana ana yakin syurga itu lebih indah..

Ummu Yazid said...

teringatkan syurga Allah
hat jadi terlalu tenang
teringatkn neraka Allah
hati jadi terlalu rawan
layakkah aku ke syurgaNya?