May 26, 2006

apabila tiba masanya...ia kan tiba..(1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, ikhwah akhawaht yg ana cukup kasihi..
Maafkan ana agak lama tdak kuluahkan luahan pena.
Alhamdulillah baru mendapat keputusan Pro 2.
Alfu mubarak 'alaikum.
Alhamdulillah, ana bakal pelajar pergigian thn 4 julai ni.
Alhamdulllah, subhanallah allahuakbar!!

Tidak tahu ingin mula dari mana.
Akhirnya, ana membuat keputusan, biarlah pengalaman menerima keputusan peperiksaan dijadikan isu utama...

Usai peperiksaan, MEQ..terlalu sedih.
Paper 1, alhamdulllah, paper 2 ..terlalu sedih, kes yg jarang berlaku, shiringomyelia, endometrium adenocarcinoma..
MCQ, terlalu sedh..
OSCE..alhamdulillah terlalu bnyk bantuan Allah, hampir 50% soalan yg dibincang bersama sahabat keluar..
Clinical, alhamdulillah, pemeriksa terlalu baik..
Kes yg diterima begitu sukar, complication of DM, patient came with generelised ordema, presesnted with ascites (pengumpula cecair yg berlebihan d dlm bdn), orthopnea, shortness of breath, leg amputation, prolonged wound healing, loss of sensory..

YAKINLAH SUGGUH-SUNGGUH DENGAN AYAT NYA
setelai usai peperiksaan, ana ber'uzlah'.(mengasingkan diri)..Balik dari klinikal terus sujud, syukur kerana 2 hari ebelum exam clinical, diberi mimpi ana akan mendapat patient ascites, pagi sebelum ke klinikal, usai solat subuh, diberi ilham untuk membaca kes Diabetes Mellitus, DM (kencing manis) Subhanllah, alhamdulillah, Allahu Akbar.. Walaupun hati terlalu gundah ketika itu.Performance was very bad, i did all sorts of clumsy things in front those examiners,i can't even answer the simplest question: what is the function of albumin??

Namun, dalam rawan begitu, terngiang tazkirah yg pernah ana sampaikan di surau, ketika sahabat-sahabat terlalu rawan."sahabat, ingat, dan yakinlah sungguh2 dengan ayat seribu dinar yg sering dibaca, "barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah, Allah akan memberi rezeki yg tidak terhingga kepadanya tanpa tidak diketahui dari mana, barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, cukuplah Allah baginya, Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu"...

Benarlah, terlau mudah mengungkap nasihat, namun terlalu payah melaksanakannya.Akhirnya ana serahkan bulat kepada Allah..kerana ana yakin, rezekiNya akan dikurniakan tanpa kita tahu dari mana..Alahmdulillah ketenangan cukup dirasakan.

Usai clinical, ari ahad, menunggu keputusan tba, hari khamis, alhamdulillah, cukup tenang.ana menghabiskan masa di library, membaca tafsir fi zilal al qura.Subhanallah, makin tenang..

Akhirnya, keputusan tiba..alhamdulillah, sekali lagi cukup tenang, sahabat dental yg lain mula gelisah..
Akhirnya, jam 3.30, ketika itu ana mula kelam kabut, nak dengar result ke tak? nak dengar ke tak? akhirnya ana membuat keputusan, biarlah ana mencar jawapan di sebalik Kalam Allah..akhirnya..subhanallah, ana membuat keputusan, biarlah, apa pun, ana dah letakkan tawakkal ana padaNya sebulatnya.Biarlah DIA yg menentukan natijahnya...

Alhamdulillah terlau tenang ketika itu..Subhanallah, Alhamduliilah, AllahuAkbar!!

To be continued...

No comments: