"Sesungguhnya orang-orang yang takut kepada Tuhannya yang tidak nampak oleh mereka, mereka akan memperoleh ampunan dan pahala yang besar"67:12
April 23, 2006
Biarlah hati ini untukNya..
Assalamualaikum
Wanita solehah, hiasan dunia. Mujahidah mu'minah harapan agama. An nisa' bertaqwa, cintaNya kepada Allah. Terlalu acap, slogan tentang wanita solehah, mu'minah sejati, mujahidah bertaqwa diperdengarkan, namun, kita masih lagi kurang terkesan.Apakah kita tidak mahu mengakui kelebihan dan keisitmewaan yang Allah telah kurniakan kepada An nisa'?
Firmannya " Kami telah jadikan manusia itu sebaik kejadian.Sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-baiknya (dan berkelengkapan sesuai dengan keadaannya). Kemudian (jika dia panjang umur sehingga tua atau menyalahgunakan kelengkapan itu), Kami kembalikan dia ke serendah-rendah peringkat orang-orang yang rendah, Kecuali orang-orang yang beriman dan beramal soleh, maka mereka beroleh pahala yang tidak putus-putus." At Tin:4-6.
Jelas sudah, saudariku, kita sebaik-baik kejadian. Dan pengakhiran kita sama, kita semua akan menemuiNya, namun bezanya hadiah yang kita ingin beri balik kepada Allah, kerana rasa berterima kasih kepada Allah. Hati yang tercemar, hati yang membusuk, bernanah dengan maksiat, hati yang berulat dengan sifat mazmumah, hendakkah dipersembahkan kepada Allah, yang telah mengurniakan hadiah terbaik buat kita?
Lantaran itu teman, kumenasihati diri juga. Sedarlah, hatimu itu hanya untuk Allah. Allah lah tempat utama di hatimu.Kemudian diikuti rasulNya, dan seterusnya hatimu dimiliki oleh ibu bapamu. Usahlah dibuai mimpi cinta indah dengan orang yang tidak layak mendapat kedudukan di hatimu itu..kerana kita tahu, hati kita untuk siapa. Namun, andai ditakdirkan, hatimu dimiliki seorang ar rijal, pastikanlah ar rijal itu mampu menjadikan cintamu kepadaNya segar bugar.
Buat masa ini dan sehingga bila-bila, hatimu untuk ALLAH. Kita merindui kekasihNya kerana ALlah, dan kita mengasihi ibu bapa kita juga kerana ALLAH. Lantaran itu saudariku, yg cukup kukasihi, jgn dipersiakan tanggungjawabmu kepada ibu bapamu.Kasihilah mereka selagi hatimu punya tanggungjawab ke atas mereka.Kasihilah adik beradikmu..Kasihilah saudaramu.
Kerana, kan tiba satu masa nanti, ibu bapamu tidak lagi boleh diletakkan di tempat ketiga. Ketika itu, ALlah masih utama, rasul masih utama, suamimu pula mengantikan tempat ibu bapamu.Andai sekarang, kau tidak luahkan kasih sayangmu kepada ibu bapamu, adik beradikmu, kau akan terkilan..kerana sewaktu itu, kau perlu mengasihi suamimu.(bukanlah ini bermaksud melupakan ibu bapamu)
Sahabatku, usahlah diluahkan perasaanmu terhadap seorang lelaki yang masih belum layak memiliki hatimu. Biarlah ia menjadi rahsia, kerana apabila kau dimilikinya, kau tahu, ketika itu hatimu untuknya keranaNya. Biarlah cinta suci itu, sesuci salji putih,janganlah cemarkannya.
Sahabatku ar rijal,kupohon kepadamu, andai benar kau mengasihi kami, biarkanlah hati kami membunga dengan keindahan taman cintaNya, biarlah hati kami disirami embun segar dari kalamNya, izinkanlah rindu kami hanya untuk rasulNya, dan izinkanlah mawar mewangi di hati kami untuk ibu bapa kami. Usahlah terlalu mendesak kami untuk membongkar rahsia hati kami kepadamu, kerana kedudukan kalian di hati kami, bukan tempat pertama, bukan tempat kedua, dan bukan juga tempat ketiga....
Biarlah hati ini untukNya, kerana kupasti itulah cinta yang terlalu hakiki.
Izinkanlah ya Allah, hatiku dimilikiMu sepenuhnya..
Salam penuh mahabbah dari ana,
Pencari cinta hakiki..
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
Duhai muslimat hiasan dunia,
andai benar kau mengasihi muslimin2
maka jangan biarkan mereka lalai serta berpalit dosa lantaran dirimu.
Buat muslimin,
usahlah meminta lebih dr yang kami mampu..
Cukuplah..Allah sahaja peneman
Andai benar kalian untuk kami..
maka pasrahkan dan letaklah segala keyakinan padaNYA.
Post a Comment