March 27, 2010

Ibrah daripada alam


"[Just editted the contrast using autocontrast. No other editting was done]. I fall in love at a glance with this combination :green, red, and brown of the dying leaves and of course a mixture of variable shapes added some spice to this scenery! Subhanallah. I really love this picture." Nurul Diyana's wall photos with the caption in FB


Assalamualaikum.
Saya suka bercerita tentang alam. Saya juga tenang dengan bunyi cengkerik dan air yang mengalir. Di sana ada zikir daripada mereka Lillah. Sedikit ibrah yang saya dapat daripada alam hari ini . Gambar di atas diambil ketika pulang dari air terjun bersama staff. Hanya contrast yang diedit.Tiada unsur photoshop yang lain.

Pertama2nya : Allah berhak mencipta apa jua warna, atau bentuk atau keadaan di mana sahaja.

Kedua : dalam warna warni kehidupan kita, kita berkait rapat dengan hubungan manusia. setiap manusia memberi warna warni kepada kita, dan begitu juga kita kepada mereka.

Ketiga : jadilah seorang muslim yang outstanding seperti buah merah yang kelihatan lebih menonjol berbanding sekelilingnya walaupun dia lebih kecil.

Keempat : seperti mana rumput mati dan daun yang segar, begitu juga kita, akan tiba masa untuk kita dipanggil bertemu dengannya, tp sebelum tu jadikanlah diri bermanfaat seperti daun hijau itu..


Tangan yang menaip ini akan lebih ditanya dahulu berbanding dengan yang membacanya. Saya amat jarang bercakap tentang kerja sekarang kerana semua sedia maklum tugas pegawai pergigian adalah klinikal, admin, klinikal dan admin. Maklum dan semuanya adalah sama walau sebesar mana jawatan atau setiada mana jawatan seseorang.Klinikal, admin, klinikal, admin semuanya punya satu persamaan. MANUSIA yang warna warni. Sekadar memperingatkan diri bahawa setiap tugasan itu ibadah dan perlu dilaksanakan sebaik mungkin kerana ianya akan dibawa ke Saham Amanah Akhirat.

2 comments:

Teacher Has....... said...

Ini rupanya kisah di sebalik gambar yang lama pada profile fb awak dulu...

Semoga tenang dan bahagia selalu...

salam Ingatan...
-Cikgu_

Ummu Yazid said...

ya cikgu.ibrah daripada alam :)