October 18, 2007

Dari jauh kupohon kemaafan



Assalamualaikum wbt
Taqaaballahu minna waminkum :)
salam aidil fitri, maaf zahir batin. Kullu 'am wa antum bi khoyr

Alhamdulillah, baru sahaja tiba di rumah. 5 hari di kampung, hari raya pertama dan kedua di ulu yam selangor, hari ketiga di teluk intan dan hari raya keempat dan kelima di ipoh. Subhanallah,a lahamdulillah diberi kesempatan untuk bertemu saudara-mara. Sekiranya hari raya ini hanya dianggap sebagai adat, maka ia kan jadi satu adat untuk berhari raya dan bersuka ria. Namun, andai dititipkan hari raya ini untuk memuji kebesaran Allah, maka ia kan jadi ibadah. Andai dititipkan dalam hati, ziarah saudara mara hanya sekadara adat berhari raya, maka itulah sahaja yang dapat, raya. Namun, andai beramal dengan hadis rasulullah saw, yg bermaksud
"Sesungguhnya apabila seorang mukmin bertemu sesama mereka, kemudian memberi salam dan mengambil tangannya berjabat tangan, maka kesalahan-kesalahan keduanya berguguran seperti gugurnya daun-daun pokok." (HR at-Thabari dalam al-Ausath). Maka hulurkanlah kemaafan dengan hati yang benar-benar ikhlas, agarkan kesalahan-kesalahan kita juga kan berguguran, insya allah.


Dan, apa yang lebih penting, adalah dalam perjalanan hari raya, sudahkah kita mentadabbur kejadian alam. Perjalanan dari Kelantan pada siang hari menjadikan hati semakin sejuk dan takjub dengan ciptaan Allah. Dari KB- Gua Musang- Kuala Lipis- Bentong - Bangi - Seremban, memang menjadikan hati cukup terharu. Kejadian alam, dengan gunung-gunung yang menghijau, sungai-sungai yang masih belum tercemar, cuaca yang cukup redup mengingatkan diri dengan janji Allah tentang syurga. Mana kan mungkin disamakan syurga dunia dan syurga akhirat. Semuanya tidak sama, namun, andai alam ini mampu mengingatkan kewujudan dunia lain di sana, maka itulah lebih baik,dari langsung tidak terfikir tentang alam di sana.

Tahun ini, di selangor atau di perak, 3 soalan utama : i) Nurul, aunty nak check gigi..Gusi asyik berdarah jer.. ii) Nurul habis bila?, iii) Nurul, bila nak kahwin?

Soalan pertama dan kedua saya berlapang dada menjawab. Walaupun, saya tidak membuka cerita tentang dental, dentistry, dentist atau sebagainya yang berkaitan dengan bidang saya, saudara mara yang akan bertanya. Namun, ada sekali saya bertanya kepada Usu : "Usu, kenapa gigi Amie?" Usu tergelak besar, "Usu, ingatkan Nurul nak tanya kenapa Fahmi, Faiz lain sangat perangai.Gigi juga yang dinampaknya ya?" Saya hanya tergelak. Dalam hati, rasa malu juga, apabila saya 'compartmentalize' manusia. Saya terlupa, manusia perlu dipandang sebagai manusia..Bukan sekadar manusia yang mempunyai 'oral cavity'. Saya teringat satu peristiwa ketika saya baru memasuki fasa klinikal, ketika saya sedang membeli belah dengan mak, pantang saya bertemu dengan orang yang mempunyai masalah gigi, saya akan senyum sendirian. Mak faham, dan dia menegur "Along, can you see people without their teeth??". Terima kasih mama, kerana menegur. Apapun, manusia adalah sebaik-baik kejadian yang Allah ciptakan untuk menjadi KhalifahNya. Seorang hamba Allah.Itu yang sebaik-baik pandangan.

Berbalik kepada soalan-soalan tadi..Soalan ketiga biasanya soalan yang menyebabkan saya terkial-kial mencari jawapan. Sepanjang 23 tahun, tahun ini yang paling hangat dengan soalan ini. Saya kebiasaannya akan menjawab "Biarlah rahsia" sambil tersengih. Penat juga sebenarnya nak melayan soalan-soalan ini. Saya ada keutamaan lain buat masa ini. Pengajian saya berbaki 29 minggu lagi sehingga May 2008(insya Allah). Kesibukan sebagai pelajar tahun akhir, menyebabkan saya terlupa sebentar dengan suatu perkara yang menyempurnakan sebahagian dari iman. Lagipun, saya tidak mahu kembali kepada cinta jahilyyah. Na'udzubillah min dzalik..

Saya akui, saya perlu memikirkan perkara baitul muslim ini, namun buat masa ini, saya menyerahkan kepada kedua ibu bapa saya, kepada Unit Baitul Muslim, untuk berusaha.Daripada pihak diri, doa yang mengiringi. Dan apa yang lebih penting, hadis rasulullah saw " Sebaik-baik perempuan, ialah apabila kamu memandangnya kamu akan berasa tenteram, apabila kamu tiada, diakan menjaga maruah kamu, dan apabila kamu tiada, dia kan menjaga amanah harta kamu". Besar makna rasulullah saw. 3 perkara yang perlu benar-benar dikuasai ilmu dan amal, i) keupayaan membahagiakan orang lain, ii) keupayaan menjaga maruah diri dan orang lain, iii) keupayaan dan kefaqihan ilmu tentang harta benda. Masya Allah, perkara ini perlu direnung oleh setiap muslimah untuk menjadi sayap kiri seorang zauj. Seandai diri masih belum mampu menguasai tahap stress, adakah diri mampu untuk menjadi penyejuk mata seorang zauj?


Teringat juga dalam surah ar rum:31, yang maksudnya, telah dijadikan di antara kamu pasangan isteri-isteri kamu di kalangan kamu agar kamu berasa kasih sayang dan belas kasihan kepadanya. Baitul Muslim perkara yang bukan boleh dipandang enteng. Baitul muslim sebagai wadah untuk menyemai cinta kepada Rabb, menjadikan usrah anak-anak yang mengenal Rabb mereka, yang menyediakan persiapan generasi imama al muttaqeen (pemimpin orang yang bertaqwa), dan memelihara diri dan keluarga dari api neraka (surah at tahrim). Berat bukan? Jadi tanpa persediaan rohani, aqal dan kewangan yang rapi, baitul muslim yang diidamkan takut berkecai sahaja. Maka pimpinlah diri agar benar-benar menjadi mar'atus solihah. Dan apabila tiba masanya, ia akan sampai, insya allah :)


Off topic about jodoh, ya :). Alhamdulillah, bertemu saudara mara. Saya teringat pesan sepupu ayah, "jangan sampai anak-anak kita nanti tak kenal saudara mereka". Hmm, jangan sampai kita tidak kenal saudara sendiri. Sepupu mungkin tiada masalah, Dua pupu, makcik saudara etc? Sudahkah kita kenal saudara kita sebagaimana kita mengenali diri kita? Kesusahan saudara mara kita sudahkah kita ambil peduli dan ambil tindakan untuk menolong mereka? Sudahkah? Inilah masanya kita bertanya khabar dan membantu sedaya mungkin. Teringat dalam satu iklan petronas (rasanya), pesan iklan tersebut mengatakan "sambutlah perayaan dengan rasa persaudaraan". Teringat kepada anak kak lang (Sarah) dengan sepupu yang paling kecil (Aina Safiya), kedua-duanya berlapang dada menyuapkan mee. Subhanallah, manusia yang masih dalam fitrah, hidup mereka juga sesejuk fitrah.




Mohon diri. Ada tetamu yang ingin menziarah. Sebagai seorang Muslim, wajib menunaikan hak seorang tetamu dan memuliakan mereka :)

Diri juga mohon diri.Mungkin posting kali ini, antara posting pengakhiran hingga May 2008. Saya tidak berani mengatakan ini posting terakhir, kerana mungkin ada perkara yang perlu saya khabarkan. Doakan kami, doakan agar segala urusan kami jadi satu ibadah dan dipermudahkan Allah untuk menjadi Pegawai Pergigian menjelang May 2008 ini. Doakan kami agar kami dapat memberi yang terbaik untuk ummah. Doakan kami..doakan untuk ummah..

Kullu amun wa antum bikhoyr









October 11, 2007

Taqabballahu minna waminkum :)



assalamualaikum, salam mawaddah darisaya :)
Mohon maaf atas segala keterlanjuran kata-kata, teguran yang tidakberhikmah, ketidak upayaan saya dalam melaksanakan hak sebagai seorang sahabat Muslim, prasangka buruk yang tidak berasas, keterlanjuran dalam gurauan, hati yang terguris, perbuatanyang tidak lurus di mata..ketika alpa atau ketika sedar..mohon maaf zahir dan batin..
Banya kkan bertakbir,
memuji kebesaran Allah,
kerana memberi peluang kepada kita untuk kembali kepada fitrah dalam bulan Ramadhan,
banyakkan bertakbir,
kerana kebesaranNya menjadikan satu bulan penyucian jiwa..
Beruntunglah mereka yang menyucikan jiwa mereka :)
banyakkan bertahmid,memuji Syukur kepadaNya
kerana kemenangan jiwa melawan nafsu..slm aidil fitri :)
Taqabballa hu minna waminkumminal aidheel wal faiizeen :)
Al faqirah,

October 07, 2007

Pemurnian budaya 10 malam terakhir

Oleh: DR. ASYRAF WAJDI DUSUKI

Hari ini merupakan hari ke-25 kita
berpuasa. Sedar tidak sedar, Ramadan
yang penuh keberkatan tampak semakin
hampir ke titik penghujungnya. Umat
Islam yang benar-benar menjiwai dan
menghayati makna Ramadan pastilah
berdukac ita kerana bulan-bulan yang
mendatang pastinya tidak sama
sebagaimana keberkatan yang tersedia
untuk beribadah dengan ganjaran
berganda seperti di bulan Ramadan ini.

Apatah lagi kalau kita menginsafi
hakika t bahawa tiada jaminan bahawa
kita mampu mengecapi Ramadan pada
tahun-tahun mendatang. Sebab itulah
manusia yang berfikiran waras dan
rasional seharusnya menggunakan setiap
detik yang tersisa untuk menggandakan
amal an dan ibadah seutuhnya kepada
Allah pada hari-hari terakhir ini bagi
meraih peluang dan ruang keberkatan.

M alangnya, wujud penyimpangan budaya
yang serius di kalangan masyarakat
kita hari ini dalam amalan Ramadan
terutaman ya apabila menjelangnya
sepu luh malam terakhir. Malam-malam
yang seharusnya dihabiskan untuk
beribadah sering kali berlalu begitu
sahaja tanpa dimanfaatkan sepenuhnya
bagi mengejar keberkatan malam
lailatulqad ar.

Lebih mendukacitakan, apabila umat
bagaikan langsung tidak mengerti
hakikat beribadah di 10 malam terakhir
lantaran disibukkan dengan amalan
tradisi persiapan menyambut Hari Raya.
Lagu-lagu raya yang semakin rancak
berkumanda ng turut memuncakkan nafsu
untuk berpesta bagaikan Aidilfitiri
sudah di hadapan mata.

Budaya dan tradisi berpesta-pestaan
seperti ini pastilah bertentangan sama
sekali dengan amalan dan sunah yang
diajarkan Nabi Muhammad s.a.w.
Rasulullah sebaliknya mengajarkan
umatn ya agar melipatgandakan ibadah
pada 10 malam terakhir Ramadan
melebihi malam-malam yang lain. Dalam
satu riwayat hadis ada menukilkan:
Adala h Nabi s.a.w. beribadah dengan
lebih bersungguh-sungguh dan kuat pada
10 malam terakhir Ramadan, tidak
sebagaimana baginda beribadah di malam-
malam yang lain. (Riwayat Muslim,
Hadis No.1175).

Hak ikat yang sudah sedia termaklum, di
malam-malam terakhir terkandung satu
malam yang dipanggil lailatulqadar
ata u Malam al-Qadar yang cukup
istimewa bagaikan hadiah tidak
ternilai dari Allah buat umat Islam.
Ini disebut secara jelas dalam al-
Quran:

Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-
Quran) ini pada Malam al-Qadar. Dan
bagaimana engkau dapat mengetahui
kebesa ran Malam al-Qadar itu? Malam al-
Qadar lebih baik daripada seribu
bulan. Pada malam itu, turun malaikat
dan Jibrail dengan izin Tuhan mereka,
kerana membawa segala perkara (yang
ditakdirkan berlakunya pada tahun yang
berikut); Sejahteralah Malam (yang
berkat) itu hingga terbit fajar! (Al-
Qadr: 1-5).

Begitul ah penegasan Allah mengenai
kemuliaa n dan keberkatan malam al-
Qadar yang begitu difahami Rasulullah
yang bersungguh-sungguh melakukan
ibadah untuk mengejar lailatulqadar
ini . Disebut dalam hadis lain: “Adalah
Nabi s.a.w. beriktikaf padanya dan
berusaha mencari malam al-Qadar
darinya (malam-malam Ramadan).”
(Riway at al-Bukhari dan Muslim).

Kesu ngguhan Nabi beribadah turut
ternukil dalam hadis yang
lain: “Apabila telah masuk bulan
Ramadan, maka Nabi menghidupkan malam,
mengejutka n isterinya dan mengetatkan
kainn ya (tidak menyetubuhi isterinya
kerana amat sibuk dengan ibadat yang
khusus).” ( Riwayat al-Bukhari dan
Muslim).
<>Begitulah budaya dan amalan yang
diajarkan Nabi pada 10 malam terakhir
sebagai panduan buat umatnya.
Bayangka nlah sekiranya Nabi yang
maksum (terpelihara daripada sebarang
dosa) itu pun begitu hebat beribadah
pada malam-malam Ramadan terakhir,
pastila h kita sebagai umat yang
berterusan bergelumang dengan pelbagai
dosa dan noda sewajarnya lebih gigih
berusaha untuk mendapatkan malam al-
Qadar.

Apa yang pasti, matlamat utama kita
dalam mengejar malam al-Qadar ini
bukanlah sekadar untuk kita
mengharapkan doa kita yang bersifat
kebendaa n semata-mata dimakbulkan
Allah . Sebaliknya, matlamat untuk
mengejar malam al-Qadar adalah bagi
mendapatkan kerahmatan dan keampunan
Allah di atas segala keterlanjuran
kit a di atas muka bumi ini.

Demikian lah amalan yang diajar Nabi
tatkala ditanya isterinya Aisyah
mengenai amalan terbaik jika
memperoleh malam al-Qadar: “Berkatalah
Aisya h, wahai Rasulullah, jika aku
berkesempatan bertemu Malam Al-Qadar,
apakah yang perlu aku katakan (doa)?
Nabi bersabda: Sebutlah doa: Ya Allah
sesungguhny a Engkaulah Maha Pengampun,
dan amat suka memberi ampun, maka
berikanlah daku keampunan.

Ju steru sudah tiba masanya agar usaha
penjernihan dilakukan ke atas amalan
tradisi masyarakat kita yang tampak
begitu menyimpang daripada landasan
sunah. Umat harus disedarkan agar
dalam kesibukan mereka mempersiap
tetang ga untuk berhari raya, jangan
sampai terlepas peluang mengecap
keberkat an lailatulqadar. Umat juga
harus dipasakkan dalam jiwa dan
pemikiran bahawa 10 malam terakhir
bukan masanya untuk berpesta
sebalikn ya meningkatkan amalan ibadah
agar hidup lebih bermakna di dunia dan
akhirat kelak.
....
Please read these articles also :
Khutbah Laylatul Qadr di Masjid Durham
We Should Study Al Quran In This Ramadhan
Memburu Layla..tul Qadr di Durham
Mercun Ucapan Maaf dan Duit Raya

October 05, 2007

ekspedisi lailatul qadr


Seni Kehidupan.Com


Assalamualaikum wbt

Sudahkah ramadhan kali membawa pentarbyyahan buat diri?
Sudahkah mata berpuasa dengan sebenar puasa?
Sudahkah lidah berpuasa dengan sebenar puasa?
Sudahkah telinga sudah benar berpuasa?
Sudahkan sunnah rasulullah saw benar-benar dihidupkan?
Qiamulail sudahkah menjadi kebiasaan?
Sudahkah amarah diri sudah dikawal?
Apakah puasa kali ini sekadar penat dan lelah?

sekadar muhasabah diri

diri juga mencadangkan artikel berikut :
: Separuh Masa Kedua Piala Taqwa! :
: Lupa Tuhan lantas Lupa Diri :
:Beberapa Info Berguna Mengenai Malam Lailatul Qadr :
: Peluang 'last minute' dan Laylatul Qadr :
: Mencari Laila :
: Kawan-kawan. Meh hidupkan 10 malam terakhir ramadhan :