May 27, 2006

apabila tiba masanya...ia kan tiba..(2)

assalamualaikum..

selama 3 minggu study weeks, terasa terlalu perit, getir..Ana antara salah seorang yg cukup mudah mengalirkan air mata. Sahabat yg jarang benar ana melihat air matanya jua,jatuh melimpah. Terlalu stress, tak tergambar, ketika itu masng-masing mula membayangkan bagaimana kalau fail, bagaimana kalau kena repeat setahun, aduhai, tak terkata perasaan ketika itu. 3 har sebelum pro 2, ana diduga dengan satu ujian yg cukup menyedihkan, menangis seharian. Namun, alhamdulillah, Dia sebaik sandaran, sahabat banyak menyokong. Namun, begitu, hanya dengan mengingati Allah, hati kan jadi terlalu tenang. Sahabat-sahabat juga adalah dari Allah.

Akhirnya...apabila tiba masanya, ia kan tiba jua..
Khamis, jam 3.30 petang..
Ana seharian cukup tenang cuma sejam terakhir jadi kalut. Alhamdulllah, sahabat dental, agak kegelisahan, luluskah aku? Bagaimana kalau kena repeat setahun. Pada ana, biarlah.Biarkan Allah yg menetukan. Cukuplah ku beramal dan meyakini sepenuh hati "wamain yattakillah, yaj'alahu makhraja, wayarzuqhu min haithu la yahtasb" Barang siapa bertawakkal kepada Allah, Allah akan memberi rezeki dari yg tak terhingga. Cukuplah ar mata terlalu bnyk mengalir ketika study weeks.Cukuplah..

Debaran makin kencang.jam 3.45 kami diarahkan ke dewan kuliah 1. Pengerusi Fasa 2, tenang mengalukan kedatangan kami. "Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum & very good afternoon. I'll read the names who passed for professional 2, congratulations"."Bismillahirrahmanirrahim, Ahmad Fikri, Rosnani Mamat, Noraida Mamat, Yap Wai Ying......"

Aduh, lamanya nk tunggu nama disebut. Dewan kuliah tegang, senyap,hanya sekali sekala terdengar tepukan gemuruh bg yg lulus....
"Norhaziani, Nik Nurul Azam, Nurul Diyana Sharifudin"....

Alhamdullillah
Allahu Akbar
Subhanallah
Lantas kupeluk sahabat di sebelah..
Terima kasih Ya Allah

DEBARAN NANTI KAN LEBIH KENCANG
itulah sedikit pengalaman menerima keputusan dunia yg cukup kecil..
Namun, teringat pesan seorang senior,
"bayangkanlah ketika itu adalah hari segala keputusan, hari kiamat!!"

kegelisahan menjelang saat menerima keputusan, sukar diungkapkan.
ketika iu, terlau ramai yg sudah menumpahkan air mata..
malah ramai juga yg tidak hadir mendengar keputusan pro 2..alasan takut
waktu itu, masih boleh pilih, nk dengar ke tak.
masih boleh melarikan diri, tidak hadir pun takpe..boleh tanya akademik staff...
Berpeluh, pun cukup sedikit,
Berdebar pun tak terlawan debaran nanti..

Namun, di hari penentuan,
tiada apa yg boleh menghilangkan resah...Ketika itu terbayang, segala dosa yg terlau banyak..Ketika itu, tiada sahabat utk menghilangkan suram, ketika itu malu terlau menguasai diri, ketika itu sahabat karib sendiri menyalahkan diri, ketika itu debaran terlalu cepat, sehingga dirasakan nk terburai jantung..
peluh terlalu banyak..tenggelam dalam peluh sendiri..
Ketika itu tak sempat nk dengar nama orang lain disebut ke tak..yg penting dir sendiri..

Apabila dibangkitkan dengan satu tiupan sangkakala, kita akan dibiarkan bertahun-tahun, mencongak-congak luluskah aku,menghitung dosa sendiri, menduga adakah amal sudah cukup, memikirkan aku kah ahli neraka???
Argh..ketika itu...na'udzubillah min dzalik..Golongkanlah diri kami dari seksaan nerakamu..

Akhirnya..
Kitab amal diberi...
Kanan atau kiri...
Syurga atau neraka...
Dan akhirnya...
Itulah keputusan yg hakiki
Ketika itulah sesalan tiada berguna...air mata taubat tiada lagi nilainya...Ketika itulah sahabat jadi musuh..ketika itulah keluarga tercinta menyalahkan diri...ketika itulah....bermandikan peluh..ketika itulah panas mentari sejengkal cuma..............


.........Astaghfirullahal adzheem.....

JADIKANLAH SEGALANYA PERSIAPAN UNTUK ESOK..
lantaran itu, bersiaplah untuk esok...Selepas peperiksaan, bukan masanya utk kita menghabiskan cd yg belum tertengok, bukan masanya untuk kita keluar membeli belah, bukan masanya juga untuk santai ria..kerana perjuangan kita bukan sekadar di dewan peperiksaan..
perjuangan masih jauh..
Jadikanlah SEGALANYA SEBAGAI PERSIAPAN UNTUK HARI ESOK..berjuanglah kepada agamaNya, agar dengan itu, perjuangan ini kan dihadiahkan sebuah syurga yg terlalu indah..Subhanallah..tulah kemenangan hakiki..


Ya Allah, jadikanlah kami hambaMu yg bersyukur, baik dalam susah, baik dalam sukar..
Ya Allah, Engkau Maha Mengetahui kelemahan kami, maka kuatkanlah kekuatan kami dengan Akbar Mu ya Allah....

Subhanllah, Alhamdulillah, Allahu Akbar.......

Lantas ku sujud syukur...atas nikmat ini..jgn jadikan ku hambaMu yg melupakanMu walau sesaat.........

Subhanallah, alhamdulllah , allahuakbar

Benarlah apabila tiba masanya ia kan tiba jua..

May 26, 2006

apabila tiba masanya...ia kan tiba..(1)

Bismillahirrahmanirrahim..

Assalamualaikum, ikhwah akhawaht yg ana cukup kasihi..
Maafkan ana agak lama tdak kuluahkan luahan pena.
Alhamdulillah baru mendapat keputusan Pro 2.
Alfu mubarak 'alaikum.
Alhamdulillah, ana bakal pelajar pergigian thn 4 julai ni.
Alhamdulllah, subhanallah allahuakbar!!

Tidak tahu ingin mula dari mana.
Akhirnya, ana membuat keputusan, biarlah pengalaman menerima keputusan peperiksaan dijadikan isu utama...

Usai peperiksaan, MEQ..terlalu sedih.
Paper 1, alhamdulllah, paper 2 ..terlalu sedih, kes yg jarang berlaku, shiringomyelia, endometrium adenocarcinoma..
MCQ, terlalu sedh..
OSCE..alhamdulillah terlalu bnyk bantuan Allah, hampir 50% soalan yg dibincang bersama sahabat keluar..
Clinical, alhamdulillah, pemeriksa terlalu baik..
Kes yg diterima begitu sukar, complication of DM, patient came with generelised ordema, presesnted with ascites (pengumpula cecair yg berlebihan d dlm bdn), orthopnea, shortness of breath, leg amputation, prolonged wound healing, loss of sensory..

YAKINLAH SUGGUH-SUNGGUH DENGAN AYAT NYA
setelai usai peperiksaan, ana ber'uzlah'.(mengasingkan diri)..Balik dari klinikal terus sujud, syukur kerana 2 hari ebelum exam clinical, diberi mimpi ana akan mendapat patient ascites, pagi sebelum ke klinikal, usai solat subuh, diberi ilham untuk membaca kes Diabetes Mellitus, DM (kencing manis) Subhanllah, alhamdulillah, Allahu Akbar.. Walaupun hati terlalu gundah ketika itu.Performance was very bad, i did all sorts of clumsy things in front those examiners,i can't even answer the simplest question: what is the function of albumin??

Namun, dalam rawan begitu, terngiang tazkirah yg pernah ana sampaikan di surau, ketika sahabat-sahabat terlalu rawan."sahabat, ingat, dan yakinlah sungguh2 dengan ayat seribu dinar yg sering dibaca, "barangsiapa yg bertawakkal kepada Allah, Allah akan memberi rezeki yg tidak terhingga kepadanya tanpa tidak diketahui dari mana, barangsiapa yg bertaqwa kepada Allah, cukuplah Allah baginya, Allah Maha Berkuasa ke atas sesuatu"...

Benarlah, terlau mudah mengungkap nasihat, namun terlalu payah melaksanakannya.Akhirnya ana serahkan bulat kepada Allah..kerana ana yakin, rezekiNya akan dikurniakan tanpa kita tahu dari mana..Alahmdulillah ketenangan cukup dirasakan.

Usai clinical, ari ahad, menunggu keputusan tba, hari khamis, alhamdulillah, cukup tenang.ana menghabiskan masa di library, membaca tafsir fi zilal al qura.Subhanallah, makin tenang..

Akhirnya, keputusan tiba..alhamdulillah, sekali lagi cukup tenang, sahabat dental yg lain mula gelisah..
Akhirnya, jam 3.30, ketika itu ana mula kelam kabut, nak dengar result ke tak? nak dengar ke tak? akhirnya ana membuat keputusan, biarlah ana mencar jawapan di sebalik Kalam Allah..akhirnya..subhanallah, ana membuat keputusan, biarlah, apa pun, ana dah letakkan tawakkal ana padaNya sebulatnya.Biarlah DIA yg menentukan natijahnya...

Alhamdulillah terlau tenang ketika itu..Subhanallah, Alhamduliilah, AllahuAkbar!!

To be continued...

May 25, 2006

cahaya Allah pasti bersinar

assalamualaikum

ana tersentuh membaca nukilan ini..
Semoga cahaya islam kan terus bersinar, Insya Allah
Moga kita dapat manfaat dari nukilan saiful islam ini:
click here

May 21, 2006

Qudwah-Sayyid Qutub

SYED QUTB
LATAR BELAKANG KELUARGA

Syed Qutb dilahirkan pada 9 Oktober 1906 di sebuah kampung di wilayah Assyut, Mesir. Beliau mendapat didikan awal di rumah daripada kedua ibu bapanya yang kuat beragama. Sewaktu berusia 6 tahun, beliau dihantar ke sekolah rendah di kampungnya. Sewaktu berusia 7 tahun, beliau mula menghafal al-Qur’an. Sewaktu usianya 10 tahun, beliau telah berjaya menghafalnya.

KEHIDUPAN AWAL DI QAHIRAH

Sewaktu berusia 15 tahun, Syed Qutb mulai berhijrah ke kota Qahirah. Di sini beliau telah memasuki Sekolah Perguruan Abdul Aziz. Setelah menamatkan pengajian, beliau segera bertugas mengajar di sebuah sekolah rendah. Walaupun hatinya memberontak untuk meneruskan pengajian, namun beliau terpaksa memendamkan hasrat hatinya kerana terpaksa menyara hidup keluarganya, lantaran bapanya telah meninggal dunia semasa Syed Qutb sedang menuntut di sekolah perguruan.

Pada tahun 1928, sewaktu berusia 22 tahun, Syed Qutb menyambung semula pengajiannya. Beliau memasuki sekolah persediaan untuk memasuki Darul Ulum, Universiti Qahirah. Pada tahun 1930 beliau diterima memasuki Darul Ulum mengikuti pengajian Bahasa Arab dan Ulum al-Syari’ah.

Setelah menamatkan pengajian di Darul Ulum, beliau bertugas sebagai Nazir di Kementerian Pendidikan Mesir. Sebagai seorang pegawai kerajaan, beliau serius dalam menjalankan tugasnya. Beliau merancang berbagai pembaharuan di Kementerian Pendidikan. Oleh itu beliau melakukan kajian demi kajian serta mengemukkaan cadangan tanpa menghiraukan risikonya. Selain daripada terlibat dalam bidang pendidikan, beliau juga berminat dengan politik dan dunia penulisan. Beberapa pandangan politiknya yang tidak selari dengan polisi kerajaan telah dimuatkan di dalam beberapa majalah. Ini menimbulkan kemarahan kepada Menteri Pelajaran, lantas mengarahkan agar Syed Qutb dihantar “berkursus” di Amerika Syarikat.

Sementara dalam bidang penulisan, pada peringkat awalnya beliau lebih berminat dengan bidang kesusasteraan sehingga menjadi salah seorang sasterawan Mesir yang terkenal.
Bagaimanapun, semenjak awal dekad 1940-an, satu era baru telah bermula dalam kehidupan Syed Qutb. Era ini boleh dikatakan sebagai era kesedarannya kembali kepada Islam. Namun pada peringkat ini beliau masih bergerak secara peribadi dalam usahanya menegakkan nilai-nilai Islam. Di dalam penulisan, beliau mula menulis suatu rencana bersiri, kemudian dibukukan dengan tajuk “At-Taswir Fanni Fil Qur’an” pada tahun 1939. Tulisan ini mengupas keindahan dan kesenian yang terdapat di dalam ayat-ayat al-Qur’an. Pada tahun 1945 beliau menulis sebuah buku bertajuk “Masyahidul Qiamah Fil Qur’an”. Kedua-dua penulisan itu telah menemukan semula dirinya dengan didikan asas agama oleh kedua orang tuanya sewaktu kecil dahulu.

Seterusnya pada tahun 1948, Syed Qutb telah menghasilkan sebuah buku kemasyarakatan Islam berjudul “Al-Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”. Menerusi buku ini, Syed Qutb menyatakan dengan jelas bahawa keadilan masyarakat sejati hanya akan tercapai apabila melaksanakan sistem Islam.

SYED QUTB BERSAMA IKHWAN AL-MUSLIMIN

Peringkat terakhir daripada perjalanan hidup Syed Qutb bermula daripada tahun 1951, tahun penyertaannya ke dalam jama’ah Ikhwan al-Muslimin, sehingga ke tahun kesyahidannya tahun 1966. Bagi Syed Qutb, tempoh itu sangat penting baginya. Beliau sendiri menganggap tahun 1951 sebagai tahun kelahirannya semula.
Syed Qutb menyertai jamaah Ikhwan al-Muslimin, dua tahun sesudah kematian pengasasnya Imam al-Syahid Hassan al-Banna pada tahun 1949. Mereka berdua tidak pernah bertemu walaupun dilahirkan di tahun yang sama 1906, dan dididik di tempat yang sama, di Darul Ulum.
Namun di antara mereka mempunyai kesatuan jiwa dan wahdatul-fikr. Bagi Hassan al-Banna setelah membaca buku “Al-’Adalah Al-Ijtima’iyyah Fil Islam”, karangan Syed Qutb, beliau menganggap pengarangnya (Syed Qutb ) adalah sebahagian daripada kita ( Al-Ikhwan ). Seterusnya Imam al-Banna telah menyakinkan para pemuda Ikhwan bahawa “orang ini” (Syed Qutb) akan menyertai al-Ikhwan tidak lama lagi.

Syed Qutb juga mempunyai perasaan yang sama terhadap Hassan al-Banna. Malah kematian al-Banna sangat terasa kepadanya walaupun beliau belum pernah bersama dengan al-Banna. Berita kematian al-Banna diterimanya dengan perasaan tragis sewaktu berada di sebuah hospital di Amerika Syarikat. Berbeza dengan sikap orang-orang Amerika yang bergembira dan bagaikan berpesta menyambut berita tersebut.
Sekembalinya dari Amerika Syarikat, Syed Qutb terus mengkaji kehidupan al-Banna dan membaca seluruh risalah karangannya. Beliau akhir menemui suatu “kebenaran” yang wajib diperjuangkan. Seterusnya beliau berjanji dengan Allah untuk memikul amanah perjuangan Hassan al-Banna.

Oleh itu, pada tahun 1951 Syed Qutb dengan rasminya menyertai Ikhwan al-Muslimin. Pada tahun 1952, beliau dipilih menganggotai Maktab Irsyad dan dilantik mengetuai Lujnah Dakwah. Selepas peninggalan al-Banna, Ikhwan masih bertenaga kerana memperolehi saf kepimpinan yang berwibawa untuk meneruskan kepimpinan. Mereka adalah Hasan Hudhaibi sebagai Mursyidul Am, Abdul Qadir Audah sebagai Setiausaha Agung dan Syed Qutb sendiri yang mengetuai Lujnah Dakwah, dianggap sebagai “ideolog” kepada Ikhwan al-Muslimin.
Sepanjang tempoh memimpin Lujnah Dakwah, Syed Qutb telah menghasilkan beberapa karya yang berasaskan dakwah dan pemikiran Aqidah Islam. Antaranya ;1- Hadha al-Din.2- Al-Mustaqbal li hadha al-Din.2- Khasa’is al-Tasawwur al-Islamiyy.3- Maalim fi al-Tariq.5- Tafsir Fi Zilal al-Qur’an.

Mesej utama yang ditekankan oleh Syed Qutb di dalam penulisannya ini ialah konsep al-Tauhid dari sudut al-Uluhiyyah. Menurutnya kemuncak kepada Tauhid Uluhiyyah Allah swt. ialah hakNya dari sudut al-Hakimiyyah dan al-Tasyri’. Menurutnya lagi bahawa ikrar Lailaha ilalLah adalah pernyataan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang berkuasa di atas muka bumiNya. Maka seluruhnya itu mesti dikembalikan kepada hakNya.

Pada bulan Julai 1952, satu peristiwa bersejarah berlaku di Mesir iaitu “Revolusi Julai 1952″. Revolusi ini menggulingkan pemerintahan beraja Mesir, dijayakan oleh gerakan “Dubbat al-Ahrar” pimpinan Kolonel Jamal Abdul Naser dengan kerjasama Ikhwan al-Muslimin.
Sesudah revolusi, Syed Qutb telah ditawarkan dengan jawatan Menteri Pelajaran Mesir. Syed Qutb terlebih dahulu meminta jaminan daripada pemimpin Majlis Revolusi yang diketuai oleh Jamal Abdul Naser dan Anwar Sadat, bahawa Kerajaan Revolusi Mesir akan melaksanakan pemerintahan berdasarkan syariat Islam. Bagaimanapun mereka menolaknya untuk melaksanakan pemerintahan Islam. Berdasarkan kepada penolakan tersebut, Syed Qutb merasakan perkara tidak baik akan berlaku.

Sejarah membuktikan apa yang dibimbangkan oleh Syed Qutb memang terjadi. Pada13 Januari 1954, Kerajaan Revolusi Mesir telah mengharamkan Ikhwan Muslimin dan para pimpinannya telah ditangkap di atas tuduhan gerakan Ikhwan sedang merancang hendak menggulingkan kerajaan revolusi, satu tuduhan yang tidak pernah dibuktikan di mahkamah. Ekoran daripada itu tujuh orang pimpinan tertingginya dijatuhi hukuman mati, termasuk Hasan Hudhaibi, Abdul Qadir Audah dan Syeikh Mohamad Farghali,ketua sukarelawan Mujahidin Ikhwan al-Muslimin di dalam Perang Suez 1948. Bagaimanapun hukuman terhadap Hasan Hudhaibi dipinda kepada penjara seumur hidup dan Syed Qutb pula dihukum penjara lima belas tahun dengan kerja berat.

Pada tahun 1964, Syed Qutb telah dibebaskan di atas permintaan peribadi Abdul Salam Arif, Presiden Iraq. Kerajaan Revolusi Mesir bagaimanapun tidak berpuas hati dengan pembebasan tersebut. Apabila Presiden Abdul Salam Arif terkorban dalam satu kemalangan udara, Syed Qutb ditangkap semula pada tahun berikutnya. Tangkapan kedua ini dibuat berdasarkan tuduhan beliau merancang satu rampasan kuasa baru untuk menggulingkan kerajaan.
Pertuduhan ke atas Syed Qutb di Mahkamah Revolusi dibuat berdasarkan buku-bukunya terutama Maalim Fi al-Tariq. Ia berdasarkan kenyataannya mengenai seruan revolusi terhadap seluruh kedaulatan yang tidak berdasarkan Syari’at Allah.

Bersama Syed Qutb kali ini, turut juga ditahan ialah seluruh anggota keluarganya. Syed Qutb seorang yang bermaruah. Sebelum hukuman gantung dilaksanakan ke atasnya, Presiden Naser menghantar utusan menemui Syed Qutb. Melalui utusan itu Presiden Naser meminta agar Syed Qutb menulis kenyataan meminta ampun daripadanya agar Syed Qutb dibebaskan. Namun Syed Qutb dengan tegas menjawab;“Telunjuk yang bersyahadah setiap kali bersolat bahawaTiada Ilah yang disembah dengan sesungguhnya melainkanAllah dan Muhamad Rasulullah, tidak akan aku menulissatu perkataan yang hina. Jika aku dipenjara kerana benaraku redha. Jika aku dipenjara secara batil, aku tidak akanmenuntut rahmat daripada kebatilan”.

Pada pagi Isnin, 29 Ogos 1966, Syed Qutb telah digantung sampai mati bersama-sama sahabat seperjuangannya, Mohamad Yusuf Hawwash dan Abdul Fatah Ismail. Berita hukuman mati yang dilaksanakan ke atas Syed Qutb telah mengejutkan Dunia Islam. Kebanyakan tokoh dan pimpinan umat Islam sedih dan kecewa dengan peristiwa tersebut(1).

May 08, 2006

biarlah..

Assalamualaikum..

Dalam kekalutan masa, ana ingin meluahkan..
Persiapan menjelang peperiksaan professional 2 hanya diikuti dengan resah.
Ana sedaya upaya tidak menunjukkan di depan sahabat yg lain, agar mereka juga tidak keresahan..
Dalam keresahan yang tak tertunjuk, makin rasa rindu kepada Allah..

Ana mengulang-ngulang surah yang ana cukup cukup suka... Surah al Insaan.
Surah yang di dalamnya cukup dibayangkan keindahan syurga..
Yg di dalamnya minuman dari gelas perak yang airnya cukup suci
Yg di dalamnya sungai-sungai indah..
Yg di dalamnya damai sungguh cuacanya, tidak terlalu panas, tidak terlalu sejuk,
Yg di dalamnya singgahsana sutera hijau yg tebal tetai cukup halus,
Dihiasi dengan mutiara-mutiara indah...yang penuh dengan kenikmatan...

Dalam mengimpikan syurga...
Air mata berjujuran..Malu rasanya mengimpikan syurga..Air mata mula membasahi sejadah..terimbau dosa yang menggunung, terkenang perkataan yg tak selari dengan perbuatan, terbayang kealpaan yang tak sudah-sudah...tersedu kerana tiada usaha untuk ke syurgaNya...
Lalu kubiarkan air mata membasahi...

Terkenag kan nerakaNya..Lagi bertambah sendu...Biarlah..
Aduhai malu rasanya untuk mempersembahkan hati yg mazmumah..
malu rasanya ingin berjiran dengan kekasih Allah sedangkan hati kelam kelabu
malu rasanya bertemu para ahli syurga sedangkan muka kesam ..

Malu.....
Lantas kubiarkan air mata terus berjurai..
Kubiarkan hati ikut menangis..
Kubiarkan sujud penuh sayu..
Hanya dengan sedikit harapan,
Dia mendengar...
Walau kutahu..
Lebih berjuta orang merintih kepadaNya saban waktu...

Aduhai hati..
Menangislah lagi mengenangkan dosamu..
Aduhai aqal..
Menagislah kerana aqalmu kau persiakan.
Aduhai jiwa..
berlagu syahdulah andai DIA tiada di dalam hatimu.....

Astagfirullah al adzheem..

May 06, 2006

Peperiksaan Professional 2

Assalamualaikum

"Ya Allah, kupohon kekuatan, ketenangan menghadapi ujian yg kecil di dunia ini..Izinkanlah Ya Allah, kami menjadi hambaMu yang berserah diri sepenuhnya kepadaMu"

Sahabat,
Aya, Jah, Fizah, Fini, Amnah, Oni, Kak Ifah, Kak Masyidhah, Kak Ila..
Shbt yg cukup ana kasihi Sajidah, Akma..
Sahabat study group ;Ida, Anies, Jannah, Zura, Kak Aini, Niza, Sanisah, Aatikah...
PBL mate; Fairuz, Kak Ain, Zee, Chique, Farah, Kak Tasnim, Hafiz, Idzham, Firdaus, I-Liang, Poon, Gan..

dan semua MEDDEN (medical + dental)3rd year...semoga dipermudahkan Allah.
To all my non muslim friends, wishing u al the best.
keep smiling friends, God's willing, see ya next July as a 4th year student.

15/5/06 9.00-11.30 am MEQ 1
2.30-5.00 pm MEQ 2
16/5/06 9.00-5.oo pm OSCE (depend on group)
17/5/06 9.00-11.30 am MCQ 1
2.30-5.00pm MCQ 2

18/05/06 8.30-5.00pm Long case clinical (depends on group)
21/05/06 8.30-5.00pm Long case clinical (depends on group)
22/05/06 8.30-5.00 pm Long case clinical (depends on group)

25/5/06 RESULT.......

Stress, takut, x sempat baca, x sempat cover, clinical x cukup mantap, history berterabur, PE x smooth, mcq sume hentam...Adus...

"Ya Allah, kami tiada kekuatan..Bantulah kami..Kekuatan kami hanya dari Kau jua.Kami gelisah, dan ketenangan itu dari Kau jua..Permudahkanlah urusan kami, Amin Ya Rabbal 'Alamin"..


****
MEQ-modified essay question
MCQ-multiple choice question
OSCE-on spot clinical examination