Alhamdulillah 'ala kulli haal :)
Dari 2009 saya telah memasang niat untuk mengambil peperiksaan MFDS part 1 dan IELTS, kerana dari kecil UK, Australia adalah pilihan saya menyambung belajar, tetapi sebaik-baik perancang adalah DIA, saya terpaksa menangguhkan. Urusan membina perkahwinan (bait muslim sebagai pemudah cara), urusan transfer yang memerlukan modal yang banyak, urusan melahirkan anak (kerana En Suami tidak membenarkan Dr lelaki untuk merawat saya, maka kami memilih untuk melahirkan di hospital swasta),segalanya memerlukan kewangan yang terlalu besar buat kami berdua. Pakar Perunding Pergigian Kanak-Kanak atau Pakar Perunding Pergigian Konservatif (masih dalam istikharah) adalah impian saya. Tetapi segalanya perlu ditangguhkan, 2012 insya Allah
ALhamdulillah, 3 bulan pregnancy yang mudah. tiada heavy morning sickness. Tiada emosi keterlaluan. Tiada keletihan teramat. Alhamdulillah. Moga terus-terus dipermudahkan. Ya Allah, ada perancangan kami, moga perancangan itu selari dengan kehendakMu. Makbulkanlah Ya Allah...