Assalamualaikum
Tidak banyak yang perlu ditulis. Benarlah andai tiada apa untuk diberi, kita tidak mampu untuk memberi.
Hanya sekadar coretan seorang isteri.
Ya Allah, peliharalah cinta kami. Kurniakanlah kami kekuatan untuk menjadi pemimpin orang yang bertaqwa. Turunkanlah mawaddah wa rahmah dalam keluarga kami sebagaimana yang Kau janjikan dalam surah Ar Rum. Turunkanlah sakinah melalui perkahwinan ini. saksikanlah Ya Allah, aku redha dirinya sebagai suamiku. Limpahkanlah rahmat mu ke atas perkahwinan ini Ya Allah...
Ya Allah, aku ingin menjadi saksi bahawa suamiku Salahuddin Azraie berlaku lembut terhadapku. Limpahkanlah rahmat ke atasnya Yang Maha Mengasihani...