June 26, 2008

Does Islam A rigid religion?

Assalamualaikum wbt

"Diyana, how was Kelantan?"
Seorang sahabat saya bertanya kepada saya ketika kami keluar makan bersama.

"Kelantan, it is great! They really respect people, and you can seek religious knowledge everywhere. besides, you can shop until you are empty..Hehe" I replied

"Hehe..Erm, maksud aku, ko tak rasa terkongkong? Yalah, lipstick pun tak boleh, high heels x boleh. Ke ko pergi klinik dengan muka pucat lesi, ko pakai selipar jepun?"

"'Senyum"..Ko rasa aku terkongkong? tak lah. I was happy staying there. Alhamdulillah, kat Kelantan. He showed me the real path. At least aku nampak camne nak jadi manusia :). Aku kat klinik macam orang dah kerja lah, baju kurung, jubah sometimes, blouse and slack, hmm, just like any female professionals. Hmm, tak terkongkong pun :).. Ni mesti pasal arahan terbaru tu kan?"

Alhamdulillah, semalam diberi kesempatan untuk bertemu seorang sahabat lama. Harapnya semalam, dapatlah sedikit jua menyemai ukhwah kepada seorang mad'u dan juga memberi sedikit pencerahan. To Him I put my trust upon.

Mengulas sedikit tentang arahan terbaru MPKB, pada saya isu ini perlu dilihat dari sumber-sumber yang berbeza. Sekiranya sumber kita hanya dari televisyen (yang semestinya asik nak mengutuk parti pembangkang), ataupun surat khabar (yang semestinya menutup sebelah mata tentang kebenaran yang cuba dibawa), maka kita akan memandang isu ini sebagai satu lagi bentuk penindasan kepada wanita Islam. Tetapi seeloknya isu ini diambil dari sumber asal. Sila baca arahan sebenar MPKBRI. Hanya Pemilik Premis Dikenakan Kompaun.

Jelas di sini bahawa, arahan tersebut bukan untuk semua wanita, sebaliknya ia hanya ditujukan kepada peniaga wanita Islam! jadi adakah arahan sekecil ini yang ditujukan kepada segelintir WANTA ISLAM dianggap menindas? Selain itu, apakah kebebasan itu hanya sekadar pemakaian lipstick dan juga high heels?

Jika kebebasan hanya dinilai dari etika pakaian ataupun 'janguk', sempit sungguh akal wanita Islam ini. Saya secara jujur jarang mengoles lipstick ke bibir saya, dan saya hanya memakai high heels sekali sekala. Tetapi saya tidak pula rasa ditindas. Saya masih lagi bergerak bebas, saya masih bebas memberi cadangan, saya masih bebas menghabiskan undergraduate saya, saya masih bebas membeli dan membuat penilaian kualiti, saya masih bebas menjalankan kerja-kerja formal dan tidak formal. Adakah saya dikongkong semata-mata saya tidak memakai lipstick?

Jadi, bukakan matamu. Cari kebenaran yang sebenar. Cuba adili sesuatu dengan seadil-adilnya.



Cadangan artikel lain
1. Biarkan Kelantan Membangun Bersama Islam
2. Dakwah Remeh Isu dan ranting?
3.Undang-undang pengharaman tabarruj di Kelantan?

No comments: